Mastif

jenis anjing
(Dilencongkan dari Jenis mastif)

Mastif[a] ialah sejenis anjing besar dan berkuasa.[1][2] Mastif ialah antara anjing terbesar dan biasanya mempunyai lapis bulu pendek, ekor panjang yang terletak rendah-rendah, dan kaki besar; tengkoraknya besar dan gempal, muncung lebar dan pendek (brakisefalik), dan telinga labuh dan berbentuk loket.[1][2] Catatan Eropah dan Asia yang bertarikh kembali 3,000 tahun lalu menunjukkan anjing jenis mastif.[3] Mastif dari segi sejarah ialah anjing pengawal, yang melindungi rumah dan harta benda, walaupun sepanjang sejarah telah digunakan sebagai anjing pemburu, anjing perang, dan untuk sukan berdarah, seperti pertarungan antara satu sama lain dan dengan haiwan lain, termasuk lembu, beruang, dan malah singa.[2][3]

The Mastiff oleh Philip Reinagle, 1805

Sejarah

sunting

Bukti sejarah dan arkeologi mencadangkan bahawa mastif telah lama berbeza dari segi kedua-dua rupa bentuk dan fungsi daripada anjing penjaga haiwan ternakan yang sama besar yang daripadanya ia berkemungkinan besar dikembangkan;[4] ia juga membentuk populasi genetik terpisah.[5] Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan sesetengah kelab kenel mengelompokkan kedua-dua jenis bersama-sama sebagai anjing molossoid; sesetengah baka anjing penjaga haiwan ternakan moden, seperti mastif Pyrénées, mastif Sepanyol, dan mastif Tibet, dan anjing tarikan pupus yang dipanggil mastif Belgium, mempunyai perkataan "mastif" dalam nama masing-masing, tetapi tidak dianggap sebagai mastif benar.[6] Banyak sumber lebih tua berbahasa Inggeris merujuk mastif sebagai bandog atau bandogge, walaupun secara teknikal istilah "bandog" memaksudkan anjing yang ditambat dengan rantai (atau "bande") yang kemudian dilepaskan pada waktu malam; istilah "mastif" dan "bandog" kerap digunakan secara bergantian. Salah satu program "bandog" paling terkenal di England membawa kepada pengasasan satu baka "bandog" beriktiraf yang kini dikenali sebagai bulmastif. Program "bandog" paling jarang di England dibiayai oleh Sir Nathanael Dieu-est-Mon'plaisir, iaitu St. Louis Vincent Mastiff atau South American Mastiff ("mastif Amerika Selatan") dinamai sempena Vincent Louis yang menternak anjing ladang yang berasal dari St. Louis dan bahagian lain di Amerika Selatan. Baka jarang ini ialah anjing jenis mastif paling mahal dalam kalangan baka "bandog".[7] Pada abad kedua puluh, istilah "bandog" dihidupkan semula untuk memerihalkan sesetengah anjing laga besar jenis mastif yang disilangkan dengan mana-mana buldog di Amerika Syarikat.[8]

Senarai baka mastif

sunting

Baka ekstan

sunting
Baka Nama alternatif Negara asal Kegunaan Imej
Alano Sepanyol
  • Buldog Sepanyol
Sepanyol Anjing perang, pengumpanan lembu, pemburuan buruan besar  
Alapaha blue blood bulldog Amerika Syarikat Anjing pengawal  
Anjing besar Denmark
  • Dogge Jerman
  • Mastif Jerman
  • Anjing pemburu babi hutan Jerman
Jerman Pemburuan buruan besar  
Boerboel Mastif Afrika Selatan Afrika Selatan Anjing pengawal  
Bokser Jerman
  • Bokser
Jerman Anjing pengawal, pemburuan buruan besar  
Anjing Broholm
  • Anjing Broholm Denmark
  • Mastif Denmark
Denmark Anjing pengawal  
Buldog Amerika
  • Old southern white bulldog
  • Old southern white
  • Buldog putih Inggeris
  • White English
  • Hill bulldog
  • Country bulldog
Amerika Syarikat Anjing pengawal, anjing tangkap, anjing ladang  
Buldog benua Buldog Switzerland Switzerland Anjing teman  
Buldog gunung Brazil Anjing gembala, anjing tukang daging  
Buldog Inggeris
  • Buldog British
  • Buldog
United Kingdom (England) Anjing teman, dahulu pengumpanan lembu  
Buldog lama Inggeris Amerika Syarikat Pewujudan semula zaman moden bagi buldog lama Inggeris yang pupus  
Buldog Perancis Perancis Anjing riba  
Buldogue campeiro
  • Buldog Brazil
  • Buldog desa
  • Buldog pampas
Brazil Anjing tangkap, anjing tukang daging  
Bully kutta
  • Mastif India
  • Mastif Pakistan
  • Mastif Sindhi
  • Bully India
  • Bully Pakistan
India dan Pakistan Anjing pengawal, pemburuan buruan besar, anjing laga  
Bulmastif Anjing malam penjaga mergastua United Kingdom (England) Anjing pengawal  
Cane corso Itali
  • Cane corso
  • Mastif Itali
Itali Anjing pengawal, anjing tangkap  
Anjing Chongqing China Anjing pengawal  
Dogue Bordeaux
  • Mastif Perancis
  • Mastif Bordeaux
Perancis Anjing pengawal  
Dogue Brazil Brazil Anjing pengawal  
Dogo Argentina
  • Mastif Argentina
Argentina Anjing pengawal, pemburuan buruan besar, laga anjing  
Dogo Guatemala
  • Bulterier Guatemala
Guatemala Anjing pengawal, dahulu pengumpanan lembu  
Dogo Mallorca
  • Ca de bou
  • Presa Mallorca
  • Mastif Mallorca
Sepanyol Pengumpanan lembu  
Fila Brazil
  • Mastif Brazil
Brazil Anjing pengawal  
Fila São Miguel
  • Anjing lembu São Miguel
  • Anjing lembu Azores
Portugal Anjing gembala lembu, anjing tangkap  
Anjing jalang Uruguay
  • Cimarrón Uruguay
  • Cimarrón
Uruguay Anjing pengawal  
Mastif Inggeris
  • Mastif lama Inggeris
  • Mastif
United Kingdom (England) Anjing pengawal  
Mastif Kurdi
  • Anjing Pshdar
  • Anjing gembala Asyur
Iraq Anjing pengawal
Mastif Napoli Itali Anjing pengawal  
Presa Canaria
  • Mastif Canaria
  • Anjing tangkap Canaria
  • Dogo Canaria
Kepulauan Canaria Anjing pengawal, anjing tangkap  
Anjing Rottweil Jerman Anjing pengawal  
Anjing Tosa
  • Anjing laga Tosa
  • Mastif Jepun
  • Anjing Tosa Jepun
  • Anjing laga Jepun
Japan Laga anjing  

