8 Januari
tarikh
(Dilencongkan daripada Januari 8)
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
8 Januari merupakan hari kelapan dalam takwim Gregorius. Tinggal 357 hari (atau 358 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Lahir Kim Jong-un di Korea Utara.
Peristiwa
sunting- 630 - Hari Pembukaan Kota Mekah, yang mana Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat nabi seramai 10,000 orang masuk ke kota suci Mekah manakala Quraisy Mekah menyerah kalah dan memeluk Islam.
- 871 - Pertempuran Ashdown - Ethelred dari Wessex menewaskan tentera penceroboh Denmark.
- 1198 - Lotario de Conti menjadi Paus Innocent III. Tindakannya yang pertama ialah memulihkan kuasa paus di Rom.
- 1297 - Negara Monaco merdeka.
- 1499 - Louis XII dari Perancis meratukan Anne dari Brittany.
- 1734 - Persembahan perdana Ariodante oleh George Frideric Handel berlangsung di Royal Opera House, Covent Garden.
- 1746 - Bonnie Prince Charlie menduduki Stirling.
- 1790 - George Washington menyampaikan Ucapan Keadaan Kesatuan pertama di Bandar Raya New York.
- 1806 - Cape Colony menjadi jajahan British.
- 1811 - Pemberontakan hamba diketuai Charles Deslandes di St. Charles dan St. James, Louisiana.
- 1815 - Perang 1812: Angkatan Amerika Syarikat pimpinan Jeneral Andrew Jackson menewaskan Tentera Darat British dalam Pertempuran New Orleans, dua minggu selepas pemeteraian Perjanjian Ghent.
- 1835 - Hutang awam Amerika Syarikat menjadi kosong buat julung kalinya.
- 1838 - Alfred Vail mencuba telegraf dengan menggunakan titik dan palam (inilah perintisan kod Morse).
- 1863 - Perang Saudara Amerika: Petempuran Springfield Kedua
- 1867 - Lelaki Amerika keturunan Afrika dikurniakan hak mengundi di Washington, D.C.
- 1889 - Herman Hollerith menerima paten untuk mesin jadual elektriknya.
- 1900 - Presiden William McKinley mengisytiharkan pemerintahan tentera di Alaska.
- 1912 - Kongres Kebangsaan Afrika diasaskan.
- 1916 - Perang Dunia Pertama: Tentera Berikat berundur dari Gallipoli.
- 1918 - Presiden Woodrow Wilson announces his "Fourteen Points" for the aftermath of World War I.
- 1926 - Abdul Aziz Al Sa'ud menjadi Raja Hijaz lalu menamakan tanah kedaulatan baginda sebagai Arab Saudi.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Britain melancarkan catuan makanan.
- 1956 - Operasi Auca: Lima orang mubaligh A.S. dibunuh oleh kaum Huaorani di Ecuador tidak lama selepas berhubung dengan mereka.
- 1959 - Revolusi Cuba pimpinan Fidel Castro berakhir dengan penawanan Santiago de Cuba.
- 1961 - Di Perancis, satu pungutan suara mendukung dasar-dasar Charles de Gaulle di Algeria.
- 1962 - Lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci dipamerkan di Amerika Syarikat buat julung kalinya di Galeri Seni Kebangsaan di Washington, D.C.
- 1964 - Presiden Lyndon B. Johnson mengisytiharkan "Perang Menentang Kemiskinan" di Amerika Syarikat.
- 1973 - Misi angkasa Soviet Luna 21 dilancarkan.
- 1973 - Skandal Watergate: Bermulanya perbicaraan tujuh orang lelaki yang dituduh masuk tanpa izin ke dalam ibu pejabat Parti Demokratik di Watergate.
- 1979 - Kapal tangki Betelgeuse meletup di Teluk Bantry, Ireland.
- 1982 - AT&T agrees to divest itself of twenty-two subdivisions.
- 1989 - Penerbangan 092 British Midland jatuh terhempas di tambak lebuh raya M1 berhampiran Kegworth, Leicestershire, UK, mengorbankan 47 orang.
- 1989 - Akihito menaiki takhta Jepun, bermulanya zaman Heisei.
- 1994 - Angkasawan Rusia Valeri Polyakov menaiki Soyuz TM-18 berlepas ke Mir. Beliau menetap di stesen angkasa tersebut selama 437 hari di angkasa sehingga 22 Mac 1995.
- 1996 - Sebuah pesawat berkuasa turboprop kargo Antonov 32 terhempas di pasar utama di Kinshasa, Zaire, lalu mengorbankan 350 nyawa.
- 2002 - Presiden George W. Bush menandatangani Akta Tiada Anak Ketinggalan.
- 2004 - Kapal penumpang terbesar ketika itu, RMS Queen Mary 2 (gambar) dinamakan oleh Ratu Elizabeth II, cucu Ratu Mary.
- 2006 - Gempa bumi bermagnitud 6.9 dan berpusat berhampiran Pulau Kythira di Greece melanda kebanyakan kawasan negara ini dan juga terasa di seluruh kawasan timur Laut Mediterranean.
- 2008 - New Jersey secara rasminya menjadi negeri Utara AS pertama yang meminta ampun atas kegiataan perhambaan zaman silam.
- 2010 - Bas yang membawa pasukan bola sepak Togo ke Piala Negara Afrika 2010 diserang di Cabinda hingga mengorbankan tiga orang, menyebabkan pasukan itu menarik diri.
- 2010 - Beberapa gereja di Malaysia diserang dipercayai berkaitan dengan pertikaian undang-undang mengenai penggunaan nama Allah dalam konteks Tuhan Kristian.
- 2011 - Di Tucson, Arizona, Jared Lee Loughner menembak sebuah mesyuarat umum anggota Dewan Perwakilan A.S. Gabrielle Giffords, mengakibatkan enam maut dan 12 cedera.
Kelahiran
sunting- 1942 - Junichiro Koizumi, seorang Perdana Menteri Jepun
- 1972 - Giuseppe Favalli, pemain bola sepak A.C. Milan