Amy Mastura

Penyanyi dan pelakon Malaysia
(Dilencongkan daripada Amy Mastura binti Suhaimi)

Amy Mastura Suhaimi (lahir 10 Mei 1971)[a] merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak,[1] komposer dan pengacara Malaysia.[2][3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.[4][5]

Amy Mastura
امي مستورة‎
Amy ditemuramah dalam MeleTOP pada 2015.
Kelahiran
Amy Mastura binti Suhaimi

(1971-05-10) 10 Mei 1971 (umur 53)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pelawak, komposer, pengacara, penerbit, model, jurucakap produk
Tahun aktif1989–kini
PasanganAlvin Tham Suffian (k. 2000)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Suhaimi Mohamed Ramli (bapa)
  • Che Pora Din (ibu)
SaudaraMazuin Hamzah (sepupu)
Mazlan Hamzah (sepupu)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Balada, Pop Rock, Jazz, Rege, Pop Alternatif
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pony Canyon
Amy Mastura Entertainment
Sony Music
Pengkarya berkait
Ning Baizura, Glenn Fredly, Ziana Zain, Ella, Anuar Zain, Tommy Page,

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang pesara tentera, beliau cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an. Antara anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, beliau telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan merakamkan sebanyak 93 lagu dan single, jualan album beliau mencecah 5 juta unit.[6]

Pada Mac 2011, Mastura menjadi duta baru Kosé, jenama kosmetik Jepun. Beliau menjadi wanita Melayu pertama menjadi duta Kose.[7]

Kehidupan awal

sunting
 
Amy Mastura membesar di Batu Gajah.

Beliau dilahirkan pada 10 Mei 1971 di Batu Gajah, Perak dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pesara askar, Suhaimi Mohamed Ramli dan beliau mempunyai seorang abang. Ibu beliau, Che Pora Din pernah membintangi filem Puteri Impian 2 memegang watak sebagai ibu saudara watak Puteri Nora. Amy dan abangnya dibesarkan di Ipoh. Sepupunya, Mazuin Hamzah dan abangnya Mazlan Hamzah terlebih dahulu menyertai bidang seni apabila menganggotai Quinary M yang popular pada era 80an.[8] Kerjaya Amy dalam bidang seni pula diuruskan oleh sepupunya, Nana sejak bersama Sony Music Malaysia.

Kerjaya

sunting

Dari pramugari ke Asia Bagus (1989–1993)

sunting

Kerjaya pertamanya ialah sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS) dari 1989 hingga 1994.[9] Amy pernah bertugas bersama-sama rakan-rakan seperti Anuar Zain, Rozita Che Wan, Maria Tunku Sabri, Farouk Hussain dan Ziana Zain ketika bertugas sebagai pramugari.[10] Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Mazuin Hamzah sebagai sepupu,[11] maka tidak hairanlah dunia seni tidak asing bagi beliau.[12] Amy mula menceburi bidang nyanyian menerusi pertandingan Asia Bagus yang diadakan di Jepun pada Jun 1993 dan hasilnya Amy berjaya memenangi gelaran juara pada 1 Januari 1994,[13] sekaligus menewaskan bakat-bakat baru dari Asia yang lain.[14][15][16][17][18]

Album pertama, Pujaanku dan meniti puncak populariti (1994–1996)

sunting

Kejayaan di Asia Bagus memberi peluang kepada Amy untuk mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Pony Canyon pada tahun 1994. Beliau menandatangani kontrak dengan Pony Canyon pada asalnya untuk merakamkan album bahasa Inggeris.[19][20]

Amy diperkenalkan terlebih dahulu menerusi lagu "Harapan Semalam", sebuah duet bersama komposer Azmeer. Pada April 1994, beliau terpilih mewakili negara dalam dua festival lagu di bandar raya Yokohama dan Yoshinogari, Jepun.[21] Setelah segala perancangan ditelusi, maka terbitlah album sulungnya yang mengambil namanya sebagai tajuk album pada September 1994.[22][23][24][25] Sejak itu Amy mengecapi populariti sebagai penyanyi remaja yang membawa kelainan dalam industri muzik dengan muzik rancak dan bersahaja. Lagu-lagu seperti "Meniti Hari", "Flora & Fauna", "Jawapan Kasih" dan "Kasih" menjadi siulan anak muda pada tahun itu.[26] Dalam satu temubual bersama The Malay Mail, beliau menjelaskan bahawa menyanyi dalam bahasa Melayu lebih mudah baginya berbanding menyanyi dalam bahasa Inggeris atau Jepun.[27] Amy berjaya meraih anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1994 menewaskan nama-nama besar lain seperti Fauziah Latiff dan Shima. Lagu "Meniti Hari" pula berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu ke-10 serta lebih manis, Amy menerima pencalonan kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Album di Anugerah Industri Muzik pada tahun 1995. Pada penghujung tahun 1994, Amy meninggalkan kerjaya sebagai pramugari kerana ingin terus serius dalam bidang seni tatkala popularitinya sedang berada di puncak.[28] Di samping itu, Amy melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa apabila berpeluang berduet bersama penyanyi pop Amerika Syarikat iaitu Tommy Page menerusi lagu "The Best Part". Amy juga diintai oleh MTV untuk menjadi VJ dalam program MTV Syok pada tahun 1995.[29][30][31]