Baka pupus

sunting
Baka Nama alternatif Negara atau rantau asal Zaman Kegunaan Imej
Alaunt Alaunt de Boucherie Eropah, Asia Tengah Pemburuan buruan besar, anjing pengawal, laga anjing  
Buldog lama Inggeris Great Britain dan Ireland abad ke-17–abad ke-19 Pengumpanan lembu, laga anjing  
Buldog mainan
  • Buldog katik
  • Buldog mainan Inggeris
United Kingdom (England) abad ke-18–awal abad ke-20 Anjing riba  
Bullenbeisser
  • Bärenbeisser
  • Buldog Jerman
Jerman hingga Perang Dunia Kedua Pengumpanan lembu (sebagai bullenbeisser), pengumpanan beruang (sebarang bärenbeisser)  
Dogo Cuba
  • Mastif Cuba
  • Anjing pemburu darah Cuba
Cuba abad ke-16–lewat abad ke-19 Penangkapan semula hamba pelarian, pengumpanan lembu, laga anjing  
Fila Terceira
  • Mastif Terceira
  • Rabo torto
Portugal hingga 1970-an Anjing tangkap  
Anjing laga Cordoba
  • Anjing Cordoba
Argentina hingga 1920-an Laga anjing  
Molossus
  • Anjing pemburu Molossus
  • Mastif Epirus
Eropah Selatan Baharian Klasik Anjing perang, anjing pengawal, pemburuan buruan besar, laga anjing  

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: مستيف; bahasa Inggeris: mastiff

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Oxford Dictionaries 2019.
  2. ^ a b c Young & Bannasch 2007, m/s. 49.
  3. ^ a b Encyclopædia Britannica 2019.
  4. ^ Young & Bannasch 2007, m/s. 48–49.
  5. ^ Parker 2012, m/s. 45.
  6. ^ Hancock (2001).
  7. ^ Wynn (2011).
  8. ^ Fogle (2009), m/s. 36.

Bibliografi

sunting
  • Hancock, David (2001). The Mastiffs: The Big Game Hunters – Their History, Development and Future [Mastif: Pemburu Buruan Besar – Sejarah, Perkembangan, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris). Ducklington, Oxon, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN 9780951780114.
  • Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  • "Mastiff: breed of dog" [Mastif: baka anjing]. www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  • Parker, Heidi G. (2012). "Chapter 3: The history and relationship of dog breeds". Dalam Ostrander, Elaine A.; Ruvinsky, Anatoly (penyunting). The Genetics of the Dog [Genetik Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Wallingford, Oxfordshire, United Kingdom: CAPI books. m/s. 38–53. ISBN 9781845939403.
  • Oxford Dictionaries (2019). "Mastiff" [Mastif]. Lexico.com (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 8 Jun 2024.[pautan mati]
  • Wynn, M. B. (2011). History of the Mastiff: Gathered from Sculpture, Pottery, Carvings, Paintings and Engravings [Sejarah Mastif: Dikumpulkan daripada Arca, Tembikar, Ukiran, dan Turisan] (dalam bahasa Inggeris). Read Books Ltd. ISBN 978-1-4465-4892-9.
  • Young, Amy; Bannasch, Danika (2007). "Chapter 4: Morphological variation in the dog". Dalam Ostrander, Elaine A.; Giger, Urs; Lindblad-Toh, Kerstin (penyunting). The Dog and its Genome [Anjing dan Genomnya] (dalam bahasa Inggeris). Cold Spring Harbor, New York, Amerika Syarikat: Cold Spring Harbor Laboratory Press. m/s. 47–66. ISBN 9780879697815.