PlayStation (konsol)

Sony PlayStation (プレイステーション, Pureisutēshon) (PS atau PS One) adalah sebuah konsol permainan video 32-bit generasi kelima keluaran Sony. Konsol ini dilancarkan secara rasmi pada Januari 3 1994 di kawasan Jepun[3], Januari 5 1994 di kawasan Amerika Utara, 15 Januari 1994 di kawasan Eropah dan Januari 15 1994 di Australia. Sony PlayStation merupakan konsol pertama yang dikeluarkan di bawah produk PlayStation. Pesaing utama konsol ini adalah Nintendo 64 dan Sega Saturn.

Sony PlayStation
PlayStation asal dengan warna kelabu cair.
PengilangSony Computer Entertainment
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kelima
Ketersediaan runcitJepun Januari 3 1994

Indonesia Januari 4 1994
Malaysia Januari 5 1994
India Januari 6 1994
Pakistan Januari 8 1994
Amerika Syarikat Januari 5 1994
Kesatuan Eropah Januari 15 1994

Australia Januari 14 1994[1]
Bil. dihantar102.49 juta[2]
MediaCD-ROM
CPUMIPS R3000 pada 33.8688 MHz.
Muatan storanKad ingatan
Permainan terlarisGran Turismo
PenggantiPlayStation 2

Konsol PlayStation merupakan antara konsol permainan video paling popular di dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 102.49 juta unit setakat Mac 2005.[2]. Pada tahun 2000, Sony telah mengeluarkan versi Slim yang dikenali sebagai PSone yang menawarkan rekabentuk yang lebih kecil dan ringan berbanding versi asal yang berwarna kelabu[4].

Pada tahun 1999, Sony mengumumkan pengganti konsol PlayStation iaitu PlayStation 2, yang memiliki keupayaan memainkan permainan video yang dilepaskan untuk konsol ini dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2000. Konsol PlayStation model PSone dijual buat kali terakhir sekitar musim sejuk tahun 2004 sebelum pasaran dihentikan secara rasminya pada bulan Mac 2005. Manakala permainan video untuk konsol PlayStation masih lagi dibangunkan selepas tarikh penamatan pemasaran konsol ini sehingga 23 Mac 2006, tarikh akhir yang ditetapkan Sony untuk menghentikan sokongan terhadap konsol PlayStation ini, kurang setahun sebelum pengumuman konsol PlayStation 3[5].

Sejarah

sunting

Pembangunan

sunting

Menurut buku "Game Over" karangan David Scheff, konsep PlayStation mula muncul seawal 1986 semasa Nintendo yang sedang popular dengan konsol Famicom sedang berusaha membangunkan teknologi cakera yang dirancang untuk digunakan dalam konsolnya yang lebih baru[6][7], tetapi media storan tersebut menghadapi masalah seperti mudah dipadam serta mudah dicetak rompak. Semasa Sony dan Phillips sedang membangunkan format CD-ROM/XA (yang menggabungkan data komputer, audio dan visual agar ketiga-tiganya dapat dicapai serentak), Nintendo segera berunding dengan Sony untuk membangunkan sejenis CD-ROM bagi format Nintendo, yang dinamakan secara sementaraan sebagai "SNES-CD"[8]. Pada masa itu, Nintendo memilih untuk bekerjasama dengan Sony kerana Ken Kutaragi yang dikenali sebagai "Bapa PlayStation"[9] telah memperkenalkan cip mikropemproses Sony SPC-700 untuk digunakan sebagai cip sintesis audio bagi konsol Super Famicom/SNES. Selain itu, Sony juga merancang untuk membina konsol serasi Nintendo berjenama sendiri yang boleh memainkan kesemua katrij permainan Nintendo serta format baru CD-ROM SNES yang hendak dibangunkan, memberikan Sony darjah kawalan yang lebih besar terhadap Nintendo.

