Jeneral (Sebutan bahasa Jerman: [ɡenəˈʁaːl]) ialah pangkat tertinggi dalam Tentera Darat Jerman dan Tentera Udara Jerman. Selaku pangkat empat bintang ia setaraf dengan pangkat Laksamana dalam Tentera Laut Jerman.

Jeneral
General
Pelapik gorjet kolar kanan dan kiri Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat Jerman Tentera Darat Jerman
Bendera Tentera Udara Jerman Tentera Udara Jerman
Singkatan Gen
Kumpulan pangkat Pegawai Jeneral
Pangkat Empat bintang
Diperkenalkan 1956 (moden)
Kod
NATO
OF-9
Pangkat rendah seterusnya

Generalleutnant

Persamaan pangkat Admiral

Pangkat ini ditakrifkan OF-9 dalam NATO. Ia berada di gred B10 dalam sistem gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan.

Insignia pangkat

sunting

Pada epaulet (Heer, Luftwaffe) terdapat empat paku (bintang) emas dalam kalungan daun oak emas.

Heer Luftwaffe Pelapik gorjet
Turutan pangkat Bundeswehr
pangkat junior:
Generalleutnant
   

(Pangkat pegawai Jerman)
General

pangkat senior:
tiada pangkat lebih tinggi

Sejarah awal

sunting

Pangkat jeneral Jerman berkemungkinan besar menyaksikan penggunaan pertamanya didalam mazhab agama dari Empayar Suci Rom Bangsa Jerman, didalam bentuk yang diubah suai dan penggunaan dari pemahaman umum semasa.[perlu rujukan] Menjelang abad ke-16, dengan kebangkitan tentera darat tetap, negeri-negeri Jerman telah mula melantik para jeneral daripada golongan bangsawan untuk memimpin dalam pertempuran.[perlu rujukan]

Satu sistem pangkat standard telah diwujudkan semasa Perang Tiga Puluh Tahun, dengan pangkat tertinggi Jeneral biasanya dikhaskan untuk pemerintah beraja (contohnya Kaiser atau Elektor) dan panglima perang sebenar menyandang pangkat Generalleutnant. Feldmarschall adalah pangkat terendah pada masa itu, sama seperti Generalwachtmeister.

Menjelang abad ke-17 dan ke-18, pangkat jeneral muncul dalam semua angkatan tentera negeri Jerman, dan menyaksikan penggunaan terbesarnya oleh angkatan tentera Bavaria dan Prusia. Kedua-dua angkatan tentera inilah yang mencipta konsep “Staf Am”, yang sering dikendalikan sepenuhnya oleh orang-orang bangsawan. Untuk menjadi jeneral mestilah mendapat keahlian secara tidak langsung dari kelas bangsawan.

Abad ke-19

sunting

Semasa Perang Napoleon, pangkat jeneral Jerman telah disusun dalam empat gred, bermula dengan Generalmajor, diikuti oleh Generalleutnant, General dan Generalfeldmarschall. Pakaian seragam standard dan insignia, digunakan selama seabad lebih, juga dibentuk sewaktu tempoh ini. Gelaran General (tiga bintang) merangkumi pegawai pasukan cawangan, membawa ke gelaran General der Infanterie ("jeneral infantri"), General der Kavallerie ("jeneral kavalri") dan General der Artillerie ("jeneral artileri").

Pada tahun 1854, Prusia memperkenalkan pangkat Generaloberst (jeneral kanan, biasanya diterjemah Kolonel Jeneral) supaya para pegawai dapat dinaikkan pangkat dengan lebih tinggi daripada Jeneral tanpa menjadi Generalfeldmarschall, kerana pangkat ini biasanya dikurniakan hanya untuk pencapaian luar biasa semasa perang. Kemudian, satu lagi gred khas yang dikenali sebagai Generaloberst im Range eines Generalfeldmarschalls (Kolonel Jeneral memangku pangkat Fil Marsyal) pertama kali digunakan di Bavaria untuk menunjukkan kolonel jeneral diberikan kuasa fil marsyal tanpa pangkat yang sebenar.