Kejayaan dalam bidang nyanyian membuka peluang kepada Amy untuk menceburi bidang lakonan di layar lebar.[32] Hakikatnya, Amy telah terlebih dahulu menjadi pelakon ketika menunggu album sulungnya dipasarkan. Pada awal 1994, Amy menjalani penggambaran filem "Kuala Lumpur Universiti" (KLU) bersama Azhar Sulaiman. Pun begitu, filem tersebut tidak ditayangkan sehinggalah 1999. Filem kedua Amy iaitu "Impian" ditayangkan pada tahun 1996[33][34] dan sejak itu Amy popular sebagai seorang pelakon menerusi filem-filem seperti "Tragedi Oktober",[35] "Puteri Impian" dan "Puteri Impian 2". Ketika itu juga Amy menubuhkan syarikatnya, Amy Mastura Entertainment Sdn. Bhd. yang pada awalnya dijalankan bersama Ajin daripada kumpulan Blackrose.

Amy muncul dengan album kedua pada 1 Mei 1996, berjudul Pujaanku mendapat sambutan memberangsangkan dari beberapa buah negara di Asia.[36][37][38][39] Satu lagu daripada album ini menjadi tema drama Cinta Korporat, iaitu "Kembalilah". Seterusnya, Amy muncul dengan album ketiga berjudul Puteri.[40] Album ketiga bagaimanapun tidak menyerlahkan diri Amy sebagai penyanyi apabila bakat lakonan beliau mula diperkatakan akibat keberkesanan karakter sebagai Nora Mat Jidin gadis kilang yang menyertai program realiti TV dalam filem Puteri Impian pada tahun 1997,[41][42] dan kesinambungannya pada tahun 1998.

Puteri, Puteri Impian dan bergelar Aktres Terbaik (1997–1999)

sunting

Kejayaan dalam bidang lakonan membuka mata pengkritik filem apabila Amy berjaya melakonkan watak komedi dan dramatik secara seimbang di bawah bimbingan pengarah terkenal Aziz M. Osman. Kedua-dua filem "Puteri Impian" itu mencatat kutipan box office sekaligus menobatkan Amy sebagai Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1999. Lebih manis lagi, ketika Festival Filem Malaysia ke-14, Amy berjaya mengalahkan pelakon hebat seperti Vanidah Imran, Nasha Aziz dan Normah Damanhuri untuk bergelar Pelakon Wanita Terbaik (FFM). Amy dicalonkan menerusi siri pertama filem tersebut. Kejayaan tersebut menjadikan Amy satu-satunya finalis Persembahan Vokal Wanita Terbaik di AIM yang berjaya menggondol anugerah Aktres Terbaik di FFM.[43][44]

Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia termasuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel.

Bintang Hati, alam rumahtangga dan Akan Datang (2000–2002)

sunting

Ekoran namanya lebih dikenali di gelanggang filem berbanding bakat nyanyian, Amy mengikat kontrak bersama Sony Music dalam usaha untuk mengembalikan imej Amy sebagai penyanyi. Album yang diterbitkan oleh Boon Tan ini juga mendapat sentuhan Amy sebagai komposer. Ini bukan percubaan pertama Amy sebagai penulis lagu kerana sebelum ini menerusi album Puteri, Amy telah menulis beberapa lagu. Akhirnya, muncullah album Bintang Hati pada 31 Januari 2000.[45][46] Album ini mendapat sambutan hangat, beberapa lagu-lagunya popular di corong radio. Album ini juga mengembalikan semula populariti Amy di Indonesia apabila lagu duetnya bersama Glenn Fredly mendapat tempat di stesen-stesen radio.[47] Menerusi album ini, Amy berjaya meraih trofi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-15 menerusi lagu ciptaan Goh Boon Hoe berjudul "Bintang Hati". Lagu ciptaan Amy juga mara ke peringkat akhir iaitu lagu "Sha Na Na" serta dua buah lagu balada ciptaan Helen Yap berjudul "Dengarkanlah" dan "Siapalah Aku" (Zul Mahat) pula mara ke peringkat separuh akhir Balada masing-masing pada tahun 2000 dan 2001.[48][49]

Ketika populariti album ini sedang memuncak, Amy mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada 1 Julai 2000 bersama teman lamanya, Alvin Tham Suffian. Perkahwinan yang berlangsung di Ipoh, Perak ini disifatkan sebagai Wedding of The Year 2000. Sebelum menamatkan zaman gadis, Amy berpeluang mengadakan konsert solo di Life Centre, Kuala Lumpur.[50][51][52] Pada 20 hingga 26 November 2000, Amy muncul di pentas Istana Budaya menerusi teater Siti di Alam Fantasi.[53] Lakonan hebat Amy di pentas teater menyaksikan teater itu menjadi teater yang mencatat kutipan tiket paling tinggi selama lapan tahun di Istana Budaya.[54] Amy dikatakan mengalami komplikasi kerana ketika beraksi untuk teater tersebut, beliau tidak menyedari yang beliau sedang mengandung anak pertama. Kandungan Amy selamat, namun Amy terpaksa melupakan hasrat untuk membintangi filem Seri Dewi Malam yang dicipta khas untuknya memegang watak gadis buta psikik. Amy tidak berehat panjang daripada kerjaya nyanyian selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2001. Kemunculan semula Amy pada tahun 2002 menerusi album Akan Datang ternyata ditunggu-tunggu oleh peminat.[55][56][57][58] Menerusi album ini, Amy terus melakar populariti sebagai penyanyi pop biarpun selepas bergelar isteri dan ibu. Lagu "Akan Datang" juga membawa Amy ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-17 selain kulit album ini berjaya memenangi kategori Kulit Album Terbaik di AIM. Dalam AIM pada tahun itu juga, muzik video "Kasih Suci" tercalon untuk Kategori Muzik Video Terbaik. Muzik video tersebut telah ditaja oleh Lux, manakala lagu dan lirik telah digarap sendiri oleh Amy Mastura.[59][60][61]

