Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (Jawi: ݢابوڠن رعيت سابه , disingkatkan kepada GRS), atau secara rasmi dikenali sebagai Parti Gabungan Rakyat Sabah atau Parti GRS[17], ialah sebuah entiti parti politik tempatan Sabah dan sekaligus sebuah gabungan parti politik berdaftar rasmi di Sabah, Malaysia. Gabungan ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan perlembagaan yang membenarkan keangotaan terus terhadap ahli politik tanpa menyertai parti komponen di dalam gabungan tersebut.[18][19] Di peringkat negeri, Gabungan Rakyat Sabah merupakan gabungan parti yang mempunyai formula sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempromosikan kesatuan diantara presiden parti tempatan dan rakyat tempatan.[20][21] Kubu-kubu kuat parti GRS dari segi sokongan rakyat ialah kawasan pedalaman Sabah, kawasan pantai timur Sabah dan separuh kawasan pantai barat Sabah.
Gabungan Rakyat Sabah ݢابوڠن رعيت سابه | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | Sabah People's Coalition |
Singkatan | GRS |
Presiden | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[1] (2021-2022) Majlis Presiden GRS (MPGRS)[2] (Secara rasmi pada 2022) |
Pengerusi | Datuk Seri panglima Haji Hajiji Noor[3] |
Setiausaha agung | Datuk Seri Panglima Masidi Manjun |
Timbalan Pengerusi | Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Anifah Aman, Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, Datuk Chin Su Phin, |
Pengasas | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2020 - 2021) (sebagai pakatan pilihan raya)[4] Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2022) (sebagai gabungan politik yang berdaftar dengan JPPM)[5] |
Ditubuhkan | 12 September 2020[6] |
Didaftarkan | 26 Februari 2022[7] |
Disahkan | 11 Mac 2022[8][9] |
Gabungan | GBS + UBA + IND |
Pecahan | Barisan Nasional (BN)[10] Perikatan Nasional (PN) Bersatu Cawangan Semenanjung Malaysia (Pusat) (BERSATU) Parti tempatan bersekutu (Sabah) |
Didahului oleh | Gabungan Bersatu Sabah (GBS)[11] Barisan Nasional-Sabah (BN-Sabah)[12] United Borneo Alliance (UBA) |
Ibu pejabat | Ibu Pejabat Gabungan Rakyat Sabah, GRS HQ, Lot 57 G7 Lorong Plaza Permai 2 Alamesra 88400 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia |
Akhbar | Media Rakyat Kiulu[13] USNO Online[14] The Borneo Post Media Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Section Berita GRS) |
Badan pemikir | Organisasi Intelektual Kumpulan Badan Pemikir GRS (BPGRS) |
Sayap pelajar | Sayap Mahasiswa Pelajar GRS (diasaskan oleh Armizan Mohd Ali) |
Sayap belia | Sayap Beliawanis GRS |
Sayap wanita | Sayap WIRA Wanita GRS |
Sayap pemuda | Pergerakan Pemuda GRS |
Sayap jentera parti | Perikatan Sabah Kinabalu GRS (PERISAI-GRS) |
Sayap keangotaan terus | Pertubuhan Ahli-ahli terus GRS |
Sayap penyokong kerajaan | GRS Supporters and Backbenchers Club (GRS-SBC) |
Keanggotaan (2024) | 257,2186 (Merupakan bilangan anggota terus GRS - tidak termasuk bilangan anggota setiap parti komponen) |
Ideologi | Regionalisme Sabah Perjanjian 20 Perkara Sabah Menjaga hak bumiputera tempatan di Sabah |
Penggabungan kebangsaan | Kerjasama tempatan:
Rakan gabungan nasional:
|
Parti-parti komponen | |
Warna | Biru |
Slogan | "Sayangi Sabah" (PRN 2020) "Sabah Maju Jaya" (sejak 2020) "Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, Sabah Unity" (selepas didaftarkan)[16] |
Dewan Negara | 2 / 70
|
Dewan Rakyat (Kerusi Sabah dan Labuan) | 6 / 26
|
Dewan Undangan Negeri Sabah | 42 / 79
|
Ketua Menteri Sabah | 1 / 1
|
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
GRS Official Facebook group | |
Politik Sabah Parti politik Pilihan raya |
Maklumat lanjut
suntingParti gabungan GRS telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 11 Mac 2022[22] oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan penggunaan logo GRS telah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[23] Parti Gabungan Rakyat Sabah terdiri daripada 8 parti komponen rasmi iaitu Gagasan Rakyat Sabah, PBS, SAPP, STAR, USNO, LDP, PHRS, dan PCS berserta keahlian terus GRS.[24][25][26][27]
GRS merupakan gabungan parti politik tempatan di Sabah yang mempunyai komponen parti terbanyak di Malaysia dengan memiliki kerjasama lebih dari 8 parti tempatan dalam gabungan itu.
