Clannad (permainan)
Clannad (クラナド , Kuranado) ialah sebuah judul novel visual Jepun ciptaan syarikat perisian Key, yang turut menghasilkan judul-judul seperti Kanon dan Air yang mendapat sambutan baik. Key telah mengumumkan pada tahun 2001 berkenaan Clannad yang dirancang dikeluarkan pada tahun 2002 dan setelah ditangguhkan buat beberapa kali, akhirnya sebuah edisi terhad untuk PC pada tanggal 28 April, 2004, diikuti oleh edisi biasa pada 8 Ogos 2004. Judul novel visual ini kemudiannya dialihkan ke PlayStation 2, PlayStation Portable dan Xbox 360. Gaya permainan dalam Clannad adalah berlandaskan sebuah plot yang lurus, menawarkan senario-senario yang telah ditetapkan serta babak-babak interaksi, dan menumpukan kepada tarikan lima gadis sebagai watak heroin utama. Jun Maeda, penulis senario utama judul Clannad, mempercayai bahawa tajuknya bermaksud "keluarga" atau clan dalam Bahasa Ireland.[1]
Clannad (permainan) | |
Genre | Drama, Fantasi, Romantik |
---|---|
Permainan | |
Pembangun | Key |
Pengeluar | Visual Art's (PC) Interchannel (PS2) Prototype (Xbox 360/S3G/FOMA) |
Genre | Novel visual |
Pelantar | PC, PS2, S3G, FOMA, Xbox 360, PSP |
Tarikh dikeluarkan | 28 April 2004 (PC, edisi terhad) |
Manga | |
Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over | |
Pengarang | Jun Maeda, Yūichi Suzumoto, Kai, dan Tōya Okano |
Ilustrasi | GotoP |
Penerbit | ASCII Media Works |
Majalah Asal | Dengeki G's Magazine |
Manga | |
Komik Rasmi Clannad | |
Pengarang | Key |
Ilustrasi | Juri Misaki |
Penerbit | Jive |
Manga | |
Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over | |
Pengarang | Key |
Ilustrasi | Rino Fujii |
Penerbit | Flex Comix |
Manga | |
Pengarang | Key |
Ilustrasi | Shaa |
Penerbit | ASCII Media Works |
Anime | |
Pengarah | Osamu Dezaki |
Studio | Toei Animation |
Dikeluarkan pada | 15 September 2007 |
Anime | |
Pengarah | Tatsuya Ishihara |
Studio | Kyoto Animation |
Penyiaran Asal | TBS, MBS, CBC, BS-i |
Dikeluarkan pada | 4 Oktober 2007 (TBS) – 27 Mac 2008 |
Manga | |
Clannad: Tomoyo Dearest | |
Pengarang | Key |
Ilustrasi | Yukiko Sumiyoshi |
Penerbit | Fujimi Shobo |
Anime | |
Pengarah | Tatsuya Ishihara |
Studio | Kyoto Animation |
Anime | |
Clannad After Story | |
Pengarah | Tatsuya Ishihara |
Studio | Kyoto Animation |
Penyiaran Asal | TBS, MBS, CBC, BS-i |
Dikeluarkan pada | 3 Oktober 2008 (TBS) – dijadualkan |
Meskipun kedua-dua buah karya Key yang lebih awal iaitu Kanon dan Air, telah dikeluarkan dahulu sebagai judul eroge dan kemudian disunting untuk pengeluaran umum sepertimana yang dilihat dalam kebanyakan judul permainan video bishōjo yang lain, Clannad sebaliknya merupakan judul keluaran umum dan tidak mengandungi sebarang unsur-unsur sebegitu mahupun sebarang jenis fan service.[2] Berikutan keluaran Clannad, Key kemudiannya telah menghasilkan sebuah separa sambungan untuk dewasa berjudul Tomoyo After: It's a Wonderful Life, dikeluarkan pada 25 November 2005 yang mengembangkan dengan lebih lanjut tentang Tomoyo Sakagami, salah satu daripada lima gadis utama dari siri Clannad.
Clannad telah mencipta beberapa adaptasi dalam media lain: empat buat siri manga, siri pertamanya disirikan dalam majalah Jepun Comic Rush, yang kedua disirikan dalam Comi Digi +, yang ketiga disirikan dalam Dengeki G's Magazine, dan yang keempat disirikan dalam Dragon Age Pure. Dalam animasi, ia dianimasikan sebagai sebuah filem oleh studio Toei Animation pada 15 September 2007 dan ia juga disirikan sebagai siri anime dua musim oleh Kyoto Animation yang juga turut menganimasikan judul-judul awal Key iaitu Air dan Kanon. Terdapat juga dua set Drama CD.
Gaya permainan
suntingNovel visual Clannad dibahagikan kepada dua buah segmen, ataupun babak cerita-"School Life" dan "After Story"- yang merupakan dua fasa berbeza dalam keseluruhan ceritanya. Pada permulaan kisah Clannad, hanya babak School Life sahaja yang boleh dimainkan oleh para pemain, namun setelah para pemain melengkapkan setiap senario yang terdapat dalam School Life, After Story kemudiannya boleh dimulakan. After Story dibuka para pemain menerusi pengumpulan lapan buah lampu, ataupun bebola cahaya yang didapati apabila salah satu senario watak Clannad dilengkapkan;[3] salah satu daripada cahaya ini akan hilang apabila masih berada dalam fasa School Life, namun akan muncul kembali dalam After Story. School Life merupakan penceritaan kisah watak utama dalam tahun akhirnya di sekolah menengah, di mana dia berjumpa dengan setiap seorang watak di dalam permainan video ini, mahupun fokus utama tertumpu kepada lima gadis utama dalam kisahnya. After Story pula merupakan sambungan cerita kepada kisah hidup Nagisa, dan berlaku serta-merta selepas School Life apabila Nagisa dan Tomoya menjalani hidup mereka sebagai pasangan; kejadian ini berlaku selama sepuluh tahun. Watak-watak dari School Life juga turut muncul, namun tetap memainkan watak kecil berbanding watak mereka dalam babak awal itu. Untuk melihat pengakhiran sebenar Clannad, kesemua tiga belas bebola cahaya haruslah dikumpulkan.
Gaya permainan Clannad memerlukan interaksi yang sedikit daripada para pemain kerana kebanyakan daripada masanya, mereka hanya membaca teks yang muncul pada skrin paparan yang mewakili sama ada dialog di antara beberapa watak atau perasaan yang bermain di dalam minda watak protagonis. Suatu aspek penting dalam Clannad (termasuklah hampir setiap novel visual yang lain) adalah "titik keputusan" yang muncul dari semasa ke semasa, memberi para pemain beberapa buah pilihan yang terhad. Masa di antara titik-titik keputusan ini berbeza dan mungkin berlaku daripada seminit atau lebih lama lagi. Permainan Clannad akan berhenti pada titk-titik keputusan ini, dan bergantung kepada pilihan yang dilakukan oleh pemain, kisahnya akan berubah, diolah mengikut sebuah cerita yang tertentu. Terdapat lima buah plot yang boleh dialami oleh para pemain, satu untuk setiap gadis utama dalam kisah Clannad, dan terdapat tiga belas penamat yang boleh dikecapi secara keseluruhannya. Setiap satu plot boleh dicapai melalui pengulangan permainan.
