Bulu anjing bela jinak (Canis lupus familiaris) merujuk bulu yang melitupi badannya. Bulu anjing mungkin bulu dua lapis, diperbuat daripada bulu lapis bawah lembut dan rerambut pengawal kasar, atau bulu satu lapis, yang kekurangan bulu lapis bawah.

Pandangan dekat bulu greyhound satu lapis pendek.

Warna dan corak

sunting

Warna yang sama mungkin disebut dengan nama lain pada baka berlainan.

 
Anjing pengutip Teluk Chesapeake perang
 
Kelpie Australia perang gelap
Perang dan variannya, termasuk mahogani, perang ton tengah, kelabu-perang, perang kehitaman.
 
Seter Ireland
 

Chow chow merah
Merah (pandan)—warna hampir dengan kayu kemerahan seperti ceri atau mahogani—dan variannya, termasuk perang berangan, kuning keperang-perangan, jingga, roan, karat, merah-emas, perang kemerahan, gangsa, kayu manis, sawo matang, dan merah delima.
 
Pudel aprikot
 
Anjing pengutip keemasan gelap
Emas (nibung)—kuning kemerahan kaya, seperti pada anjing pengutip keemasan, dan variannya, termasuk kuning-emas, warna singa, perang kekuning-kuningan, aprikot, gandum (kuning pucat atau perang kekuning-kuningan, seperti warna gandum masak), kuning jerami, kuning-merah, biji sawi, kepasiran, madu.
 
Dachshund kuning
 
Anjing pengutip Labrador kuning
Kuning (langsat)—sawo matang emas kekuningan, seperti pada anjing pengutip Labrador kuning —dan variannya, termasuk perang muda dan kuning limau. Kuning limau ialah kuning sangat pucat atau warna gandum yang tidak ada pada kelahiran (anak anjingnya lahir putih) tetapi secara beransur menjadi jelas, biasanya semasa enam bulan pertama hidup.
 
Buldog Perancis krim
 
Anjing Akita krim
Krim: Kadangkala susah untuk mentakrifkan garisan antara kuning pucat dengan krim. Bergantung pada baka dan individu, krim berjulat dari putih melalui gading dan perang muda, kerap wujud dengan atau di bawah kuning limau, kuning dan sabel.
 
Anjing Newfoundland hitam
 
Anjing pengutip Labrador hitam
Hitam (kumbang, lotong): Biasanya hitam tulen tetapi kadangkala beruban, terutamanya kerana anjing menua dan mendapat bulu putih, biasanya di sekitar muncung.
 
Terier biru Kerry kelabu (biru) progresif
 
Anjing baka kacuk biru
Biru: Kelabu kelogaman gelap, kerap sebagai biru merle, berintik dengan hitam. Terier biru Kerry, terier sutera Australia, anjing gembala Australia, collie berjanggut, anjing Denmark besar, dan mastif Napoli adalah antara baka yang terdapat dengan warna "biru".
 
Anjing Weimar kelabu ungu lembut
 
Schnauzer kecil garam dan kelabu lada
Kelabu—kadangkala juga dipanggil biru—dan variannya, termasuk kelabu pucat hingga gelap, perak, lada, putih uban, sabak, kelabu biru-hitam, hitam dan perak, keluli, gandaria, perak-perang muda.
 
Anjing Eskimo Amerika
 
Bichon frisé putih
Putih (sabun): Seperti krim muda yang dilihat dan digambarkan sebagai putih tulen, menjadikannya berbeza daripada anjing balar. Anjing putih, yang bukan balar, mempunyai pigmen gelap di sekitar tepi mata dan hidung, kerap bersama dengan mata berwarna gelap.

Corak yang sama mungkin disebut dengan nama lain pada baka berlainan.

 
Kelpie Australia perang hati dan sawo matang
 
Anjing Rottweil hitam dan sawo matang
Hitam dan sawo matang, perang hati dan sawo matang, biru dan sawo matang (Ladang): Bulu mempunyai kedua-dua warna tetapi sejelasnya ditakrifkan sebagai kawasan terasing, biasanya dengan warna lebih gelapa pada kebanyakan badan dan sawo matang (varian kemerahan) di bawah dan di bahagian terang seperti bulu kening.
 
