Kaiser
Sejarah kata dan terjemahan
sunting"Kaiser" berasal daripada gelaran Rom untuk Caesar (fonetik bahasa Jerman untuk caesar: c=k ,a, e=i, s, a=e, r) yang serupa dengan gelaran Slavik untuk Tsar. Gelaran ini adalan gelaran raja yang tertinggi, dan adalah setaraf dengan padishah.
Dalam bahasa Jerman, perkataan ini juga digunakan sebagai nama generik yang setara dengan maharaja. Umpamanya, ahli sejarah yang bertutur dalam bahasa Jerman merujuk kepada maharaja China sebagai Chinesischer Kaiser. Gelaran seketurunan yang sebunyi digunakan dengan cara yang serupa dengan bahasa-bahasa Germanik; sama juga dengan bahasa-bahasa yang meminjamkan istilah ini daripada bahasa Jerman, terutamanya bahasa Baltik dan Slav. Umpamanya:
- Kejser dalam bahasa Denmark;
- Keizer dalam bahasa Belanda;
- Keiser dalam bahasa Estonia;
- Keisari dalam bahasa Finland;
- Keisari dalam bahasa Iceland;
- Keser dalam bahasa Luxembourg.
Bahasa Ibrani juga menggunakan perkataan yang sama ("Keisar", bahasa Ibrani קיסר) walaupun bagi kes ini, istilahnya tidak berasal melalui bahasa Jerman tetapi datang terus daripada bahasa Latin pada zaman Rom sendiri.
Sebagai perbandingan, bagi kebanyakan perbendaharaan kata Romawi dan cabang-cabangnya, termasuk bahasa Inggeris, istilahnya untuk "maharaja" (emperor) berasal daripada bahasa Latin, imperator.
Sejarah Jerman dan gelaran terdahulu
suntingGaya kemaharajaan Rom dihidupkan semula buat pertama kali oleh Charlemagne pada tahun 800 di alam Frank, hegemon Katolik Barat, dan oleh itu menuntut kesamaan dengan Empayar Byzantine dan Kekhalifahan Muslim. Ketika empayar Charlemagne dibahagikan semula melalui pewarisan, gaya kemaharajaan Rom dikaitkan dengan kemaharajaan ('Jerman') timur.
Maharaja-maharaja Rom yang Suci (962 - 1806) ("Pemerintahan Jerman Pertama" yang menjadi pemerintahan beraja yang dipilih) merujuk kepada diri sebagai Kaiser, ketika menggabungkan gelaran kemaharajaan ini dengan gelaran "Raja Rom" (gelaran terakhir ini digunakan oleh pewaris sebelum dimahkotakan); mereka memperlihatkan pemerintahan mereka sebagai pemerintahan Maharaja Rom berterusan dan oleh itu, menggunakan nama "Caesar" untuk membayangkan warisan yang dikatakan.
Pemerintah-pemerintah Empayar Austria-Hungary (1806 - 1918), dari dinasti Habsburg yang membekalkan semua Maharaja Suci Rom (walaupun masih dipilih secara rasmi) sejak 1440, juga menggunakan gelaran Kaiser.
Dalam banyak bahasa, termasuk bahasa Inggeris, gelaran yang tidak diterjemahkan ini biasanya digunakan untuk maharaja-maharaja Empayar Jerman bersatu ("Pemerintahan Kedua"; (1871 - 1918) yang Canselor Bismarck menggabungkan dengan mahir daripada dua persekutuan. Persekutuan-persekutuan ini merangkumi kebanyakan kerajaan (terutamanya yang kecil, dan yang digelarkan Kleinstaaterei) yang membentukkan Jerman, dan yang merupakan teras bekas Empayar Suci Rom. Istilah ini khususnya dikaitkan dalam bahasa Inggeris dengan Kaiser terakhir, Wilhelm II.
Empayar Jerman mempunyai tiga Kaiser. Kesemuanya adalah daripada dinasti Hohenzollern yang telah memerintah kebanyakan Jerman sebagai raja Prusia, iaitu kuasa yang tunggal dari segi ketenteraan antara semua kerajaan kecil Jerman, sebelum naik takhta "Jerman" yang baru. Ketiga-tiga Kaiser Prusia ialah:
- Wilhelm I (1871 - 1888);
- Friedrich III (1888) yang memerintah selama 99 hari;
- Wilhelm II (1888 - 1918) yang pemerintahan berajanya di Jerman tamat selepas Perang Dunia I.