Gabungan yang pada awalnya menggabungkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah, parti-parti tempatan bersekutu dan ahli-ahli politik bebas ini telah memenangi majoriti kerusi di dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 yang berlangsung pada 27 September 2020 dan berjaya membentuk kerajaan di Sabah.
Pada tahun 2022, Gabungan ini secara rasminya hanya menggabungkan bekas komponen Gabungan Bersatu Sabah (GBS), United Borneo Alliance (UBA), bekas parti bersekutu dan bekas ahli-ahli politik bebas. Hal sedemikian menyebabkan GRS dilihat sebagai sebuah entiti parti gabungan politik tempatan sepenuhnya tanpa campur tangan parti luar Sabah.[28]
Parti GRS menjadi parti gabungan tempatan kedua yang berdaftar memerintah Sabah selepas Gabungan Pasok-PBS pada 1985.[29][30][31]
Sejarah
suntingKebangkitan perikatan politik terbesar di Sabah
suntingGabungan ini telah diasaskan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020.[32] Perikatan politik ini telah dipersetujui sebahagian besar kepemimpinan politik di Sabah atas sebab dasar "gabungan tempatan" yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili pada 12 September 2020. Penganalisis politik bebas di Sabah juga turut bersetuju tentang penubuhan gabungan ini atas sebab kemahuan rakyat yang menginginkan gabungan parti tempatan yang sama seperti ideologi Gabungan Parti Sarawak yang lebih mengutamakan kemajuan sesebuah negeri.[33]
Pada awalnya (sebelum didaftarkan), gabungan parti ini hanya merupakan sebuah pakatan pilihan raya diantara dua parti gabungan di Sabah iaitu Barisan Nasional yang terdiri daripada Parti PBRS, MCA, UMNO; Perikatan Nasional yang terdiri daripada Parti STAR, SAPP, BERSATU Sabah, parti-parti tempatan bersekutu PN (termasuk GAGASAN serta PCS) dan sebuah parti tempatan Sabah tanpa gabungan, Parti Bersatu Sabah (PBS)[34][35].
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan raya negeri Sabah 2020 dan berjaya mengukuhkan kedudukan berorganisasi dalam membentuk sebuah pakatan tempatan Sabah. BERSATU, PAS dan UMNO serta parti-parti luar negeri kemudiannya tidak termasuk, tidak dibenarkan dan tidak tersenarai dalam organisasi GRS yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 2022.[36][37][38]
Memorandum persefahaman menghadapi pilihan raya negeri
suntingPada 9 Januari 2021, satu memorandum persefahaman antara semua parti yang bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah telah ditandatangani oleh para pemimpin parti. Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menguatkan lagi ikatan antara parti bagi mengukuhkan gabungan tersebut yang telah memenangi pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu. Gabungan ini tidak dipengaruhi dengan apa yang berlaku dalam gabungan di Semenanjung Malaysia dan menolak sebarang campur tangan dari luar Sabah.[39][40]
Pendaftaran sebagai parti politik rasmi
suntingPada 24 November 2021, Datuk Salleh Said Keruak yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah menyatakan untuk mendaftar & merasmikan gabungan itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menstabilkan pandangan politik kerajaan Sabah.[41]
Pada 25 November 2021, kebanyakan pemimpin GRS bersetuju dengan kenyataan Datuk Salleh Said Keruak untuk merasmikan & mendaftarkan gabungan ini sebagai "parti gabungan politik". Pemimpin yang bersetuju termasuk Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Masidi Manjun, Datuk Yong Teck Lee, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia dan presiden parti lain juga bersetuju.[42][43][44]
Pada 26 November 2021, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bahagian Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai menyatakan bahawa semua kepemimpinan PBS bersetuju dan menginginkan gabungan ini bukan sahaja dirasmikan tetapi didaftarkan sebagai sebuah entiti gabungan parti politik di Sabah yang sah untuk elak pertembungan dan mengukuhkan pandangan politik penyokong-penyokong Gabungan Rakyat Sabah.[45][46]
Kelulusan pendaftaran
