George Washington

Presiden Amerika Syarikat yang pertama

George Washington (22 Februari 1732 - 14 Disember 1799) ialah Presiden Amerika Syarikat yang pertama (1789-1797), Panglima Besar Angkatan Tentera Benua ketika Perang Revolusi Amerika dan merupakan salah seorang Bapa Pengasas Amerika Syarikat. Beliau mempengerusikan konvensyen yang mendraf Perlembagaan Amerika Syarikat, yang menggantikan Artikel Konfederasi dan kekal sebagai Akta Kanun Tanah yang tertinggi.

George Washington
Head and shoulders portrait of George Washington
Potret s. 1803
Presiden Amerika Syarikat Pertama
Dalam jawatan
30 April 1789 – 4 Mac 1797
Naib PresidenJohn Adams
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJohn Adams
Panglima Besar Tentera Benua
Dalam jawatan
19 Jun 1775 – 23 Disember 1783
Dilantik olehKongres Benua
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehHenry Knox (sebagai Pegawai Kanan)
Perwakilan dari Virginia ke Kongres Benua
Dalam jawatan
5 September 1774 – 16 Jun 1775
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehThomas Jefferson
Ahli Dewan Burgesses Virginia
Dalam jawatan
24 Julai 1758 – 24 Jun 1775
Didahului olehHugh West
Digantikan olehJawatan ditubuhkan
Kawasan pilihan raya
Canselor ke-14 Kolej William & Mary
Dalam jawatan
30 April 1788 – 14 Disember 1799
Maklumat peribadi
Lahir22 Februari 1732[a]
Popes Creek, Koloni Virginia, British Amerika
Mati14 Disember 1799(1799-12-14) (umur 67)
Mount Vernon, Virginia, A.S.
Tempat semadiMount Vernon, Virginia
38°42′28.4″N 77°05′09.9″W / 38.707889°N 77.086083°W / 38.707889; -77.086083
Parti politikBebas
PasanganMartha Dandridge (k. 1759)
SaudaraKeluarga Washington
Pekerjaan
  • Pegawai tentera
  • ahli politik
  • juruukur
  • tuan ladang
Anugerah awam
TandatanganTandatangan Cursive signature in ink
Perkhidmatan tentera
Cabang/khidmat
Tahun khidmat
  • 1752–1758 (Militia Virginia)
  • 1775–1783 (Tentera Benua)
  • 1798–1799 (Tentera Darat A.S.)
Pangkat
Pangkalan
Perang/Pertempuran
See list

Pada usia 11 tahun ayahnya meninggal dunia. George Washington mula-mula bekerja sebagai juruukur, beliau lalu memasuki tentera pada usia 21 tahun, dan diangkat menjadi Leftenan Kolonel saat mengikuti wajib tentera oleh Gabenor negeri Virginia. Menikah tahun 1759 dengan Martha Dandridge Custis Washington, George Washington mengurus perkebunannya yang luas di Virginia dan menjadi ahli Dewan Perwakilan Rakyat Virginia, hingga Revolusi Amerika tercetus. George Washington merupakan anggota perkumpulan rahsia Freemasonry.

Ketika berumur 33 tahun, beliau memilih untuk memihak rakyat negeri Virginia yang memberontak melawan orang-orang Inggeris yang mengeluarkan undang-undang yang tidak adil menurut pendapat rakyat Virginia. Beliau pun bertugas memimpin tentera Virginia. Pada tahun 1775 beliau diangkat menjadi Panglima Besar oleh Kongres Benua, iaitu Kongres ke-13 daerah jajahan Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1776 Revolusi Kemerdekaan Amerika pecah dan Kongres Benua mengeluarkan Deklarasi Kemerdekaan dan memisahkan diri daripada Kerajaan Inggeris. Kepemimpinan George Washington menyumbang dengan banyak dalam keberhasilan daerah-daerah jajahan di Amerika memperjuangkan kemerdekaannya. Pada tahun 1783 Inggeris mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat, George Washington keluar dari tentera. Empat tahun kemudian pada 1787 beliau menjadi Ketua Konvensyen Perlembagaan.

Pada tahun 1789 setelah Perlembagaan disahkan, beliau dipilih dengan sebulat suara menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Beliau menjalankan dua masa jabatan dari tahun 1789 hingga tahun 1797, didampingi oleh John Adams sebagai naib presiden. Dalam pidato perpisahannya pada tahun 1797, beliau menyeru kepada rakyat Amerika Syarikat agar meninggalkan rasa kepartian dan rasa kedaerahan yang berlebih-lebihan.

Pada tahun 1799, George Washington meninggal dunia pada usia 67 tahun di Mount Vernon, setelah tiga tahun meletakkan jawatannya sebagai presiden. Beliau tidak memiliki keturunan, hanya seorang anak angkat.

