Armizan Mohd Ali
Datuk Armizan Mohd Ali (lahir 9 September 1976) ialah ahli politik Malaysia berasal dari Kampung Pengalat Besar, Papar, Sabah. Beliau merupakan ahli rasmi dan Ketua bagi Badan Pertubuhan Ahli-ahli terus Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta pengasas merangkap pengurus bagi Sayap Pelajar Mahasiswa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilantik sejak tahun 2022. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia dan Ahli Parlimen Papar.
Armizan Mohd Ali PGDK (Sabah), DIMP (Pahang), ADK, JP (Sabah) | |
---|---|
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Fuziah Salleh |
Didahului oleh | Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Datuk Wilson Ugak Kumbong |
Didahului oleh | Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Abdul Latiff Ahmad (Tugas-tugas Khas) |
Digantikan oleh | Fadillah Yusof |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Papar, Sabah | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Hassan |
Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 2021 – 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor |
Naib Ketua Penerangan Badan Pimpinan Negeri Sabah Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Dalam jawatan 2020 – 10 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | |
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia | |
Dalam jawatan 24 April 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Menteri | Rina Mohd Harun |
Setiausaha Eksekutif Badan Pimpinan Negeri Sabah Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Dalam jawatan 6 April 2019 – 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Armizan bin Mohd Ali 9 September 1976 Kampung Pengalat Besar, Papar, Sabah |
Parti politik | PGRS-GRS (Ahli terus GRS dan kerjasama komponen parti sejak, 6 Februari 2023 - Kini)
GRS (Ahli terus sejak, 10 Disember 2022- kini) (sebelum 2019) |
Pasangan | Datin Rafidah @ Marlissa Salleh |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ijazah Sarjana Muda) Universiti Malaysia Sabah (Ijazah Sarjana) |
Bidang pengkhususan | Ahli Politik |
Penglibatan politik
suntingArmizan Mohd Ali memulakan penglibatan politik dengan menyertai Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar,[1] Exco Pemuda UMNO Malaysia,[2][3] Pengerusi Biro Politik dan Pidato Pemuda UMNO Malaysia[4] dan Pembantu Khas Kepada mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein.[5]
Pada tempoh musim kempen Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-14, Beliau telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Manifesto Orang Muda Pemuda BN Sabah.[6]
Namun begitu, beliau telah meninggalkan UMNO pada 2019 lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai pengerusi PPBM Sabah.
Armizan Mohd Ali menjadi Setiausaha Eksekutif Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 6 April 2019 hingga 2020.[7][8] dan Naib Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 2020 hingga kini[9]
Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia iaitu Datuk Seri Rina Harun bermula dari 24 April 2020 hingga 16 Ogos 2021.[10]
Armizan Mohd Ali juga merupakan mantan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.[11]
Pada 3 Disember 2022, beliau telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.[12]
Kerjaya korporat
suntingArmizan Mohd Ali merupakan Ahli Lembaga Pengarah Qhazanah Sabah Berhad.[13]
Penglibatan persatuan
suntingArmizan Mohd Ali aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah;
- Timbalan Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS)[18]
- Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Sabah[19][20]
Anugerah
sunting- Pahang:
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2016)[21]
- Sabah:
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2022)[22]
- Ahli Darjah Kinabalu (ADK) - (2008)[23]
- Jaksa Pendamai - (2010)[24]
Rujukan
sunting- ^ "Public urged not to speculate on RM1.5 billion graft probe in Sabah". www.nst.com.my.
- ^ "Keputusan penuh pemilihan pergerakan pemuda UMNO Pusat". www.nst.com.my.
- ^ "Tindakan SPRM berhubung penyelewengan dana Sabah wajar dialu-alukan". www.themalaysianinsight.com.
- ^ "Khairy: Exco Pemuda turut diisi dua profesional muda". www.astroawani.com.
- ^ "Blow to son's wedding plans". www.thestar.com.my.
- ^ "Dakwaan biasiswa pelajar dikurangkan satu penipuan - Pemuda BN Sabah". pru14.bernama.com.
- ^ "25 Ketua Penaja PBBM Sabah". www.pressreader.com.
- ^ "Sertai Bersatu". www.pressreader.com.
- ^ "Kemenangan PRN Sabah sukar diramal". www.sinarharian.com.my.
- ^ "25 setiausaha politik menteri angkat sumpah". m.malaysiakini.com.
- ^ "Ketua Menteri Sabah dalam perbincangan dengan Petronas". wartaoriental.com.
- ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM". www.hmetro.com.my.
- ^ "Board of directors". qhazanahsabah.com.my.
- ^ "Pasukan pengalat diki julang piala parlimen papar". suarasabahtoday.com.
- ^ "save gaza jadi tema pilihan pertandingan bersusul". www.utusan.com.my.
- ^ "Edar borang pemohonan vaksin dan sampaikan bakul makanan – Setiakawan Sabah". suarasabahtoday.com.
- ^ "NGO bantu anak - anak membeli belah". suarasabahtoday.com.
- ^ "hajiji pengerusi mesyuarat AMT PRBSS". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "Jangan terlalu bersikap kenegerian". www.bharian.com.my.
- ^ "Teks Ucapan Alu-aluan" (PDF). eprints.ums.edu.my.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat". www.istadatistana-gov.site.
- ^ "Azam Baki ketuai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Sabah esok". wartaoriental.com.
- ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.yumpu.com.
- ^ "Muhyiddin heads Sabah honours list". www.theborneopost.com.