Jahid Noordin Jahim

Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah
(Dilencongkan daripada Jahid Jahim)

Yang Berhormat Datuk Jahid Noordin Jahim (lahir 29 Mei 1958) merupakan seorang ahli politik dalam Parti Bersatu Sabah dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.[2] Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk N.14 Tamparuli, negeri Sabah.[3] Dahulunya, beliau pernah memperjuangkan pilihan raya negeri sebagai calon Barisan Nasional (PBS) secara langsung. Namun, partinya iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) pada 12 Mei 2018 dan kini bersekutu dalam parti Gabungan Bersatu Sabah selepas kejatuhan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2018. Beliau juga menyandang jawatan sebagai pemangku Timbalan Presiden dalam Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah.[4]

Jahid @ Noordin bin Jahim
PGDK, ASDK, ADK (Sabah)
Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah
Menyandang jawatan
29 September 2020
GabenorJuhar Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehEwon Benedick
Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah
Dalam jawatan
11 Mei 2018 – 12 Mei 2018
GabenorJuhar Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriMusa Aman
Didahului olehHajiji Noor
Digantikan olehJaujan Sambakong
Kawasan pilihan rayaTamparuli
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah
Dalam jawatan
27 Mac 2004 – 10 Mei 2013
MenteriMasidi Manjun
(2004–2008)
Peter Pang En Yin
(2008–2013)
GabenorAhmadshah Abdullah
Juhar Mahiruddin
Ketua MenteriMusa Aman
Didahului olehSurady Kayong
Digantikan olehMasiung Banah
Kawasan pilihan rayaTamparuli
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Tamparuli
Menyandang jawatan
10 Mei 2018
Didahului oleh Wilfred Bumburing
Majoriti2,080 (2018)
3,517 (2020)
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Edward Linggu
Digantikan oleh Wilfred Bumburing
Majoriti5,758 (2004)
2,743 (2008)
Maklumat peribadi
Lahir (1958-05-29) 29 Mei 1958 (umur 66)
Kampung Rangalau Kiulu, Tamparuli
Parti politik Parti Bersatu Sabah (PBS)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN) (2002-2018)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (2020-kini)
PasanganDatin Malianah Ugau
Ketua Wanita PBS[1]
Anak3
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik
KabinetKabinet Sabah

Latar Belakang

sunting

Datuk Jahid Jahim dilahirkan pada 29 Mei 1958 dan berasal dari Kampung Bontoi Tamparuli, Sabah. Datuk Jahid berkahwin dengan Datin Malianah Ugau dan mempunyai seramai tiga orang anak. Di bangku sekolah, Datuk Jahid pernah bersekolah di SMK Tamparuli iaitu pada tahun 1972, tahun 1973 dan tahun 1974 semasa beliau berada di tingkatan 3,4 dan 5. Datuk Jahid Jahim juga telah dihantar ke sekolah asrama penuh lelaki di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban di Negeri Sembilan semasa tingkatan enam. Seterusnya Datuk menyambung pelajaran di UKM dalam bidang Sosiologi dan berkelulusan BA(kepujian). Selepas itu, beliau melibatkan diri dalam bidang politik.

Kerjaya

sunting

Pada 29 September 2020, Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang bertempat di Istana negeri Sabah.

Keputusan Pilihan Raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN): Tamparuli, Sabah[5][6]
Tahun Undian Peratusan Pencabar Undian Peratusan
2004 Jahid Jahim (BN-PBS) 6,775 Hannis Bin Gibung (BEBAS) 1,017
2008 Jahid Jahim (BN-PBS) 6,568 Henry Misun (PR-PKR) 3,825
2013 Jahid Jahim (BN-PBS) 6,479 Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred (PR-PKR) 6,862
2018 Jahid Jahim (BN-PBS) 6,818 36.2% Dausil Kundayong (PH-PKR) 4,738 25.2%
2020 Jahid Jahim (PBS) 6,843 Alijus @ Mohd Ali Bin Sipil (PKR) 3,326
Nota:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN): Tamparuli, Sabah[7]
Tahun Kawasan pilihan raya Undi Peratus Pencabar Undi Peratus Pungutan suara Majoriti %
2018 N.09 Tamparuli, P170 Tuaran Jahid Jahim (PBS) 6,818 45.46% Dausil Kundayong (PKR) 4,738 31.59% 2,080 %
Mojilip Bumburing @ Wilfred (PCS) 2,541 16.94%
Jasmin Dulin (STAR) 901 6.01%
2020 N.14 Tamparuli, P170 Tuaran Jahid Jahim (PBS) 6,843 59.26% Alijus @ Mohd Ali Sipil (PKR) 3,326 28.81% 3,517 %
Denis Gimpah (PCS) 1,001 8.67%
Raymond Alfred @ Jenry (LDP) 377 3.26%

Pilihan Raya

sunting

Pada 26 September 2020, Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim telah mengekalkan kedudukannya di DUN (N.14) Tamparuli setelah memenangi majoriti sebanyak 3,517 dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16.

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-20. Dicapai pada 2020-03-20.
  2. ^ "#SabahMemilih: Datuk Jahid Jahim angkat sumpah jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar". www.astroawani.com. 2020-09-29. Dicapai pada 2020-09-30.
  3. ^ ">Datuk Jahid Jahim". tamparulisabah.wordpress.com. 2010-11-03. Dicapai pada 2020-02-15.
  4. ^ "Jahid dilantik Timbalan Presiden, Joniston Setiausaha Agung PBS". www.astroawani.com. 2021-01-04. Dicapai pada 2021-03-04.
  5. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2018. Dicapai pada 10 Mac 2020. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  6. ^ https://election.thestar.com.my/
  7. ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  8. ^ "AGONG'S AWARDS 2015". datukmalaysia.blogspot.com.
  9. ^ "SENARAI PENUH PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2006" (PDF). www.istiadat.gov.my.
  10. ^ "Sabah Yang Dipertua Negri's birthday honour list". www.thestar.com.my.

Pautan luar

sunting