General of the Armies
Ketua Jeneral Amerika Syarikat (General of the Armies of the United States), atau lebih lazim dirujuk sebagai General of the Armies (Ketua Jeneral), ialah pangkat (samada gred atau jawatan) tertinggi sekali dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, berkhidmat terus dibawah presiden dan memegang kuasa penuh keatas Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan cabang-cabang perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain.
Hanya seorang yang dilantik ke General of the Armies sewaktu hidup, dan seorang lagi selepas kematian:
- John J. Pershing pada tahun 1919 bagi menghormati jasa baktinya dalam Perang Dunia I
- George Washington (selepas mati) pada tahun 1976, sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-200 Amerika, untuk memperingati kepimpinan dan penglibatan beliau dalam penubuhan Amerika Syarikat, telah dilantik "ke gred Ketua Jeneral Amerika Syarikat".
Douglas MacArthur telah dicadangkan untuk pangkat ini, iaitu semasa dan selepas Perang Dunia II, tetapi satu arahan rasmi pelantikan "ke jawatan Ketua Jeneral Amerika Syarikat" tidak pernah dikeluarkan.
Pelantikan ini lebih atas dari Jeneral Angkatan Darat, Jeneral Angkatan Udara dan Laksamana Armada dan setara dengan Admiral of the Navy, dan dalam hal ini menandakan Pershing berkhidmat secara langsung di bawah Presiden.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- The Origin of the Ranks and Rank Insignia Now Used by the United States Armed Forces Diarkibkan 2007-12-28 di Wayback Machine
- Abandoned proposal for six-star rank in Second World War Diarkibkan 2012-07-17 di Wayback Machine
- General of the Armies of the United States and General of the Army of the United States