Pada tahun 1989, projek SNES-CD sepatutnya diumumkan semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna, tetapi dibatalkan secara mengejut oleh Nintendo kerana Hiroshi Yamauchi telah membaca kontrak tahun 1988 antara Nintendo dengan Sony dan sangat marah dengan syarat yang terkandung di dalam kontrak tersebut. Sebaliknya, Nintendo mengambil keputusan untuk membatalkan kerjasama dengan Sony dan seterusnya bekerjasama pula dengan Phillips dengan syarat Nintendo mempunyai lebih kuasa terhadap projek tersebut yang bakal dikeluarkan oleh Phillips. Pengumuman tersebut amat mengejutkan, terutamanya di kalangan komuniti bisnes Jepun kerana ia dianggap satu pengkhianatan besar - sebuah syarikat Jepun tergamak menikam syarikat Jepun lain dan seterusnya bersekongkol dengan syarikat asing - satu perkara yang dianggap tidak masuk akal di kalangan dunia korporat Jepun.

Sungguhpun Nintendo menamatkan kerjasama dengan Sony, namun Sony tetap membangunkan projek tersebut yang dinamakan sebagai Play Station. Tindakan tersebut membawa kepada perbalahan di dalam mahkamah, di mana Nintendo menuntut agar Sony berhenti membangunkannya atas alasan kononnya nama Play Station dimiliki oleh Nintendo. Namun demikian, mahkamah menolak tuntutan Nintendo.

Pada penghujung 1992, Sony dan Nintendo mencapai persefahaman di luar mahkamah, di mana Sony masih boleh membangunkan konsol baru tersebut, tetapi Nintendo memiliki hak menerima keuntungan bersih daripada permainan bagi konsol tersebut. Selain itu, konsol baru itu juga seharusnya mempunyai satu port yang membolehkan permainan lama Nintendo dimainkan. Dalam masa yang sama juga, Nintendo akan terus menggunakan cip buatan Sony di dalam konsol SNES. Namun demikian, Sony menyedari bahawa teknologi SNES sudah dianggap lapuk, maka Sony membangunkan semula konsol baru tersebut daripada mula tanpa menyertakan port untuk katrij Nintendo, dan konsol buatan Sony tersebut dinamakan semula sebagai "PlayStation", tanpa jarak antara kedua-dua perkataan tersebut.

 
PS One yang lebih kecil dengan monitor LCD.

Pada tahun 1999, versi PlayStation yang lebih kecil iaitu PS One diperkenalkan. Sejak dilancarkan, PlayStation menjadi konsol yang paling lama dikeluarkan di dalam industri permainan video. Pengeluaran PlayStation ditamatkan pada 23 Mac 2006[5].

Pelancaran

sunting

Konsol PlayStation dilancarkan secara rasmi di Jepun pada 3 Disember 1994[10], kawasan Amerika Utara pada 9 September 1995[11], kawasan Eropah pada 29 September 1995[12] dan di kawasan Oceania pada 15 November 1995[13]. Konsol ini menerima sambutan hangat di Jepun, di mana ianya telah terjual lebih dari 2 juta unit pada enam bulan pertama ianya dipasarkan[14]. Di Amerika Syarikat, 800 000 unit telah terjual pada tahun 1995. Walaupun pasaran konsol PlayStation meningkat secara mendadak, ianya masih lagi tidak dapat menandingi hasil jualan konsol SNES dan Sega Genesis yang pada ketika itu telah dilepaskan lebih awal[15]. Harga yang ditawarkan di kawasan Amerika Utara ialah US$299[11]. Beberapa permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation juga menerima sambutan hangat seperti Battle Arena Toshinden, Warhawk, Air Combat, Philosoma, Ridge Racer dan Rayman dan beberapa sekuel telah dibangunkan untuk konsol ini[16][17].

Beberapa slogan telah digunakan dalam pengiklanan konsol PlayStation ini, slogan "You Are Not Ready" (Melayu: Anda Belum Bersedia) atau "U R NOT E. (E dengan warna merah)" Slogan ini sangat popular di kalangan penggemar permainan video yang memberikan respon "mari saya tunjukkan kepada anda bagaimana saya sudah bersedia."[18]


Komponen

sunting

Spesifikasi perkakasan

sunting

Konsol PlayStation menggunakan cip mikropemproses 32-bit dari jenis RISC. Manakala pengaturcaraan C digunakan dalam cip ini berserta dengan kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini.

