Bantuan:AFA/Yunani
![]() | Laman ini merupakan kekunci sebutan transkripsi AFA untuk bahasa Yunani di Wikipedia. Ia mewakili satu set simbol yang mewakili sebutan bahasa Yunani di rencana-rencana Wikipedia, dan contoh-contoh kata yang menggambarkan suara tersebut berpadanan dengan bunyi vokal tersebut. Integriti antara kekunci dan transkripsi yang berpaut di sini perlu dikekalkan; jangan mengubah sebarang simbol atau nilai tanpa mencapai kesepakatan pada laman perbincangan terlebih dahulu. Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi. |
Carta-carta berikut menunjukkan AFA bagi sebutan Yunani Kuno (YK) dan Moden (YM) dalam rencana-rencana Wikipedia. Sebutan Yunani Kuno yang ditunjukkan di sini merupakan rekonstruksi dialek Attika pada abad ke-5 SM. Untuk dialek-dialek Yunani Kuno yang lain, seperti Yunani Doria, Aeolia, atau Koine, sila gunakan |generic=yes
. Untuk panduan menambahkan aksara AFA pada rencana Wikipedia, lihat Templat:AFA dan Wikipedia:Manual gaya penulisan/Sebutan § Memasukkan aksara AFA.
Lihat fonologi Yunani Purba dan fonologi Yunani Moden untuk melihat bunyinya dengan lebih teliti.
|
|
Catatan
sunting- ^ a b Bahasa Yunani kuno ada konsonan bersabdu (geminat), disebut lebih panjang daripada konsonan tunggal, yang boleh dialihtuliskan dengan huruf konsonan berganda ⟨ss⟩ atau simbol panjang ⟨sː⟩. Bahasa Yunani Baku Moden tiada konsonan bersabdu, tetapi beberapa dialek tidak baku mempunyainya.
- ^ a b c d e f g h Dalam bahasa Yunani Moden, ⟨κ; γκ, γγ; γ; χ⟩ dilafazkan dengan menyentuh lelangit [c, ɟ, ʝ, ç] sebelum vokal-vokal depan [e i], dan lelangit lembut [k, ɡ, ɣ, x] dalam kes lain.
- ^ a b c d ⟨ζ⟩ melambangkan gugusan [zd] dalam bahasa Attika Klasik tetapi [z] dalam Yunani Moden. Dalam bahasa Yunani Kuno dan Mmoden, ⟨σ⟩ disebut sebagai [z] bersuara sebelum konsonan bersuara.
- ^ a b c Dalam bahasa Yunani Kuno, diftong sebelum vokal menjadi satu vokal yang diikuti dengan dua semivokal: [jj, ww].
- ^ a b c d Dalam bahasa Yunani Moden, ⟨μπ, ντ, γκ, γγ⟩ disebut sebagai hentian bersuara prasengau [mb, nd, ɲɟ, ŋɡ] atau hentian bersuara tanpa sengau [b, d, ɟ, ɡ].
- ^ a b c Dalam bahasa Yunani Moden, ⟨υ⟩, dalam ⟨αυ ευ ηυ⟩, disebut sebagai [f] sebelum konsonan tidak bersuara atau di akhir perkataan dan [v] dalam kes lain. Dalam Yunani Kuno, ⟨αυ ευ ηυ⟩ adalah diftong [au̯ eu̯ ɛːu̯].
- ^ Nafas kasar ⟨῾⟩ dilambangkan [h] sebelum vokal, dan nafas lancar ⟨᾿⟩ melambangkan ketiadaan [h].
- ^ a b c d e f g h i j Dalam bahasa Yunani Moden, ⟨η, ῃ, ει, ι, οι, υ, υι⟩ semua mewakili [i], tetapi disebut [ɛː, ɛːi̯, eː, ei̯, i(ː) oi̯, y(ː), yi̯] dalam bahasa Yunani Kuno. Vokal-vokal yang banyak menjadi [i] yang satu dipanggil iotasisme.
- ^ a b c d Dalam bahasa Yunani Moden, ⟨ε, αι⟩ melambangkan [e], dan ⟨ο, ω⟩ melambangkan [o]. Dalam Yunani Kuno, ⟨ε, ο⟩ melambangkan [e, o], ⟨ω⟩ melambangkan [ɔː] dan ⟨αι⟩ melambangkan diftong [ai̯].
- ^ Dalam bahasa Yunani kuno dan beberapa dialek ⟨ει⟩ mewakili diftong sebenar [ei̯] tetapi dalam contohnya Yunani Attika, [ei̯] dan [eː] kemudiannya bergabung dengan [eː] maka ⟨ει⟩ ialah diftong palsu, yakni ia sebenarnya melambangkan monoftong [eː].
- ^ Juga ⟨άι⟩ dan kadangkala ⟨άϊ⟩.
- ^ Juga ⟨εϊ⟩ dan kadangkala ⟨έϊ⟩.
- ^ Juga ⟨οϊ⟩ dan kadangkala ⟨όϊ⟩.
- ^ a b c Dalam bahasa Yunani Purba awal, ⟨ᾳ, ῃ, ῳ⟩ adalah diftong, tetapi unsur kedua [i̯] hilang tidak lama selepas zaman Klasik, dan bergabung dengan ⟨ᾱ, η, ω⟩.
- ^ Simbol-simbol yang digunakan di sini untuk aksen nada Yunani Kuno dalam sesetengah kes mesti ditambahkan kepada aksara lain. Letakkan rujukan aksara numerik selepas huruf, tekan "Paparkan pralihat" dan salin aksara dengan aksen yang terhasil. ́ ialah rujukan aksara numerik untuk tanda gabungan nada tinggi, ̌ untuk karon gabungan (nada menaik), ̂ untuk sirkumfleks gabungan (nada jatuh).
Rujukan
sunting- Arvaniti, Amalia (2007). "Greek Phonetics: The State of the Art". Journal of Greek Linguistics. 8 (1): 97–208. doi:10.1075/jgl.8.08arv.