Penembakan Tucson 2011

Pada 8 Januari 2011, satu kejadian penembakan berlaku di Tucson yang menyaksikan 19[3] atau 20 orang ditembak[2] di mana enam daripada mereka mati, sewaktu perjumpaan Wakil Kongres Gabrielle Giffords dengan para konstituen di tempat letak kereta pasar raya Safeway di Casas Adobes.[4][5] Mereka yang terbunuh dalam kejadian ini termasuklah ketua hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Arizona, John Roll, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, seorang pembantu ahli Kongres, dan tiga warga emas berusia 70-an.[1][4][5][6] Gifford, seorang ahli Demokrat yang mewakili daerah Kongres ke-8 Arizona dan dikatakan menjadi sasaran utama serangan itu,[4] ditembak pada kepalanya dalam jarak dekat[7] dan sekali berada dalam keadaan krtikal.[4][5][8][9]

Penembakan Tucson 2011
Pegerak balas pertama di luar Safeway di tempat kejadian
Tempat kejadian
Map
LokasiCasas Adobes, Arizona (sebahagian kawasan metro Tucson)
Koordinat32°20′9.5″N 110°58′30.5″W / 32.335972°N 110.975139°W / 32.335972; -110.975139Koordinat: 32°20′9.5″N 110°58′30.5″W / 32.335972°N 110.975139°W / 32.335972; -110.975139
TarikhSabtu, 8 Januari 2011
Sebaik selepas 10 am MST (UTC-7)
SasaranWakil AS Gabrielle Giffords
Jenis serangan
Penembakan
SenjataPistol Glock model 19 9mm
Kematian6[1]
Tercedera14[2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Tucson, Jared Lee Loughner, diberkas di tempat kejadian.[10] Pendakwa raya persekutuan telah memfailkan lima tuduhan terhadapnya, termasuklah cubaan membunuh ahli Kongres.[6][11][12] Antara bahan-bahan yang difailkan dalam mahkamah termasuklah catatan yang didakwa ditulis oleh Loughner sendiri tentang rancangannya untuk membunuh Giffords.[11]

Penembakan

sunting
 
Papan tanda di tepi jalan yang mengiklankan perjumpaan konstituen "Congress on Your Corner"

Kejadian penembakan ini berlaku pada 8 Januari 2011, sebaik sahaja selepas 10 pagi MST (UTC-7). Seorang ahli Dewan Perwakilan dari Arizona, Gabrielle Giffords, sedang mengadakan perjumpaan konstituen yang bergelar "Congress on Your Corner" (Kongres di Sudut Anda)[12] di sebuah pasaraya Safeway di Casas Adobes, sebuah kawasan tak tergabung di utara Tucson, Arizona.[13] Menurut seorang saksi, Giffords telah menyediakan sebuah meja di luar gedung. Sekitar 20 hingga 30 orang berkumpul di sekelilingnya apabila penembak mengeluarkan sepucuk pistol yang terlindung secara legal[14] dari pakaiannya lalu menembak Giffords di belakang kepalanya.[15] Penembak itu kemudian terus menembak-nembak secara melulu ke arah orang ramai yang berkumpul di situ.[1][16] Senjata yang digunakan dalam kejadian itu dilaporkan sebagai pistol Glock model 19 9mm dengan lelopak peluru berisi 30 butir.[17] A witness said he heard "15 to 20 gunshots".[perlu rujukan] Selepas itu, penembak tersebut kehabisan peluru dan berhenti untuk mengisi semula pistolnya. Setelah dia tercicir sebuah lelopak peluru yang penuh dari poketnya di laluan jalan kaki, seorang yang berada di tempat kejadian tetapi tidak tercedera, Patricia Maisch merampas lelopak itu terus apabila penembak itu cuba mencapainya.[18] Penembak itu kemudiannya diasak sampai jatuh oleh seorang pesara berpangkat kolonel berusia 74 tahun, Bill Badger,[19] yang menerima tembakan tadi, selepas itu ditahan lagi oleh Maisch dan orang-orang lain di tempat kejadian, iaitu Roger Sulzgeber dan Joseph Zamudio.[20]

Panggilan 9-1-1 pertama dari tempat kejadian diterima pada 10:12 pagi.[21] Sementara menunggu ketibaan pihak berwajib, seorang pelatih Giffords, Daniel Hernandez Jr., menekan luka tembakan pada dahinya[22] agar wakil rakyat tersebut tidak tersumbat darahnya. Hernandez dihargai kerana menyelamatkan nyawa Giffords.[23][24][25] David dan Nancy Bowman, sepasang suami isteri doktor dan jururawat yang sedang membeli-belah di gedung sewaktu kejadian, serta-merta membuka triaj untuk merawat Christina Taylor Green yang berusia 9 tahun.[26] Polis tiba di tempat kejadian pada 10:15 pagi, diikuti paramedik seminit kemudian.[21]