Sistem teras
Cip mikropemproses Cip 32 bit RISC MIPS serasi R3000A (R3051) pada kelajuan 33.8688 MHz
RAM 2 MB
RAM video 1 MB
Grafik dan suara
Palet warna 16.7 billion warna
Resolusi skrin 256px x 224px sehingga 640px x 480px
Saluran audio 24 saluran ADPCM, 512 kB RAM untuk audio

Alat pengawal

sunting
 
Alat pengawal original untuk konsol PlayStation.

Alat pengawal PlayStation ialah alat pengawal pertama yang dikeluarkan Sony untuk kesemua konsol di bawah keluarga PlayStation. Versi awal iaitu model SCPH-1010 dikeluarkan bersama-sama dengan konsol PlayStation pada 3 Disember 1994[19]. Alat pengawal ini menawarkan beberapa butang tambahan untuk kawalan permainan video berkonsep tiga dimensi, namun bilangan butang terlalu banyak dipasang pada alat kawalan (terutamanya butang di tengah-tengah alat pengawal) mendorong Sony menambah getah cengkaman di bawah alat pengawal untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.[20].

Alat pengawal ini juga menawarkan label yang unik untuk kawalan arah iaitu label segi tiga berwarna hijau, bulatan berwarna merah, label 'X' berwarna biru serta kotak berwarna merah jambu ( ,  ,  ,  ), berbanding penggunaan huruf dalam konsol-konsol sebelum ini. Label-label ini kemudiannya dijadikan tanda dagangan rasmi PlayStation sehingga hari ini. Teiyu Goto, pereka alat pengawal PlayStation memberitahu makna di sebalik simbol ini: Bulatan bermaksud "ya", tanda X bermaksud "tidak", segi tiga menggambarkan sudut pandangan manakala kotak bersamaan dengan sehelai kertas yang menyenaraikan menu-menu[21].

Aksesori tambahan

sunting

Beberapa aksesori tambahan dikeluarkan untuk konsol PlayStation, antaranya ialah:


Perisian

sunting

Permainan video

sunting

Setakat 30 Jun 2007, terdapat sejumlah 7 918 judul permainan video yang telah dikeluarkan untuk konsol ini di seluruh dunia, termasuk juga permainan video yang sama yang memiliki perbezaan judul di sesebuah kawasan[22]. Setakat 31 Mac 2007, sejumlah 962 juta unit judul permainan video telah dipasarkan[23]. Judul permainan video terakhir yang dilepaskan untuk konsol ini ialah FIFA Football 2005 yang dikeluarkan untuk pasaran Amerika Utara. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa judul permainan video yang dikeluarkan dalam bentuk cetakan kembali yang dilepaskan beberapa tahun selepas itu. Metal Gear Solid: The Essential Collection telah dilepaskan pada 26 Julai 2007, mengandungi permainan video Metal Gear Solid dalam format asal yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation. Pada tahun 2012, Square Enix melepaskan permainan video Final Fantasy 25th Anniversary Ultimate Box yang terdiri daripada kesemua judul permainan video Final Fantasy dadlam format asal yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation[24][25].


Variasi kawalan

sunting

Butang "ya" atau OK dan "tidak" dalam kebanyakkan permainan video PlayStation untuk kawasan Jepun diterbalikkan fungsinya dalam keluaran dalam pasaran Amerika Utara dan Eropah. Di Jepun, butang   digunakan sebagai fungsi "ya", manakala butang   digunakan untuk pembatalan. Di kawasan Amerika Utara dan Eropah pula, butang   atau   digunakan sebagai fungsi "ya", manakala butang   atau   digunakan sebagai fungsi pembatalan. Perbezaan fungsi-fungsi butang kawalan dalam permainan video untuk PlayStation adalah disebabkan ketiga-tiga bahagian Sony Computer Entertainment iaitu Sony America (SCEA), Sony Europe (SCEE) dan Sony Japan (SCEJ) memiliki dokumen pembangunan dan penyelidikan yang berbeza di antara satu sama lain[26].