Dalam Empayar Jerman, insignia jeneral Jerman telah diwujudkan dengan papan bahu emas yang berat berserta dari satu hingga empat pip (bintang) bagi melambangkan senioriti seseorang jeneral.[perlu rujukan] Pangkat Generalfeldmarschall menunjukkan satu set baton marsyal bersilang pada papan bahu. Jeneral Jerman juga mula memakai perhiasan emas (Arabeske) pada kolar mereka, berbeza dengan bar kolar (Doppellitzen) yang dipakai oleh unit-unit elit, atau kolar berwarna kosong yang dipakai seluruh angkatan tentera Jerman.[perlu rujukan]

Gred "kolonel jeneral memangku pangkat fil marsyal" (Generaloberst im Range eines Generalfeldmarschalls) telah diperkenalkan dalam tentera darat Prusia/Imperial pada tahun 1871. Ia dikurniakan kepada para jeneral kanan yang biasanya menyandang jawatan inspektor tentera darat dan seterusnya panglima tentera darat yang dilantik jika berlaku peperangan. Pangkat papan bahu ialah baton bersilang berserta tiga pip. Pangkat kolonel jeneral yang betul (dengan tiga pip sahaja) telah diwujudkan pada tahun 1901. Di dalam tentera darat Prusia, pangkat fil marsyal hanya boleh dikurniakan kepada para pegawai yang aktif dalam peperangan jika mereka memenangi pertempuran atau menyerbu perkubuan. Di masa aman, pangkat tersebut dikurniakan sebagai pangkat kehormat kepada putera-putera dan sebagai Charakter (kehormat) kepada merit am apabila mereka bersara — "Jeneral dengan pangkat kehormat Fil Marsyal" (General mit dem Charakter eines Generalfeldmarschall) - yang telah dibatalkan pada tahun 1911. Pada masa yang sama, insignia pangkat bagi Kolonel Jeneral dengan pangkat Fil Marsyal telah ditukar kepada empat pip tanpa baton.

Perang Dunia II

sunting
Heer (bm - Tentera Darat)
 
Wehrmacht Jerman (Heer / Tentera Darat) papan bahu pegawai jeneral dalam PD2.
 
Wehrmacht Jerman (Luftwaffe / Tentera Udara) papan bahu pegawai jeneral dan pelapik kolar dalam PD2.
Luftwaffe (bm - Tentera Udara)
  • 1 Reichsmarschall (pangkat enam bintang, papan bahu besar dari jeneral yang lain dengan insignia Helang Reich mencengkam baton bersilang dan pelapik kolar insignia baton bersilang), Hermann Göring (1940)
  • 2 Generalfeldmarschall (OF10, pangkat lima bintang, papan bahu dari 4/1941);
  • 3 Generalfeldmarschall (OF10, pangkat lima bintang, papan bahu sehingga 4/1941);
  • 4 Generaloberst (OF9, pangkat empat bintang);
  • 5 Jeneral pasukan cawangan (OF8, pangkat tiga bintang);
  • 6 Generalleutnant (OF7, pangkat dua bintang); dan
  • 7 Generalmajor (OF6, pangkat satu bintang).

Pangkat Jeneral Jerman menyaksikan penggunaan meluasnya semasa Perang Dunia II. Disebabkan pengembangan besar-besaran angkatan tentera Jerman (Wehrmacht), satu “gelombang” baru para jeneral telah dilantik pada era 1930an agar dapat memimpin Jerman ke dalam peperangan.[perlu rujukan]

Equivalent
NATO code
OF-10 OF-9 OF-8 OF-7 OF-6
 
Tentera Darat Jerman
         
 
Luftwaffe
         
Generalfeldmarschall Generaloberst Jeneral pasukan cawangan Generalleutnant Generalmajor
 
Waffen-SS
 
Reichsführer-SS
       
SS-Oberst-Gruppenführer dan
Generaloberst Waffen-SS
SS-Obergruppenführer dan
General Waffen-SS
SS-Gruppenführer dan
Lieutenant General Waffen-SS
SS-Brigadeführer dan
Major General Waffen-SS

Reichsmarschall

sunting

Reichsmarschall merupakan pangkat tertinggi tentera Jerman. Ia satu-satunya disandang oleh Hermann Göring. Göring juga berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara (Luftwaffe) dan telah bertanggungjawab mengendalikan ekonomi perang Jerman.

Generalfeldmarschall

sunting

Pada tahun 1936, Hitler menghidupkan semula pangkat Fil Marsyal (pic. 1 dan 2).

Generaloberst

sunting

Pangkat Generaloberst (pic. 3), biasanya diterjemah sebagai "kolonel jeneral", tetapi barangkali lebih sebagai "jeneral kanan". Seorang Generaloberst lazimnya menjadi panglima sebuah tentera darat medan.

Jeneral pasukan cawangan

sunting

Dalam Perang Dunia II pangkat tiga bintang Jeneral pasukan cawangan (de: General der Waffengattung, atau ringkas Jeneral) (fail Heer, fig. 4) secara rasminya berkaitan dengan cawangan tentera darat Heer, atau tentera udara Luftwaffe (fail Luftwaffe, fig. 5), yang mana pegawai itu bertugas, dan (secara nominal) memerintah: sebagai tambahan kepada General der Kavallerie, General der Artillerie dan General der Infanterie yang telah lama wujud, pihak Wehrmacht juga mempunyai General der Panzertruppen (pasukan armor), General der Gebirgstruppen (pasukan gunung), General der Pioniere (jurutera), General der Fallschirmtruppen (pasukan payung terjun), General der Flieger (juruterbang), General der Flakartillerie (pasukan anti pesawat), General der Nachrichtentruppen (pasukan semboyan) dan General der Luftnachrichtentruppen (pasukan semboyan udara). Seorang Jeneral pasukan cawangan biasanya menjadi panglima sebuah kor.

