General der Panzertruppe
General der Panzertruppe (Secara harfiah: Jeneral Pasukan Armor) adalah Jeneral pasukan cawangan pangkat OF8 Tentera Darat Jerman, diperkenalkan oleh Wehrmacht pada tahun 1935. Seorang General der Panzertruppe adalah setaraf Leftenan Jeneral pangkat sekarang, diatas Mejar Jeneral (Generalleutnant), memerintah sebuah kor Panzer.
Pangkat dan insignia
suntingPangkat ini setaraf dengan pangkat General der Kavallerie, General der Artillerie dan General der Infanterie yang telah lama wujud. Pihak Wehrmacht juga memperkenalkan pangkat General der Gebirgstruppe (pasukan gunung), General der Pioniere (jurutera), General der Fallschirmtruppe (pasukan paracut), General der Flieger (penerbang), General der Nachrichtentruppe (pasukan semboyan) dan General der Luftnachrichtentruppe (pasukan semboyan udara)
Pangkat junior Generalleutnant |
(Pangkat pegawai Jerman) |
Pangkat senior Generaloberst |
Bundeswehr
suntingDi dalam Tentera Darat Jerman moden Bundeswehr, terdapat gelaran General der Panzertruppen, iaitu bukan sejenis pangkat tetapi jawatan, yang biasanya disandang oleh Brigedier Jeneral (Brigadegeneral). General der Panzertruppen memerintah Pusat Latihan Kor Armor.
Galeri
sunting-
General der Panzertruppe Hasso von Manteuffel pada 1944
-
General der Panzertruppe Erich Brandenberger (kiri) bersama Generalfeldmarschall Erich von Manstein pada 1941
-
General der Panzertruppe Ludwig Crüwell (kiri) di Afrika Utara pada 1942
Lihat juga
suntingKesusasteraan
sunting- Reinhard Stumpf: Die Wehrmacht-Elite. Rang- und Herkunftsstruktur der deutschen Generale und Admirale 1933–1945. Harald Boldt Verlag, Boppard am Rhein, 1982. ISBN 3-7646-1815-9.