Multimedia

sunting

Selain dari keupayaan membaca CD permainan video, beberapa model PlayStation berkeupayaan memainkan Audio Digital CD (CD-DA);manakala model yang dikhususkan untuk pasaran Asian SCPH-5903 juga berkeupayaan memainkan VCD[27]. Seperti pemain CD yang biasa, konsol PlayStation berupaya untuk memainkan lagu dalam turutan yang ditetapkan, mengulang satu lagu atau kesemua lagu di dalam CD. Untuk mengakses pemain Audio Digital CD, pengguna hanya perlu menghidupkan konsol tanpa memasukkan CD permainan video atau menghidupkannya dengan membiarkan penutup CD dibuka[28].


 
Model semakan yang menggunakan kod SCPH-1001 (bawah), SCPH-5001 (tengah) and SCPH-9001 (atas). Model SCPH-900x menyaksikan ketiadan sambungan I/O parallel manakala bicu RCA dibuang pada model semakan SCPH-500x.

Konsol PlayStation memiliki beberapa jenis model yang setiap satunya berlainan di antara satu sama lain. Dari luaran, perbezaan paling ketara dilihat ialah bilangan sambungan dan bicu yang semakin berkurangan. Bicu RCA telah dibuang pada model semakan pertama manakala sambungan I/O parallel dibuang pada model semakan terakhir[29]. Setiap model semakan ini mempunyai kod model itu sendiri.

Pada tahun 1997, Sony mengeluarkan kit pembangun yang dikenali sebagai Net Yaroze. Kit ini mengandungi konsol PlayStation yang diubahsuai untuk pembangun, sejumlah dokumen dan perisian yang diperlukan untuk membangunkan permainan video untuk PlayStation[30]. Kit ini tidak dijual dan hanya boleh diperolehi menerusi tempahan awal.

PS one

sunting

PS one (atau ditulis sebagai PS One, PSOne atau PSone) adalah model semakan konsol PlayStation yang lebih kecil. Ianya telah dikeluarkan pada 7 Julai 2000[31] dan telah terjual melebihi daripada konsol pengganti PlayStation 2 itu sendiri[32]. Konsol ini berkeupayaan memainkan kesemua permainan video yang telah dikeluarkan untuk model asal PlayStation.

Bagi model PS one ini sendiri terdapat beberapa versi yang setiap satunya memiliki perbezaan di antara satu sama lain. Beberapa perbezaan termasuklah ketiadaan sambungan serial dan parallel dari belakang konsol, serta ketiadaan butang reset yang digabungkan dengan butang kuasa.

Sony juga mengeluarkan versi PS one dengan paparan LCD bersaiz 5 inci yang dikenali sebagai pakej kombo[33]. Terdapat juga bicu audio untuk sambungan kepada fon telinga atau peranti audio lain serta bicu AV mini yang boleh disambungkan kepada perakam video digital atau peranti lain.


Rujukan

sunting
  1. ^ "SCEE 1995—Key Facts and Figures". Sony Computer Entertainment Europe. Dicapai pada 2006-11-25.
  2. ^ a b "PlayStation Business Data". PlayStation.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-13. Dicapai pada 2007-09-05.
  3. ^ "Business Development/Japan". Sony Computer Entertainment Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2004. Dicapai pada 19 Disember 2007.
  4. ^ Cohen, D.S. (15 Oktober 2016). "The History of the Sony PlayStation". LifeWire. Dicapai pada 17 April 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ a b Sinclair, Brendan (24 Mac 2006). "Sony stops making original PS". GameSpot. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
  6. ^ Fahey, Rob (27 April 2007). "Farewell, Father". Eurogamer.net. Dicapai pada 8 Mac 2012.
  7. ^ Cowan, Danny (25 April 2006). "CDi: The Ugly Duckling". 1UP.com. Dicapai pada 8 Mac 2012.
  8. ^ Nutt, Christian. "Birthday Memories: Sony PlayStation Turns 15". Gamasutra. Dicapai pada 8 Mac 2012.
  9. ^ Blake Snow (4 Mei 2007). "The 10 Worst-Selling Consoles of All Time". GamePro.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2007. Dicapai pada 25 November 2007.
  10. ^ "Which Game System is the Best!?". Next Generation (magazine). Imagine Media (12): 36–85. Disember 1995.
  11. ^ a b "Business Development/North America". Sony Computer Entertainment Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2012. Dicapai pada 16 November 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Business Development/Europe". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-04-22. Dicapai pada 17 April 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ "SCEE 1995—Key Facts and Figures". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2009. Dicapai pada 16 November 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "Sega and Sony Go to War". GamePro. International Data Group (IDG) (84): 138. September 1995.
  15. ^ "16-Bit Surge". GamePro. No. 91. International Data Group (IDG). April 1996. m/s. 16.
  16. ^ "Namco Museum Volume 1 - PS1". PlayStation. PlayStation US. Dicapai pada 17 April 2017.
  17. ^ "Namco Vol. 1 Reviews". Gamefaqs. Gamefaqs. Dicapai pada 17 April 2017.
  18. ^ "Sony TV: Turn On, Tune In, Buy Hardware". Next Generation (magazine). No. 14. Imagine Media. Februari 1996. m/s. 72–73.
  19. ^ Maru-Chang. "SCPH". MiragePalace. Dicapai pada 17 April 2017. It's the second type of controller for PlayStation. The cable became long, and the noise filter was added. Other functions are the same as SCPH-1010. April 2, 1996 for ¥2500.
  20. ^ "An interview with Ken Kutaragi", Next Generation, Burlingame, California: Imagine Publishing, 1 (6), m/s. 53, Jun 1995, ISSN 1078-9693
  21. ^ Luke Plunkett (26 Ogos 2010). "What Do The Buttons On The PlayStation Controller Mean?". Kotaku. Dicapai pada 17 April 2017.
  22. ^ "Cumulative Software Titles". Sony Computer Entertainment Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2008. Dicapai pada 19 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ "Cumulative Production Shipments of Software Titles". Sony Computer Entertainment. 31 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2008. Dicapai pada 19 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ "Gamefaqs Product page". Gamefaqs.com. 18 Mac 2008. Dicapai pada 11 November 2010.
  25. ^ Leo, John (31 Ogos 2012). "Final Fantasy 25th anniversary Ultimate Box collection announced". GameSpot.com. Dicapai pada 5 Mac 2014.
  26. ^ "Sony Computer Entertainment Announces Changes in Corporate Officers" (PDF) (Siaran akhbar). Tokyo: Sony Computer Entertainment. 1 Julai 2002. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2004-12-08. Dicapai pada 23 Mac 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  27. ^ "PlayStation Systems - The Official PlayStation Museum". Dicapai pada 13 Disember 2013.
  28. ^ Edge staff (24 April 2009). "The Making Of: PlayStation". Edge. Future Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2012. Dicapai pada 7 Mac 2012.
  29. ^ "PlayStation 1: The audiophile's dream?". Destructoid. Audiophile. Dicapai pada 19 Ogos 2014.
  30. ^ "Net Yaroze". IGN. Dicapai pada 28 Februari 2014.
  31. ^ "SCEE 2000—Key Facts and Figures". Sony Computer Entertainment Europe. Dicapai pada 25 November 2006.
  32. ^ Smith, Tony (6 Jun 2000). "Sony PS One sales rocket as PS Two famine continues". theregister.co.uk. Dicapai pada 22 Ogos 2008.
  33. ^ "PsOne LCD Screen". Bit-Tech. Bit-Tech. Dicapai pada 19 Ogos 2014.


Pautan luar

sunting