5 Januari
tarikh
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2025 |
5 Januari merupakan hari kelima dalam takwim Gregorius. Tinggal 360 hari (atau 361 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Malam Kedua Belas (Kristian Barat).
Peristiwa
sunting- 1066 - Raja England, Edward si Pengaku mangkat.
- 1477 - Duke Burgundy Charles yang Berani terbunuh dalam Pertempuran Nancy, lalu Burgundy diilhakkan oleh Perancis.
- 1500 - Duke Ludovico Sforza menawan kota Milan.
- 1527 - Pengasas bersama jemaah Anabaptis Schweizer Brüder di Zurich, Felix Manz dihukum mati dengan dilemaskan.
- 1554 - Kebakaran besar terjadi di Eindhoven, Belanda.
- 1675 - Pertempuran Colmar: tentera Perancis menumpaskan Brandenburg.
- 1757 - Louis XV dari Perancis terlepas dari dibunuh oleh Robert–François Damiens, orang terakhir yang dihukum mati secara menggerunkan untuk jenayah pembunuhan raja di Perancis.
- 1759 - George Washington mengahiwni Martha Dandridge Custis.
- 1781 - Perang Revolusi Amerika: Richmond, Virginia, diranapkan oleh tentera laut British pimpinan Benedict Arnold.
- 1846 - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengundi untuk berhenti berkongsi Wilayah Oregon bersama United Kingdom.
- 1854 - Kapal api San Francisco tenggelam, mengakibatkan 300 orang terkorban.
- 1895 - Alfred Dreyfus, pegawai tentera Perancis disalah tuduh menderhaka kerana keturunannya sehingga dilucutkan pangkat dan dipenjara seumur hidup di Pulau Devil.
- 1896 - Satu laporan akhbar Austria melaporkan penemuan sejenis sinaran elektromagnetik oleh Wilhelm Roentgen yang kini dikenali sebagai sinar X.
- 1900 - Pemimpin Ireland John Edward Redmond menuntut pemberontakan menentang pemerintahan British.
- 1909 - Colombia mengiktiraf kemerdekaan Panama.
- 1912 - Persidangan Parti Prague dilangsungkan.
- 1913 - Perang Balkan Pertama: Dalam Pertempuran Laut Lemnos, laksamana Greece Pavlos Kountouriotis mengusir armada Turki dari markasnya di Selat Dardanelles.
- 1914 - Ford Motor Company mengumumkan waktu kerja lapan jam dan gaji minimum $5 untuk sehari kerja.
- 1918 - Jawatankuasa Bebas demi Keamanan Buruh Jerman, yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Nazi, diasaskan.
- 1925 - Nellie Tayloe Ross dari Wyoming menjadi gabenor negeri wanita pertama di Amerika Syarikat.
- 1927 - Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Regent Kedah menitahkan Encik Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad menulis buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.
- 1933 - Pembinaan Jambatan Golden Gate (gambar) yang menyeberangi Selat Golden Gate pintu masuk ke Teluk San Francisco dimulakan.
- 1940 - Radio FM didemonstrasi di hadapan FCC buat julung kalinya.
- 1944 - Daily Mail menjadi akhbar antara benua yang pertama.
- 1945 - Kesatuan Soviet mengiktiraf kerajaan Poland baru yang pro-Soviet.
- 1968 - Alexander Dubček mendapat kuasa di Czechoslovakia, dan memulakan pembaharuan politik yang dikenali sebagai "Musim Bunga Prague".
- 1972 - Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon mengarahkan pembangunan program kapal angkasa.
- 1974 - Sebuah gempa bumi terjadi di Lima, Peru, meragut nyawa enam orang serta meruntuhkan ratusan tempat tinggal.
- 1975 - Jambatan Tasman di Tasmania, Australia, dilanggar oleh kapal pengangkut bijih Lake Illawarra. 12 orang terbunuh.
- 1976 - Kemboja dinamakan Kampuchea Demokratik oleh Khmer Rouge.
- 1993 - Kapal minyak MV Braer terkandas di pesisiran pantai Kepulauan Shetland, lalu tertumpah minyak mentah sebanyak 84,700 tan.
- 1993 - Negeri Washington menjatuhkan hukuman gantung terhadap Westley Allan Dodd (hukuman gantung sah di Amerika sejak tahun 1965).
- 1996 - Pemimpin Briged Izzuddin Al-Qassam Hamas Yahya Ayash dibunuh oleh Shin Beit Israel dengan bom telefon bimbit.