Kembali aktif dalam bidang lakonan (2003–2004)

sunting

Usai album Akan Datang, Amy kembali aktif dalam bidang lakonan. Kemunculan pertama Amy di kaca televisyen pada tahun 2001 menerusi telefilem arahan Osman Ali berjudul Toll Gate Girl bersama aktres Rita Rudaini mendapat sambutan hangat dan menunjukkan begitu ramai yang menanti kemunculan Amy di layar lebar.[62][63][64][65] Bagi mengubati rindu peminat, Amy Mastura Entertainment bersama ACE Motion Pictures milik Aziz M. Osman menerbitkan siri VCD drama Cinta 3 Musim yang dipasarkan secara tiga peringkat pada tahun 2003. Lakonan Amy bersama pelakon-pelakon hebat seperti Aqasha, Eja, Aida Aris dan Ako Mustapha itu mencatat jualan yang membanggakan.[66] Menariknya, suami Amy sendiri turut berlakon dalam drama ini sebagai watak pembantu.[67]

Selepas itu, Amy muncul dengan dua buah filem bersama Aziz iaitu Trauma dan Bintang Hati.[68][69] Filem Trauma menyaksikan Amy pertama kali mencuba watak drama sekaligus mengetepikan klise watak komedi yang sering dilakonkannya.[70][71][72] Manakala menerusi filem Bintang Hati, Amy bertindak sebagai penulis skrip dan hasilnya begitu membanggakan apabila Amy dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-18 untuk kategori Cerita Terbaik dan lakonan beliau dalam dua watak, Tasha dan Syakila menerima nominasi Pelakon Wanita Terbaik (FFM)[73]. Kedua-dua filem tersebut mencapai kutipan box-office.[74] Setelah sibuk di lokasi tanpa henti, Amy berehat seketika apabila mengandungkan anak kedua, Adalia pada awal tahun 2005. Sepanjang tempoh mengandung dan berpantang, Amy sibuk di belakang tabir untuk mencipta lagu-lagu terbaru yang akan dimuatkan dalam album seterusnya.[75]

Lebih Baik dan projek seterusnya (2005–2008)

sunting

Penghujung tahun 2005, Amy muncul dengan album solo keenam berjudul Lebih Baik.[76][77][78] Album itu bagaimanapun pada awalnya kurang mendapat perhatian apabila single pertamanya Bukakanlah Pintu gagal meraih perhatian pendengar, begitu juga dengan single ketiga berjudul Bingung.[79][80][81] Pun begitu, nama Amy melonjak pada tahun 2006 apabila lagu ciptaan Amy sendiri berjudul Cinta dan Kasihku Sinar (ciptaan Amy bersama Hazami dan Anuar Zain) mula diputarkan di corong-corong radio serta dijadikan lagu tema siri TV. Amy muncul dalam siri drama komedi Puteri musim kelima sepanjang tahun 2006 yang menyaksikan gandingan Amy bersama pelawak Salih Yaacob sebagai suami isteri yang memiliki syarikat Sha Na Na Catering. Mereka merupakan watak sokongan kepada pelakon utama siri itu Nora Danish. Menerusi siri ini, Amy melakonkan watak kakak kepada Roslan, kekasih Puteri yang garang dan jahat. Lagu Cinta dijadikan lagu tema siri TV ini. Amy juga kembali sibuk di lokasi penggambaran filem dan drama serta sibuk sebagai jurucakap produk seperti Quacker Oat, Omega dan lain-lain.[82] Biarpun terpaksa bersaing dengan ramai bakat muda, aura Amy masih utuh di persada seni. Amy muncul dalam banyak drama TV antaranya, siri Kasut Tumit Tinggi serta telefilem Ice Cappucino Machiato. Seiring usia, Amy membawakan watak-watak dewasa dan keibuan serta tetap dengan elemen komedi.[83]

Sepanjang bulan Ramadan, Amy turut mengurangkan aktiviti seninya kecuali menghadiri majlis berbuka puasa kerana mahu meluangkan masa bersama anak-anak.[84] Menyepikan diri bukan menghilangkan diri! Tidak banyak muncul di program TV, hanya baru-baru ini, beliau muncul semula mengacara rancangan mengenai dekorasi dan hiasan dalaman Casa Impian yang sebelum ini disiarkan di Astro Ria dan ditayangkan pula di TV3, Amy menjadi pengacara baru Casa Impian menggantikan Camelia yang telah mengacarakannya sebanyak lapan musim.[85][86][87][88]

Happy dan kesinambungan kejayaan (2009–2016)

sunting

Tahun 2009 menyaksikan Amy muncul dengan album terbaru berjudul Happy. Namun album kali ini gagal menyerlahkan kembali sisi Amy sebagai penyanyi kerana imej lakonan beliau lebih dekat di hati penonton.[89][90][91] Sepanjang tahun 2010, Amy muncul dalam filem Hooperz dan Aku Tak Bodoh serta beraksi dalam filem seram Damping Malam arahan Ahmad Idham. Pada Mac 2010, beliau dilantik sebagai jurucakap produk Lifebuoy.[92]