Imej Washington ialah ikon kebudayaan Amerika dan beliau telah diperingati secara meluas; namanya diabadikan sebagai ibu negara AS dan Negeri Washington. Pada tahun 1976, Washington secara anumerta dilantik ke pangkat General of the Armies, iaitu pangkat tertinggi dalam Angkatan Tentera A.S. Dalam tinjauan pendapat popular dan ilmiah, Washington secara konsisten dianggap sebagai salah seorang presiden terhebat dalam sejarah Amerika.

Peristiwa pada masa kepresidenan

sunting
Berdirinya Jabatan Luar Negeri, Jabatan Kewangan, Pejabat Kejaksaan Agung, dan terjadinya perang.
24 September Berdasarkan Undang-Undang Persekutuan mendirikan Makamah Agung.
Pengesahan dilakukannya untuk bancian penduduk Amerika untuk pertama kalinya; populasi 3,929,214.
10 Julai Kongres memperuntukkan dana persekutuan untuk Potomac dan mengesahkan pembangunan tempat tinggal presiden pada 16 Julai
Pemerintah Persekutuan menangani Hutang Perang Revolusi untuk negara.
25 Februari Berdirinya Bank Amerika untuk pertama kalinya.
3 Mac Pajak atas Whiski (minuman) disetujui.
15 Disember Bill of Rights ditambahkan pada Perlembagaan Amerika Syarikat
Rencana "Bandar Persekutuan" (Washington, D.C.) mulai dikerjakan
U.S. Mint (Kemudahan untuk pencetakan wang syiling di Amerika) dibuka di Philadelphia
Dibentuknya parti-parti politik pertama di Amerika. (Parti Republik dan Persekutuan)
13 Oktober Peletakan batu pertama untuk Rumah Putih
5 Disember Washington dan John Adams terpilih kembali menjadi Presiden dan Wakil Presiden.
22 April Washington mengeluarkan Proklamasi Neutral, yang memperingatkan agar warga Amerika menahan diri untuk tidak membantu Perancis atau Inggeris pada perang mereka.
Negara-negara Barbary mulai menyerang muatan kapal - kapal Amerika.
5 Jun Undang undang Neutral diterapkan, pelarangan warga negara Amerika untuk menjadi bahagian daripada kapal perang asing.
Pemberontakan Whiski; protes daripada para petani akan pajak whisku, dihentikan oleh tentara negeri New Jersey, Pennsylvania, Virginia, dan Massachusetts.
Skandal Yazoo Pemalsuan Tanah antara pihak legislatif Georgia (beberapa Gubernurnya) dengan empat perusahaan tanah untuk daerah yang kini dikenal sebagai Alabama dan Mississippi. Mereka menjual sejumlah besar tanah pada pihak dalam dengan harga yang luar biasa murah dan tidak masuk akal.
Pidato perpisahan George Washington yang memperingatkan agar Amerika tidak turut campur tangan Amerika akan pertentangan negara asing.
John Adams dan Thomas Jefferson terpilih menjadi Presiden dan Wakil Presiden.

Sejarah kenaikkan pangkat

sunting
Pangkat Organisasi Tarikh
Major dan Ajutan Militia Provinsi Virginia December 13, 1752[2]
Lieutenant Colonel Virginia Regiment March 15, 1754[3]
Colonel Virginia Regiment August 14, 1755[4]
  General (General and Commander-in-Chief) Continental Army June 15, 1775
  Lieutenant General United States Army July 3, 1798
General of the Armies of the United States (secara anumerta) United States Army 13 March 1978, retroactive to July 4, 1976[5]
  • Semasa berkhidmat sebagai Jeneral, Washington memakai tiga bintang "berbucu enam" (tiga bintang berbucu lima kini digunakan sebagai lambang leftenan jeneral).[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ Randall 1997, m/s. 303.
  2. ^ "Commission as adjutant for southern district, 13 December 1752 [letter not found]". Founders Online. National Archives. March 28, 2016. Dicapai pada June 7, 2016.
  3. ^ "George Washington: The Soldier Through the French and Indian War". Independence Hall Association. January 1966. Dicapai pada June 7, 2016.
  4. ^ "History Timeline". Col. Washington Frontier Forts Association via the Fort Edwards Foundation. February 11, 2008. Dicapai pada June 7, 2016.
  5. ^ Order of the Secretary of the Army
  6. ^ "4.3 The Artist as Citizen: Charles Willson Peale". StudyBlue. Dicapai pada June 15, 2014.
  • Presiden - Presiden Amerika Serikat; Diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
  • The Presidents, A Reference History. Editor. Henry F. Graff. Edisi kedua. Penerbit Scribners 1996.
Didahului oleh:
tidak ada
Presiden Amerika Syarikat
1789 - 1797
Digantikan oleh:
John Adams


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan