Novel visual
Novel visual (ビジュアルノベル , bijuaru noberu, Jawi: نوۏيل ۏيسوال ) merupakan sejenis permainan video cereka interaktif yang terdiri daripada beberapa gambar-gambar grafik statik, seringkali berkait rapat dengan seni seakan anime. Novel visual sebenarnya berupa novel bercampur media. Permainan video dalam genre ini dirujuk juga sebagai sim temu janji (dating sim) di Barat, disebabkan novel visual dikelaskan sebagai sub-genre kepada permainan video pengembaraan (adventure games) dan bukan permainan video simulasi (simulation games). Ini telah mengakibatkan kekeliruan dengan genre lain yang dikenali sebagai sim temu janji yang berkongsi format yang hampir sama dengan novel-novel visual, namun corak permainannya berdasarkan statistik.
Sebahagian daripada siri Sim temu janji dan novel-novel visual |
---|
Pengedaran |
AnimePlay |
Dojin soft |
Genre |
Sim temu janji |
Eroge |
Novel visual |
Sasaran jantina |
Bishōjo (permainan video) |
Otome (permainan video) |
Dalam budaya Jepun, suatu kelainan sering dibuat antara novel visual benar (singkatannya 'NVL') dan permainan video pengembaraan (singkatannya 'AVG' atau 'ADV'): kelainan utamanya terletak pada unsur persembahan teks-teks sesuatu judul itu yang melapisi imej-imej dalam novel visual, dan dilindungi sebuah kotak di bahagian bawah skrin. Kelainan ini selalunya tidak diikuti dalam permainan Inggeris yang mana permainan video pengembaraan ialah genre yang jauh berlainan.
Novel-novel visual dan ADV mempunyai keterkenalan yang luas terutamanya di Jepun di mana hampir 70% permainan komputer tergolong dalam genre ini. Judul-judul yang dikeluarkan jarang mendapat keluaran untuk sistem konsol tetapi judul-judul yang lebih terkenal seringkali mendapat kedudukan di konsol seperti Sega Dreamcast atau PlayStation 2. Pasaran untuk judul-judul novel visual tidak mendapat sambutan di luar Jepun.
Kaedah Permainan
suntingNovel visual berbeza daripada genre-genre lain oleh kaedah permainannya yang singkat. Secara lazimnya para pemain hanya akan menekan butang pada tetikus mereka sembil membaca dialog ataupun teks-teks yang terpapar di skrin komputer, ataupun melihat bahan grafik latar belakang ataupun perubahan muzik dan bunyinya.
Kebanyakan novel visual mempunyai beberapa jalan cerita dan beberapa pengakhiran; ini adalah ditentukan para pemain sendiri apabila mereka diberi pilihan untuk menentukan arah jalan cerita tersebut. Jenis permainan sebegini pernah dibandingkan dengan buku-buku pengembaraan yang mana pembaca menentukan pilihan untuk menggerakkan jalan cerita buku tersebut. Kebanyakan peminat menikmati kaedah permainan seperti ini atas sebab teknik penceritaan yang menarik walaupun faktor ini selalu dikritik.
Sesetengah novel visual bukan setakat "mengklik butang tetikus" sahaja, tetapi merangkumi aspek interaksi yang berbeza, contohnya seperti Symphonic Rain yang mana para pemain diminta untuk memainkan sejenis alat muzik dan mendapat markah yang baik untuk meneruskan permainan. Aktiviti sebegini selalunya berhubung dengan pakatan jalan cerita permainan komputer tersebut, dan perlu dilakukan demi meneruskan permainan.
Sesetengah judul pendek tidak mempunyai perhentian pilihan sama sekali. Kebanyakan judul dalam kes ini tergolong daripada ciptaan peminat. Permainan komputer novel ciptaan peminat sebenarnya agak terkenal; terdapat beberapa enjin-enjin permainan video dan alat pembinaan khas untuk ciptaan yang lebih mudah, antaranya NScripter, KiriKiri dan Ren'Py[1].
Kebanyakan novel-novel visual menggunakan pelakon-pelakon suara latar untuk melakonkan watak-watak dalam permainan komputer mereka. Kadangkala watak protagonis tidak bersuara walaupun watak-watak lain mempunyai alihan suara.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- (Inggeris) VisualNews - Sumber berita tentang terjemahan novel-novel visual
- (Inggeris) Visual-Novels.net - Laman sesawang tentang keluaran novel-novel visual terbaru di Jepun
- (Inggeris) Terjemahan peminat-peminat novel visual[pautan mati kekal]