Lima orang mati di tempat kejadian,[27] termasuk Ketua Hakim John Roll dan pengarah program bantuan masyarakat Giffords, Gabe Zimmerman.[1][6] Tidak lama kemudian, Christina Taylor Green disahkan meninggal dunia di hospital.[5][28] Sekurang-kurangnya seorang mangsa tembakan dikejarkan ke Northwest Medical Center sementara mangsa cedera yang lain dirawat di University Medical Center di Tucson.[29]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama azcentral2011-01-08
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama cnn-doctors
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBC-Clinton
  4. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama LaceyHerszenhorn2011-01-09
  5. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CNN2011-01-08
  6. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama complaint
  7. ^ "Rep. Giffords still critical after deadly shooting spree". USA Today. 8 Januari 2011. Dicapai pada 11 Januari 2011.
  8. ^ "US congresswoman Gabrielle Giffords shot in Arizona". BBC News. 9 Januari 2011.
  9. ^ James Hohmann (9 Januari 2011). "Good signs for Gabrielle Giffords' condition". Dicapai pada 9 Januari 2011.
  10. ^ Craig Kanalley (8 Januari 2011). "Jared Lee Loughner Identified As Gabrielle Giffords Shooter". The Huffington Post. Dicapai pada 8 Januari 2011.
  11. ^ a b "Suspect in Arizona shooting tragedy: 'I planned ahead'". Chicago Sun Times. Associated Press. 9 Januari 2011. Dicapai pada 9 Januari 2011.
  12. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Lacey2011-01-09
  13. ^ "Routine event turned deadly fast". Star Tribune. Minneapolis – Saint Paul, Minnesota. The New York Times, et al. 10 Januari 2011. Dicapai pada January 11, 2011. She and an aide parked an SUV in the lot of La Toscana Village, a mall about 8 miles north of downtown Tucson.
  14. ^ Kiley, Kevin (29 Julai 2010). "Arizona's concealed-weapon law takes effect". The Arizona Republic. Dicapai pada 11 Januari 2011.
  15. ^ Aleccia, JoNel (10 Januari 2011). "Giffords 'holding her own,' neurosurgeon says". MSNBC. Dicapai pada 12 Januari 2011.
  16. ^ Ben Quinn (9 Januari 2011). "US congresswoman Gabrielle Giffords shot as six die in Arizona massacre". The Guardian. Dicapai pada 9 Januari 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  17. ^ Allan Chernoff (11 Januari 2011). "McCarthy to call for ban on high-capacity ammo clips". CNN. Dicapai pada 11 Januari 2011.
  18. ^ "How a 61-year-old woman stopped more killings in mall rampage". The Sydney Morning Herald. AFP. 10 Januari 2011. Dicapai pada 10 Januari 2011.
  19. ^ Renie Workman (10 Januari 2011). "Man who Tackled AZ Gunman has Schuylkill County Ties". WNEP-TV. Dicapai pada 10 Januari 2011.
  20. ^ Dolak, Kevin; Weaver, Justin (9 Januari 2011). "Woman Wrestled Fresh Ammo Clip From Tucson Shooter as He Tried to Reload". ABC News. Dicapai pada 10 Januari 2011.
  21. ^ a b "911 call: "I do believe Gabby Giffords was hit"". Abc15.com. 9 Januari 2011. Dicapai pada 11 Januari 2011.
  22. ^ Chang, Alicia (10 Januari 2011). "Congresswoman still in critical condition; 2 discharged from hospital after Arizona shooting". Milwaukee Journal Sentinel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-12. Dicapai pada 2011-01-13.
  23. ^ Williams, Mary Elizabeth (10 Januari 2011). "The Giffords shooting's gay, Hispanic hero". Salon.
  24. ^ Morrison, Patt (10 Januari 2011). "Two gay heroes thwart assassinations – what a difference 35 years make". Los Angeles Times. Dicapai pada 11 Januari 2011.
  25. ^ Foley, Elise (10 Januari 2011). "Heroic Giffords Intern Could Be Asked For Papers Under Arizona Immigration Law". The Huffington Post. Dicapai pada 11 Januari 2011.
  26. ^ Couric, Katie (10 Januari 2011). "Strangers Linked by Tragedy in Tucson Rampage". CBS News. Dicapai pada 11 Januari 2011.
  27. ^ "Rep. Giffords shot, judge and 5 others killed at Tucson event". Arizona Daily Star. 8 Januari 2011. Dicapai pada 11 Januari 2011.
  28. ^ Gonzalez, Daniel (8 Januari 2011). "Arizona Congresswoman Gabrielle Giffords: The victims". The Arizona Republic. Dicapai pada 8 Januari 2011.
  29. ^ Belmaker, Genevieve Long (8 Januari 2011). "Gabrielle Giffords Survives Surgery, Doctors 'Optimistic'". The Epoch Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-11. Dicapai pada 11 Januari 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)