Anjing tarikan

jenis anjing

Anjing tarikan atau anjing penarik ialah anjing yang dibiakbakakan dan digunakan secara tradisional untuk menarik kereta anjing, atau pada musim sejuk juga untuk penarikan kereta luncur salji.[1] Anjing yang dibiakbakakan untuk kerja ini mempunyai binaan kuat. Banyak anjing tarikan sama ada merupakan mastif atau keturunan anjing penjaga haiwan ternakan, kedua-duanya merupakan anjing dengan binaan padu.[2]

Seekor anjing tarikan, 1915
Penjual susu: fotokrom yang menunjukkan dua orang penjaja yang menjual susu dari kereta anjing di Belgium; abad ke-19

Haiwan pekerja

sunting
 
Seekor anjing gunung besar Switzerland dewasa

Anjing ini ialah haiwan pekerja, yang digunakan secara tradisional untuk penarikan kereta kecil yang dipanggil kereta anjing atau dogcart.[3] Saiz kereta memadani saiz anjing. Pada zaman moden, carting anjing telah menjadi kegiatan riadah dan pertandingan.[4] Pada abad ke-20, kolar kepala diperkenalkan untuk menjadikan kawalan lebih ringkas dan telah menjadi peralatan standard dengan pelbagai reka bentuk.[5]

Beberapa baka popular pernah dibiakbakakan khusus untuk menarik kereta, termasuk [[collie, anjing gunung Bern, anjing Santo Bernard, anjing lembu Flandre, anjing Newfoundland, dan anjing Rottweil, walaupun kerap mempunyai kegunaan lain seperti anjing pengawal dan anjing gembala biri-biri.[6][7]

Anjing gunung besar Switzerland ialah anjing pekerja besar yang digunakan oleh tukang daging, peniaga lembu, pekerja buruh, dan petani, yang menggunakannya sebagai anjing pengawal, anjing penggiring, dan anjing tarikan.[8][9]

Anjing gunung Bern ialah anjing pekerja besar dengan perangai tenang yang unggul untuk penarikan kereta, seperti yang pernah dilakukankan di Switzerland. Baru-baru ini, ia telah digunakan untuk menarik kereta untuk membawa kanak-kanak atau untuk muncul dalam perarakan.[10]

Dalam kebudayaan

sunting

Seniman Belanda-Belgium Henriëtte Ronner-Knip (1821–1909) melukis banyak gambar dalam gaya Romantik tentang anjing tarikan yang menarik kereta anjing.[11] Anjing kereta luncur salji digunakan untuk menarik peralatan dan orang dengan cekap di atas salji dan ais dalam ekspedisi tahun 1911 Roald Amundsen ke Kutub Selatan.[12]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Nadine Gerth; Steffen Sum; Sue Jackson; J. Matthias Starck. "Muscle plasticity of Inuit sled dogs in Greenland" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2016. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  2. ^ Mansourian, Erika. "Breeds Who Enjoy Drafting Just for the Haul of it". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  3. ^ "Dogcarts". Dogcarts and Lioncarts (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024. Tapak web mengandungi banyak lukisan anjing tarikan yang menarik kereta anjing.
  4. ^ Waldbaum, Laura (2011). Carting with Your Dog (dalam bahasa Inggeris). Dogwise Publishing. ISBN 978-1-61781-032-9.
  5. ^ Jensen, Per (2007). The Behavioural Biology of Dogs (dalam bahasa Inggeris). CABI. m/s. 238. ISBN 978-1-84593-188-9.
  6. ^ Mehus-Roe, Kristin (21 Januari 2009). Canine Sports & Games: Great Ways to Get Your Dog Fit and Have Fun Together! (dalam bahasa Inggeris). Storey Publishing, LLC. m/s. 232–237. ISBN 978-1-60342-645-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  7. ^ Coren, Stanley; Hodgson, Sarah (15 Februari 2011). Understanding Your Dog For Dummies (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 100. ISBN 978-1-118-05276-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  8. ^ Great Swiss Mountain Dog (Inggeris) Diarkibkan 25 Februari 2009 di Wayback Machine, Jabatan Haiwan Vertebrat, Naturhistoriches Museum der Burgergemeinde Bern
  9. ^ Moustaki, Nikk i (2012). Greater Swiss Mountain Dog (dalam bahasa Inggeris). CompanionHouse Books. m/s. 5. ISBN 978-1-59378-722-6.
  10. ^ Young-Knox, Sara (2 Disember 2012). "Conway celebrates with jolly holiday parade" (dalam bahasa Inggeris). The Union Leader. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  11. ^ "Henriette Ronner-Knip - Artworks" (dalam bahasa Inggeris). The Athenaeum. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2017. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  12. ^ Huntford, Roland (1985). The Last Place on Earth (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom; Sydney, Australia: Pan Books. m/s. 90, 248. ISBN 0-330-28816-4.

Pautan luar

sunting

Templat:Haiwan pekerja