- 2005 - Planet kerdil terbesar dalam Sistem Suria, Eris ditemui oleh Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David L. Rabinowitz menggunakan imej dari Balai Cerap Palomar yang diambil pada 2003.
- 2011 - Suruhanjaya tumpahan minyak kerajaan A.S. mengeluarkan laporan yang menuduh kegagalan pengurusan BP, Halliburton dan Transocean dalam tumpahan minyak Deepwater Horizon.
- 2012 - Portia Simpson-Miller menjadi Perdana Menteri Jamaica buat kali kedua.
Kelahiran
sunting- 1548 – Francisco Suárez, paderi dan filsuf Sepanyol (meninggal 1617)[1]
- 1587 – Xu Xiake, Chinese geographer and explorer (meninggal 1641)[2]
- 1592 – Shah Jahan, Maharaja Mughal (mangkat 1666)[3]
- 1666 - Guru Gobind Singh, guru dan filsuf Sikh
- 1767 – Jean-Baptiste Say, ahli ekonomi Perancis (meninggal 1832)[4]
- 1905 - Othman Mohamad, seorang Menteri Besar Selangor ke-3
- 1928 - Zulfikar Ali Bhutto, seorang Presiden Pakistan ke-4
- 1985 - Alexandra Gottardo, pelakon wanita Indonesia
- 1988 - King Nassar, pelakon dan penyanyi lelaki Indonesia
- 1996 - Kevin Lilliana, peragawati Indonesia
- 1999 - Aninditha Rahma Cahyadi, penghibur Indonesia menganggotai grup idola JKT48
- 1999 - Diani Amalia Ramadhani, penghibur Indonesia menganggotai grup idola JKT48
Kematian
sunting- 842 – Al-Mu'tasim, khalifah Abbasiyah (diputerakan 796)[5]
- 941 – Zhang Yanhan, pembesar China (lahir 884)
- 1066 – Edward si Pengaku, raja England (diputerakan 1004)[6]
- 1858 - Josef Radetzky, fil marsyal dari Austria
- 1589 – Catherine de' Medici, permaisuri Henri II dari Perancis (diputerikan 1519)[7]
- 1933 - Calvin Coolidge, Presiden Amerika Syarikat ke-30
- 2022 - Robert Blust, ahli kaji bahasa-bahasa Austronesia dari Amerika Syarikat (lahir 1940)[8][9][10]
Rujukan
sunting- ^ Francisco Suárez; Henry Davis (1944). Selections from Three Works of Francisco Suárez, S.J.: The photographic reproduction of the selections from the original editions. Clarendon Press. m/s. xxxvii.
- ^ Chun-shu Chang; Shelley Hsueh-lun Chang (1998). Crisis and Transformation in Seventeenth-century China: Society, Culture, and Modernity in Li Yü's World. University of Michigan Press. m/s. 314. ISBN 0-472-08528-X.
- ^ "Shah Jahān". Encyclopaedia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2019. Dicapai pada 16 September 2019.
- ^ Evelyn L. Forget (31 January 2002). The Social Economics of Jean-Baptiste Say: Markets and Virtue. Routledge. m/s. 12. ISBN 978-1-134-63080-6.
- ^ Bosworth, C. E. (1993). "al-Muʿtaṣim Bi'llāh". Dalam Bosworth, C. E.; van Donzel, E.; Heinrichs, W. P. & Pellat, Ch. (penyunting). Encyclopaedia of Islam. Volume VII: Mif–Naz (ed. 2). Leiden: E. J. Brill. m/s. 207–209. ISBN 978-90-04-09419-2.
- ^ Barlow, Frank (2004). "Edward (St Edward; known as Edward the Confessor)". Oxford Dictionary of National Biography.
- ^ Guizot (M., François) (1889). The History of France from the Earliest Times to the Outbreak of the Revolution. S. Low, Marston, Searle & Rivington. m/s. 313.
- ^ Lobel, Jason William (2022). "In Memoriam: Dr. Robert A. Blust, 1940–2022". Obituary. Language and Linguistics. 23 (2): 141–146. doi:10.1075/lali.00116.lob.
- ^ Lobel, Jason William, Victoria Chen and Lani Blust-Char (2022). "In Memoriam: Robert A. Blust, 1940–2022". Oceanic Linguistics. 61 (2): 614–649.
- ^ "Editorial". Language & Linguistics in Melanesia. Linguistic Society of Papua New Guinea. 40. 7 January 2022. ISSN 0023-1959.