Alif Satar

Penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen Malaysia

Muhammad Alif Mohd Satar (lahir 19 September 1990) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.[1]

Alif Satar
Alif pada Julai 2010
Kelahiran
Muhammad Alif bin Mohd Satar

(1990-09-19) 19 September 1990 (umur 34)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penerbit
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
PasanganSha Dila Halid (k. 2014)
Anak-anak3
Ibu bapa
  • Mohd Satar Ramli (bapa)
  • Nur Hafiza Muhammed (ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Monkey Bone Records
The 8 Unit
Pengkarya berkait
Shila Amzah, Siti Nordiana, Sherry Alhadad, Faizal Tahir, Zizan Razak, Shahrol Shiro

Beliau mula dikenali setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.[2] Selain menyanyi, beliau juga berlakon dan mengacara. Alif bermula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys. Lakonan pertama beliau adalah menerusi drama Suria di Cordoba sebagai Rudy. Namun begitu, lakonan beliau mendapat tempat di hati peminat dan penonton adalah sebagai Ahnaf Wafiy dalam drama adaptasi novel Dia Semanis Honey.

Sebagai pengacara, Alif banyak mengacarakan rancangan-rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro. Beliau pernah dipilih oleh Aznil Nawawi untuk mengacarakan rancangan MeleTOP bersama Neelofa dan Nabil Ahmad pada tahun 2012. Kini beliau merupakan duta rasmi produk jenama Salonpas.

Alif dijangka menjadi pengacara ketiga bagi Anugerah MeleTOP Era 2020 yang berlangsung pada 20 Disember 2020. Namun akibat Alif merupakan bekas pesakit positif Covid 19 yang dialaminya pada 19 November lalu dan sudah pulih, pihak produksi dan beliau sendiri telah memberi keputusan untuk menarik diri. Ini kerana mereka mengambil berat tentang keadaan kesihatan Alif.

Kehidupan awal

sunting

Alif dilahirkan pada 19 September 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau ialah anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Satar Ramli dan Nur Hafiza Muhammed.

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 15 September 2014 dengan pengurusnya (kini bekas), Sha Dila Halid yang usianya 6 tahun lebih tua daripada Alif.[3][4][5] Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah (lahir 2015) dan Ariana Mecca (lahir 2017).[6] Beliau dan isteri dikurniakan cahaya mata ketiga iaitu lelaki yang diberi nama Muhammad Ali (lahir 2019) yang dilahirkan pada hari lahir Alif, 19 September.[7]

Pada 22 November 2020, Alif telah menghantar ciapan di Instagram bahawa beliau disahkan positif COVID-19.[8] Ibu bapa, adik dan pembantu peribadi beliau turut disahkan positif COVID-19.[9] Beliau juga dijangka akan keluar dari hospital.

One in a Million

sunting
  • Top 3 (Grand Finale): -

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
  • Alif (2006)
  • The Sunnah The Better (2022, sebagai Alif Satar & The Locos, bersama Raihan)

Single

sunting

Sebagai artis utama

sunting
Tahun Tajuk Album Catatan
2006 "Khayal" Single tanpa album
2008 "Kau Pergi" Alif OST Delima
2009 "Jangan Nakal" Nakal
"Akan Tiba" OST Rona Roni Makaroni
"Cukup Indah"
2011 "Lelaki Seperti Aku" Lelaki Seperti Aku
"Pendusta"
2013 "Akhiri Penantianku" Definisi
"Bila"
"Kesempatan Kedua"
2014 "Setiap Hari"
2016 "Selamanya Cinta"
(bersama Shila Amzah)
My Journey 心旅 OST Suri Hati Mr. Pilot
"Jangan Menghina"
(bersama In-Team & Nocturnal Voice)
Single tanpa album
2017 "Sesungguhnya Aku" OST Red Velvet
"Jatuh Cinta" OST Kau Yang Satu
2018 "Sebenarnya"
(bersama Siti Nordiana)
OST Klik! Pengantin Musim Salju
2019 "Sesungguhnya 2019"
(bersama Raihan)
"I Want You To Love Me" OST Kau Yang Pertama
2020 "Damba Cinta Mu"
(bersama Raihan)
Sebagai Alif Satar & The Locos
2021 "Anugerah Terindah" ASTL Lagu tempat ketiga AJL37
2022 "Toxic"
"Bismillah"
(bersama Raihan)
The Sunnah The Better
"25 Rasul"
(bersama Raihan)
"Puji Pujian"
(bersama Raihan)
"Assolatuwassalam"
(bersama Raihan)
"Rayuan Rindu"
(bersama Raihan)
"LebihXSempurna"
(solo atau bersama Diandra Arjunaidi)
ASTL
"Isteri"
"Hey"
2023 "Kau Aku Satu" Single tanpa album OST Pulau