suntingJPPM telah meluluskan pendaftaran GRS sebagai sebuah gabungan rasmi parti politik di Sabah. GRS telah menerima sijil kelulusan daripada JPPM pada 11 Mac 2022 selepas mengemukakan permohonan beberapa minggu sebelumnya dan kelulusan itu memenuhi permintaan semua pihak yang mahu gabungan itu didaftarkan secara sah[47]
Parti gabungan ini juga menjadi gabungan politik tempatan kedua di Sabah yang diluluskan secara rasmi oleh JPPM.[48] Sebelum ini, Gabungan Bersatu Sabah (GBS) pernah menghantar surat pendaftaran gabungan tersebut tetapi tidak diluluskan[49]. Gabungan Pasok-PBS merupakan gabungan pertama didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 namun dibubarkan selepas berlaku perpecahan di dalam Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994 hasil dari lompatan sesetengah pemimpin Parti berkenaan.[50]
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini juga telah didaftarkan dengan perlembagaan Keahlian terus GRS yang membenarkan ahli politik bebas untuk menyertai gabungan tersebut secara langsung walaupun tanpa parti komponen.[51] Sejak bulan April 2023, sokongan dan akar umbi Parti Gabungan Rakyat Sabah semakin berkembang luas dan parti komponen semakin bertambah. Gabungan ini terdiri daripada GAGASAN, PBS, SAPP, STAR, LDP, PHRS, PCS, bekas parti tempatan bersekutu, dan USNO berserta Keahlian terus GRS (Direct membership).[52][53][54][55]
Pada 9 Mei 2022, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) telah berjaya diterima sebagai parti komponen baharu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan telah menjadi parti tempatan pertama yang diluluskan oleh kepimpinan sedia-ada GRS untuk menjadi anggota gabungan tersebut, diikuti dengan PHRS dan LDP yang telah diluluskan keanggotaan parti pada 5 April 2023.[56][57]
Kejatuhan BERSATU Sabah
suntingPada 10 Disember 2022, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya bertindak keluar parti pada hari itu. Dalam hal ini, para pemimpin BERSATU Sabah termasuk semua wakil rakyatnya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu pada hari itu.[58] Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor juga menyatakan bahawa semua wakil rakyat di peringkat ADUN Sabah juga keluar dan meninggalkan parti induk.[59]
Hajiji Noor dan pihak kepemimpinan GRS mengumumkan untuk merasmikan GRS sebagai satu gabungan lokal di Sabah secara total tanpa penglibatan parti-parti luar Sabah. Selepas sahaja keluarnya BERSATU Sabah dari GRS, timbul khabar angin mengatakan bahawa bekas-bekas ahli BERSATU Sabah akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), namun presiden semasa PGRS Stephen Jacob Jimbangan menyatakan bahawa mereka belum dapat panggilan dari kepemimpinan tertinggi bekas ahli BERSATU Sabah untuk menyertai PGRS, dan dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan PGRS akan menjadi platform baharu bagi bekas-bekas ahli berkenaan. Beliau juga berkata, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya PGRS dijadikan komponen dan platform baharu mereka sekiranya demi kebaikan rakyat Sabah, dan ini juga disetujui pihak kepemimpinan tertinggi PGRS.[60][61]
Menjadi parti gabungan politik tempatan yang bersepadu sepenuhnya
suntingPada tahun 2022, Gabungan ini secara rasminya hanya menggabungkan bekas komponen Gabungan Bersatu Sabah (GBS), United Borneo Alliance (UBA), dan bekas ahli-ahli politik bebas. Hal sedemikian menyebabkan GRS dilihat sebagai sebuah entiti parti gabungan politik tempatan sepenuhnya tanpa campur tangan parti luar Sabah.[62] Gabungan Rakyat Sabah (GRS), rakan kongsi utama dalam gabungan kerajaan negeri kini dalam kedudukan lebih kukuh apabila pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti itu, kata penganalisis politik Lee Kuok Tiung. Menurut Lee, ia membolehkan GRS dianggap sebagai parti tempatan sepenuhnya. Beliau turut menyifatkan keputusan ADUN dan Ahli Parlimen Bersatu Sabah meninggalkan parti itu sebagai tindakan bijak kerana tiada siapa boleh menuduh GRS sebagai parti pimpinan Bersatu yang berselindung di sebalik parti tempatan Sabah. “Ia kini parti tempatan dan bukan itu sahaja, saya percaya ia akan membantu mengukuhkan blok Borneo dengan kerjasamanya dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya. Lee juga menolak spekulasi bahawa kerajaan negeri pimpinan Hajiji Noor akan tumbang kerana kononnya kehilangan majoritinya di DUN. Sebaliknya, katanya, kedudukan Hajiji telah diperkukuhkan lagi kerana dia dan ahli Bersatu lain telah menjadi ahli GRS.[63]
Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
suntingDatuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) secara rasmi pada 29 Januari 2023. Ketua Menteri yang juga merupakan Ketua dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, Gagasan Rakyat akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah. Bekas Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu menjelaskan, Gagasan Rakyat juga telah diterima oleh GRS sebagai parti komponen pada 9 Disember 2022 dan Hajiji telah diterima baik dalam parti berkenaan.[64][65]
Keanggotaan
suntingKeanggotaan GRS terbahagi kepada dua, keanggotaan parti politik dan keanggotaan individu (anggota terus).[66][67]
Keanggotaan individu
suntingPerlembagaan GRS membolehkan seseorang individu menjadi ahli terus dalam parti. Anggota parti layak bertanding atas tiket parti tanpa menduduki mana-mana parti komponen dalam gabungan berkenaan.[69] Menurut perlembagaan yang didaftarkan dalam Gabungan Rakyat Sabah, pengerusi semasa gabungan ialah ketua dan sekaligus presiden bagi parti keahlian individu GRS (iaitu yang mengawal keahlian individu dan sekaligus mengawal keangotaan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah).[70][71] Tujuan "perlembagaan keahlian terus" ini adalah untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan akar umbi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selain itu, perlembagaan ini juga dapat mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat pengundi luar pagar, ahli politik tidak berparti (Bebas) dan juga keanggotaan parti agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diperkukuhkan. Perlembagaan ini diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 11 Mac 2022 dan disahkan pada 12 Mac 2022 oleh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Keanggotaan parti politik
suntingBerikut ialah parti anggota bagi GRS:
Lambang | Parti politik | Akronim | Presiden | Tempoh keanggotaan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Anggota | ||||||
Parti Gagasan Rakyat Sabah | GAGASAN | Hajiji Noor | 9 Disember 2022[72] - kini | |||
Parti Bersatu Sabah | PBS | Maximus Ongkili | 11 Mac 2022[73] - kini | |||
Parti Solidariti Tanah Airku | STAR | Jeffrey Kitingan | 11 Mac 2022[74] - kini | |||
Parti Maju Sabah | SAPP | Yong Teck Lee | 11 Mac 2022[75] - kini | |||
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu | USNO | Pandikar Amin Mulia | 9 Mei 2022[76] - kini | |||
Parti Harapan Rakyat Sabah | PHRS | Liew Yun Fah | 5 April 2023[77] - kini | |||
Parti Liberal Demokratik | LDP | Chin Su Phin | 5 April 2023[78][79] - kini | |||
Parti Cinta Sabah | PCS | Anifah Aman | 22 Mei 2024[80] - kini | |||
Bekas anggota | ||||||
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Sabah | BERSATU Sabah | Hajiji Noor (letak jawatan) Ronald Kiandee (selepas digugurkan keangotaan parti) |
11 Mac 2022 - 11 Disember 2022[81] |
Perwakilan
suntingDewan Negara
suntingLantikan | Ahli | Parti | Tempoh | Penggal | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
Dewan Undangan Negeri Sabah | Bobbey Ah Fang Suan, YB Senator Datuk | GRS (GAGASAN RAKYAT) | 15 Januari 2024 - 14 Januari 2027 | Kedua | |
Yang di-Pertuan Agong | Anna Bell @ Suzieana Perian, YB Senator Puan | GRS (GAGASAN RAKYAT) | 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 | Pertama | |
Yang di-Pertuan Agong | Anifah Aman, YB Senator Datuk | GRS (PCS) | 20 March 2023 - 19 March 2026 | Pertama |
Dewan Rakyat
suntingGRS mempunyai 6 orang ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah.
