15 Januari
tarikh
(Dilencongkan daripada Januari 15)
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
15 Januari merupakan hari ke-15 dalam kalendar Gregory. Tinggal 350 hari (atau 351 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari John Chilembwe di Malawi;
- Hari Abjad Korea di Korea Utara;
- Hari Angkatan Tentera di India dan Nigeria.
Peristiwa
sunting- 588 SM - Nebuchadrezzar II dari Babylon menyerang Yerusalem yang diperintah Zedekiah. Serangan ini berkekalan sehingga 23 Julai 586 SM.
- 69 - Otho merampas kuasa di Rom, lalu mengisythiar dirinya selaku Maharaja Rom, tetapi cuma memerintah selama tiga bulan sebelum membunuh diri.
- 1582 - Rusia menyerahkan Livonia dan Estonia kepada Poland.
- 1759 - Muzium British (gambar) yang terletak di Bloomsbury, London dibuka kepada awam.
- 1777 - Perang Revolusi Amerika: New Connecticut (kini negeri Vermont) mengisytiharkan kemerdekaannya sendiri.
- 1782 - Superintenden Kewangan Robert Morris menghadap Kongres A.S. untuk mencadangkan penubuhan kilang syiling kebangsaan dan duit syiling perpuluhan.
- 1822 - Perang Kemerdekaan Yunani: Demetrius Ypsilanti dipilih sebagai presiden perhimpunan perundangan.
- 1844 - Universiti Notre Dame menerima piagamnya daripada negeri Indiana, A.S.
- 1865 - Perang Saudara Amerika: Fort Fisher, Carolina Utara jatuh di tangan pihak Kesatuan, maka berkecainya pelabuhan utama terakhir di pihak Gabungan.
- 1870 - Kartun politik buat julung kalinya memakai imej keldai sebagai lambang Parti Demokratik A.S ("A Live Jackass Kicking a Dead Lion" karya Thomas Nast untuk Harper's Weekly).
- 1885 - Jurugambar A.S. Wilson Bentley menjadi orang pertama yang diketahui mengambil gambar foto emping salji.
- 1889 - Syarikat Coca-Cola, dulu dikenali sebagai Pemberton Medicine Company, ditubuhkan di Atlanta, Georgia.
- 1892 - James Naismith menerbitkan peraturan bola keranjang.
- 1919 - Dua tokoh sosialis yang paling terkenal di Jerman, Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht diseksa dan dibunuh oleh Freikorps.
- 1919 - Satu tangki besar molases di Boston, Massachusetts pecah, membunuh 21 orang dan mencederakan 150 yang lain.
- 1936 - Binaan pertama yang dilitupi kaca sepenuhnya siap di Toledo, Ohio, bagi pihak Owens-Illinois Glass Company.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Tentera Empayar Jepun diusir dari Pulau Guadalcanal.
- 1943 - Perang Dunia II: Bermulanya serangan balas Soviet di Voronezh.
- 1943 - Bangunan pejabat dengan kapasiti terbesar di dunia, ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Pentagon (gambar) ditahbiskan.
- 1947 - Mayat Elizabeth Short ("The Black Dahlia") ditemui di Leimert Park, Los Angeles, California.
- 1949 - Perang Saudara China: Angkatan Parti Komunis China merampas Tianjin daripada kerajaan Kuomintang.
- 1951 - Ilse Koch, isteri kepada komandan kem tumpuan Buchenwald, dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah di Jerman Barat.
- 1966 - Kerajaan Nigeria pimpinan Abubakar Tafawa Balewa digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh tentera.
- 1967 - Green Bay Packers menewaskan Kansas City Chiefs dalam kejohanan bola sepak Amerika peringkat kebangsaan pertama kali diadakan, kini dikenali sebagai Super Bowl I.
- 1969 - Kesatuan Soviet melancarkan kapal angkasa Soyuz 5.
- 1970 - Negara Biafra menyerah kalah setelah berjuang untuk berpisah dari Nigeria selama 32 bulan.
- 1970 - Muammar al-Qaddafi diisytiharkan sebagai Perdana Menteri Libya.
- 1973 - Perang Vietnam: Berikutan perkembangan rundingan damai, Presiden Richard Nixon mengumumkan pemberhentian serangan di Vietnam Utara.
- 1976 - Sara Jane Moore yang cuba membunuh Gerald Ford dihukum penjara seumur hidup.
- 1977 - Bencana udara Kälvesta ,hempasan pesawat terburuk dalam sejarah Sweden, meragut 22 nyawa.
- 1986 - Tarikan The Living Seas dibuka di EPCOT Center di Walt Disney World, Florida.
- 1991 - Tarikh luput PBB untuk tentera Iraq berundur dari Kuwait tamat menandakan permulaan Operasi Desert Storm.
- 1992 - Komuniti antarabangsa mengiktiraf kemerdekaan Slovenia dan Croatia dari Yugoslavia.
- 1993 - Ketua Mafia tersohor Salvatore Riina ditangkap di Sicily setelah bersembunyi selama tiga dekad.
- 1999 - Peristiwa Racak: 45 orang Albania dibunuh oleh angkatan keselamatan Yugoslavia di kampung Racak, Kosovo.
- 2001 - Wikipedia dilancarkan secara rasmi oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger.
- 2005 - Nyala suria yang kuat melancarkan sinar X merentas sistem suria.
- 2005 - Pengorbit bulan SMART-1 ESA menemui unsur-unsur kalsium, aluminium, silikon, besi, dan lain-lain di permukaan bulan.
- 2007 - Barzan Ibrahim al-Tikriti, bekas ketua perisikan Iraq dan adik tiri Saddam Hussein, dan Awad Hamed al-Bandar, bekas ketua hakim Mahkamah Revolusi, dihukum gantung sampai mati di Iraq.
- 2009 - Korban serangan Israel di Genting Gaza meningkat melebihi 1000 orang, kebanyakannya orang awam.
- 2010 - Gerhana matahari anulus (gambar) paling lama bagi alaf ke-3 terjadi di sebahagian Afrika, Lautan Hindi dan Asia.
- 2010 - Banjir di Kenya meragut 38 nyawa dan memaksa 40,000 penduduk berpindah.
Kelahiran
sunting- 1918 - Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir ke-2
- 1958 - Boris Tadić, Presiden Serbia ke-3