Lagu-lagu lain

sunting
Tahun Tajuk Catatan
2010 "Balik Kampung"
(bersama Alif Aziz)
2014 "Senyum"
(bersama PU Yeop)
2015 "Sehati Sejiwa" Lagu tema rasmi Hari Kebangsaan 2015-2017
2020 "Malaysia Prihatin"
(bersama Syamel, Siti Sarah dan Aina Abdul)
Lagu tema rasmi Hari Kebangsaan 2020
"Bangkit Semangat Ku" Lagu tema CIMB Liga Super Malaysia 2020
2021 "Janji Happy"
(bersama Naim Daniel)
Lagu tema TV9

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Aku Masih Dara Dirinya sendiri Filem pertama, penampilan khas
2016 Usin UFO
Aliff Dalam 7 Dimensi Naim
2021 Sa Balik Baju Irfan
2022 Rasuk Nazmi
Seratus Pengguna Tandas Awam 1 Penampilan khas
2023 Pulau Ben
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Ustaz Taha
Housekeeping Johan
Reeza GTR Reeza
TBA Vektor Dalam perancangan
Robohnya Surau Kami
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008–2009 Dendam Amir TV3 Drama pertama
2011 Suria Di Cordoba Rudy Astro Prima
2012 Syukur Allah Fathul Bariq TV AlHijrah
2015 Destinasi G4 TV9
2016 Tundukkan Playboy Itu Farhan Badriz TV3
Dia Semanis Honey [10] Ahnaf Wafiy Astro Ria
Dia Semanis Honeymoon [11]
Suri Hati Mr. Pilot Kameo
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Rayyan Rayqarl
Ben 10 [12] Tim Buktu Cartoon Network Alih suara
Red Velvet Izzat Astro Ria
2018 Klik! Pengantin Musim Salju Adam Putra
2019 Pia Zafran TV3
2020 Famili Spy Inspektor Daniel Astro Ceria
2021 Penjara Janji Rizan TV3
2022 Risik Pada Hati Adam
2023 Bukan Sekadar Lafaz Hudzaifah
2024 Sumayyah Yasir
2025 Hubb Syamil

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Lari Sayang Lari Hakimi Astro Ria Telefilem pertama
2014 Mat Gedebe Mat Gedebe TV9
2015 Husin Peninglah [13] Husin
2016 Dia Semanis Honey Raya Ahnaf Wafiy Astro Ria
2017 Memori Pajeri Nanas Chef Armand Astro First Eksklusif
Inayah Inspektor Jamal Astro Citra
2018 The Hantus Fahmi Astro First Eksklusif
2019 Geng Big Stage Beraya Alif Astro Ria
Derita Pia Zafran TV3
Geng Jefri Astro First Eksklusif
2020 Rindu Cinta Zulaika Asraf TV1
2022 Kerana Binti Abdullah Noah Juga sebagai penerbit bersama
2024 Town Mall 2 Zairul Tonton

Web Drama

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2021 AEON: Bagaimana Kalau? Alif Adnan YouTube Drama pertama
2022 AEON: Sayap Bagimu

Teater

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Peter Pan The Lost Boys
2017 Dia Semanis Honey Muzikal Ahnaf Wafiy