Clannad merupakan karya Key yang kedua terpanjang, seperti yang dilaporkan oleh Yūto Tonokawa di mana dia menyatakan bahawa Clannad adalah 4000 buah patah baris kurang berbanding judul 2008 mereka Little Busters! Ecstasy.[4] Meskipun kedua-dua buah karya Key yang lebih awal iaitu Kanon dan Air, telah dikeluarkan dahulu sebagai judul eroge dan kemudian disunting untuk pengeluaran umum sepertimana yang dilihat dalam kebanyakan judul permainan video bishōjo yang lain, Clannad sebaliknya merupakan judul keluaran umum dan tidak mengandungi sebarang unsur-unsur sebegitu mahupun sebarang jenis fan service.[2]
Plot
suntingLatar belakang dan tema
suntingBahagian pertama kisah Clannad mengambil tempat di sebuah sekolah menengah di Jepun, yang merupakan sekolah terbaik di bandarnya. Sekolah menengah ini telah direka untuk menyerupai sekolah rendah dan sekolah menengah Komaba yang bekerjsama dengan Universiti Tsukuba di Setagaya, Tokyo, Jepun.[5] Sepanjang kisahnya berlalu, imabasan-imbasan singkat yang menunjukkan sebuah Dunia Ilusi ditayangkan. Dunia ilusi ini tidak mempunyai sebarang kehidupan kecuali seorang gadis kecil, yang kemudiannya mencipta sebuah objek dengan serpihan-serpihan bahan buangan, di mana para pemain dapat gunakan sebagai bahan medium untuk berinteraksi dengannya. Bahagian kisah selebihnya mengambil tempat di bandar yang sama, setelah penamat bahagian pertama dicapai.
Terdapat tema-tema berulangan yang muncul dalam ceritanya. Tema utama Clannad ialah nilai mempunyai sebuah keluarga, yang telah ditekankan oleh tajuk siri ini kerana mnurut Jun Maeda, Clannad bermaksud "keluarga" ataupun clan dalam Bahasa Ireland.[1] Di antara enam watak-watak utaanya, Tomoya, Nagisa dan Kotomi tidak mempunyai adik-beradik, meskipun ibu bapa mereka memainkan peranan yang penting dalam kisah kehidupan mereka. Kisah Fuko dan Kyou pula meletakkan adik-beradik perempuan mereka sebagai sesuatu yang penting, manakala kisah Tomoyo dipengaruhi oleh seluruh keluarganya. Dalam kisah Nagisa, terdapat suatu kemunculan berulangan iaitu "keluarga besar dango" (だんご大家族 , dango daikazoku) (sebuah maskot fiksyen buat kanak-kanak) yang disukai oleh Nagisa. Tema kecil akan perkataan dalam bahasa Ireland ini berterusan dengan tema pembukaan permainan videonya, "Mag Mell", yang secara kasarnya bermaksud "keserdehanaan kegembiraan" dan berkaitan dengan mitologi Ireland. Sebuah album susunan, iaitu sebuah CD singkat mengandungi versi-versi remixed akan lagu-lagu dalam permainannya, yang dikeluarkan bersama-sama judul permainan video asalnya memiliki tajuk Mabinogi yang merupakan sebuah koleksi cerpen prosa daripada manuskrip zaman purba Wales; iaitu sebahagian daripada bahasa-bahasa Celtic, termasuklah bahasa Ireland.
Watak-watak utama
suntingPara pemain memegang watak Tomoya Okazaki, iaitu protagonis siri Clannad. Tomoya dikenali di sekolah sebagai seorang murid yang nakal, atau seorang remaja yang melanggar peraturan yang ditetapkan di atas sikapnya yang tidak mementingkan pendidikan di sekolah dan perasaan apatinya terhadap kehidupan; pada peringkat awal ceritanya, dia membenci segalanya termasuklah bandar di mana dia dibesarkan, iaitu latar tempat Clannad secara menyeluruh. Dia gemar memberi komen secara terus-terang kepada mereka disekelilingnya dan tidak akan berasa teragak-agak meluahkan pendapat yang tersemat di mindanya, mahupun jika ia menyinggung perasaan orang lain. Meskipun bersikap demikian, Tomoya adalah seorang yang cukup setia terhadap rakan-rakannya, dan dilihat menbimbing dirinya untuk membantu mereka disekelilingnya yang memerlukan bantuan atau sokongan. Secara umumnya dia memiliki personaliti yang tidak mementingkan diri dan tidak meminta sebarang pembalasan di atas bantuan yang diberikannya kepada orang lain. Tomoya bertemu dengan Nagisa Furukawa, iaitu heroin utama dalam Clannad, di titik permulaan kisah judul ini. Nagisa merupakan seorang gadis yang lemah-lembut dalam percakapan serta perbuatannya, memiliki keyakinan serta harga diri yang rendah yang menyebabkannya bergantung kepada mereka disekelilingnya demi sokongan yang diperlukan; dia mempunyai tabiat aneh di mana dia berkata-kata akan nama makanan yang ingin dimakannya sebagai suatu kaedah motivasi diri, misalnya anpan. Salah satu watak heroin lain dalam Clannad bernama Kyou Fujibayashi memiliki personaliti yang garang, ganas dan bermulut celupar meskipun terkenal sebagai tukang masak yang handal dikalangan keluarga dan sahabat handainya. Apabila berasa marah Kyou tidak teragak-agak melontar sebuah kamus rujukan ke arah orang lain, yang disimpannya khas untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, Kyou kadang-kala dilihat memiliki personaliti yang lebih lemah dan lembut, terutama sekali jika berhadapan dengan kembar sepusatnya, iaitu Ryou Fujibayashi.
Tomoya juga berjumpa dengan seorang gadis yang cerdik dan pintar bernama Kotomi Ichinose, yang juga merupakan seorang heroin dalam Clannad. Kotomi berkedudukan di antara sepuluh pelajar terbaik di seluruh negara berdasarkan keputusan peperiksaan seragam dalam setiap matapelajaran-dia seringkali menetelaah beberapa bahan bacaan tambahan di perpustakaan sekolah, terutama sekali buku-buku dalam bahasa asing. Kotomi ialah seorang gadis yang senyap dengan kemahiran sosial yang lemah, justeru ia adalah amat sukar untuk berkomunikasi dengannya; ia dikatakan bahawa Kotomi pernah mengendahkan seseorang seratus peratus sewaktu membaca buku-bukunya, meskipun jika terdapat gangguan bunyi yang kuat disekelilingnya. Heroin keempat Clannad ialah seorang murid perempuan tahun kedua bernama Tomoyo Sakagami yang telah berpindah ke sekolah Tomoya. Tomoyo, seperti Kyou, boleh berubah menjadi seseorang yang amat agresif, memandangkan dirinya yang mahir dalam seni mempertahankan diri, dan merupakan seorang olahragawati. Walaupun Tomoya lebih berusia berbandingnya, Tomoyo tidak memberinya sebarang penghormatan sebagai murid senior. Tomoyo juga muncul dalam judul permainan video novel visual Key yang kelima, iaitu Tomoyo After: It's a Wonderful Life, sebagai heroin utama. Heroin terakhir dalam siri Clannad ialah seorang murid tahun pertama bernama Fuko Ibuki yang memiliki sikap suka menyendiri daripada orang lain dan, sebelum bertemu dengan Tomoya, seringkali dilihat bersendirian, mencipta ukiran kayu berbentuk tapak sulaiman menggunakan sebilah pisau kecil yang kemudiannya diberikannya kepada orang lain sebagai hadiah. Fuko mudah terpukau dengan tapak sulaiman, ataupun objek-objek berbentuk haiwan tersebut, dan seringkali menjalani suatu euforia yang singkat di mana kepekaan dirinya terhadap keadaan sekitar diambil alih secara penuh.
