Karl Dönitz
Karl Dönitz (kadangkala dieja Doenitz; bahasa Jerman: [ˈdøːnɪts] ( dengar); 16 September 1891 – 24 Disember 1980) adalah seorang Laksamana kanan Jerman semasa era Nazi yang secara singkat menggantikan Adolf Hitler sebagai ketua negara Reich pada Mei 1945, sehinggalah penyerahan kalah tanpa syarat Jerman kepada pihak Bersekutu. Selaku Panglima Tentera Laut Jerman pada awal tahun 1943, beliau memainkan peranan besar dalam sejarah tentera laut Perang Dunia II. Beliau telah disabitkan kesalahan-kesalahan jenayah perang di Perbicaraan Nuremberg pada tahun 1946.[3]
Karl Dönitz | |
---|---|
Presiden Reich Jerman (Jerman Nazi) | |
Dalam jawatan 30 April 1945 – 23 Mei 1945 | |
Kerajaan | |
Didahului oleh | Adolf Hitler (sebagai Führer und Reichskanzler ) |
Digantikan oleh | Theodor Heuss (sebagai Presiden Jerman Barat) Wilhelm Pieck (sebagai Presiden Jerman Timur) |
Menteri Perang | |
Dalam jawatan 30 April 1945 – 23 Mei 1945 | |
Kerajaan | |
Didahului oleh | Wilhelm Keitel (Ketua OKW) |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Panglima Tentera Laut | |
Dalam jawatan 30 Januari 1943 – 1 Mei 1945 | |
Timbalan | Eberhard Godt |
Didahului oleh | Erich Raeder |
Digantikan oleh | Hans-Georg von Friedeburg |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Grünau, Brandenburg, Prusia, Empayar Jerman (kini Jerman) | 16 September 1891
Mati | 24 Disember 1980 (umur 89) Aumühle, Schleswig-Holstein, Jerman Barat |
Parti politik | Parti Nazi[1] |
Pasangan | Ingeborg Weber (k. 1916) |
Anak | 3 |
Kabinet | |
Tandatangan | |
Nama panggilan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | |
Cabang/khidmat | |
Tahun khidmat |
|
Pangkat | Laksamana Besar |
Pangkalan |
|
Perang/Pertempuran | |
Anugerah tentera | Knight Cross of the Iron Cross with Oak Leaves |
↑1 Secara rasmi bergelar "Menteri Besar" atau "Ketua Menteri" (Leitender Minister). | |
Beliau memulakan kerjayanya didalam Tentera Laut Imperial Jerman sebelum Perang Dunia I. Pada tahun 1918, beliau memerintah kapal selam SM UB-68 sehingga ia ditenggelamkan oleh tentera British. Dönitz telah dijadikan tawanan perang. Sewaktu didalam kem POW, beliau mencipta satu formula perang laut yang kemudian dipanggilnya Rudeltaktik ("taktik berkumpulan", biasanya disebut "wolfpack").
Pada awal Perang Dunia Kedua, beliau adalah pegawai kanan kapal selam (U-boot) dalam Kriegsmarine, yang dikenali sebagai Befehlshaber der Unterseeboote (BdU). Pada Januari 1943, Dönitz dinaikkan pangkat ke Grossadmiral (Laksamana Besar) dan menggantikan Laksamana Besar Erich Raeder sebagai Panglima Tentera Laut. Dönitz merupakan musuh utama angkatan tentera laut Bersekutu dalam Pertempuran Atlantik. Dari tahun 1939 hingga 1943 pihak U-boot berperang dengan berkesan tetapi kehilangan inisiatif bermula dari Mei 1943. Dönitz mengarahkan armada kapal selamnya bertempur sehingga tahun 1945 bagi meringankan tekanan terhadap cabang-cabang perkhidmatan Wehrmacht (angkatan tentera) yang lain.[4] Sejumlah 648 buah U-boot musnah—429 darinya tanpa mangsa yang terselamat. Tambahan lagi, dari jumlah tersebut, 215 buah kapal selam musnah dalam pelayaran sulung mereka.[5] Kira-kira 30,000 orang dari jumlah 40,000 yang berkhidmat dalam U-boot terkorban.[5]
Pada 30 April 1945, selepas kematian Adolf Hitler dan menurut wasiat terakhir Hitler, Dönitz telah dinamakan pengganti Hitler selaku ketua negara (Staatsoberhaupt), dengan gelaran Presiden Jerman (Reichspräsident) dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Pada 7 Mei 1945, beliau mengarahkan Jeneral Alfred Jodl, Ketua Staf Operasi Oberkommando der Wehrmacht (OKW), menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman di Reims, Perancis.[6] Dönitz kekal sebagai ketua Kerajaan Flensburg, nama baru kerajaan Jerman, sehinggalah ia dibubarkan oleh kuasa-kuasa Bersekutu pada 23 Mei.