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Remaja Pengacara TV3
2009–2013 Idola Kecil TV9
2014 Idola Kecil Ultra
2012 Sini Motor TVi
Kenangan Mengusik Jiwa TV1
2013 Nak Ke Mana Kita? (Musim 2) TV AlHijrah
2014 Bas Pintar TV3
2014 Suka Lattew Astro Maya HD mengacara bersama Shahrol Shiro
2015 MeleTOP Kebaboom Astro Ria mengacara bersama Shahrol Shiro
2016 Clever Girl Malaysia TV3
AF 2016 Astro Ria mengacara bersama Zizan Razak
2017 Rockanova Astro Maya HD mengacara bersama Sherry Alhadad
Sembang Sahur Pengacara Jemputan TV3 bersama Aisya Hasnaa and Gambit Saifullah
Insta Raya Artis Jemputan TV2 bersama Siti Nordiana
Clever Girl Malaysia (Musim 2) [14] Pengacara TV3
2018 Anugerah Juara Lagu ke-32 mengacara bersama Sherry Alhadad
It's Alif! ntv7
#Baikpunya Astro Ria
2018–2022 Big Stage mengacara bersama Sherry Alhadad
2019 Anugerah Juara Lagu ke-33 TV3 mengacara bersama Sherry Alhadad
Bintang Minggu Ini (Musim 2) Artis Jemputan Astro Ria Episod 27 Januari 2019
Geng Big Stage Raya Pelakon
Travel Like Local X Aussie : Alif Satar x Nabila Razali Pengacara menjalani penggambaraan di Queensland, Australia
The Sherry Show Artis Jemputan TV3 Episod Serba Boleh bersama Izzue Islam, Issey Fazlisyam dan pengacara jemputan, Scha Alyahya. (Ahad,15 September)
MeleTOP Astro Ria bersama Datuk Aznil Haji Nawawi dalam mengenang kembali saat awal rancangan Meletop yang bermula bersiaran pada hujung tahun 2012 dan menyanyi secara ekslusif lagu I wanna to love you. (17 Desember 2019)
2020 Trek Selebriti Tetamu untuk episod 31 (31 Januari) yang dihoskan oleh Alif Farhan yang juga merupakan pengacara bagi rancangan CCTV dan H!Live.
MeleTOP bersama Daniel Zaini, Sham Visa dan adik Airiezara Jazmin untuk promosikan drama saluran Astro Ceria "Famili Spy", memperkenalkan diri sebagai Pengacara Bersama Anugerah MeleTOP Era 2020 disamping Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta sebagai Top 5 dalam 4 kategori Anugerah MeleTOP Era 2020. (3 Mac)
Anugerah MeleTOP Era 2020 Pengacara mengacara bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse
Pung Pang Rizalman Tetamu Jemputan Rancangan ramadhan bersama hos, Dato' Rizalman-Episod 1
Rasa Nostalgia Ramadhan (Musim 2) Tetamu Jemputan Episod 1 Astro Prima Rancangan ramadhan bersama hos, Chef Wan
MeleTOP Tetamu Jemputan Astro Ria Bersama Raihan untuk mempromosikan lagu single terbaru"Degup CintaMu". (28 April 2020)
MeleTOP Raya Special Tetamu Undangan Bersama Neelofa bagi mempromosikan program mereka-Neelofa untuk program Meletop Raya Live dengan Nabil Ahmad dan Alif untuk program Big Stage Raya(12 Mei 2020)
Geng Big Stage Raya Pengacara mengacara bersama Sherry Alhadad
Rumah No 7 Tetamu Jemputan Astro Warna bersama Lisa Surihani (14 Ogos 2020)
The Sherry Show TV3 bersama Ain Edruce dan Awal Ashaari (28 November 2020)
2021–2022 Muzik Muzik Pengacara mengacara bersama Sissy Imann
2021 Majestic Johor Tetamu Jemputan Astro Ria Episod 12 bersama hos, Fad Bocey dan Atu Zero
MeleTOP bersama Cik B dan Elly Mazlein sebagai Duta Lembaran Baru sempena Ramadhan 2021. Tetamu lain seperti Uqasha Senrose, Kamal Adli, PU Azman, Eira Syazira, Azad Jazmin, Isyariana, Amar Baharin, Marsha Milan, Siti Rosmizah (penulis novel), Along Kamaruddin, Redza Rosli, Hefny Sahad, Hael Husaini, Shaza Bae, Akhmal Nazri, Band Madam, Dato' Rizalman, Danial Zaini, Ustaz Fakhrul, Chubb-e, Lah Ahmad, Mawi, Remy Ishak, Amira Othman. (30/3/21)
I Can See Your Voice Malaysia (musim 4) Penyiasat Tetap TV3 menjadi penyiasat tetap menggantikan Seelan Paul (Musim 1) dan Yusry Abdul Halim (Musim 3) bersama Jihan Muse dan Mark Adam sebagai Team Penyisat Tetap.
2022 Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna Episod: "Hanya Aku Cinta Kau Seorang"
Wassup Bro? Pengacara Astro Ria
Anugerah Juara Lagu ke-36 TV3 mengacara bersama Nabila Huda
Star Vs Food Malaysia Dirinya sendiri PRIMEtime
ABC Hour Pengacara TV Okey
2023 Konsert Minggu Ini Artis Jemputan TV2 bersama Alif Satar & The Locos
The Chosen One (Musim 1) Pengacara Astro Ceria mengacara bersama Namie
2024 Anugerah Juara Lagu ke-38 TV3 mengacara bersama Sherry Alhadad
2024–kini Tazkirah Malam Jumaat Astro Oasis
2024 You Know Nothing About Sport Artis Jemputan Astro Ria

Muzik video

sunting
Tahun Tajuk Artis
2017 "Terus Mencintai" Siti Nordiana
2020 "Malaysia Prihatin" Beliau Bersama Dengan Aina Abdul dan Syamel