Pada 2011, Amy dilantik sebagai duta baru jenama kosmetik Jepun, Kose.[93] Kose telah melancarkan produk terbaru yang lebih berkesan untuk merawat kulit wajah supaya menjadi lebih anjal dan muda seperti Amy Mastura. Di majlis ini, beliau turut menjemput peminatnya menyanyi bersama, penyanyi manis ini menyanyikan dua buah lagu berjudul Happy dan single terbarunya, Tapi Itu Dulu. Amy berkata dia bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan daripada pelbagai jenama antarabangsa yang sudi mengambilnya menjadi juru cakap produk masing-masing. Walaupun mengakui tahap popularitinya di tahap sederhana, namun beliau sangat bertuah kerana masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta dan jurucakap produk.[94][95]

 
Erra Fazira, Amy (tengah) dan Ziana Zain sebagai tetamu undangan dalam MeleTOP pada 2015.

Amy juga kembali beraksi di pentas teater apabila muncul dalam Muzikal Gamat yang turut dibintangi anak gadisnya, Adalia. Pada tahun 2014, Amy tampil menghiburkan penonton sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 setelah sekian lama tidak mengacarakan acara anugerah. Beliau juga kembali mencuba watak dramatik apabila diberi peranan ibu yang mempunyai anak gadis yang menderita penyakit kritikal dalam drama bersiri Nur Melinda. Kini Amy dikenali sebagai salah seorang aktres hebat yang masih aktif di arena seni lakon, sementara auranya sebagai selebriti juga tidak pudar apabila masih menjadi duta kepada produk-produk popular tempatan dan antarabangsa. Lagu-lagu Amy masih menjadi siulan, dan beliau sudahpun memahat nama sebagai salah seorang selebriti Malaysia yang serba boleh dan disayangi jutaan peminat.[96][97][98][99]

Beliau dipilih sebagai pengacara anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2013), bergandingan dengan pengacara popular, Fara Fauzana yang akan berlangsung di Arena All Stars, Genting Highlands pada 6 April. Mengakui agak dengan pengumuman tersebut, Amy tidak menyangka ABPBH 2013 memilihnya sebagai pengacara apatah lagi popularitinya sebagai artis tidak segah nama-nama besar lain. Baginya, pelawaan itu adalah satu penghormatan buatnya sebagai anak seni.[100] Pada 2016, Amy Mastura melancarkan single terbaharunya, "Kalimah" ciptaan Ardiv Jauhari.[101][102]

Perkembangan terkini (2017–kini)

sunting

Pada tahun 2017, Amy berlakon dalam filem Mendidih Bro dan drama Jejak Karmila. Pada 7 September, Amy bersama 15 selebriti lain mengambil bahagian dalam Super Spontan Superstar 2017 yang disiarkan di Astro Warna. Beliau bersama Shuib Sepahtu gagal mara ke peringkat akhir.[103]

Kehidupan peribadi

sunting

Bapanya, Suhaimi Mohamed Ramli meninggal dunia pada 12 September 1999 akibat serangan jantung.[104][105][106][107]

Pada era 90an, beliau dikatakan intim dengan ahli kumpulan Black Rose iaitu Ajin. Ajin dan Amy sama-sama mengusahakan Amy Mastura Entertainment ketika usia muda, namun jodoh mereka tidak berpanjangan. Amy memilih teman zaman kecilnya iaitu Alvin Tham Suffian, seorang jurutera carigali sebagai suami. Mereka bernikah pada 30 Jun 2000.[108][109]

Amy dikurniakan dua orang anak gadis yang comel, Adriana dan Adalia serta bahagia bersama suami tersayang hingga kini.[110][111][112] Amy juga mempunyai pertalian saudara dengan pemain bolasepak antarabangsa Nazmi Faiz. Pada Jun 2015, Amy mengambil langkah drastik apabila mengenakan hijab ketika mempromosikan single terbaru "Jom Menarilerr".[113] Penampilan terbarunya mendapat perhatian positif daripada peminat. Walaupun tampil dengan imej bertudung,[114] Amy berkata beliau tidak semestinya perlu mengubah genre nyanyian asalnya kepada konsep ketuhanan.[113][115][116]

Dalam temuramah dengan mStar Online, Amy memberitahu faktor beliau jarang mendedahkan tentang perihal keluarganya kepada umum antara kunci kebahagiaan bersama suami, Alvin Tham.[117] Beliau bersyukur sepanjang tempoh itu tiada masalah besar yang melanda hubungan mereka suami-isteri selain kehadiran dua cahaya mata banyak menguatkan lagi ikatan mereka sebagai pasangan. Amy tidak menafikan lumrah hidup sebagai suami-isteri akan wujud salah faham namun pengalaman hidup berumahtangga membuatkan dia banyak belajar untuk menyelesaikan masalah.[117][118]

Di dalam media

sunting

Amy dikenali sebagai seorang artis yang berdisiplin dan bersih daripada gosip.[119] Pelawak Zul Yahya merupakan rakan sekolahnya ketika remaja manakala Azhar Sulaiman, Riezman Khuzaimi, Ahmad Idham, Nina Juren dan Anuar Zain merupakan antara rakan rapatnya sejak mula menceburi bidang seni. Amy juga rapat dengan rakan artis-artis baharu seperi Sherry Alhadad, Misha Omar dan Farah Fauzana.[120][121] Beliau juga sentiasa menjaga hubungan baik dengan peminat.[122]