No. | Kawasan Parlimen | Ahli Yang Berhormat | Parti | Catatan |
---|---|---|---|---|
P175 | Papar | Armizan Mohd Ali, Dato' Dr | Anggota terus GRS | Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia |
P178 | Sipitang | Matbali Musah, Datuk | Anggota terus GRS | |
P179 | Ranau | Jonathan Yasin, Datuk | Anggota terus GRS | |
P180 | Keningau | Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. | STAR | |
P185 | Batu Sapi | Khairul Firdaus Akbar Khan, Tuan | Anggota terus GRS | Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia |
P190 | Tawau | Lo Su Fui, Tuan | PBS |
Dewan Undangan Negeri Sabah
suntingNo. | Kerusi Parlimen | No. | Dewan Undangan Negeri | Nama | Parti | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
P167 | Kudat | N1 | Banggi | Mohammad Mohamarin | GAGASAN | ||||
N3 | Pitas | Ruddy Awah | GAGASAN | Pembantu Menteri Negeri | |||||
N4 | Tanjong Kapor | Ben Chong Chen Bin | GAGASAN | ||||||
P168 | Kota Marudu | N5 | Matunggong | Julita Mojungki | PBS | Pembantu Menteri Negeri | |||
N7 | Tandek | Hendrus Anding | PBS | Pembantu Menteri Negeri | |||||
P169 | Kota Belud | N8 | Pintasan | Fairuz Renddan | GAGASAN | ||||
N9 | Tempasuk | Mohd Arsad Bistari | GAGASAN | ||||||
P170 | Tuaran | N12 | Sulaman | Hajiji Noor | GAGASAN | Ketua Menteri | |||
N13 | Pantai Dalit | Jasnih Daya | GAGASAN | ||||||
N14 | Tamparuli | Jahid Jahim | PBS | Menteri Negeri | |||||
N15 | Kiulu | Joniston Bangkuai | PBS | Pembantu Menteri Negeri | |||||
P173 | Putatan | N23 | Petagas | Awang Ahmad Sah Awang Sahari | GAGASAN | ||||
P175 | Papar | N27 | Limbahau | Juil Nuatim | Anggota terus GRS | ||||
N28 | Kawang | Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar | GAGASAN | ||||||
P176 | Kimanis | N31 | Membakut | Mohd Arifin Mohd Arif | GAGASAN | Menteri Negeri | |||
P177 | Beaufort | N32 | Klias | Isnin Aliasnih | GAGASAN | Pembantu Menteri Negeri | |||
N33 | Kuala Penyu | Limus Jury | GAGASAN | Pembantu Menteri Negeri | |||||
P178 | Sipitang | N34 | Lumadan | Ruslan Muharam | PBS | ||||
N5 | Sindumin | Yusof Yacob | GAGASAN | ||||||
P179 | Ranau | N36 | Kundasang | Joachim Gunsalam | PBS | Timbalan Ketua Menteri | |||
N37 | Karanaan | Masidi Manjun | GAGASAN | Menteri Negeri | |||||
N38 | Paginatan | Abidin Madingkir | STAR | Pembantu Menteri Negeri | |||||
P180 | Keningau | N39 | Tambunan | Jeffrey Kitingan | STAR | Timbalan Ketua Menteri | |||
N40 | Bingkor | Robert Tawik @ Nordin | STAR | Pembantu Menteri Negeri | |||||
N41 | Liawan | Annuar Ayub | STAR | ||||||
P181 | Tenom | N43 | Kemabong | Rubin Balang | GAGASAN | ||||
P182 | Pensiangan | N44 | Tulid | Flovia Ng | STAR | Pembantu Menteri Negeri | |||
N45 | Sook | Ellron Alfred Angin | STAR | Menteri Negeri | |||||
N46 | Nabawan | Abdul Ghani Mohamed Yassin | GAGASAN | ||||||
P183 | Beluran | N47 | Telupid | Jonnybone Kurum | PBS | ||||
N49 | Labuk | Samad Jambri | GAGASAN | Pembantu Menteri Negeri | |||||
P185 | Batu Sapi | N54 | Karamunting | Hiew Vun Zin | GAGASAN | ||||
P187 | Kinabatangan | N57 | Kuamut | Masiung Banah | GAGASAN | ||||
P188 | Lahad Datu | N63 | Kunak | Norazlinah Arif | GAGASAN | ||||
P190 | Tawau | N67 | Balung | Hamid Awang | GAGASAN | ||||
