Pangkat enam bintang
Pangkat enam bintang adalah satu cadangan jangka pendek gred khas tahun 1955 yang lebih tinggi dari pangkat lima bintang, yang akan dipakai oleh General of the Armies Amerika Syarikat. Pangkat ini juga secara singkat dipertimbangkan pada akhir Perang Dunia II di Asia, sejurus sebelum Operasi Downfall (iaitu rancangan penyerbuan ke atas kepulauan halaman Jepun), yang berpotensi menyaksikan kemunculan pangkat enam bintang Admiral of the Navy, setaraf dengan General of the Armies dan lebih tinggi dari pangkat lima bintang Fleet Admiral.
Sejarah
suntingPada 21 Januari 1955, satu draf resolusi telah dicadangkan kepada Senat AS untuk memberi kuasa Presiden AS Dwight D. Eisenhower melantik Douglas MacArthur, ketika itu berpangkat General of the Army, ke pangkat lebih tinggi "General of the Armies Amerika Syarikat sebagai pengiktirafan besar jasa khidmat baktinya kepada negara", serta "pelantikan tersebut akan berkuatkuasa pada ulang tahun ke-75 kelahirannya, 26 Januari 1955."[1] Cadangan itu mempunyai sedikit peluang untuk diluluskan dan tidak pernah di undi.[2] Dalam buku-buku yang diterbitkan beberapa dekad kemudian, beberapa orang penulis menggambarkan cadangan pangkat ini sebagai pangkat enam bintang.[2][3][4]
Pangkat General of the Armies pernah dikurniakan sebelum ini, pada tahun 1919, kepada Jeneral aktif empat bintang John J. Pershing. Memandangkan pangkat lima bintang tidak wujud ketika itu, konsep pangkat enam bintang ini boleh dipertikaikan. Tanda-tanda yang digunakan untuk mengenal pasti pangkat baru Pershing sebagai jeneral yang lebih tinggi ialah susunan baris empat bintang emas (bukan perak).
Pangkat Admiral of the Navy telah dicipta untuk George Dewey pada tahun 1903, sebagai mengiktiraf kemenangannya dalam Pertempuran Teluk Manila semasa Perang Sepanyol–Amerika, dan tarikh pangkat telah diundur ke tahun 1899. Pada 1944, pihak Tentera Laut AS mengisytiharkan pangkat Dewey lebih senior dari pangkat Fleet Admiral lima bintang yang baru diwujudkan.
Pada tahun 1976, sebagai sebahagian daripada memperingati ulang tahun ke-200 AS, Jeneral George Washington telah dinaikkan pangkat secara anumerta ke General of the Armies Amerika Syarikat.[5] Walaupun undang-undang tidak menyatakan jumlah bintang yang sebenar,[6] beberapa surat khabar AS[7][8][9] dan Ahli Kongres[10] menyifatkan ini sebagai pangkat enam bintang. Pelantikannya ialah berkhidmat sebagai "Jeneral dan Panglima Besar Tentera Darat Koloni Bersatu".[11][12]
Galeri
sunting-
Lukisan George Washington menunjukkan insignia tiga bintang. Beliau dianugerahkan pangkat General of the Armies of the United States selepas kematian pada tahun 1976
-
Perintah 31-3 yang menaikkan George Washington ke pangkat General of the Armies berkuatkuasa 4 Julai 1976
-
Jeneral Douglas MacArthur menunjukkan insignia pangkat lima bintang. Satu cadangan dari Kongres (1955) menyatakan MacArthur dinaikkan pangkat ke General of the Armies telah luput
-
Cadangan resolusi Kongres meluluskan kenaikkan pangkat Douglas MacArthur ke General of the Armies. Salinan diambil dari fail rekod perkhidmatannya di National Personnel Records Center
Tidak termasuk George Washington
|
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ US Senate Joint Resolution 26, 21 January 1955.
- ^ a b Weintraub, Stanley (2007). 15 Stars: Eisenhower, MacArthur, Marshall: Three Generals Who Saved the American Century. Simon & Schuster. m/s. 488. ISBN 9781416545934.
A few MacArthur devotees in Congress, like Representative Martin, tried to organize support for honorary six-star rank for the general, but as that would have been a slap at Eisenhower, such legislation had no chance.
- ^ Foster, Frank C. (2011). United States Army Medal, Badges and Insignias. Medals of America Press. m/s. 19. ISBN 9781884452673.
effort was made to reward General Douglas MacArthur, this time with specifying a six-star rank, but it never came to fruition
- ^ Korda, Michael (2009). Ike. HarperCollins. m/s. 190. ISBN 9780061744969.
Congress would twice try to promote him from the new rank of General of the Army—a five-star general—to the unique rank of General of the Armies: a proposed six-star general.
- ^ Department of the Army Order 31-3, (13 March 1978). Department of the Army order to enact Public Law 94-479.
- ^ Dooley, Joseph (April 6, 2013). "Sunday Reflection: How the 'indispensable man' became America's only six-star general". Washington Examiner.
- ^ United Press International (October 12, 1976). "George Washington Wins Promotion to Six-Star Rank". Eugene Register-Guard. Eugene, Oregon. m/s. 7A. Dicapai pada March 1, 2014.
- ^ "Washington Gets Star". The New York Times. October 13, 1976.
President Ford signed today a bill that posthumously promoted George Washington to the rank of six-star General of the Armies
- ^ Kilian, Michael (August 5, 1976). "Foursquare opposed to a six-star Washington". Chicago Tribune. m/s. A2.
- ^ Dooley, Joseph (April 6, 2013). "Sunday Reflection: How the 'indispensable man' became America's only six-star general". Washington Examiner.
Rep. Frank Wolf, R-Va., ... noted, [Washington] is "the only six-star general in the nation's history."
- ^ Cont'l Cong., Commission for General Washington, in 2 Journals of the Continental Congress, 1774-1789 96-7 (Library of Cong. eds., 1905).
- ^ Cont'l Cong., Instructions for General Washington, in 2 Journals of the Continental Congress, 1774-1789 100-1 (Library of Cong. eds., 1905).