Diskografi

sunting
Album studio

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1996 Impian Yazmin Filem pertama
Tragedi Oktober Farah
1997 Puteri Impian Puteri Nora Mat Jidin
1998 Puteri Impian 2
1999 KLU Maria
2000 Senario Lagi Pegawai Polis Penampilan khas
2004 Trauma Nurul
Bintang Hati Syakila / Tasha
2010 Hooperz Coach Q
Aku Tak Bodoh Aishah
Damping Malam Ku Khalida
2012 Shh...Dia Datang Marina / Safea
2017 Mendidih Bro
2020 Keluarga Iskandar The Movie Anisah Ismail Pelakon undangan
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1996 Sambal Lijah TV3 Pelakon undangan
Cinta Korporat Pelakon undangan
2000 Spanar Jaya ntv7 Episod: "Gong Xi"
2003–2005 Cinta 3 Musim Ayuni DVD
2008 Puteri Kak Mas TV3
2009 Kasut Tumit Tinggi Astro Prima
2012 Dalam Hati Ada Taman Amy Astro Ria
2013 Nur Melinda Astro Prima
2014 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Datin Maziah TV3
2015 Bencinta Maria
Dee Astro Ceria
2016 i-kids
2017 Jejak Karmila Syarifah Aniza TV3
Budak Ijat Fatimah
Mencintaimu Mr. Photographer Datin Laila Astro Ria
2018 Budak Usin Fatimah TV3 Pelakon undangan
2019 Mimpi Sabrina Kak Sue
Sepahtu Reunion Raya Gear 5 Siti Astro Ria
2020–2021 Hadiah Dari Tuhan Jannah TV3
2021 Checklist Mr. Right Sofea
Keluarga Baha Don (Musim 3) Dewi Buah-Buahan Viu
2022 Khilaf Asmara Wan Su TV3
Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya Adibah Undangan khas
2023 Hikayat Pak Belalang Permaisuri Astro Ceria
2024 Berbahagi Suami Sabrina Astro Prima Penampilan khas

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2001 Tol Gate Girl Markonah ntv7
2006 Cinta Q Suzy TV Suria (Mediacorp, Singapura)
2007 Ice Cappucino Machiato
2008 Siapa Boss?
2009 Gegar Gitu Raya Astro Ria
2010 Cheritera
Hikayat
2011 Penanggal Cik Suri / Penanggal Astro Ria
Hantu Susu
2012 Hantu Susu Kembali
Kami Janji Kami Berzanji Sumarni
2013 Kasanova Terdesak Farisya Astro Prima
2014 Hati Untuk Siapa Nasha
2015 Perangkap Perkahwinan Mama Astro Ria
Mimi Tapau Cik Lana TV3
Laki Aku Drakula TV9
2017 Restu Ramadan Mak Ram TV3
2018 Super Menantu Sara Sofian ntv7
2019 Kampung Arena Panggang Kak Bibah Astro Warna
2021 My Future Husband Dato' Maznah Astro Citra

Teater

sunting
Tahun Tajuk
2000 Siti Di Alam Fantasi
2008 Selamat Hari Raya Perantau
2009 Muzikal Gamat
2010 Muzikal Gamat 2
2013 Nyonya & The Gang
2015 Diari Wanita
Zombie La La La
2021 4 Nyonya 4 Dara

Konsert

sunting
Tahun Tajuk
2000 Amy Mastura Live in Concert 2000 @ Life Centre

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1995–1997 MTV Syok Pengacara MTV Asia
1999 Cit Cat Raya Sketsa Komedi Astro Ria
2000 Cit Cat Raya Sketsa Komedi
2005 Casa Impian (Musim 7) Pengacara TV3
2007 Cit Cat Raya Sketsa Komedi Astro Ria
Gitu Gitu Aidilfitri Sketsa Komedi
2008 Kraft Single With Kids Pengacara ntv7
2009 Apa-Apa Aje (Musim 5) Pengacara TV3
2019 Arena Panggang Warna Live Artis Jemputan (Episod 5) Astro Warna
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Juri

Majlis hiburan dan anugerah

sunting
Tahun Tajuk Saluran TV
1994 Anugerah Juara Lagu 1994 TV3
1995 Anugerah Skrin 1995
2005 Anugerah Juara Lagu 2005
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28
Tahun Tajuk Catatan
2002 Lux
2007 Celcom - Cinta (Amy Mastura)
2015 MAGGI® CukupRasa Jaga Hati
MAGGI® CukupRasa™ 'Watak'
2021 SAFI Raya Kau Hijau bersama Aniq Suhair & Iman Suhana, sebagai Mak
2022 SAFI Raya Kau Hijau 2.0 bersama Aniq Suhair, Jaja Iliyes & Amyra Rosli, sebagai Mak
2023 Guardian Raya Untuk Semua
Raya Takaful Malaysia - Al Kisah Malam Raya bersama Ropie, Maya Karin & Usop Wilcha, sebagai Maznah

Anugerah dan pencalonan

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan diktator Korea Utara, Kim Jong-nam.