N68 | Apas | Nizam Abu Bakar Titingan | GAGASAN | Pembantu Menteri Negeri | |||||
P191 | Kalabakan | N70 | Kukusan | Rina Jainal | PHRS | ||||
N73 | Sebatik | Hassan A Gani Pg Amir | GAGASAN | ||||||
Anggota Dilantik | Jaffari Waliam | GAGASAN | |||||||
Anggota Dilantik | Amisah Yassin | GAGASAN | |||||||
Anggota Dilantik | Yong Teck Lee | SAPP | |||||||
Jumlah | Sabah (42) |
Senarai Menteri
suntingPortfolio | Office Bearer | Party | Constituency | |
---|---|---|---|---|
Minister of Domestic Trade and Costs of Living | Datuk Armizan Mohd. Ali MP | GRS | Papar |
Portfolio | Office Bearer | Party | Constituency | |
---|---|---|---|---|
Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture | Khairul Firdaus Akbar Khan MP | GRS | Batu Sapi |
Senarai ketua GRS pusat
suntingPengasas utama
suntingPengasas | Tahun | ||
---|---|---|---|
Hajiji Noor | 2020-2021 (sebagai pakatan pilihan raya) | ||
Hajiji Noor | 2022 (sebagai gabungan berdaftar rasmi dengan JPPM) |
Pengerusi
suntingKetua gabungan (Pengerusi) |
Parti | Dalam jawatan | Lepas jawatan | ||
---|---|---|---|---|---|
1. | Hajiji Noor (pemegang pengerusi sulung) |
BERSATU Sabah (2020-2022) | 2020-2021 (Tidak rasmi) 11 Mac 2022 (Rasmi) |
11 Disember 2022 | |
2. | Hajiji Noor[83] | Gabungan Rakyat Sabah | 12 Disember 2022 | 29 Januari 2023 | |
3. | Hajiji Noor[84] | Parti Gagasan Rakyat Sabah | 29 Januari 2023 | Penyandang |
Kepimpinan
suntingOrganisasi kepimpinan utama GRS
suntingBerikut ialah organisasi GRS pada 2023.
- Pengerusi:
- Hajiji Noor (GAGASAN)[85][86]
- Timbalan Pengerusi:
- Maximus Johnity Ongkili (PBS)
- Jeffrey Gapari Kitingan (STAR)
- Yong Teck Lee (SAPP)
- Pandikar Amin Mulia (USNO)
- Liew Yun Fah (PHRS)
- Chin Su Phin (LDP)
- Anifah Aman (PCS)
- Setiausaha:
- Masidi Manjun (GAGASAN)
- Bendahari:
- Ardino Diris (STAR)
- Ketua Penerangan:
- Joniston Bangkuai (PBS)
- Ahli Jawatankuasa:
- Rubin Balang (GAGASAN)
- Ruddy Awah (GAGASAN)
- Edward Dagul (SAPP)
- Matbee Ismail (USNO)
- Rina Jainal (PHRS)
- Datuk Ir. Yong Wui Chung (LDP)
- Juil Nuatim (Keahlian terus GRS)[87]
- Setiausaha Eksekutif:
- Abdul Kassim Jali @ Razali (GAGASAN)
Keputusan pilihan raya umum
suntingDewan Rakyat
suntingPilihan raya umum | Jumlah kerusi menang | Jumlah kerusi ditandingi | Jumlah pengundi | Peratusan pengundi | Keputusan Pilihan raya | Ketua Pilihan raya |
---|---|---|---|---|---|---|
2018 (Sebagai gabungan tidak rasmi) |
2 / 222
|
5 | 89,876 | 0.52% | ▲2 kerusi; Kerajaan | Jeffrey Kitingan & Joseph Pairin Kitingan |
2022 | 6 / 222
|
13 | 194,324 | 1.25% | ▲4 kerusi; Kerajaan | Hajiji Noor |
Keputusan pilihan raya negeri
suntingPilihan raya negeri Sabah | Jumlah kerusi dimenangi | Jumlah kerusi ditandingi | Bilangan undian | Peratusan undian | Hasil (Outcome) pilihanraya | Ketua pilihanraya |
---|---|---|---|---|---|---|
2020 | 39 / 79
|
51 | 873,298 | 4.03% | ▲4 seats; State governing coalition (Gabungan Rakyat Sabah) |
Hajiji Noor |
Galeri
sunting-
Sijil kelulusan rasmi daripada JPPM untuk Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat kata pengerusi dan presiden GRS, Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ FMT (Free Malaysia Today) (30 November 2020). "Majlis Presiden GRS". Free Malaysia Today. Dicapai pada 24 August 2023.
- ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat kata pengerusi dan presiden GRS, Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat - Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ Izwan Abdullah (12 September 2020). "Penubuhan Gabungan Rakyat Sabah". BHarian. Dicapai pada 25 September 2020.
- ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat - Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/935697/gabungan-rakyat-sabah-didaftar-secara-rasmi-tanpa-umno-pas-bn
- ^ BERNAMA (Februari 27, 2020). "Permohonan pendaftaran Gabungan Bersatu Sabah masih dalam pertimbangan ROS". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
- ^ "Hajiji says BN not part of newly-registered Gabungan Rakyat Sabah". Malay Mail. Dicapai pada 20 March 2022.
- ^ https://www.facebook.com/BiroPeneranganBersatuKiulu?mibextid=ZbWKwL
- ^ https://www.facebook.com/untukmurakyat?mibextid=ZbWKwL
- ^ PCS diterima sertai GRS
- ^ Suraidah, Roslan (8 November 2022). "PRU-15: GRS gariskan empat teras dalam manifesto". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 January 2023.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah and this coalition now known as Gabungan Rakyat Sabah Party or GRS PARTY, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti - Armizan". Astro Awani. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ "Contohi GPS, Hajiji perlu daftar GRS sebagai entiti politik rasmi- Joniston". Astro Awani. 26 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
- ^ Izwan Abdullah (Mac 18, 2022). "Gabungan Rakyat Sabah didaftar secara rasmi tanpa UMNO, PAS, BN". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ Malaysia, Utusan (18 Mac 2022). "GRS babitkan empat parti, UMNO tiada dalam senarai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2022.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ Harian, Sinar (9 Mei 2022). "USNO diterima sertai GRS". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mei 2022.
- ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
- ^ Daily, Express (19 December 2022). "GRS kini kuat sebagai parti tempatan sepenuhnya". Harian Ekspres. Dicapai pada 11 January 2023.
- ^ Bernama (11 March 2022). "GRS is the second local coalition registered in Sabah after PASOK-PBS". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ MalaysiaKini, Darshini Kandasami (31 July 2020). "Imbasan sejarah lompat parti di Sabah (1985-1994 era Gabungan Pasok-PBS)". malaysiakini. Dicapai pada 3 September 2022.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:1
- ^ Asyikin, Asmin (18 December 2022). "Bersatu digugurkan dari GRS, Hajiji kekal Pengerusi". Sinar Harian. Dicapai pada 8 January 2022.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party and no more Peninsular parties in GRS coalition'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ Malaysia, Utusan (18 Mac 2022). "GRS babitkan empat parti, UMNO dan PAS tiada dalam senarai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2022.
- ^ BERNAMA (9 Januari 2021). "GRS tandatangan MoU, tolak campur tangan luar". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Januari 2021.
- ^ Suraidah Roslan (9 Januari 2021). "GRS Tandatangan MoU Perkukuh Kerjasama Politik". Borneo Today. Dicapai pada 9 Januari 2021.
- ^ "GRS should be registered as official political coalition - Salleh". MalaysiaKini. 24 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "GRS registration facing stumbling blocks, says Jeffrey". FreeMalaysiaToday (FMT). 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "GRS should be registered to avoid clashes between partners in elections, says Salleh Said". TheStar News. 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "Pendaftaran GRS jamin kestabilan politik Sabah". Utusan Malaysia. 25 November 2021. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "Contohi GPS, Hajiji perlu daftar GRS sebagai entiti politik rasmi- Joniston". Astro Awani. 26 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
- ^ "Isu Politik-GRS perlu didaftar sebagai entiti politik rasmi". Astro Awani. 26 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ BERNAMA (Februari 27, 2020). "Permohonan pendaftaran Gabungan Bersatu Sabah masih dalam pertimbangan ROS". BHarian. Dicapai pada Mac 23, 2022.
