Presa Canaria

baka anjing dari Sepanyol

Presa Canaria atau anjing tangkap Canaria[a] ialah satu baka anjing besar Sepanyol daripada jenis mastif atau anjing tangkap. Ia berasal dari komuniti berautonomi Kepulauan Canaria di Sepanyol dan kebanyakannya terdapat di pulau Gran Canaria dan pulau Tenerife.[3]:587 Ia dahulunya dikenali sebagai dogo Canaria.[b] Ia secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu, dan untuk laga anjing yang di sisi undang-undang sehingga tahun 1936 dan mungkin telah berterusan secara gelap sejak itu.[3]:587

Presa Canaria
anjing berahang berat dengan lapis bulu perang kekuning-kuningan brindle
Anjing betina brindle
Nama lain
  • Anjing tangkap Canaria
  • Dogo Canaria
  • Mastif Canaria
Negara asalSepanyol
Trait
Berat Jantan 45–57 kg (100–125 lb)[1][2]
Betina 40–50 kg (90–110 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 61–66 cm (24–26 in)[1][2]
Betina 57–62 cm (22–24 in)[1][2]
Warna Perang kekuning-kuningan, brindle, atau hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting
 
Anjing brindle

Presa Canaria diturunkan daripada bardino majorero, yang dahulunya bertaburan di seluruh Kepulauan Canaria. Anjing jenis ini dibiakbakakan secara bersilang dengan pelbagai anjing jenis molossoid yang diperkenalkan ke kepulauan itu pada masa berbeza semasa zaman kolonial. Presa Canaria khususnya dipengaruhi oleh anjing yang dibawa dari Kepulauan British dengan kemasukan besar penduduk British pada lewat abad kesembilan belas.[3]:587

Menjelang tahun 1960-an, ia menghampiri kepupusan. Sebuah persatuan baka, Club Español del Presa Canario ("Kelab Presa Canaria Sepanyol"), dibentuk pada tahun 1982 dan merangka piawaian baka sementara yang diterbitkan oleh pemerintah kepulauan itu. Piawaian ini diluluskan oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 1989.[3]:588 Pada tahun 1991, anjing ini disertakan dalam senarai rasmi lambang kebangsaan Kepulauan Canaria sebagai lambang pulau Gran Canaria.[4]:2610 Ia diiktiraf secara rasmi oleh pemerintah kebangsaan Sepanyol pada tahun 2001.[5]

Baka ini diterima secara sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2001 di bawah nama Dogo Canario ("dogo Canaria")[6] dan diterima secara muktamad pada tahun 2011.[7] Pada Disember 2018, atas permintaan Real Sociedad Canina de España, namanya dibuah kepada Presa Canario ("presa Canaria").[8] Ia disertakan dalam Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club mulai tahun 2006.[9] Ia diiktiraf oleh United Kennel Club pada tahun 2003.[10]

Pengimportan dan penjualan baka ini dilarang di Australia[11] dan di New Zealand.[12]

Presa Canaria ialah anjing bersaiz sederhana dengan tubuh berotot tegap.[13] Menurut piawaian antarabangsa semakan yang diterbitkan pada tahun 2023, jantan patut berdiri setinggi 61–66 cm (24–26 in) pada paras kelasa dan berukuran kira-kira seberat 45–47 kg (99–104 lb); betina pula berdiri kira-kira setinggi 57–62 cm (22–24 in), dengan berat dalam julat 40–50 kg (88–110 lb).[1][2] Piawaian terdahulu, yang bertarikh tahun 2018, menetapkan berat lebih tinggi, khususnya untuk jantan (50–65 kg (110–143 lb)), dan nilai ketinggian mininum lebih kecil sedikit.[14][15]

Kepalanya lebar, besar, berbentuk segi empat sama, dan mempunyai bentuk brakisefalik kuat. Jika terpotong, telinganya berdiri dengan tegak. Di negara-negara yang mengharamkan pemotongan telinga, telinganya sepadan dengan kepala; tergantung ke bawah dan patut berbentuk loket atau "mawar". Bibir atasnya berayun-ayun, walaupun tidak secara berlebihan. Terlihat dari hadapan, bibir atas dan biri bawah bersatu untuk membentuk V terbalik. Bibir atasnya sedikit mencapah. Bahagian dalam bibir berwarna gelap.[14][15]

