9 Disember
tarikh
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
9 Disember merupakan hari ke-343 (hari ke-344 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 22 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting- 1897 - Pelakon pentas, wartawan dan pejuang hak mengundi untuk wanita terkenal, Marguerite Durand menubuhkan akhbar kewanitaan La Fronde.
- 1905 - Undang-undang mengenai perpisahan antara gereja dan kerajaan di Perancis diterimaguna, dan mencetuskan keingkaran awam oleh Katolik Perancis.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Jerusalem ditawan oleh United Kingdom Great Britain dan Ireland.
- 1941 - MS Awazisan Maru yang karam berdekatan pantai Kelantan di pantai timur Malaysia menjadi kapal Jepun pertama yang karam semasa Perang Dunia Kedua
- 1946 - Perbicaraan bagi doktor yang didakwa terlibat dalam pengujikajian manusia Nazi semasa Perang Dunia Kedua bermula di Nuremberg, Jerman.
- 1958 - Persatuan John Birch ditubuhkan untuk menentang ancaman komunisme yang dirasakan di Amerika Syarikat.
- 1960 - Coronation Street, siri sandiwara lipur lara televisyen yang paling lama di United Kingdom, disiarkan buat pertama kali di ITV.
- 1961 - Tanganyika (gambar bendera) mendapat kemerdekaan daripada Britain (sebelum menjadi sebahagian daripada Tanzania 3 tahun kemudian).
- 1979 - Satu suruhanjaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesahkan pembasmian sejagat penyakit cacar (gambar virus), menjadikannya satu-satunya penyakit berjangkit manusia yang berjaya dibasmi secara menyeluruh.
- 1990 - Lech Wałęsa menjadi Presiden Poland pertama dilantik melalui pilihan raya presiden langsung selepas jatuhnya komunisme di Eropah Timur.
- 2008 - Rusuhan anti-polis (gambar) terjadi di Athens dan beberapa bandar lain di Greece.