Fauzi Marzuki
Fauzi Marzuki (lahir 21 September 1955) merupakan seorang komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Lagu-lagu ciptaan dan tulisan beliau telah banyak dinyanyikan oleh ramai penyanyi terkenal termasuk Jamal Abdillah, Nash, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Amy Mastura dan ramai lagi. Beliau memulakan kerjaya muzik profesional, kemudiannya menjadi pemuzik bebas.[1]
Fauzi Marzuki | |
---|---|
Kelahiran | Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 21 September 1955
Genre | Pop, Balada |
Pekerjaan | Pemuzik, jurutera muzik, penerbit rakaman, penggubah lagu |
Instrumen | Keyboard, pensintesis, perkusi, gitar |
Tahun aktif | 1973–kini |
Latar belakang
suntingFauzi Marzuki dilahirkan pada 21 September 1955 di Kampung Tawas, Ipoh, Perak. Beliau mempunyai 7 orang adik beradik.Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar, Pudu dan kemudiannya pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Alam Shah di Kuala Lumpur. Fauzi mula didedahkan dengan muzik seawal usia 12 tahun.
Fauzi berkahwin dengan Hashiimah Ramli pada 1993 dan bercerai pada 2013.[2]
Perjalanan kerjaya seni
suntingBeliau memulakan kerjaya sekitar tahun 1975-1978 sebagai pemain gitar bagi kumpulan dari Malaysia, Discovery. Pada tahun 1980 hingga 1982 beliau bekerja sebagai pembantu studio di sebuah studio analog di Kuala Lumpur. Semasa fasa tersebut, Fauzi menggubah dan menghasilkan lagu-lagu untuk pelbagai penyanyi terkenal Malaysia seperti Sharifah Aini, Sudirman, Anita Sarawak, Sheila Majid dan banyak lagi[3].
Pada tahun 1983 hingga 1992, beliau dilantik menjadi pengurus artis dan repertoir (A&R) di EMI Malaysia. Semasa fasa tersebut, beliau ada juga merakamkan lagu-lagu untuk beberapa artis Malaysia di EMI Capitol Studios di Los Angeles, Abbey Road Studio di London dan Toshiba EMI di Tokyo.
Pada tahun 2001, beliau membuka sebuah studio yang mengkhususkan adunan (mixing) dan pengindukan (mastering).
Pada tahun 1992, beliau memenangi 5 anugerah gubahan lagu di pertandingan televisyen Malaysia seperti Juara Lagu dan Pujaan 10 Nescafe. Pada tahun 2005, beliau menerima Anugerah Nadi Cipta daripada MACP. Pada tahun 2008, beliau menerima Anugerah Wirama di Anugerah Industri Muzik atas sumbangan beliau dalam industri muzik Malaysia.
Diskografi
suntingLagu ciptaan
suntingTahun | Judul lagu | Komposer | Lirik | Penyanyi |
---|---|---|---|---|
Pusara di Lebuhraya | Fauzi Marzuki | Bob Lokman | Ekamatra | |
1985 | Jejaka Idaman | Fauzi Marzuki | Fauzi Marzuki, Herman Tino | Raja Ema |
1992 | Kekasih Awal dan Akhir | Fauzi Marzuki | S. Amin Shahab | Jamal Abdillah |
1992 | Pada Syurga Di Wajahmu | Fauzi Marzuki | Fauzi Marzuki, Bob Lokman | Nash |
Tirai Semalam | Fauzi Marzuki | S. Amin Shahab | Siti Nurhaliza | |
Meniti Hari | Fauzi Marzuki | Amran Omar, Fauzi Marzuki | Amy Mastura | |
Lagenda | Fauzi Marzuki | Habsah Hassan | Sheila Majid | |
Sepi Sekuntum Mawar Merah | Fauzi Marzuki | Lukhman S, Fauzi Marzuki | Ella | |
1992 | Di Alam Fana Cinta | Fauzi Marzuki | Fauzi Marzuki, Zur'ain | Fotograf |
Penghujung Rindu | Fauzi Marzuki | S. Amin Shahab | Jamal Abdillah | |
12 Purnama | Fauzi Marzuki | S. Amin Shahab | Ella | |
Lagu Cinta Kita | Fauzi Marzuki | Fauzi Marzuki | Anita Sarawak | |
Setia Kasih | Fauzi Marzuki | Lukhman S | Haleeda | |
Mereka Yang Rebah | Fauzi Marzuki | Habsah Hassan | Nyanyian ramai[4] | |
Kau Yang Bernama | Fauzi Marzuki | Habsah Hassan | Sharifah Aini | |
Masihkah Ada Cinta | Fauzi Marzuki | Habsah Hassan | Rahimah Rahim | |
Persamaan | Fauzi Marzuki | S. Amin Shahab | Freedom | |
Suara Luka | Fauzi Marzuki | Fauzi Marzuki | Hillary ft. Rahmat | |
Warna Hampa | Fauzi Marzuki | Arab | Arab & Aidit | |
Setiap Perbuatan Ada Pembalasan | Fauzi Marzuki | Juwie | Zenorita | |
Teringin | Fauzi Marzuki | Lukhman S | Shima | |
Mawar Terpinggir | Fauzi Marzuki | Fauzi Marzuki | Francissca Peter | |
1997 | Sambutlah Tanganku | Fauzi Marzuki | S Amin Shahab | IKLIM. |
Album terbitan
sunting- Siti Nurhaliza I (1996)
- Siti Nurhaliza II (1997)
- Kini Kembali (2003)
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Anugerah Juara Lagu ke-7 (1992)
- Juara Keseluruhan : Pada Syurga Di Wajahmu. Penyanyi Nash, lirik oleh Bob Lokman.
- Juara Kategori Pop Kreatif : Pada Syurga Di Wajahmu. Penyanyi Nash, lirik oleh Bob Lokman.
- Juara Kategori Rock : Di Alam Fana Cinta. Penyanyi Fotograf, lirik oleh Zur'Ain.
- Turut bertanding: Kekasih Awal dan Akhir, Penyanyi Jamal Abdillah, lirik oleh Lukhman S.
- Pujaan 10 Nescafe 1992
- Lagu Paling Popular Radio (kumpulan): Di Alam Fana Cinta. Penyanyi Fotograf, lirik oleh Zur'Ain.
- Lagu Paling Popular Radio (solo): Kekasih Awal dan Akhir, Penyanyi Jamal Abdillah, lirik oleh Lukhman S.
- Anugerah MACP 2005
- Anugerah Nadi Cipta
- Anugerah Industri Muzik ke-14 (2008)
- Anugerah Wirama
Rujukan
sunting- ^ Aini Roshidah Ahmad Mawawi (3 Disember 2017). "Fauzi Marzuki gubah lagu dalam kapal terbang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ "Fauzi Marzuki Ceraikan Isteri Talak Satu". mStar Online. 24 Mei 2013. Dicapai pada 16 September 2013.
- ^ "Fauzi Marzuki". Discorgs. Dicapai pada 25 Disember 2020.
- ^ Sharifah Aini, Sudirman Arshad, Sheila Majid, Jay Jay, Azlina Aziz, Pelangi, M.Shariff, Ibnur Riza, Bob Rezal, Azman Abu Hassan, Isma Aliff, Abdullah Chik, Noraniza Idris, Azizul Khamis, Adam Ahmad, Dwen, Shuaib Shaari, D.J. Dave