Rujukan

sunting
  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (26 Disember 2014). "Amy Mastura Selesa Digelar Pelakon Komedi". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-13. Dicapai pada 2015-11-07.
  2. ^ Hartati Hassan Basri (3 Julai 1997). "Amy terus ligat". Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  3. ^ Marina Abdul Ghani (8 Julai 1997). "No stopping Amy Mastura!". The Malay Mail. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  4. ^ Tahir Alhamzah (22 Januari 2017). "(Showbiz) It's been awhile, Amy Mastura". New Straits Times. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
  5. ^ Sairul Zamri Misrani (25 Ogos 2021). "Saya puas jadi anak seni – Amy Mastura". Kosmo!. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  6. ^ Wahiduzzaman (19 Disember 2010). "Amy Mastura 'Kaku' Kerana Misteri". mSTAR Online. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  7. ^ "Amy Mastura is Kose ambassador". The Daily Chilli. 4 Mac 2011. Dicapai pada 7 Mac 2011.
  8. ^ G. Shanti (13 Ogos 1993). "Following her cousin's footsteps". The Malay Mail. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  9. ^ Seri Intan Othman (9 Januari 1994). "Amy Mastura sanggup tinggalkan pramugari". Berita Minggu. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  10. ^ Amy Mastura - Edisi Khas Hari Raya (Extended Version). Zarul Umbrella. YouTube. 1 Jun 2021. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  11. ^ "Amy Mastura -- Rezeki murah selepas kahwin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-01. Dicapai pada 2015-11-07.
  12. ^ Rozila Saibi (20 November 1993). "Amy tidak mahu dituduh gopoh". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  13. ^ Siti Nurbaiyah Nadzmi (13 Januari 1994). "Stewardess sings to the top". The Malay Mail. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  14. ^ Jenney Juanis (28 Jun 1993). "4 wakili Malaysia ke Asia Bagus". Berita Harian. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  15. ^ Azman Samsudin (25 Julai 1993). "Amy Mastura... pencabar penyanyi popular". Berita Minggu. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  16. ^ "Menang". Harian Metro. 1 Julai 1994. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  17. ^ Azman Samsudin (18 Disember 1993). "Amy takut publisiti murah". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  18. ^ "Amy harumkan nama negara". Berita Minggu. 2 Januari 1994. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  19. ^ "Amy mahukan identiti sendiri". Berita Minggu. 23 Januari 1994. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  20. ^ Khairunnisa Hussin; Harris Iskandar Taib; Peter Yap; Chew Voon Wai (22 April 1994). "Offers pour in for Amy Mastura". New Straits Times. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  21. ^ Azman Samsudin (28 April 1994). "Amy sertai festival ratu pop". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  22. ^ Roslen Fadzil (20 September 1994). "Amy mampu menggugat". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  23. ^ Zieman (4 November 1994). "Amy flying high on her dream album". New Straits Times. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  24. ^ "Album sulung Amy Mastura". Berita Harian Singapura. 6 Oktober 1994. m/s. 5. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  25. ^ "Asia Bagus winner flying high on her dream album". The Straits Times. 23 November 1994. m/s. 20. Dicapai pada 16 Disember 2018.
  26. ^ Azman Samsuddin (15 Oktober 1994). "Impian Amy Mastura tercapai". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2021.
  27. ^ Marina Abdul Ghani (8 November 1994). "Amy-ing to take off with Malay numbers". The Malay Mail. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  28. ^ Roslen Fadzil (24 September 1994). "Amy enggan tanggal kebaya MAS". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2021.
  29. ^ Marina Abdul Ghani (4 Mei 1996). "'Singing's my priority'". The Malay Mail. Dicapai pada 30 Januari 2021.
  30. ^ Zamani Yusof (21 November 1996). "Amy, Tommy berduet". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2021.
  31. ^ "For singer Amy Mastura, the best part is a taste of international fame". The Straits Times. 17 Disember 1996. m/s. 7. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  32. ^ Zieman (10 Februari 1995). "Acting's a learning experience for Amy". New Straits Times. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  33. ^ "Amy Mastura berdebar tunggu Impian". Harian Metro. 17 Jun 1996. Dicapai pada 30 Januari 2021.
  34. ^ Hartati Hassan Basri (24 Jun 1996). "Amy, Azhar kabul impian". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2020.
  35. ^ "Amy segan lakonkan adegan romantik". Berita Minggu. 21 Julai 1996. Dicapai pada 8 April 2020.
  36. ^ Roslen Fadzil (28 Mei 1996). "Amy perlu buktikan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Februari 2021.
  37. ^ Marina Abdul Ghani (5 Jun 1996). "Polished effort by Amy in Pujaanku". The Malay Mail. Dicapai pada 30 Januari 2021.
  38. ^ Sajahan Waheed (6 Jun 1996). "Amy on the fast track". New Straits Times. Dicapai pada 8 Februari 2021.
  39. ^ "Amy lebih matang dalam album kedua". Berita Harian Singapura. 12 April 1994. m/s. 6. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  40. ^ Roslen Fadzil (24 Julai 1997). "Amy meluap-meluap". Harian Metro. Dicapai pada 8 Februari 2021.
