Lo Su Fui
ahli politik Malaysia
Datuk Lo Su Fui adalah ahli politik tempatan dari Sabah, Malaysia yang berbangsa Sabahan Cina dan merupakan ahli parti PBS-GRS. Beliau telah memenangi kerusi Tawau, Sabah pada Pilihan raya umum Malaysia 2022 yang lalu dan digelar sebagai "Giant Killer" selepas berjaya menewaskan pengerusi PKR Sabah yang juga merupakan penyandang bagi Kerusi Parlimen Tawau iaitu Christina Liew Chin Jin. Beliau juga merupakan Pegawai Khas (Hal Ehwal Tiong Sabah) kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.[1].
YB Datuk Lo Su Fui PGDK (Sabah), AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tawau, Sabah | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Christina Liew Chin Jin |
Majoriti | 3,800 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Parti Bersatu Sabah (PBS) |
Gabungan politik lain | Gabungan Rakyat Sabah (GRS) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Rujukan
sunting- ^ "Calon PRU 15 Lo Su Fui". Sinar Harian. 1 Disember 2022. Dicapai pada 1 Disember 2022.