Cerita
suntingClannad menceritakan hubungan sekumpulan sahabat yang terdiri daripada lima orang gadis yang mempunyai kaitan dengan seorang budak lelaki yang sama. Tomoya Okazaki ialah seorang pelajar sekolah menengah tahun ketiga yang benci akan kehidupan. Ibu Tomoya (Atsuko) meninggal dunia semasa dia masih kecil lagi, meninggalkannya dengan ayahnya (Naoyuki) untuk membesarkannya. Setelah berlalunya kemalangan yang menimpa isterinya, ayah Tomoya kerap kali terjebak dalam alkoholisme dan perjudian, di samping mencetuskan pertelingkahan bersama-sama anak lelakinya. Pada suatu hari di mana Naoyuki mencetuskan perbalahan bersama-sama anaknya, telah menghentak Tomoya ke dinding bilik, mengakibatkan bahu Tomoya terkehel disebabkan oleh impak tolakan ayahnya. Sejak hari itu, ayahnya mula melayan Tomoya dengan lemah-lembut namun sebagai seorang yang asing dalam hidupnya, seolah-olah hubungan mereka adalah sekadar orang asing sahaja berbanding keluarga. Ini telah melukakan hati Tomoya lebih mendalam lagi daripada hubungannya dengan ayahnya sebelum ini, dan perasaan kekok apabila dia pulang ke rumah telah seringkali memaksanya melepak diluar sepanjang waktu malam. Tambahan pula, kecederaan yang diterima Tomoya telah mengakibatkannya tidak mampu mengambil bahagian dalam kelab bola keranjang yang disertainya, lalu terus memaksanya menyendiri daripada aktiviti-aktiviti sekolah, termasuklah sekolah sendiri. Justeru bermulalah kehidupan Tomoya yang terbiar. Kawan rapat Tomoya iaitu Youhei Sunohara, yang ditendang keluar daripada kelab bola sepak setelah dia mencetuskan pergaduhan, juga merupakan seorang "kaki lepak" yang sentiasa meluangkan masa dalam bilik asramanya bersama-sama Tomoya, tanpa melakukan sebang aktiviti bermanfaat.
Kisah Clannad bermula pada tanggal 14 April, 2003 pada semesta awal sekolah, di mana Tomoya merasakan bahawa kehidupannya mulai berubah apabila dia bertemu dengan Nagisa Furukawa, seorang gadis yang lemah-lembut setahun lebih tua daripada dirinya, yang mengulang semula tahun terakhir sekolah disebabkan dirinya yang kerap jatuh sakit pada tahun sebelumnya. Objektif Nagisa adalah untuk menyertai kelab drama yang tidak mampu disertainya sebelum ini disebabkan oleh penyakitnya, namun mereka mendapati bahawa kelab drama tersebut telahpun dibubarkan setelah setiap ahli-ahlinya tamat sekolah. Disebabkan Tomoya mempunyai masa tambahan yang banyak untuk diluangkan, dia mula membantu Nagisa untuk membentuk semula kelab drama. Dalam proses ini, Tomoya bertemu dan berkawan dengan beberapa gadis yang lain yang, setiap satu daripada mereka, memiliki masalah peribadi tersendiri, yang akhirnya dibantu oleh Tomoya.
Dalam bahagian kedua ceritanya, yang dimulakan sebaik sahaja bahagian pertama tamat dalam jangka masa sepuluh tahun daripada bahagian pertamanya, Tomoya dan Nagisa hidup bersama-sama sebagai sebuah keluarga. Tomoya harus mengharungi beberapa cabaran yang ditempuhi keluarganya, terutamanya penyakit Nagisa. Namun, sebaik sahaja Nagisa melahirkan anak pertama mereka, Ushio, dia meninggal dunia, meninggalkan Tomoya dalam suatu keadaan yang tertekan, memaksa ibu bapa Nagisa, Akio dan Sanae untuk mengasuh Ushio. Lima tahun kemudiannya, Tomoya bertemu dengan Shino Okazaki, nenek sebelah bapanya. Shino menjelaskan kepada Tomoya tentang sejarah silam dan tragedi yang menimpa ayahnya, serupa kepada situasi semasa yang dihadapi Tomoya setelah Nagisa meninggal dunia. Setelah mendengar cerita ini, Tomoya berputus untuk membesarkan Ushio dan menerima Naoyuki sebagai ayahnya. Walaubagaimanapun, Ushio diuji dengan penyakit yang sama dengan ibunya tidak begitu lama setelah berlalunya kejadian ini. Dalam musim sejuk seterusnya, Tomoya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk Ushio, telah membawa anaknya bersiar-siar, namun Ushio jatuh pengsan dan kemudiannya meninggal dunia; Tomoya dikatakan mati setelah Ushio meninggalkannya. Dengan perasaan ingin menyelamatkan diri mereka daripada takdir yang tragik ini, Ushio menjadi gadis dalam dunia ilusi yang kadang-kala ditunjukkan, menyeru patung sampah (Tomoya) supaya mengumpul segala kebahagiaan dalam bandar yang sunyi itu untuk mencipta sebuah keajaiban lalu menyelamatkan Nagisa dan diri mereka.
Psikologi Tomoya dikembangkan lagi dalam mimpi yang dialaminya, memperlihatkan sebuah dunia kosong yang dielar Dunia Ilusi (幻想世界 , Gensō Sekai). Dalam mimpi-mimpi pertama yang dihadapinya, dia melihat sebuah dunia yang tidak dihuni sesiapa kecuali seorang gadis kecil, yang tidak pernah ditunjukkan dalam permainan video asalnya (dia ditunjukkan dalam versi anime). Saban kali dia bermimpi, dia mencungkil lebih maklumat tentang dunia tersebut. Setelah beberapa kali mengulangi mimpi di dunia tersebut, Tomoya mendapati bahawa gadis tersebut memiliki sejenis kebolehan istimewa di mana dia mampu mencipta sesuatu yang baharu dengan mencantumkan barang buangan yang dikumpulnya, lalu mencipta sebuah badan untuk Tomoya. Justeru dia dilahirkan semula dalam dunia ini, dan meluangkan masa mengekori gadis ini. Tomoya mencadangkan bahawa mereka berdua sahaja yang masih "hidup". Lalu, Tomoya dan gadis tersebut telah cuba untuk mencipta sebuah lagi patung dengan barang buangan yang mereka kumpul, namun disebabkan ia tidak memiliki roh, ia gagal bergerak sebagai makhluk hidup. Akhir sekali, musim sejuk telah mula, dan gadis tersebut mula berasa letih dan akhirnya tidak mampu bergerak disebabkan oleh cuaca disekitarnya. Mengingati sebuah dunia jauh yang merupakan tempat asal-usulnya, Tomoya telah menyakinkan gadis tersebut untuk membina sebuah kapal supaya mereka berdua mampu melarikan diri daripada cuaca sejuk tersebut dan meneruskan suatu kehidupan yang dipenuhi kegembiraan. Meskipun mereka berjaya, perjalanan mereka ditakdirkan bertemu dengan tragedi malang.
Pembangunan
suntingPembantu penerbit siri Clannad ialah Takahiro Baba daripada Visual Art's, syarikat penerbitan yang mengendalikan syarikat Key; Baba juga merupakan pembantu penerbut siri Air.[6] Jun Maeda, yang juga merupakan di antara tiga penulis senario utama disamping Kai dan Yūichi Suzumoto, telah mengetuai perancangan untuk judul Clannad.[7] Bantuan senario dihulurkan oleh Tōya Okano.[7] Itaru Hinoue, yang juga telah membantu dalam rekaan watak-watak, mengetuai arahan seni.[7] Miracle Mikipon, Mochisuke, Na-Ga serta Shinory telah menjadi penyumbang kepada grafik komputer. Torino membekalkan seni latar belakang. Muzik secara dasar pula digubah oleh Shinji Orito dan Magome Togoshi.[7] Empat daripada kakitangan Key-Kai, Miracle Mikipon, Tōya Okano dan Torino-meninggalkan syarikat tersebut setelah siri Clannad lengkap diterbitkan.
Sejarah keluaran
suntingClannad, pada asalnya dikeluarkan pada tanggal 28 April, 2004 sebagai sebuah edisi terhad, hanya diterbitkan untuk PC sahaja, dalam format DVD-ROM. Edisi biasanya dijual kurang daripada dua bulan kemudiannya pada 6 Ogos, 2004 pada harga yang sama dengan edisi terhad; kedua-dua edisi tersebut tidak mempunyai rakaman suara untuk watak-wataknya.[8] Sebuah pengalihan pengguna dilakukan untuk judul tersebut, rekaan Interchannel buat konsol PlayStation 2 pada tangal 23 Februari, 2006.[9] Rakaman suara penuh (kecuali Tomoya Okazaki) telah diperkenalkan untuk versi PlaySTation 2 tersebut.[9] Sebuah versi alihan, yang boleh dimainkan dalam telefon bimbit SoftBank 3G dan FOMA ciptaan Prototype, menerusi Visual Art's Motto dikeluarkan pada 16 Januari, 2008.[10] Sebuah versi untuk komputer yang disertakan dengan rakaman suara penuh bergelar Clannad Full Voice dikeluarkan pada 29 Februari, 2008.[11][8] Versi ini mengandungi grafik komputer yang diperbaharui,[8][11] dan pelakon suara latar buat versi PlayStation 2 tidak diubah; watak Tomoya masih tidak dirakamkan suara.[12] Prototype turut juga menghasilkan sebuah versi untuk PlayStation Portable yang dikeluarkan pada 29 Mei, 2008 yang mengandungi bahan tambahan daripada versi Clannad Full Voice untuk PC.[13][14][15] Sebuah lagi judul alihan yang dihasilkan untuk konsol Xbox 360 dikeluarkan pada 28 Ogos, 2008, dan mempamerkan rakaman suara penuh buat watak-wataknya (mengecualikan watak utamanya, Tomoya).[16] Versi Xbox 360 menggunakan Xbox Live untuk mengedarkan fail-fail suara daripada CD Drama Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over yang juga dikeluarkan oleh Prototype.[16] Keluaran edisi terhad untuk kedua-dua versi Xbox 360 dan PSP disertakan bersama-sama sebuah edisi digest siri CD Drama yang dikeluarkan oleh Prototype, mengandungi lima buah cerita yang berasingan dalam setiap satu; CD yang disertakan dengan keluaran PSP adalah berbeza daripada CD yang disertakan dengan versi Xbox 360.[16][13]
Adaptasi
suntingPublikasi dan buku-buku
suntingSebuah buku bersaiz majalah dengan tiga puluh sembilan jumlah halaman yang digelar pre-Clannad diterbitkan oleh Softbank Creative pada 15 April, 2004. Buku tersebut mengandungi imej-imej daripada novel visual, dan penerangan singkat terhadap watak-wataknya, termasuklah lakaran-lakaran dan lukisan konsep. Sebuah buku peminat visual dengan 160 buah halaman diterbitkan oleh Enterbrain pada 12 Oktober, 2004 yang mengandungi penerangan kisah Clannad Grafik komputer, buku muzik untuk tema-tema pembuka dan penutupnya, dan adegan temu ramah bersama-sama para penerbit. Di penghujung buku tersebut terdapat ilustrasi asal akan watak-watak Clannad daripada beberapa pelukis yang lain, selain daripada tiga buah bab tambahan daripada Official Another Story serta lakaran-lakaran penerbitan.
Sebuah set yang mengandungi empat belas cerita-cerita pendek berilustrasi yang ditambahkan ke dalam arkib kisah Clannad disirikan dalam isu majalah bishōjo Jepun iaitu Dengeki G's Magazine terbitan ASCII Media Works, di antara 30 Julai, 2004 dan 30 Ogos, 2005. Tiga belas bab-bab biasa, termasuklah bab tambahan disirikan dan judul utama kepada koleksi tersebut ialah Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over (Official Another Story Clannad 光見守る坂道で , Official Another Story Clannad: Hikari Mimamoru Sakamichi de). Set tambahan ini ditulis oleh kakitangan senario Key dan setiap kisanya didampingi ilustrasi-ilustrasi oleh pelukis Jepun iaitu GotoP. Dua buah cerita lain pula disertakan apabila mereka disatukan sebagai sebuah jilid tebal yang dijual pada 25 November, 2005, mengandungi 103 buah halaman. Koleksi cerita pendek ini kemudiannya dikeluarkan semula menerusi telefon bimbit iaitu SoftBank 3G dan FOMA hasil ciptaan Prototype menerusi Visual Art's Motto mulai bulan Januari 2008.[17] Sebuah bab dikeluarkan secara mingguan dengan penjualan SoftBank 3G iaitu tiga minggu dibelakang versi FOMA, dan sebuah versi untuk telefon bimbit au dikeluarkan pada musim panas 2008.[18]
Drama CD
suntingTerdapat dua buah set berbeza terhadap Drama CD Clannad yang berdasarkan sirinya. Set pertama, hasil ciptaan Frontier Works, mengandungi lima buah CD yang bertumpu kepada watak-watak heroin yang berbeza dalam kisah Clannad, daripada watak Nagisa, hingga ke Kotomi, FUko, Kyou dan seterusnya Tomoyo. Jilid yang pertama dikeluarkan di Jepun pada 25 April, 2007 sebagai sebuah edisi terhad dengan sebuah klip tambahan disertakan. Jilid kedua hingga kelima dikeluarkan setiap satu setiap bulan daripada 25 Mei, 2007 hingga 24 Ogos, 2007.[19] Set yang kedua, hasil ciptaan Prototype, mengadungi empat buah CD; yang pertama dikeluarkan pada 25 Julai, 2007. Jilid-jilid kedua hingga keempat dikeluarkan setiap sebulan setelah yang pertamanya dikeluarkan, di mana jilid terakhirnya siap diterbit pada 24 Oktober, 2007.[20] Setiap satu CD adalah berdasarkan kisah daripada koleksi Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over. Pelukisnya iaitu GotoP, yang menghasilkan ilustrasi buat cerita-certia pendeknya, turut menghasilkan bahan ilustrasi untuk kulit hadapan CD Dramanya.[20]
Filem
suntingToei Animation (syarikat animasi yang mencipta anime asal Kanon dan filem Air) mengumumkan di Tokyo Anime Fair pada 23 Mac, 2006, bahawasanya sebuah filem animasi akan dihasilkan.[21][22] Filem Clannad ini dikeluarkan pada 15 September 2007, di bawah arahan pengarah yang sama kepada filem Air, iaitu Osamu Dezaki.[23] Filem tersebut merupakan sebuah penterjemahan cerita semula terhadap plot Clannad yang bertumpu kepada babak-babak watak perempuannya yang utama iaitu Nagisa Furukawa. Filem tersebut dikeluarkan untuk keluaran DVD dalam tiga buah edisi: edisi Collector's Edition, Edisi Terhad serta Edisi Biasa pada 7 Mac, 2008.[24]
Anime
suntingPada 15 Mac, 2007, stesen televisyen Jepun iaitu BS-i mengumumkan bahasa sebuah siri anime Clannad akan ditayangkan menerusi sebuah treler teaser sepanjang 30 saat, yang ditayangkan sejurus selepas tamatnya episod terakhir siri anime Kanon yang baru.[25] Clannad dihasilkan oleh Kyoto Animation dan diarahkan oleh Tatsuya Ishihara, yang turut mengarahkan adaptasi lain dalam novel-novel visual Key seperti Air dan Kanon. Siri anime ini disiarkan daripada 4 Oktober, 2007 hingga 27 Mac, 2008, mengandungi dua puluh tiga buah episod daripada dua puluh empat yang dirancangkan;[26] jam siarannya mula-mula sekali diumumkan pada 11 Ogos, 2007 di festival Anime Fiesta TBS, juga sewaktu episod pertamanya diperlihatkan. Episod terkahir dikeluarkan sebagai sebuah OVA dalam kompilasi DVD kelapan pada 16 Julai, 2008 dan mengambil tempat disebuah alam berbeza daripada siri anime asalnya, di mana Tomoya dan Tomoyo sedang berpacaran.