  41. ^ Hardi Effendi Yaacob (4 Oktober 1997). "Semangat Amy". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  42. ^ Hartati Hassan Basri (10 Oktober 1997). "Amy bagai puteri". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  43. ^ "Amy Mastura tidak sangka menang". Berita Harian. 9 November 1999. Dicapai pada 1 April 2019.
  44. ^ Saniboey Mohd Ismail (8 November 1999). "Kemenangan Amy jadi isu". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  45. ^ Zubir Mohd Yunus; Zul Husni Abdul Hamid (8 Februari 2000). "Amy anggap Bintang Hati terbaik". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  46. ^ Akmal Abdullah (31 Januari 2000). "Bintang Hati Amy di pasaran". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  47. ^ Azman Ahmad (14 Februari 2000). "Amy tries her luck in Indonesia" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  48. ^ Zul Husni Abdul Hamid (23 November 2000). "Amy Mastura anggap rezeki anak". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mei 2022.
  49. ^ Zul Husni Abdul Hamid (26 Oktober 2000). "Dua lagu Siti, Amy ke Juara Lagu". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mei 2022.
  50. ^ Zul Husni Abd Hamid (20 Jun 2000). "Amy Mastura ligat sebelum naik pelamin". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mei 2022.
  51. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (22 Jun 2000). "Amy bagaikan puteri". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mei 2022.
  52. ^ Zubir Mohd Yunus; Mahayudin Mohamad (18 Jun 2000). "Amy bawa diri dalam hutan". Berita Minggu. Dicapai pada 19 Mei 2022.
  53. ^ "Amy Mastura bergabung tenaga jayakan teater kanak-kanak". Harian Metro. 6 November 2000. Dicapai pada 24 Mei 2022.
  54. ^ "Pemilihan Amy tepat". Harian Metro. 27 November 2000. Dicapai pada 24 Mei 2022.
  55. ^ Ellyna Ali (4 Ogos 2002). "Amy sesuai rentak ceria". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  56. ^ "Amy tetap segar". Harian Metro. 23 Julai 2002. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  57. ^ Zubir Mohd Yunus (21 Julai 2002). "Rezeki Amy makin murah". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  58. ^ "Amy 'Akan Datang' dengan kelainan". Berita Harian Singapura. 8 Julai 2002. m/s. 8.
  59. ^ Zul Husni Abdul Hamid (19 Jun 2002). "Amy Mastura atur strategi promosi album". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mei 2022.
  60. ^ Zul Husni Abdul Hamid (1 Julai 2002). "Penantian Amy Mastura berakhir". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mei 2022.
  61. ^ Nor Akmar Samudin (23 Jun 2002). "Selera baru Amy". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mei 2022.
  62. ^ Sani Kamarudzaman (3 November 2001). "Amy kembali". Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2020.
  63. ^ Zul Husni Abdul Hamid (9 Disember 2001). "Gelagat Amy gadis tol". Berita Minggu. Dicapai pada 5 April 2020.
  64. ^ "Toll Gate Girl hadiah lebaran". Berita Minggu. 13 Januari 2002. Dicapai pada 5 April 2020.
  65. ^ Zul Husni Abdul Hamid; Izza Safinaz Ibrahim (13 Januari 2002). "Loghat Utara Amy, Rita menjadi". Berita Minggu. Dicapai pada 5 April 2020.
  66. ^ Suraiya Mohd Nor (18 Jun 2003). "Cinta Tiga Musim ujian Amy, Aqasha". Berita Harian. Dicapai pada 5 April 2020.
  67. ^ Zaidi Mohamad (29 April 2016). "Amy Mastura tak reti menghentam". Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2018.
  68. ^ Abdul Aziz Itar (6 Mac 2004). "Bintang Hati dedah realiti kehidupan artis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 8 November 2008.
  69. ^ Abdul Aziz Itar (26 Mac 2004). "Amy Mastura - Antara Tasha dan Syakila". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-05. Dicapai pada 8 November 2008.
  70. ^ "Trauma yang mendebarkan". Utusan Malaysia. 18 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  71. ^ Hartati Hassan Basri (1 November 2002). "Trauma hidup Amy". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  72. ^ Izza Safinaz Ibrahim (5 November 2002). "Azhar, Amy hadapi 'Trauma'". Berita Harian. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  73. ^ "AFDLIN, ROSYAM, AMY & ERRA - Harap FFM macam Anugerah Oscar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2015-11-06.
  74. ^ Norhayati Nordin (23 Januari 2015). Amy Mastura: Tak memilih watak Harian Metro. Diperoleh pada 23 Januari 2015.
  75. ^ NINA FARZUIN MD SHAROM (21 Januari 2015). Amy Mastura tak serik Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Februari 2015.
  76. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (22 Disember 2005). "Amy Mastura kembali ubati rindu peminat". Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2021.
  77. ^ Azman Ahmad (19 Disember 2005). "A better Amy Mastura". The Malay Mail. Dicapai pada 9 Julai 2021.
  78. ^ Faridul Anwar Farinordin (4 Januari 2006). "Still Amy after all these years". New Straits Times. Dicapai pada 9 Julai 2021.
  79. ^ Zul Husni Abdul Hamid (15 Disember 2005). "(Hampir tiga tahun, penantian...)". Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2021.
  80. ^ Abie Abdullah (4 Disember 2005). "Pop rock gaya Amy". Metro Ahad. Dicapai pada 9 Julai 2021.
  81. ^ Farihad Shalla Mahmud (26 September 2016). Amy Mastura tukar rentak BH Online. Diperoleh pada 1 Oktober 2016.
  82. ^ Amirah Amaly Syafaat (13 Disember 2015). Kesederhanaan pilihan Amy Utusan Malaysia. Diperoleh pada 13 Disember 2015.
