Video CD

(Dilencongkan daripada VCD)

Video CD atau VCD adalah format digital untuk menyimpan video ke dalam cakera padat. Video CD boleh dimainkan dengan menggunakan pemain VCD, komputer peribadi, pemain DVD, serta pada sesetengah konsol permainan video

Cakera Padat Video Digital (VCD)

{{{caption}}}
Jenis media:Cakera optik
Pengekodan:MPEG-1 video + audio
Muatan:Sehingga 800 MB
Mekanisme baca:Laser separa pengalir dengan panjang gelombang 780 nm
Piawai:Buku Putih
Dimaju oleh:Sony & Philips
Dilanjutkan kepada:SVCD
Penggunaan:Storan audio dan video
Dilanjutkan kepada:SVCD

Piawaian VCD mula dibangunkan pada tahun 1993[1][2] oleh Sony, Philips, Matsushita, dan JVC serta dirujuk sebagai Piawaian Buku Putih.

Spesifikasi teknikal

sunting

Di dalam sekeping VCD, aliran audio dan video dimultiplekskan di dalam "bekas" MPEG-PS.

Secara keseluruhannya, kualiti gambar adalah menyamai pita video VHS.[3] Kualiti gambar VCD dengan mampatan video yang kurang baik ada kalanya boleh jadi lebih teruk daripada video VHS, tetapi VCD berkualiti rendah biasanya sering menampilkan blok-blok dan bukannya hingar analog, serta tidak semestinya menjadi lebih teruk pada setiap penggunaan.

Resolusi 352x240 dipilih kerana ia merupakan separuh daripada resolusi video NTSC (pada kedua-dua paksi menegak dan mendatar). Resolusi 352x288 adalah lebih kurang suku daripada resolusi PAL/SECAM. Ia hampir bersamaan dengan resolusi (keseluruhan) bagi pita VHS analog.

Video VCD adalah serasi dengan piawaian DVD-Video, kecuali bagi video yang dienkodkan pada kadar bingkai 23.976 bingkai sesaat, yang perlu penggunakan tarikan 3:2.

Seperti kebanyakan format berasaskan CD, audio VCD tidak serasi dengan piawaian DVD-Video kerana perbezaan frekuensi; DVD memerlukan 48 kHz, manakala VCD menggunakan 44.1 kHz.

Perbandingan dengan DVD

sunting

Oleh kerana saiz storan yang kecil, biasanya VCD bagi filem-filem pawagam biasanya dipakejkan dalam beberapa keping VCD yang dijual bersama. Dalam kebanyakan kes, sekeping VCD secara kasarnya menyimpan lebih kurang 60 minit masa tayangan sebelum pengguna perlu menukar cakera VCD. Namun demikian, terdapat juga pemain VCD yang boleh menyimpan beberapa keping VCD sekaligus, membolehkan cakera ditukar secara automatik sebaik sahaja VCD terdahulu habis ditayangkan.

Terdapat beberapa kelebihan VCD berbanding DVD:-

  • Format VCD tiada pengekodan setempat, membolehkan VCD yang sama dimainkan pada kesemua pemain VCD di seluruh dunia.
  • Beberapa judul VCD tidak boleh didapati dalam DVD dan/atau VHS di sesetengah kawasan.[4]

Namun demikian, VCD kurang popular di Eropah dan Amerika Utara kerana mudah dicetak rompak.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Hardware and Software Get an Early Start, Sony, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-25, dicapai pada 2008-02-13
  2. ^ Super Video Compact Disc, A Technical Explanation (PDF) (PDF), Philips System Standards and Licensing, 1998, m/s. 2, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-28, dicapai pada 2008-02-13
  3. ^ Chiariglione, Leonardo (November 6, 1992), MPEG Press Release, London, 6 November 1992, International Organization for Standardization, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-08, dicapai pada 2008-03-20
  4. ^ VCD Help & FAQ - what is a vcd Diarkibkan 2008-12-18 di Wayback Machine from vcdgallery.com Retrieved on 24 April 2008

Pautan luar

sunting