Sebuah siri anime musim kedua mula-mula diumumkan dalam isu Mei 2008 Dengeki G's Magazine berjudul Clannad After Story. Siri ini dianimasi oleh Kyoto Animation, menggambarkan kejadian yang mengambil tempat dalam babak After Story daripada novel visual asalnya, yang juga merupakan sambungan kepada cerita Nagisa, dalam dua puluh empat episod. Kakitangan serta pelakon suara latar yang sama digunakan untuk siri keduanya yang telah mula ditayangkan di Jepun mulai 3 Oktober, 2008.[27][28]
Tema pembuka bagi musim pertama ialah "'Mag Mell' ~cuckool mix 2007~" oleh Eufonius, sebuah versi remix kepada lagu "'Mag Mell' -cockool mix-", yang terdapat pada cakera ketiga dalam soundtrack permainan videonya, yang turut merupakan versi remix kepada tema pembuka permainan videonya iaitu "Mag Mell" (メグメル , Megu Meru). Tema penutup bagi musim pertamanya ialah "Sebuah Keluarga Besar Dango" (だんご大家族 , Dango Daikazoku) oleh Chata. Nadanya adalah serupa dengan "Sebuah Tapak Tangan Kecil" (小さなてのひら , Chiisana Tenohira), iaitu tema penutup bagi babak After Story dalam permainan videonya. Tema pembuka musim keduanya ialah "Sebuah Lagu untuk Membazirkan Masa" (時を刻む唄 , Toki o Kizamu Uta) yang menggunakan nada yang serupa kepada muzik latar trak yang berjudul "Kepada Tahap yang Serupa" (同じ高みへ , Onaji Takami e). Tema penutupnya ialah "Torch", dan kedua-dua temanya dinyanyikan oleh Lia.
Siaran radio Internet
suntingSebuah siaran radio Internet untuk mempromosikan siri anime Clannad bergelar Nagisa to Sanae no Omae ni Rainbow (渚と早苗のおまえにレインボー ) ditayangkan daripada 5 Oktober, 2007 hingga 3 Oktober, 2008, mengandungi lima puluh dua buah episod.[29] Siaran Internet ini dihasilkan oleh Onsen dan Animate TV, mempamerkan Mai Nakahara sebagai hos yang juga menyumbangkan suara untuk watak Nagisa Furukawa dalam siri anime, disamping Kikuko Inoue, yang menyumbangkan suara Sanae Furukawa, dan dapat ditonton secara online setiap Jumaat.[29] Beberapa pelakon suara latar daripada adaptasi anime siri ini muncul dalam siaran tersebut sebagai para jemputan termasuklah Ryō Hirohashi (sebagai Kyou), Atsuko Enomoto (sebagai Yukine), Akemi Kanda (sebagai Ryou), Yuichi Nakamura (sebagai Tomoya), dan Daisuke Sakaguchi (sebagai Youhei). Sebuah CD kompilasi yang mengandungi siaran tiga belas yang pertama siri ini dihasilkan pada 18 Jun, 2008.[30] Kompilasi CD kedua mengandungi episod empat belas hingga dua puluh enam yang diedarkan pada 15 Oktober, 2008, dan kompilasi ketiga CD tersebut juga dikeluarkan pada 19 November, 2008.
Sebuah siaran radio Internet kedua untuk mempromosikan siri anime Clannad After Story yang bergelar Nagisa to Sanae to Akio no Omae ni Hyper Rainbow (渚と早苗と秋生のおまえにハイパーレインボー ) ditayangkan daripada 10 Oktober, 2008 hingga 10 April, 2009, mengandungi dua puluh enam buah episod. Siaran ini juga turut dihasilkan oleh Onsen dan Animate TV, dan dipaparkan secara online setiap hari Jumaat.[29] Siri ini mempamerkan tiga orang hos iaitu kedua-dua hos asalnya disamping Ryōtarō Okiayu yang memainkan watak Akio Furukawa dalam siri animenya.
Muzik
suntingNovel visual asalnya memiliki empat buah lagu tema, iaitu tema pembuka {{Nihongo|"Mag Mell"|メグメル|Megu Meru}, tema penutup utama "-Dua Bayangan-" (-影二つ- , -Kage Futatsu-), lagu selitan "Ana", dan tema penutup dan terdapat dallam babak After Story iaitu "Tapak Tangan Kecil" (小さなてのひら , Chiisana Tenohira). Kedua-dua tema pembuka dan penutup dinyanyikan oleh Riya daripada Eufonius, dan lagu selitan nyanyian Lia daripada I've Sound. Enam daripada watak-wataknya mempunyai lagu tema muzik latar belakang; kelima-lima heroin, termasuklah Yukine Miyazawa. Tema Nagisa bertajuk "Nagisa" (渚 ); tema Kyou ialah "Ianya Seperti Angin" (それは風のように , Sore wa Kaze no Yōni); tema Kotomi ialah "Étude Pour les Petites Supercordes"; tema Tomoyo ialah "Keazamannya" (彼女の本気 , Kanojo no Honki); tema Fuko ialah "Cepat, Tapak Sulaiman" (は~りぃすたーふぃしゅ , Ha~rī Sutāfisshu); akhir sekali, tema Yukine ialah "Parti Teh dalam Bilik Rujukan" (資料室のお茶会 , Shiryōshitsu no Ochakai).