Siniar

sunting
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2023 Studio Sembang Artis Jemputan bersama Amelia Henderson
Hitam Putih Kehidupan S2 bersama Rosyam Nor & Datin Nana
PLKN, Rakyat Malaysia Terlalu Manja? bersama Caprice
Mamak Sessions Podcast bersama Jimlín & Ryan Yee

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2006
One In A Million Musim 1
Tempat ke-3 Menang
2016 Anugerah Juara Lagu ke-31 Finalis Selamanya Cinta bersama Shila Amzah Tercalon
2017 Malam Throwbaek Drama Hero Throwbaek Dia Semanis Honey Tercalon
Kapel Throwbaek Dia Semanis Honey bersama Siti Nordiana Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2017 Hos MeleTOP AF 2016 Tercalon
Anugerah Stail EH! 2017 Artis Lelaki Paling Seksi Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Penyanyi Lelaki Popular Selamanya Cinta bersama Shila Amzah Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Aliff 7 Dimensi Tercalon
Pengacara TV Popular AF 2016 Tercalon
Gandingan Serasi Dalam Drama Dia Semanis Honey bersama Siti Nordiana Tercalon
Artis Paling Versatil Popular Dia Semanis Honey Tercalon
Anugerah Planet Muzik 2017 Duo/Kumpulan Terbaik Selamanya Cinta bersama Shila Amzah Tercalon
Lagu Terbaik (Malaysia) Tercalon
Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Lelaki Terbaik Dia Semanis Honey Tercalon
Pelakon Lelaki Popular Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Hos MeleTOP Rockanova Tercalon
BOH Cameronian Arts Awards 2018 Pelakon Utama Terbaik Dia Semanis Honey The Musical Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Penyanyi Lelaki Popular Sesungguhnya Aku Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Red Velvet Tercalon
Pengacara TV Popular Rockanova Tercalon
Artis Versatil Popular Menang
Pasangan Serasi Drama Red Velvet bersama Neelofa Tercalon
Anugerah Telenovela 2018 Pelakon Lelaki Popular Red Velvet Tercalon
2019 ERA Digital Muzik Awards 2018 Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 Sesungguhnya Aku Menang
Anugerah MeleTOP Era 2019 Hos MeleTOP Big Stage Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Versatil Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo Berkumpulan Popular Bersama Siti Nordiana Tercalon
Anugerah Skrin 2019 Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian PIA Tercalon
2020 Anugerah MeleTOP Era 2020 Hos MeleTOP Big Stage 2 Menang
Fesyen MeleTOP Tercalon
Couple MeleTOP Alif Satar & Shadila Halid Tercalon
Penyanyi MeleTOP Tercalon
Reader's Digest's Trusted Brand Awards 2020 Penyampai Televisyen Untuk Berita & Ehwal Semasa Paling Dipercayai Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pengacara TV Popular Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (online)(bersama Zara Zya) PIA Tercalon
Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 Hero Sangat PIA Tercalon
Zero Kontroversi Sangat Tercalon
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Lelaki Terbaik Risik Pada Hati Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (13 Julai 2013). "Alif Satar Gementar Temui Keluarga Kekasih". mStar Online. Dicapai pada 19 November 2013.
  2. ^ Popular itu macam Aaron Aziz - Alif Satar.
  3. ^ 19 January 2014. Alif Satar Kahwin September ini. Sinar Harian (article in Malay)
  4. ^ 22 September 2014. (6 GAMBAR) Majlis Resepsi Perkahwinan Alif Satar & Sha Dila. Beautiful Nara.
  5. ^ 26 April 2014. Alif Satar kahwin September. Kosmo
  6. ^ 15 September 2014. Alif Satar sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Astro Awani. (article in Malay)
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (20 September 2019). "Alif Satar kongsi tarikh lahir dengan anak ketiga". Harian Metro. Dicapai pada 20 September 2019.
  8. ^ Mya Amri (22 November 2020). Alif Satar positif COVID-19: "Saya mohon maaf, doakan saya" Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2020.
  9. ^ Najiy Jefri (23 November 2020). Ibu, bapa, adik dan pembantu peribadi Alif Satar turut positif COVID-19 Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2020.
  10. ^ 1 April 2016. Nana sedia terima teguran Alif | Hiburan. Berita Harian (article in Malay)
  11. ^ Sinopsis Drama Dia Semanis Honeymoon. Diarkibkan 2017-07-31 di Wayback Machine Teh Sirap. (article in Malay)
  12. ^ The Hive Asia , June 15, 2017. Alif Satar lends his voice to "Ben 10" animation series. Yahoo Singapore.
  13. ^ Alif Satar Merungut Tentang Hidupnya? (article in Malay) - Retrieved on 22 December 2015.
  14. ^ 24 February 2017. Alif Satar kekal hos Clever Girl musim kedua - Hiburan. Sinar Harian Online (article in Malay)

Pautan luar

sunting