Reichsmarschall
Reichsmarschall (Jerman: Reichsmarschall des Großdeutschen Reiches ; terjemahan harfiah Marsyal Reich Empayar Jerman Raya atau hanya Marsyal Empayar) adalah sejenis pangkat dan gelaran tentera tertinggi dalam Wehrmacht yang direka khas untuk Hermann Göring semasa Perang Dunia II. Ia lebih kanan daripada Generalfeldmarschall atau Grossadmiral, yang sebelum ini merupakan pangkat tertinggi dalam Wehrmacht.[1] Di negara lain, pangkat yang setara ialah generalisimo.
Marsyal Empayar Reichsmarschall | ||||
| ||||
Negara | Jerman Nazi | |||
Cabang perkhidmatan | Wehrmacht | |||
Pangkat | Enam bintang | |||
Singkatan | RM | |||
Diperkenalkan | Abad ke-12 (bersejarah) 19 Julai 1940 | |||
Dimansuhkan | Mei 1945 | |||
Kod NATO |
OF-11 | |||
Pangkat rendah seterusnya | ||||
Persamaan pangkat | Generalisimo |
Sejarah
suntingPangkat Reichsmarschall pada asalnya dicipta sebelum kurun ke-12, semasa zaman Empayar Suci Rom. Mengikut sejarah, memegang pangkat Reichsmarschall adalah tidak unik dan tidak berprestij tetapi sebaliknya berlaku ketika Perang Dunia II. Semasa zaman Empayar Jerman dan Perang Dunia I, tiada seorangpun dalam angkatan tentera Jerman memegang pangkat ini.
Sehingga tahun 1940, pangkat tertinggi dalam angkatan tentera Jerman ialah Generalfeldmarschall (Fil Marsyal). Pada permulaan Perang Dunia II, satu-satunya pemegang aktif pamgkat itu ialah Hermann Göring, Panglima Besar Luftwaffe. Dalam satu majlis pada 19 Julai 1940, selepas memenangi Pertempuran Perancis, Adolf Hitler menaikkan pangkat 12 orang jeneral ke Fil Marsyal. Pada majlis yang sama, Göring telah dianugerahkan pangkat baru Reichsmarschall untuk menaikkan prestij beliau [a][3] dan untuk menonjolkan posisinya sebagai panglima paling kanan berbanding para panglima Wehrmacht yang lain, tanpa memberinya sebarang kuasa sebenar ke atas mereka. Ini dibuat untuk memastikan Oberkommando der Wehrmacht (OKW), Markas Besar Angkatan Tentera Jerman, yang diketuai oleh Hitler, akan mengekalkan kawalan dan kuasa ke atas seluruh angkatan bersenjata Jerman.
Terdahulu, pada hari Jerman menceroboh Poland, Hitler menamakan Göring sebagai penggantinya, status yang digariskan oleh satu dekri 1941 yang memberi kuasa kepada Göring untuk bertindak sebagai timbalan Hitler dengan kebebasan penuh untuk bertindak sekiranya Hitler hilang keupayaan untuk memerintah. Akan tetapi, pada 23 April 1945, apabila Göring mencadangkan kepada Hitler yang beliau akan mengambil alih kepimpinan Jerman yang semakin hancur, Hitler menyingkirkan Göring dari tugas-tugasnya dan menamakan pengganti baru dalam wasiat terakhirnya, Laksamana Besar Karl Dönitz. Pelantikan Dönitz telah dibuat pada atau sebelum hari Hitler membunuh diri.[4] Bagaimanapun Donitz hanya diberitahu pelantikkannya sebagai pengganti Hitler pada 1 Mei 1945 oleh Martin Bormann dan Joseph Goebbels.
Pangkat junior Generalfeldmarschall (Tentera Darat dan Luftwaffe) Grossadmiral (Kriegsmarine) |
(Pangkat Wehrmacht) Reichsmarschall |
Pangkat senior Führer |
Panji-panji rasmi
sunting-
Panji-panji Reichsmarschall dari tahun 1940 hingga 1941 (sisi kiri)
-
Panji-panji Reichsmarschall dari tahun 1940 hingga 1941 (sisi kanan)
-
Panji-panji Reichsmarschall dari tahun 1941 hingga 1945 (sisi kiri)
-
Panji-panji Reichsmarschall dari tahun 1941 hingga 1945 (sisi kanan)
Lencana pangkat dan aksesori
suntingLihat juga
suntingNota
sunting- ^ Göring also held many other prestigious titles, such as Reichsjägermeister (Reich Master of the Hunt)[2] and Commissioner Plenipotentiary of the Four Year Plan.
Rujukan
sunting- ^ Haskew 2011, m/s. 46.
- ^ Knopf, Volker; Martens, Stefan (2012). Görings Reich: Der Reichsjägermeister in der Schorfheide. Neumann-Neudamm GmbH. ISBN 9783788815134. OCLC 809373538.
- ^ Haskew 2011, m/s. 25, 46, 119.
- ^ O'Donnell 1979, m/s. 217.
Bibliografi
sunting- Haskew, Michael (2011). The Wehrmacht. Amber Books. ISBN 978-1-907446-95-5