Album muzik pertama merupakan album vokal imej berjudul Sorakado yang dikeluarkan pada bulan Disember 2003, mempamerkan lagu-lagu naynyian Riya.[31] Album seterusnya, Mabinogi, disertakan bersama-sama keluaran asal Clannad pada bulan April 2004. Runut bunyi judulnya dikeluarkan pada bulan Ogos 2004 yang mengandungi tiga buah cakera dengan tiga puluh enam lagu-lagu berbeza disertakan dengan versi remix daripada lagu-lagu latar belakang termasuklah versi singkat, instrumental dan remix kepada lagu-lagu temanya.[31] Album vokal imej kedua dikeluarkan pada bulan Disember 2004 bergelar Sorarado Append; lagu-lagunya dinyanyikan juga oleh Riya.[31] Sebuah album remix berjudul Momento turut dikeluarkan pada bulan Dissember 2005 bergelar Piano no Mori yang mengandungi lima buah lagu daripada Clannad dan lima daripada Tomoyo After: It's a Wonderful Life.[31] Setiap satu album yang dikeluarkan untuk versi novel visual turut dikeluarkan pada label rekod Key iaitu Key Sounds Label.[31]
Sebuah maxi single oleh Eufonius dikeluarkan pada bulan Julai 2007 untuk filem Clannad berjudul "Mag Mell ~frequency⇒e Ver.~". Single tersebut memiliki sebuah versi remix kepada tema pembuka permainan videonya, dan versi instrumental remix tersebut, disamping sebuah lagu asli. Sebuah album imej berjudul Yakusoku dikeluarkan pada bulan Ogos 2007 mempamerkan sebuah lagu nyanyian Lia, sebuah versi instrumental lagu tersebut, berserta dia buah lagu latar belakang yang digunakan dalam filem itu. Runut bunyi asli filem Clannad dikeluarkan pada bulan November 2007.[32] Album yang dikeluarkan untuk filemnya dihasilkan oleh Frontier Works. Sebuah single dikeluarkan pada bulan Oktober 2007 untuk siri anime pertamanya berjudul "Mag Mell / Dango Daikazoku" yang mengandungi kedua-dua tema pembuka dan penutup kepada animenya dalam ketiga-tiga versi asal, singkat, dan instrumental disamping versi remix kepada "The Girl's Fantasy" (少女の幻想 , Shōjo no Gensō), sebuah lagu yang disertakan dalam Sorarado nyanyian Riya.[31] Sebuah single untuk musim kedua siri animenya dikeluarkan pada bulan November 2008 bergelar "Toki o Kizamu Uta / Torch", dan mengandungi tema pembukaan dan penutup nyanyian Lia untuk siri animenya yang kedua.[31] Sebuah album remix yang mengandungi versi susunan piano kedua-dua tema pembuka dan penutup siri anime keduanya dikeluarkan pada bulan Disember 2008 bergelar "Toki o Kizamu Uta / Torch" Piano Arrange Disc.[33] Kedua-dua single siri animenya termasuklah sebuah album dikeluarkan untuk Key Sounds Label.[31]
Penerimaan
suntingPenerimaan kritikal
suntingDalam isu bulan Oktober 2007 majalah Dengeki G's Magazine, keputusan bancian lima puluh permainan video bishoujo telah diumumkan. Daripada 249 buah judul, Clannad berkedudukan pertama dengan 114 buah undian; tempat kedua dimenangi oleh Fate/stay night dengan 78 buah undian.[34] Keluaran PlayStation 2 pada bulan 2006 telah diulas oleh majalah permainan video Jepun Famitsu, yang memberi kadaran 26/40 secara keseluruhan (daripada kadaran-kadaran iaitu 7, 7, 6, dan 6).[35]
Siri animenya telah disanjung secara kritikal. Meskipun musim pertamanya iaitu Clannad menerima ulasan yang bervariasi daripada positif hingga berkecuali, musim keduanya, Clannad After Story telah menerima sanjungan kritikal yang sejagat. Laman web THEM Anime Reviews memberi judulnya kadaran keseluruhan iaitu 4 daripada 5 bintang, di mana pengulasnya Tim Jones menjelaskan musim pertama sebagai "adaptasi Key sebenar yang paling mendalam setakat ini,"[36] dan pengulas Stig Høgset menyatakan bahawa musim keduanya, After Story, "akan memainkan tragedi-tragedi dan dramanya pada kadar yang banyak, sambil menggamit emosi anda pada waktu yang sama. Inilah waktu di mana masa akan pantas berganti, memberikan ceritanya sebuah penekanan pada sektor emosinya."[37] Theron Martin daripada Anime News Network memberi musim pertamanya sebuah kadarang 'B+', memberi kritikan kepada penggunaan elemen Moe yang berpanjangan, namun menganggapnya sesuatu yang menarik kepada "peminat setia yang berminat kepadanya."[38] Ulasannya untuk musim kedua iaitu After Story adalah lebih positif, memberinya kadaran 'A-'. Dia memujinya sebagai "bahagian Clannad yang paling baik ditulis," menambah dengan menyatakan ceritanya "telah secara berkesannya membina plot dan menonjol dari segi tarikan emosi, sambil mengukuhkan tema utama sirinya (misalnya, kepentingan keluarga), dan akhirnya menjadi daya menarik secara visual," kemudian memberi komen penamatnya iaitu "hanya mereka yang berjiwa sinis sahaja yang akan mengelakkan daripada menitiskan air mata pada sesetengah babak."[39] Pada laman web DVD Talk, pengulas Todd Douglass Jr. memberi Clannad After Story sebuah kadaran Highly Recommended, menyatakan bahawa pembawaan kisah "varisi emosi yang dipamerkan Clannad amatlah menawan hati. Kisahnya menarik, comel, kelakar, bermisteri dan tragik pada waktu yang sama. Hanya beberapa cerita sahaja yang dapat diingati, dan hanya sedikit sahaja yang mampu diingati selama ini." Dia memberi komen penutup dengan mengatakan bahawa penceritaannya "ikhlas dan jujur" dan "akan sentiasi diingati dalam pelbagai aspek," disamping "hanya beberapa kisah terpilih sahaja yang berada pada tahap ini."[40]
Jualan
suntingEdisi PC terhad Clannad telah muncul dua kali sejak keluarannya dalam tangga kedudukan judul-judul permainan video bishōjo yang terjual pada tahap nasional.[41] Dua minggu pertama bulan Jun 2004 telah berlangsung kedudukan akhir untuk keluaran asalnya iaitu 40 daripada 50.[42] Edisi keluaran PC biasa Clannad telah muncul pada tempat ke-26 dalam tangga kedudukan.[43] Kedua-dua kedudukan seterusnya untuk edisi biasa ini adalah pada 37 dan 41.[44] Clannad Full Voice mendapat tempat ke-3 tiga kali berturut-turut dari segi penjualan permainan video PC tertinggi pada tahap nasional di Jepun, mengaut keuntungan pada kedudukan 7, 20 dan 40 di antara bulan Februari dan April 2008.[45]
Kedua-dua musim anime termasuklah DVD filemnya telah menunjukkan kadaran penjulan tinggi yang konsisten. DVD edisi terhad anime pertamanya menduduki tempat ketiga untuk minggu di antara 19 Disember dan 25 Disember, 2007.[46] Edisi DVD terhad kedua hingga kelima telah menduduki tempat pertama dalam minggu pertama penjulan,[47][48][49][50] manakala edisi DVD terhad keenam telah menduduki tempat keempat dalam minggu di antara 21 Mei dan 27 Mei, 2008.[51] Edisi DVD terhap ketujuh dan kelapan masing-masing berkedudukan pertama dalam minggu penjualan pertama.[52][53] Edisi DVD terhad ketiga menduduki tempat keenam untuk DVD anime paling banyak dijual di antara bulan Disember 2007 dan November 2007.[54] Sebuah set kotak Cakera Blu-ray Clannad berkedudukan ketiga di antara minggu 26 April dan 2 Mei, 2010,[55] dan berkedudukan ke-13 untuk kali kedua dalam minggu seterusnya.[56] Edisi khas DVD filem pertama kalinya berkedudukan ke-3 dalam minggu pertama penjualannya, kemudian jatuh ke tangga ke-10 pada minggu seterusnya.[57][58]