- ^ Bernama (11 March 2022). "GRS is the second local coalition registered in Sabah after PASOK-PBS". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti - Armizan". Astro Awani. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ Malaysia, Utusan (18 Mac 2022). "GRS babitkan empat parti, UMNO dan PAS tiada dalam senarai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2022.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ Harian, Sinar (9 Mei 2022). "USNO diterima sertai GRS". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mei 2022.
- ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
- ^ SINAR HARIAN (May 9, 2022). "USNO diterima sertai Parti GRS". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
- ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
- ^ Abdullah, Izwan (2022-12-10). "Pemimpin BERSATU Sabah keluar parti, kekal bawah GRS - Hajiji". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ Abdullah, Izwan (2022-12-11). "Bekas pemimpin BERSATU Sabah sertai PGRS?". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
- ^ Straits Times, New (2022-12-11). "Ex-Sabah Bersatu reps to join PGRS: Source". New Straits Times. Dicapai pada 2022-12-11.
- ^ Daily, Express (19 December 2022). "GRS kini kuat sebagai parti tempatan sepenuhnya". Harian Ekspres. Dicapai pada 11 January 2023.
- ^ Express, Daily (18 December 2022). "'GRS stronger now as a fully local party'". Daily Express. Dicapai pada 21 December 2022.
- ^ Mirlen Axtius (29 January 2023). "Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah". Astro Awani. Dicapai pada 29 January 2023.
- ^ https://www.thevibes.com/articles/news/84196/hajiji-takes-over-leadership-of-parti-gagasan-rakyat-sabah
- ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti - Armizan". Astro Awani. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says the drafter of GRS Party's constitution, YB Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ BERNAMA (26 February 2022). "GRS akan didaftarkan dalam tempoh terdekat - Hajiji". Bernama News. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ Bernama (December 12, 2022). "GRS constitution allows direct memberships for individuals, says the drafter of GRS Party's constitution, YB Armizan". malaymail. Dicapai pada December 26, 2022.
- ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
- ^ "PRU15: PBS guna logo dan tiket GRS". Warta Oriental. 14 October 2022. Dicapai pada 11 January 2023.
- ^ "STAR guna logo dan tiket GRS pada PRU-15". Utusan Malaysia. 22 August 2022. Dicapai pada 11 January 2023.
- ^ "Pemuda SAPP: Penggunaan satu logo bertiket GRS petanda kejayaan". Warta Oriental. 15 October 2022. Dicapai pada 11 January 2023.
- ^ SINAR HARIAN (May 9, 2022). "USNO diterima sertai Parti GRS". SINAR HARIAN. Dicapai pada May 9, 2022.
- ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
- ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
- ^ SabahMedia (April 8, 2023). "LDP rakam penghargaan kepada GRS". SabahMedia. Dicapai pada April 14, 2023.
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/666154/berita/politik/pcs-diterima-sertai-grs
- ^ Abdullah, Izwan (2022-12-10). "Pemimpin BERSATU Sabah keluar parti, kekal bawah GRS - Hajiji". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
- ^ Bernama (11 March 2022). "RoS approves registration of Gabungan Rakyat Sabah, says Hajiji". malaymail. Dicapai pada 13 March 2022.
- ^ Asyikin, Asmin (18 December 2022). "Bersatu digugurkan dari GRS, Hajiji kekal Pengerusi". Sinar Harian. Dicapai pada 8 January 2022.
- ^ Mirlen Axtius (29 January 2023). "Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah". Astro Awani. Dicapai pada 29 January 2023.
- ^ Asyikin, Asmin (18 December 2022). "Bersatu digugurkan dari GRS, Hajiji kekal Pengerusi". Sinar Harian. Dicapai pada 8 January 2022.
- ^ Mirlen Axtius (29 January 2023). "Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah". Astro Awani. Dicapai pada 29 January 2023.
- ^ Roslan, Suraidah (23 May 2023). "ADUN Limbahau kini ahli GRS". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 May 2023.