Dengan pengakuannya sendiri, Dönitz adalah seorang Nazi dan penyokong Hitler yang berdedikasi; beliau berpegang pada kepercayaan anti-Semitik dan menegaskan bahawa para pegawai Kriegsmarine mematuhi pandangan politiknya. Selepas perang, Dönitz didakwa sebagai penjenayah perang utama di perbicaraan Nuremberg atas tiga pertuduhan: konspirasi untuk melakukan jenayah terhadap keamanan, jenayah perang, dan jenayah terhadap kemanusiaan; merancang, memulakan, dan melancarkan perang pencerobohan; dan jenayah terhadap undang-undang peperangan. Beliau didapati tidak bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, tetapi bersalah melakukan jenayah terhadap keamanan dan jenayah perang terhadap undang-undang peperangan. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun; setelah dibebaskan, beliau tinggal di sebuah kampung berhampiran Hamburg sehingga kematiannya pada tahun 1980.
Tarikh kenaikkan pangkat
sunting- Seekadett - 1 April 1910
- Fähnrich zur See - 15 April 1911
- Leutnant zur See - 27 September 1913
- Oberleutnant zur See - 22 Mac 1916
- Kapitänleutnant - 10 Januari 1921
- Korvettenkapitän - 1 November 1928
- Fregattenkapitän - 1 Oktober 1933
- Kapitän zur See - 1 Oktober 1935
- Kommodore - 28 Januari 1939
- Konteradmiral - 1 Oktober 1939
- Vizeadmiral - 1 September 1940
- Admiral - 14 Mac 1942
- Generaladmiral - dilangkau
- Grossadmiral - 30 Januari 1943
Anugerah kebesaran
sunting- Pingat Kehormatan Am Diraja Prusia berwarna Perak: 7 Jun 1913
- Bulan Sabit Besi (Bintang Gallipoli) Turki: 7 November 1914
- Medal Liakat (Kepujian) Perak Turki berserta Pedang: 7 November 1914
- Iron Cross Kelas 1: 5 Mei 1916
- Iron Cross Kelas 2: 7 November 1914
- Pingat Friedrich Duchy Anhalt Kelas 1: 17 Januari 1916
- Darjah Medjidie Turki Kelas 4 berserta Pedang: 13 Mac 1917
- Lencana Perang Kapal Selam, 1918: 1 Julai 1917
- Pingat Kepujian Tentera Austria-Hungary Kelas 3 berserta Bintang Perang: 24 Disember 1917
- Pingat Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang: 10 Jun 1918
- Pingat Kehormatan Pejuang: 30 Januari 1935
- Pingat Kesatria Darjah Pedang Diraja Sweden Kelas 1: 12 April 1936
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1: 2 Oktober 1936
- Pingat Komander Darjah Kepujian Diraja Hungary: 20 Ogos 1938
- Lencana Iron Cross (1939) Kelas 1: 20 Disember 1939
- Lencana Iron Cross (1939) Kelas 2: 18 September 1939
- Medal Peringatan Sudetenland: 20 Disember 1939
- Lencana Perang Kapal Selam 1939 bertahta Berlian, gred khas: 27 Februari 1940
- Knight Cross of the Iron Cross: 21 April 1940
- Pingat Komander Darjah Tentera Savoy Itali: 20 April 1940
- Pingat Utama Darjah Kepujian Laut Sepanyol: 10 Jun 1940
- Darjah Daun Oak bagi Knight Cross of the Iron Cross: 6 April 1943
- Darjah Michael the Brave Romania Kelas 1: 12 April 1943
- Darjah Matahari Terbit Jepun Kelas 1: 11 September 1943
- Lencana Emas Juruterbang Pemerhati bertahta Berlian (Kehormat): 30 Januari 1943
- Lencana Emas Kehormat Parti Nazi: 30 Januari 1944
- Pingat Utama Darjah Kebebasan Finland berserta Pedang: 11 April 1944
- Nama Donitz disebut dua kali dalam Wehrmachtbericht (Laporan Kemajuan Angkatan Tentera) iaitu pada 14 Mac 1942 dan 5 Mei 1945. Ini membolehkan beliau tersenarai dalam Daftar Kehormat Tentera Darat Jerman. (Orang-orang atau unit-unit tentera yang disebut dalam Wehrmachtbericht dianggap satu penghormatan besar tentera dan dipandang tinggi)
Lihat juga
suntingFil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
- Hermann Goering (kemudian Marsyal Empayar)
- Werner von Blomberg
- Gerd von Rundstedt
- Erich Raeder
- Fedor von Bock
- Wilhelm Ritter von Leeb
- Walther von Brauchitsch
- Wilhelm Keitel
- Walther von Reichenau
- Erwin von Witzleben
- Gunther von Kluge
- Albert Kesselring
- Hugo Sperrle
- Wilhelm List
- Erhard Milch
- Eduard Freiherr von Bohm-Ermolli
- Erwin Rommel
- Georg von Kuchler
- Erich von Manstein
- Friedrich Paulus
- Ernst Busch
- Ewald von Kleist
- Maximilian Freiherr von Weichs
- Wolfram Freiherr von Richthofen
- Walter Model
- Ferdinand Schorner
- Robert Ritter von Greim
Rujukan dan nota
suntingBibliografi
sunting- Beevor, Antony (2002). Berlin – The Downfall 1945. Viking-Penguin Books. ISBN 0-670-03041-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Busch, Hans-Joachim; Röll (2003). Der U-Boot-Krieg 1939–1945 — Die Ritterkreuzträger der U-Boot-Waffe von September 1939 bis Mai 1945 (dalam bahasa German). Hamburg, Berlin, Bonn Germany: Verlag E.S. Mittler & Sohn. ISBN 978-3-8132-0515-2. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Dönitz, Karl, Grossadmiral. Memoirs: Ten Years and Twenty Days. Da Capo Press, USA, 1997. ISBN 0-306-80764-5. (reprints 1958 German-language Athenäum-Verlag edition).
- Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Guðmundur Helgason. "Befehlshaber der Unterseeboote (BdU) Karl Dönitz." at Uboat.net.
- Kurowski, Franz (1995). Knight's Cross Holders of the U-Boat Service. Atglen, PA: Schiffer Publishing. ISBN 978-0-88740-748-2.
- Padfield, Peter. Dönitz: The Last Führer. Cassell & Co, UK, 2001
- Range, Clemens (1974). Die Ritterkreuzträger der Kriegsmarine. Stuttgart, Germany: Motorbuch Verlag. ISBN 978-3-87943-355-1. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - Schaulen, Fritjof (2003). Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe I Abraham – Huppertz (dalam bahasa German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-20-1. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Informasi latar belakang
sunting- Cremer, Peter. U-Boat Commander: A Periscope View of the Battle of the Atlantic. 1984. ISBN 0-87021-969-3.
- Davidson, Eugene. The Trial of the Germans: Account of the Twenty-two Defendants Before the International Military Tribunal at Nuremberg. 1997. ISBN 0-8262-1139-9
- Hadley, Michael L. U-Boats Against Canada: German Submarines in Canadian Waters. McGill-Queen's University Press: 1985. ISBN 0-7735-0801-5.
- Macintyre, Donald. U-boat Killer. 1999. ISBN 0-304-35235-7
- Thompson, H.K. & Henry Strutz. Doenitz at Nuremberg, a reappraisal: War crimes and the military professional. Amber Pub. Corp. 1976.
- Werner, Herbert A. Iron Coffins: A U-boat Commander's War, 1939–45. 1999. ISBN 0-304-35330-2
- Prien, Gunther. Fortunes of War: U-boat Commander. 2000. ISBN 0-7524-2025-9
- Herwig, Holger H. Innovation ignored: The Submarine problem in Murray, Williamson and Millet Allan R. ed. "Military Innovation in the Interwar Period". Cambridge University Press 1998
- Failure to Learn: American Anti-submarine Warfare in 1942 in Cohen, Eliot A. and Gooch, John. Military Misfortunes Vintage Books 1991
Bacaan lanjut
sunting- Jason Pipes The Reichsmarine 1919–1935
- Jason Pipes Kriegsmarine – The Navy 1935–1945
- Re-birth of the U-boat
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Karl Dönitz di Wikimedia Commons
- Archives of news and details about Karl Dönitz
- uboat.net Comprehensive reference source for World War I and World War II U-boat information.
- Historical Enigma message Grand Admiral Dönitz announcing his appointment as Hitler’s successor.
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Erich Raeder |
Panglima Besar Kriegsmarine 1943–1945 |
Diikuti oleh: Hans-Georg von Friedeburg |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Adolf Hitler (sebagai Führer dan Canselor) |
Presiden Jerman 1945 |
Diikuti oleh: Pendudukan Tentera Bersekutu 1945–1949 Dibahagikan kepada Timur and Barat pada 1949 Jerman Barat: Theodor Heuss Jerman Timur: Wilhelm Pieck |
Anugerah dan pencapaian | ||
Didahului oleh Hein ter Poorten |
Kulit Depan Majalah Time 2 Februari 1942 |
Diikuti oleh: Robert A. Lovett |
Didahului oleh Kenneth Arthur Noel Anderson |
Kulit Depan Majalah Time 10 Mei 1943 |
Diikuti oleh: Harold L. George |
- ^ Grier 2007, m/s. 256, Footnote 8, Chapter 10.
- ^ a b Haarr 2012, m/s. 493.
- ^ Zabecki 2007, m/s. 65–67.
- ^ Terraine 1989, m/s. 614–615.
- ^ a b Niestlé 1998, m/s. 4.
- ^ Hamilton 1996, m/s. 285, 286.