Edisi terhad DVD pertama Clannad After Story mendapat kedudukan kedua pada minggu pertama penjualannya, sebanyak 17,521 buah unit dijual.[59] Edisi terhad DVD Clannad After Story yang kedua hingga keempat berkedudukan pertama pada musim pertama penjualannya, setiap satu dijual sebanyak 16,000 buah unit.[60][61][62] DVD edisi terhap kelima hingga ketujuh Clannad After Story berkedudukan pertama dalam minggu pertama penjulannya, setiap satunya dijual sebanyak 14,000 buah unit.[63][64][65] Edisi terhad DVD kelapan Clannad After Story berkedudukan kedua dalam minggu pertama penjualannya, dengan 19,800 buah unit terjual.[66] Edisi terhad DVD keenam berada di tangga kedudukan sekali lagi pada minggu di antara 11 Mei dan 17 Mei, 2009, pada nombor ketiga untuk DVD anime.[67] Edisi terhad DVD ketujuh berada di tangga kedudukan sekali lagi pada minggu di antara 8 Jun dan 14 Jun, 2009, pada nombor keenam untuk DVD anime.[68] Edisi terhad DVD kelapan berada di tangga kedudukan sekali lagi pada minggu di antara 8 Julai dan 12 Julai, 2009, pada nombor kelima untuk DVD anime.[69]
Warisan
suntingGamania Entertainment telah mewujudkan sebuah aktiviti kerjasama dengan Clannad dan dua buah MMOG (massively multiplayer online game) milik mereka iaitu Hiten Online dan Holy Beast Online.[70] Di antara 26 Mac dan 26 Jun, 2008, kedua-dua buah judul permainan video ini menawarkan pakaian kostum yang boleh digunakan watak-watak yang kelihatan serupa dengan pakaian seragam sekolah musim sejuk Clannad, disamping menawarkan haiwan peliharaan Kyou untuk dipelihara oleh para pemain.[71] Selain itu, para pemain dalam mana-mana daripada kedua-dua permainan video tersebut yang mempunyai watak melebihi aras dua puluh boleh memasuki sebuah cabutan bertuah di mana lima ratus orang akan dipilih untuk memnangi barangan berkaitan Clannad termasuklah barangan dunia virtual seperti folder fail, kad-kad "netcash", tuala sukan, dan barangan-barangan lain yang boleh digunakan dalam permainan.[72]
ASCII Media Works dan Vridge menghsilkan novel visual PlayStation 2 berjudul Nogizaka Haruka no Himitsu: Cosplay Hajimemashita (乃木坂春香の秘密 こすぷれ、はじめました♥ , secara literal Rahsia Haruka Nogizaka: Cosplay Telah Bermula) berdasarkan sri novel ringan Nogizaka Haruka no Himitsu. Dikeluarkan pada bulan September 2008, judulnya mempamerkan watak-watak daripada sirinya melakukan cosplay dalam beberapa buah kostum sama ada menjadi tiga daripada heroin utama Clannad ataupun watak-watak daripada lima buah siri novel ringan terbitan ASCII Media Works. Haruka Nogizaka boleh berubah menjadi Kotomi Ichinose, Mika Nogizaka sebagai Nagisa Furukawa (namun dengan rambut panjang), dan Shina Amamiya sebagai Tomoyo Sakagami.[73] Para pemain juga boleh melihat CG eksklusif dalam permainan videonya jika salah satu daripada gadis tersebut dibawa berjalan-jalan di beberapa kawasan berbeza sambil berpakaian sebagai salah satu daripada watak dalam lima siri novel ringan yang disebutkan, ataupun sebagai heroin Clannad. Apabila sedang melakukan cosplay, suara gadis yang asal tersebut berubah kepada pelakon suara latar watak asalnya; misalnya, jika Shiina melakukan cosplay sebagai Tomoyo, dia akan dialihkan suara oleh pelakon suara latar Tomoyo iaitu Hōko Kuwashima.[74]
Rujukan
sunting- ^ a b pre-Clannad (dalam bahasa Jepun). SoftBank Creative. 15 April 2004. ISBN 4-7973-2723-5. Check date values in:
|date=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b Key. Clannad (PC). Visual Art's.
- ^ ""Cheats" untuk Clannad dalam PlayStation 2". GameSpot. Dicapai pada 2008-05-17.
- ^ Yūto Tonokawa (2008-06-26). "Jurnal Perkembangan Little Busters EX" (dalam bahasa Jepun). Key. Dicapai pada 2008-08-16.
- ^ "Lokasi di dunia sebenar yang berkaitan dengan Kanon, Air, dan juga Clannad" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-10. Dicapai pada 2008-09-13.
- ^ "Air Maklumat kakitangan Air" (dalam bahasa Jepun).
- ^ a b c d "Maklumat kakitangan Clannad" (dalam bahasa Jepun). ErogameScape.
- ^ a b c "Laman web rasmi novel visual Clannad" (dalam bahasa Jepun). Key.
- ^ a b "Laman web rasmi Clannad versi PlayStation 2". Interchannel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-25. Dicapai pada 2008-10-13.
- ^ "Halaman blog Key yang rasmi tentang pengalihan Clannad untuk telefon bimbit" (dalam bahasa Jepun). Key. 25 Januari, 2008. Dicapai pada 2008-01-25. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b "Maklumat tentang edisi Clannad Full Voice" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-13. Dicapai pada 2008-10-13.
- ^ "Pembetulan dalam isu Januari 2008 kepada Visualstyle yang melaporkan salinan salah tentang versi Clannad Full Voice" (dalam bahasa Jepun). Visual Art's. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-18. Dicapai pada 2008-10-13.
- ^ a b "Laman web rasmi untuk keluaran Clannad versi PSP" (dalam bahasa Jepun). Prototype.
- ^ "Maklumat keluaran judul Clannad versi PSP" (dalam bahasa Jepun). Rakuten.
- ^ "Sambungan kepada Kanon dan Air, sebuah novel visual menyentuh perasaan iaitu Clannad akan dipasarkan untuk PSP!" (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. 7 Mac, 2008. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c "Laman web rasmi Xbox 360 untuk judul Clannad" (dalam bahasa Jepun). Prototype.
- ^ "Berita rasmi di blog Key tentang pengeluaran semula koleksi cerita pendek menerusi telefon bimbit" (dalam bahasa Jepun). Key. 25 Januari, 2008. Dicapai pada 2008-01-25. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Maklumat tentang Novel telefon bombit Clannad berjudul On the Hillside Path that Light Watches Over!" (dalam bahasa Jepun). Key. 12 Mac, 2008. Dicapai pada 2008-03-12. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "CD Drama Clannad penerbitan Frontier Works" (dalam bahasa Jepun). Animate. Dicapai pada 2007-03-16.
- ^ a b "Laman web rasmi CD Drama Clannad oleh Prototype" (dalam bahasa Jepun). Prototype. Dicapai pada 2007-07-29.
- ^ "Tokyo Anime Fair: Kanon Baru + Filem". Anime News Network. 25 Mac, 2006. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Toei mengumumkan sebuah filem Clannad" (dalam bahasa Jepun). Aniradi Network.
