Dogo Mallorca
Dogo Mallorca, mastif Mallorca,[a] anjing tangkap Mallorca,[b] buldog Mallorca,[c] atau ca de bou[d] ialah satu baka anjing tangkap Sepanyol dari Mallorca, pulau terbesar di Kepulauan Balear.
Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingCa de bou menurut sejarah dibela di pulau Mallorca untuk sukan darah pengumpanan lembu dan laga anjing.[1][2] Baka ini mungkin telah berkembang semasa tempoh pengaruh Catalonia ke atas Mallorca pada antara tahun 1270 dengan tahun 1570 Masihi setelah diterbitkan daripada anjing jenis mastif yang digunakan di pulau itu untuk mengawal lembu.[1][2] Menjelang masa pendudukan British di Mallorca pada abad ke-18, kedua-dua pengumpanan lembu dan laga anjing telah tersemat di pulau itu dan ca de bou digemari oleh penduduk tempatan untuk sukan-sukan darah ini, terkenal kerana keganasan dan keberaniannya.[1][2]
Dengan pengharaman pengumpanan lembu jantan dan laga anjing di Mallorca pada abad ke-20, ca de bou kehilangan sokongan dan angkanya berkurangan hingga ke ambang kepupusan.[1][2] Baka ini diselamatkan oleh penggemar dari tanah besar Sepanyol yang mula mempamerkannya; akhirnya, ia diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España.[1][2][3] Ia dikenali sebagai perro de presa mallorquín ("anjing tangkap Sepanyol") dalam bahasa Sepanyol, dalam bahasa Inggeris sebagai Majorcan bulldog ("buldog Mallorca") atau kadang-kadang Majorcan mastiff ("mastif Mallorca"); Ca de bou ("anjing lembu") ialah namanya dalam bahasa Catalan.[1][2] Piawaian pertama disusun pada tahun 1932. Pada tahun 1964, Persekutuan Kinologi Antarabangsa meluluskan prototaip baka ini dan di peringkat antarabangsa mengiktiraf baka ini dalam Kumpulan 2, Seksyen 2 dengan nombor baka 249.[4][5]
Piawaian baka pertama dirangka pada tahun 1932.[perlu rujukan] Baka ini diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963.[6]
Perihal
suntingCa de bou ialah anjing sangat berotot dengan saiz sederhana. Ia biasanya berdiri setinggi 52–58 sentimeter (20–23 in); Piawaian baka menyatakan bahawa jantan patut berdiri setinggi 55–58 sentimeter (22–23 in) dan betina setinggi 52–55 sentimeter (20–22 in); jantan berukuran seberat 35–38 kilogram (77–84 lb) manakala betina berukuran seberat 30–34 kilogram (66–75 lb).[1][2][3] Lapis bulu pendek dan kasar biasanya berwarna brindle, perang kekuning-kuningan, atau hitam.[1][3]
Kepalanya besar dengan rahang amat lebar dan berkuasa yang sangat sesuai untuk mencengkam lembu atau anjing lain dalam gelanggang laga.[1][2]
Jangka hayatnya ialah sekitar 10 dengan 12 tahun.[1]
Perwatakan
suntingPembiakbakaan terpilih untuk gelanggang pertunjukan telah melembutkan perangai ca de bou dan ia kini mudah patuh dan penyayang, walaupun ia mengekalkan ketabahan dan kewaspadaan leluhurnya.[1][2]
Catatan
sunting- ^ Jawi: دوݢو ماليورکا; مستيف ماليورکا ; Sepanyol: perro dogo mallorquín; dogo mallorquín ; bahasa Inggeris: Majorcan mastiff; Mallorca mastiff
- ^ Jawi: انجيڠ تڠکڤ ماليورکا ; Sepanyol: perro de presa mallorquín
- ^ Jawi: بولدوݢ ماليورکا ; bahasa Inggeris: Majorcan bulldog
- ^ Jawi: کا د بوءو ; Catalan: ca de bou, lit. 'anjing lembu'
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ca de bou |
- ^ a b c d e f g h i j k Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 238. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- ^ a b c d e f g h i Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 351. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c "Real Sociedad Canina de España breed standard: Majorca Mastiff" [Piawaian Baka Real Sociedad Canina de España: Mastif Mallorca] (PDF). Real Sociedad Canina de España (dalam bahasa Inggeris). 13 Jun 1997. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ "Estándar-FCI N° 249 PERRO DOGO MALLORQUÍN (Ca de Bou)" [Piawaian FCI No. 249 Dogo Mallorca (Ca de Bou)] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Disember 1996. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 249 MAJORCA MASTIFF (Perro Dogo Mallorquin, Ca de Bou)" [Piawaian FCI No. 249 Mastif Mallorca (Dogo Mallorca, Ca de Bou)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 13 Jun 1997. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: PERRO DOGO MALLORQUÍN (249)" [Tatanama baka FCI: DOGO MALLORCA (249)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 15 Mac 2024.