Sebuah kajian tentang anjing di United Kingdom mendapati kelanjutan usia median untuk baka ini sebanyak 7.7 tahun, yang jelas-jelas lebih rendah daripada median sebanyak 12.5 tahun untuk semua anjing.[16]

Kegunaan

sunting

Presa Canaria secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk lembu, dan untuk laga anjing, yang di sisi undang-undang di Sepanyol sehingga tahun 1936 dan mungkin berterusan secara rahsia selepas itu.[3]:587[17] Sehingga tahun 1950-an, laga anjing kekal sebagai amalan umum di semua pulau di sana.[18][19]

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: ڤريسا کاناريا; انجيڠ تڠکڤ کاناريا; Sepanyol: perro de presa canario; presa canario
  2. ^ Jawi: دوݢو کاناريا; Sepanyol: dogo canario

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e "Estándar-FCI N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Oktober 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2025.
  2. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Nestler, Brígida. Diselia secara teknikal oleh Miguel Ángel Martínez. Disemak oleh Jorge Nallem. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Oktober 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2025.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b c d e Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
  4. ^ Olarte Cullen, Lorenzo (10 Mei 1991). "577: LEY 7/1991, de 30 de abril, de símbolos de la naturaleza para las Islas Canarias" [577: UNDANG-UNDANG 7/1991, pada 30 April, bagi lambang-lambang alam semula jadi untuk Kepulauan Canaria] (PDF). Boletín Oficial de Canarias (dalam bahasa Sepanyol) (61): 2610–2611.
  5. ^ Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan (14 Jun 2001). "11347: REAL DECRETO 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [11347: DEKRI DIRAJA 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.]. Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142): 21156–21182.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ "BREEDS NOMENCLATURE: PROVISIONALLY ACCEPTED BREEDS" [TATANAMA BAKA: BAKA YANG DITERIMA SECARA SEMENTARA] (dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dan Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2002. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. ^ "FCI breeds nomenclature: PRESA CANARIO (346)" [Tatanama baka FCI: PRESA CANARIA (346)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  8. ^ "New name for Dogo Canario (346)" [Nama baharu untuk Dogo Canaria (346)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Disember 2018. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  9. ^ "Presa Canario" [Presa Canaria] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2024. Dicapai pada 22 Februari 2025.
  10. ^ "Perro de Presa Canario" [Presa Canaria] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 22 Februari 2025.
  11. ^ "CUSTOMS (PROHIBITED IMPORTS) REGULATIONS 1956 - SCHEDULE 1: Goods the importation of which is prohibited absolutely" [ATURAN KASTAM (IMPORT TERLARANG) 1956 - JADUAL 1: Barangan yang pengimportannya dilarang secara mutlak] (dalam bahasa Inggeris). Institut Maklumat Perundangan Australasia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2010. Dicapai pada 4 Januari 2025.
  12. ^ "Another dog added to banned list" [Lagi satu anjing ditambahkan ke dalam senarai terlarang] (dalam bahasa Inggeris). 1News. 23 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2011. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  13. ^ "Presa Canario" [Presa Canaria] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 16 Februari 2025. Dicapai pada 22 Februari 2025.
  14. ^ a b "Estándar-FCI N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2022. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: unfit URL (link)
  15. ^ a b "FCI-Standard N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Nestler, Brígida. Diselia secara teknikal oleh Miguel Ángel Martínez. Disemak oleh Jorge Nallem. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link) CS1 maint: unfit URL (link)
  16. ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  17. ^ "Killer Dog Sparks Interest in Rare Breed" [Anjing Pembunuh Cetuskan Minat terhadap Baka Jarang] (dalam bahasa Inggeris). ABC News. 8 Februari 2001. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  18. ^ "Canary Island dog incident will provoke anti-dog backlash" [Insiden anjing Pulau Canaria akan cetuskan tentangan antianjing] (dalam bahasa Inggeris). Pittsburgh Post-Gazette. 14 Februari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2018. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  19. ^ Herron Zamora, Jim; Martin, Mark (7 Februari 2001). "Presa Demand Grows for All Wrong Reasons / Dogs wanted for killing, fighting" [Permintaan Presa Tumbuh untuk Semua Sebab Salah / Anjing dikehendaki untuk pembunuhan, laga] (dalam bahasa Inggeris). SFGate. Dicapai pada 19 Januari 2024.