Collie sempadan hitam dan pputih
 
Cavalier King Charles spaniel blenheim (merah-perang dan putih)
Dwiwarna (juga dipanggil Dua warna, Berbintik Ireland, Menjolok mata, Bertampal, Tuksedo) Mana-mana warna atau corak dengan bintik putih. Ini mungkin terletak di mana-mana daripada jari kaki dan hujung ekor putih hingga anjing banyak putih di sekitar dasar telinga dan ekor. Sesetengah baka mempunyai nama istimewa untuk kombinasi warna; contohnya, cavalier King Charles spaniel menggunakan blenheim untuk perang kemerahan (perang berangan) dan putih. Corak berbintik Ireland atau menjolok mata adalah bersimetri dan termasuk dada putih, jalur putih di sekitar leher, perut putih, dan kaki atau "but" putih. Corak ini banyak dilihat pada anjing gembala, dan boxer, daripada yang lain.
 
Anjing gunung Entlebuch triwarna hitam
 
Beagle triwarna
Triwarna: Tiga warna jelas, biasanya hitam, perang hati, atau biru di bahagian atas anjing, putih di bawah, dengan sempadan sawo matang di antara dan bahagian terang sawo matang. Triwarna juga boleh merujuk anjing yang bulunya bertompok, biasanya dua warna (seperti hitam dan sawo matang pada latar belakang putih.
 
Anjing gembala Australia triwarna merle biru
 
Anjing harimau bintang Catahoula merle merah
Merle: Bulu marmar dengan tompok dan bintik lebih gelap untuk warna tertentu. Merle dirujuk sebagai "dapple" pada dachshund.
Fail:Tuxedomix.jpg
Anjing baka kacuk tuksedo
Fail:Red tuxedo2.jpg
Anjing baka kacuk tuksedo
Tuksedo: Ekawarna (biasanya hitam) dengan tompok putih (hadapan baju) di dada dan dagu, dan putih di sebahagian atau keseluruhan kaki. Pewarnaan biasa pada kacukan anjing pengutip Labrador Common coloration in Labrador yang berleluhurkan anjing air St. John's.
 
Anjing Denmark besar harlekuin
Harlekuin: Tompok hitam "koyak" pada putih. Hanya Anjing Denmark besar memaparkan corak bulu ini.
 
Anjing Dalmatia berbintik
 
Anjing baka kacuk berbintik di Sinamaica, Venezuela
Berbintik (Sokom) Paling kerap bintik berpigmen gelap pada latar belakang terang
 
Anjing lembu Australia berbintik merah
 
Anjing penuding berbulu pendek Jerman berbintik perang hati
Bertompok, berbintik: juga dipanggil belton pada seter Inggeris
Fail:English Setter in Tallinn 2.jpg
Seter Inggeris belton (jingga dan berbintik putih) jingga
 
Anjing lembu Australia berbintik biru
 
Terier Boston berjalur-jalur lebih gelap dan putih
 
Greyhound Sepanyol berjalur-jalur sederhana
Berjalur-jalur (Koreng): Campuran hitam dengan perang, sawo matang, atau emas; biasanya dalam corak "belang harimau".
 
Mountain cur berjalur-jalur gelap
 
Anjing Denmark besar sangat jarang berjalur-jalur

Terier Airedale dengan pelana hitam besar
 
Anjing Dunker Norway dengan pelana hitam merle
Pelana atau selimut: Warna berlainan, biasanya lebih gelap, di sepanjang tengah-tengah belakang.
 
Anjing Pomerania sabel jingga tua
 
Anjing gembala Shetland sabel lebih terang
Sabel: Bulu berhujung hitam; warna latar belakang mungkin emas hingga kuning, perak, kelabu, atau sawo matang.

Lihat juga

sunting


Rujukan

sunting

Bacaan tambahan

sunting
  • Cunliffe, Juliette (2004). "Coat Types, Colors and Markings". The Encyclopedia of Dog Breeds. Paragon Publishing. m/s. 20–23 and various. ISBN 0-7525-8276-3.
  • Fogle, Bruce (2000). "The Breed Section Explained". The New Encyclopedia of the Dog. Dorling Kindersley. m/s. 83 and various. ISBN 0-7513-0471-9.

Pautan luar

sunting