Gran Turismo (permainan video)

Gran Turismo merupakan sebuah judul permainan video bergenre perlumbaan yang dikeluarkan eksklusif untuk konsol PlayStation. Permainan Gran Turismo telah direka oleh Kazunori Yamauchi, dibangunkan oleh syarikat Polys Entertainment dan dikeluarkan oleh Sony Computer Entertainment pada tahun 1997. Syarikat pembangun permainan video ini kemudian ditubuhkan sebagai Polyphony Digital pada tahun 1998.

Gran Turismo
PembangunPolyphony Digital
Cyberhead[1]
PenerbitSony Computer Entertainment
PengeluarKazunori Yamauchi
PerekaKazunori Yamauchi
Takeshi Yokouchi
Hirotaka Komiyama
Pengatur caraSeiichi Ikiou
ArtisMasaaki Goto
KomposerMasahiro Andoh
Isamu Ohira
SiriGran Turismo
PlatformPlayStation
PelepasanJepun - 23 Disember 1997[2][3]
Eropah - 8 Mei 1998[2]
Amerika Utara - 12 Mei, 1998[2]
GenrePerlumbaan sim[4][5]
ModPerseorangan, Berbilang pemain

Selepas lima tahun melalui fasa pembangunan, permainan video ini mendapat respon yang sangat positif, telah terjual sebanyak 10.85 juta salinan di seluruh dunia sehingga setakat Mac 2013[6]. Judul permainan video ini adalah judul pertama di bawah siri Gran Turismo yang kini mengandungi lebih dari 10 judul sekuel.


Cara permainan

sunting

Permainan Gran Turismo bergenre perlumbaan. Pemain perlu mengawal kereta mereka dan berlumba dengan beberapa kereta lain yang dikawal oleh pelumba komputer (AI) bertempat di beberapa litar perlumbaan. Terdapat dua jenis cara permainan iaitu Arcade Mode dan Simulation Mode (atau dikenali sebagai Gran Turismo Mode bagi versi PAL dan Jepun). Dalam Arcade Mode, pemain bebas untuk memilih litar perlumbaan dan kereta yang mereka ingin gunakan. Pemain akan menerima kereta atau litar tambahan sekiranya mereka memenangi perlumbaan tersebut.

Dalam Simulation Mode pula, pemain perlu mendapatkan beberapa jenis lesen sebelum dibolehkan untuk berlumba dalam sesebuah acara. Bagi permulaan, pemain akan diberikan wang maya yang dikenali sebagai Credit (Cr) sebanyak 10,000 yang digunakan untuk membeli kereta atau mendapatkan lesen. Pemain yang memenangi acara perlumbaan akan mendapat hadiah seperti wang Credit, trofi serta kereta. Selain dari membeli kereta, wang Credit juga boleh digunakan untuk membeli alat ganti tambahan dan ubahsuai kereta.

Permainan video Gran Turismo memiliki 178 jenis kereta dan 11 buah litar perlumbaan[7].


Sambutan

sunting

Permainan Gran Turismo mendapat sambutan hangat secara umumnya, termasuklah skor reviu yang diterima oleh IGN yang memberikan markah 9.5/10[8] dan dari GameSpot yang memberikan markah 8.6/10[9]. Permainan Gran Turismo memenangi permainan video bergenre simulasi terbaik tahun 1999 dalam acara Spotlight Awards[10], memenangi Best Driving Game dan Best Graphics dalam majalah rasmi PlayStation, PlayStation Official Magazine yang dikeluarkan sekitar tahun 1999[11] serta diundi permainan video keenam terbaik oleh pembaca majalah keluaran yang sama[11]. Pada tahun 2000, pembaca majalah Computer and Video Games mengundi permainan Gran Turismo sebagai kelapan terbaik sepanjang zaman[12]. Manakala, Game Informer pula meletakkan permainan video ini berada pada kedudukan ke-21 permainan video paling terbaik pada tahun 2001. Menurutnya, kebanyakkan permainan video bergenre perlumbaan tidak menawarkan pengalaman yang selengkap Gran Turismo[13]. Pada tahun 2017 pula, permainan Gran Turismo diangkat sebagai permainan video bergenre perlumbaan paling terbaik oleh Top Gear[14].


Rujukan

sunting
  1. ^ "Corporate profile". Cyberhead. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-10-24. Dicapai pada 30 Ogos 2012.
  2. ^ a b c ""Gran Turismo" Series Software Title List". Polyphony Digital. Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2007. Dicapai pada 3 Disember 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Gran Turismo Series Shipment Exceeds 50 Million Units Worldwide" (Siaran akhbar). Sony Interactive Entertainment. 9 Mei 2008. Dicapai pada 29 Mei 2008.
  4. ^ http://ign.com/articles/2015/04/03/the-top-10-most-influential-racing-games-ever?page=2
  5. ^ The Greatest Games of All Time: Gran Turismo, GameSpot
  6. ^ "Gran Turismo Series Software Title List". polyphony.co.jp. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2007. Dicapai pada 30 Januari 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Gran Turismo". Giant Bomb. 15 November 2014. Dicapai pada 22 Mei 2017.
  8. ^ Boor, Jay (23 Ogos 1998). "Gran Turismo". IGN. Dicapai pada 6 November 2013.
  9. ^ Broady, Vincent (15 Januari 1998). "Gran Turismo Review". GameSpot. Dicapai pada 6 November 2013.
  10. ^ "Game Developers Choice Awards". Gamechoiceawards.com. Dicapai pada 6 November 2013.
  11. ^ a b Official UK PlayStation Magazine keluaran 50, halaman 38, Future Publishing, Oktober 1999.
  12. ^ Computer and Video Games keluaran 218.
  13. ^ Cork, Jeff (16 November 2009). "Game Informer's Top 100 Games of All Time (Circa Issue 100)". Game Informer. Dicapai pada 10 Disember 2013.
  14. ^ "The top 50 best ever driving games: 10-1". Top Gear. Dicapai pada 22 Mei 2017.


Pautan luar

sunting

Templat:Siri Gran Turismo