Generalleutnant

sunting

Pangkat Generalleutnant (pic. 5) biasanya menjadi panglima senior sebuah divisyen.

Generalmajor

sunting

Pangkat Generalmajor Jerman (pic. 6) biasanya menjadi panglima junior sebuah divisyen.

Pasukan staf Wehrmacht, perubatan, veterinar, kehakiman dan paderi, menggunakan designasi khas untuk pegawai jeneral mereka, dengan Generalarzt, Generalveterinär, Generalrichter dan Feldbischof menjadi Generalmajor; Generalstabsarzt, Generalstabsveterinär dan Generalstabsrichter setaraf Generalleutnant; dan (yang unik) Generaloberstabsarzt, Generaloberstabsveterinär dan Generaloberstabsrichter setaraf Jeneral.

Dengan pembentukan Luftwaffe, para jeneral tentera udara mula menggunakan pangkat jeneral yang sama seperti tentera darat Jerman. Lencana bahu serupa dengan yang digunakan oleh tentera darat, dengan tambahan pelapik kolar khas yang dipakai oleh pegawai jeneral Luftwaffe. Pangkat tertinggi Reichsmarschall (Marsyal Empayar) telah diwujudkan pada tahun 1940 untuk Hermann Göring.[perlu rujukan]

Waffen-SS

sunting
Waffen/SS

Pada tahun 1941, pihak Waffen-SS mula menggunakan pangkat jeneral disamping pangkat SS standard. Seorang Oberst-Gruppenführer Waffen-SS, sebagai contoh, akan diberi gelaran Oberst-Gruppenführer und Generaloberst der Waffen-SS. Ordnungspolizei (Orpo) juga mengunakan pangkat polis yang serupa. Waffen-SS tidak mempunyai pangkat fil marsyal, tetapi gelaran Reichsführer-SS yang disandang oleh Heinrich Himmler dianggap setaraf dengan fil marsyal (Generalfeldmarschall) semasa peperangan.[1]

Pangkat jeneral Waffen-SS dalam Perang Dunia II adalah seperti berikut

Pangkat Kolonel Kanan SS-Oberführer kadangkala dianggap setaraf brigedier jeneral ; namun, ini tidak benar. Pangkat tersebut (khususnya dikalangan Waffen-SS) tidak dianggap setaraf dengan pegawai jeneral, tidak berhak memakai lampasse kelabu dan lapel jaket jeneral, dan memakai papan bahu seorang Kolonel penuh atau Oberst tentera darat.[2][3]

Penggunaan moden

sunting

Selepas Perang Dunia II, pihak Bundeswehr Jerman Barat dan Nationale Volksarmee Jerman Timur mengguna pakai sistem pangkat blok tentera masing-masing.[perlu rujukan]

Di dalam Bundeswehr, pangkat Brigadegeneral telah diletakkan di bawah Generalmajor. Manakala gelaran pangkat Generalmajor, Generalleutnant dan General telah dikekalkan, setiap gelaran itu sekarang melambangkan pangkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya (contohnya Generalleutnant kini merupakan jeneral tiga bintang).

Sebelum penyatuan semula Jerman, designasi pangkat pegawai jeneral dalam Republik Demokratik Jerman adalah berasaskan kepada model Soviet. Generalmajor masih merupakan gred pegawai jeneral paling rendah, diikuti oleh Generalleutnant, Generaloberst (sekarang tiga bintang dan bukannya empat) dan Armeegeneral. Pada tahun 1982, kerajaan GDR mewujudkan pangkat Marschall der DDR, walaupun tiada orang yang pernah dinaikkan ke pangkat itu.[perlu rujukan]

Lihat juga

sunting

Nota dan rujukan

sunting
  1. ^ McNab, Chris (2009), The SS, Amber Books Ltd., p. 30. ISBN 978-1-906626-49-5
  2. ^ Yerger, Mark C. (1997). Allgemeine-SS: The Commands, Units and Leaders of the General SS, Schiffer Publishing Ltd., p. 235. ISBN 0-7643-0145-4
  3. ^ Miller, Michael (2006). Leaders of the SS and German Police, Vol. 1, R. James Bender Publishing, p. 521. ISBN 93-297-0037-3