- ^ "Laman web rasmi Clannad". Toei Animationlanguage= Jepun.
- ^ "Maklumat DVD pada laman web rasmi filem Clannad" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation.
- ^ "Laman web rasmi BS-i untuk anime Clannad" (dalam bahasa Jepun). BS-i.
- ^ "Berita anime Clannad di laman web Clannad rasmi" (dalam bahasa Jepun). Kyoto Animation.
- ^ "Clannad After Story Sambungan kepada musim pertama diumumkan". Anime News Network. 27 Mac, 2008. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Siri anime Kuroshitsuji dipastikan untuk ditayangkan". Anime News Network. 2008-07-11. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ a b c "First Clannad radio show official website" (dalam bahasa Japanese). Animate. Dicapai pada 2008-10-17.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "The Popular Clannad and Others' Radio CDs One After Another to Release!" (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. 2008-05-15. Dicapai pada 2008-05-18.
- ^ a b c d e f g h "Diskografi Key Sounds Label" (dalam bahasa Jepun). Key Sounds Label. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-18. Dicapai pada 25 April, 2008. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Senarai Clannad Film Soundtrack" (dalam bahasa Jepun). Amazon.co.jp. Dicapai pada 6 Jun, 2009. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ ""Toki o Kizamu Uta / Torch" Piano Arrange Disc album listing". VGMdb. Dicapai pada June 6, 2009.
- ^ "Lima puluh judul-judul permainan video bishoujo Dengeki G's Magazine terbaik" (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 3 Jun, 2009. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Anoop Gantayat (1 Mac, 2006). "Kini Ditayangkan di Jepun". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-04. Dicapai pada 10 November 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ Tim Jones. "Clannad". THEM Anime Reviews. Dicapai pada 19 Januari, 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Stig Høgset. "Clannad ~After Story~". THEM Anime Reviews. Dicapai pada F2 Februari, 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Theron Martin (19 Jun, 2009). "Review: Clannad Sub.DVD - Collection 2". Anime News Network. Dicapai pada 13 Februari, 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ Theron Martin (16 Disember, 2009). "Ulasan: Clannad After Story Sub.DVD 2 - Koleksi 2". Anime News Network. Dicapai pada 19 Januari, 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ Todd Douglass Jr. (8 Disember, 2009). "Clannad: After Story - Koleksi 2". DVD Talk. Dicapai pada 19 Januari, 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Kedudukan permainan video bishōjo oleh PC News; Clannad pada tempat 1 dan 46" (dalam bahasa Jepun). Peakspub. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-12-27. Dicapai pada 13 Mac, 2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Kedudukan permainan video bishōjo oleh PC News; Clannad mendapat tempat ke-40" (dalam bahasa Jepun). Peakspub. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-08-10. Dicapai pada 13 Mac, 2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Kedudukan permainan video bishōjo oleh PC News; Clannad mendapat tempat ke-16" (dalam bahasa Jepun). Peakspub. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-12-27. Dicapai pada 13 Mac, 2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Kedudukan permainan video bishōjo oleh PC News; Clannad mendapat tempat ke-37 dan ke-41" (dalam bahasa Jepun). Peakspub. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-12-27. Dicapai pada 13 Mac, 2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Kedudukan penjualan isu belakang PCpress" (dalam bahasa Jepun). PCpress. Dicapai pada 17 Julai, 2008. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 19-25 Disember". Anime News Network. 27 Disember, 2007. Dicapai pada 12 April, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 16-22 Januari". Anime News Network. 27 Januari, 2008. Dicapai pada 12 April, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 20-26 Februari". Anime News Network. 29 Februari, 2008. Dicapai pada 12 April, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 19 - 25 Mac". Anime News Network. 11 April, 2008. Dicapai pada 12 April, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 16 - 22 April". Anime News Network. 26 April, 2008. Dicapai pada 27 April, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 21 - 27 Mei". Anime News Network. 1 Jun, 2008. Dicapai pada 2 Jun, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 18 - 25 Jun". Anime News Network. 30 Jun, 2008. Dicapai pada 14 Julai, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 17 - 23 Julai". Anime News Network. 29 Julai, 2008. Dicapai pada 29 Julai, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Amazon Japan Menunjukkan 10 Jualan DVD, CD, Permainan Tertinggi". Anime News Network. 3 Disember, 2008. Dicapai pada 3 Disember, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japan's Animation Blu-ray Disc Ranking, 26 April - 2 Mei". Anime News Network. 9 Mei, 2010. Dicapai pada 9 Mei, 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japan's Animation Blu-ray Disc Ranking, 3 - 9 Mei". Anime News Network. 13 Mei, 2010. Dicapai pada 14 Mei, 2010. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 5 - 11 Mac". Anime News Network. 16 Mac, 2008. Dicapai pada 12 April, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 12 - 18 Mac". Anime News Network. 20 Mac, 2008. Dicapai pada 12 April, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, Disember 3-9". Anime News Network. 9 Disember, 2008. Dicapai pada 9 Disember, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, Januari 6–12". Anime News Network. 13 Januari, 2009. Dicapai pada 13 Januari, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, Februari 3–9". Anime News Network. 10 Februari, 2009. Dicapai pada [10 Februari]], 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, Mac 3–9". Anime News Network. 10 Mac, 2009. Dicapai pada 10 Mac, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 31 Mac - 6 April". Anime News Network. 7 April, 2009. Dicapai pada 8 April, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 4-10 Mei". Anime News Network. 12 Mei, 2009. Dicapai pada 13 Mei, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 1-7 Jun". Anime News Network. 10 Jun, 2009. Dicapai pada 10 Jun, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 29 Jun - 5 Julai". Anime News Network. 7 Julai, 2009. Dicapai pada 7 Julai, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 11 - 17 Mei". Anime News Network. 19 Mei, 2009. Dicapai pada 20 Mei, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 8 - 14 Jun". Anime News Network. 16 Jun, 2009. Dicapai pada 17 Jun, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Japanese Animation DVD Ranking, 6 - 12 Julai". Anime News Network. 14 Julai, 2009. Dicapai pada 15 Julai, 2009. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Clannad Bekerjasama dengan MMORPG Hiten dan Holy Beast". Anime News Network. 27 Mac, 2008. Dicapai pada 27 Mac, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Rancangan Kerjasama Gamania × Clannad, Pakaiam Seragam Sekolah akan Muncul dalam Hiten Online dan Holy Beast" (dalam bahasa Jepun). 4gamer.net. 26 Mac, 2008. Dicapai pada 27 Mac, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Maklumt tentang projek kerjasama Clannad" (dalam bahasa Jepun). Gamania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-31. Dicapai pada 27 Mac, 2008. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Kostum Other Works Muncul Dalam Nogizaka Haruka no Himitsu! Kostum Kotomi's Juga Boleh Digunakan" (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. 2 September, 2008. Dicapai pada 18 September, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Nogizaka Haruka no Himitsu—Cosplaying up Clannad's Long Steep Slope" (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. 11 September, 2008. Dicapai pada 18 September, 2008. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan)
Pautan luar
sunting- (Jepun) Laman web Key untuk judul Clannad rasmi
- (Jepun) Laman web filem Clannad rasmi
- (Jepun) Laman web anime Clannad rasmi
- (Jepun) Laman web anime Clannad After Story rasmi
- (Inggeris) Clannad (anime) di Ensiklopedia Anime News Network