Pilihan raya perundangan Austria 2017
Pilihan raya perundangan telah diadakan di Austria pada 15 Oktober 2017. Parti Rakyat Austria (ÖVP) muncul sebagai parti terbesar dalam Majlis Kebangsaan dengan memenangi 62 daripada 183 kerusi. Parti Demokratik Sosial (SPÖ) pula di tempat kedua dengan 52 kerusi, di hadapan Freedom Party of Austria (FPÖ), yang memperoleh kurang satu kerusi dari SPÖ. SPÖ merupakan parti terbesar yang memenangi pilihan raya terdahulu pada tahun 2013, dan telah memimpin kerajaan sejak 2007. NEOS pula di tempat keempat dengan 10 kerusi dan PILZ (yang berpecah dari Parti Hijau di awal kempen) memasuki parlimen buat pertama kali pula berada di tempat ke lima dengan 8 kerusi. Parti Hijau gagal melepasi 4% telah disingkirkan dari Parlimen, dan kehilangan kesemua 24 kerusinya.
Pemimpin parti terkuat dalam campuran, jika terdapat, kebiasaannya akan menjadi Canselor Austria. Sebastian Kurz, telah dinamakan sebagai pemimpin ÖVP hanya lima bulan sebelum pilihan raya, dan dipercayai akan menduduki jawatan Canselor sebagai pemimpin kerajaan termuda di Eropah.[1] Walau bagaimanapun, penyandang Canselor Christian Kern, ketua parti kedua terkuat, SPÖ, mengumumkan bahawa beliau bersedia untuk mempertimbangkan gabungan dengan FPÖ - walaupun beliau mengatakan bahawa kemungkinan gabungan seperti itu adalah sangat kecil.[2]
Keputusan
suntingParti | Undi | % | Kerusi | +/– | |
---|---|---|---|---|---|
Parti Rakyat Austria (ÖVP) | 1,595,526 | 31.5 | 62 | +15 | |
Parti Demokratik Sosial Austria (SPÖ) | 1,361,746 | 26.9 | 52 | 0 | |
Freedom Party of Austria (FPÖ) | 1,316,442 | 26.0 | 51 | +11 | |
NEOS | 268,518 | 5.3 | 10 | +1 | |
PILZ | 223,544 | 4.4 | 8 | New | |
Parti Hijau | 192,638 | 3.8 | 0 | –24 | |
G!LT | 48,233 | 1.0 | 0 | New | |
Parti Komunis Austria (KPÖ+) | 39,689 | 0.8 | 0 | 0 | |
WEIßE | 9,167 | 0.2 | 0 | New | |
FLÖ | 8,889 | 0.2 | 0 | New | |
Gerakan Baru Untuk Masa Hadapan (NBZ) | 2,724 | 0.1 | 0 | New | |
Gelandangan dalam Politik (ODP) | 761 | 0.0 | 0 | New | |
Parti Kiri Sosialis (SLP) | 713 | 0.0 | 0 | 0 | |
Parti Keluar EU (EUAUS) | 693 | 0.0 | 0 | 0 | |
Parti Kristian Austria (CPÖ) | 425 | 0.0 | 0 | 0 | |
Parti Lelaki (M) | 221 | 0.0 | 0 | 0 | |
Tidak sah/undi kosong | 50,950 | – | – | – | |
Jumlah | 5,120,879 | 100 | 183 | 0 | |
Jumlah pengundi/keluar mengundi | 6,400,998 | 80.0 | – | ▲ 5.1% | |
Sumber: Austrian Interior Ministry Diarkibkan 2017-10-15 di archive.today |
Rujukan
sunting- ^ "Austria likely takes a right turn as 31-year-old minister declares victory in election". CNBC. 15 October 2017.
- ^ "Kern ist offen für Gespräch mit Strache". Heute.at. 18 October 2017.
Pautan luar
sunting- SPÖ
- ÖVP
- FPÖ
- Greens
- NEOS
- List Peter Pilz Diarkibkan 2017-10-17 di Wayback Machine
- FLÖ Diarkibkan 2017-10-12 di Wayback Machine
- G!LT
- KPÖ+
- WEIßE Diarkibkan 2017-09-01 di Wayback Machine