  83. ^ “Saya Bukan Diva” – Amy Mastura Perak Today. 8 Oktober 2015. Dicapai pada 16 Oktober 2019.
  84. ^ Wanda Idris (30 September 2007). Amy Mastura dapat raya bersama suami Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 30 Januari 2017.
  85. ^ Ramlah Zainal (15 Januari 2008). "Timba ilmu Casa Impian". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2021.
  86. ^ Zubir Mohd Yunus (4 November 2007). "Sekarang bukan lagi zaman gemilang saya". Berita Minggu. Dicapai pada 1 November 2021.
  87. ^ Joe Lee (9 Oktober 2007). "Raya is complete for Amy Mastura". The Malay Mail. Dicapai pada 1 November 2021.
  88. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (22 Ogos 2007). "Pengalaman baru Amy Mastura". Harian Metro. Dicapai pada 5 November 2021.
  89. ^ SS (13 April 2009). "Amy Mastura kini komposer". Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  90. ^ Rudy Imran Shamsudin (26 Mei 2009). "Tampil konsep pop bubblegum". Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  91. ^ "Kurang masa bersama keluarga". Utusan Malaysia. 24 Februari 2015. Dicapai pada 2017-01-30.
  92. ^ Amy Mastura Dilantik Menjadi Duta Kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat Sensasi Selebriti. 4 Mac 2010.
  93. ^ Gambar Amy Mastura di Pelancaran Infinity Kose Prestigious Sensasi Selebriti.
  94. ^ Helline Sina (27 Jun 2011). "Rekod seni bersih". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2021.
  95. ^ Nora Mahpar (27 Jun 2011). "Rahsia Amy sentiasa ceria". Berita Harian. Dicapai pada 15 November 2021.
  96. ^ Kenneth Chaw (25 Mei 2016). "What has Amy Mastura been up to?". Star2.com. Dicapai pada 2017-01-30.
  97. ^ Siti Athirah Dzulkifly (4 Disember 2016). "Zon selesa Amy Mastura". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2017-01-30.
  98. ^ Garrett Dawum (10 September 2014). "Bahagia Amy sebagai artis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2017-01-30.
  99. ^ SYED MUSSADDAD SYED MAHDI (31 Julai 2016). "terharu Masih Dihargai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-01-30.
  100. ^ Amy Mastura terpilih sebagai hos ABP Sinar Harian. 20 Februari 2014.
  101. ^ MOHD AL QAYUM AZIZI (18 Disember 2016). Mesej Positif Amy Mastura Menerusi 'Kalimah' Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine mStar. Dicapai pada 30 Januari 2017.
  102. ^ Kalimah penerus cinta Amy Mastura Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Kosmo!.21 November 2016.
  103. ^ Kamaruddin Razal (21 Oktober 2017). Shuib Sepahtu & Amy Mastura gagal mara ke peringkat akhir Super Spontan Superstar 2017 Astro Gempak. Dicapai pada 9 Mac 2018.
  104. ^ "Amy masih terasa kehilangan ayah". Utusan Malaysia. 25 Oktober 1999. Dicapai pada 11 Januari 2009.
  105. ^ "Amy Mastura masih bersedih". Utusan Malaysia. 28 November 1999. Dicapai pada 11 Januari 2009.
  106. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (28 Oktober 1999). "Amy masih bersedih". Harian Metro. Dicapai pada 1 April 2019.
  107. ^ "Amy Mastura's father dies of heart attack". New Straits Times. 13 September 1999. Dicapai pada 1 April 2019.
  108. ^ "Amy Mastura nikah 30 Jun". Berita Harian Singapura. 29 Mei 2000. m/s. 5.
  109. ^ "Amy Mastura weds". The Straits Times. 1 Julai 2000. m/s. 52.
  110. ^ Marina Sahabudin (3 Mac 2016). "Amy Mastura tidak halang anak ceburi bidang seni". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai pada 3 Mac 2016.
  111. ^ "Amy Mastura Bimbang Anaknya Jadi Artis". RotiKaya. 14 Oktober 2015. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  112. ^ Ridzuan Abdul Rahman (4 Jun 2022). "'Syukur masih relevan'". Harian Metro. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  113. ^ a b "Amy Mastura: Pakai tudung tak mesti nyanyi lagu dakwah". The Malay Mail. 28 September 2016. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  114. ^ "Amy Mastura Berhijab Masih Menyanyi, Berlakon". Malaysian Digest. 9 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  115. ^ "Amy Mastura kini berhijab". Sinar Harian. 5 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai pada 30 Januari 2017.
  116. ^ Mohd Haikal Isa (23 Jun 2015). "Langkah kecil jadi Muslimah sejati – Amy Mastura". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai pada 30 Jun 2015.
  117. ^ a b Jemang Rahman (25 Julai 2016). "Jarang Dedah Perihal Keluarga Kunci Kebahagiaan Amy Mastura". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2018. Dicapai pada 25 Julai 2016.
  118. ^ Noor Ainulyakin Ishak (10 Disember 2015). "Amy Mastura: Rezeki berhijab". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2018. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  119. ^ Hidayah Mohammad (14 Disember 2016). "Amy Mastura belajar daripada bakat baharu". Berita Harian. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
  120. ^ Siti Athirah Dzuklifly (4 Disember 2016). "Zon selesa Amy Mastura". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2017. Dicapai pada 5 Disember 2016.
  121. ^ Hidayah Mohamad (14 Disember 2016). "Amy Mastura belajar daripada bakat baharu". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2017.
  122. ^ Qarami Hashim (24 September 2018). ""Akak tak mampu nak buat gimik" - Amy Mastura". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2018. Dicapai pada 24 September 2018.

Pautan luar

sunting