Rita Rudaini
Rita Rudaini Binti Mohammad @ Mokhtar (lahir 11 April 1976) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem Mami Jarum Junior hingga memberikannya pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 pada tahun 2004.
Rita Rudaini | |
---|---|
Kelahiran | Rita Rudaini Binti Mohammad @ Mokhtar 11 April 1976 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 1997–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 2 |
Kerjaya
suntingPeragawati
suntingRita menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis. Namun beliau tewas kepada penyanyi pop Juliana Banos. Antara finalis lain pertandingan tersebut adalah Wardina Safiyyah dan Eyta Mahmud. Rita pertama kali menjadi model untuk video muzik penyanyi Rem pada 1997. Dalam video muzik Selingkar Kasih itu, Rita melakonkan watak sebagai obsesi Rem.
Pada 1999, setelah dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja, Rita disunting pengarah tersohor, Yasmin Ahmad untuk muncul dalam iklan komersil PEPSI. Dalam iklan tersebut, Rita melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Turut berlakon dalam iklan tersebut ialah model Alan Yun. Nama Rita menjulang naik dalam bidang modeling lewat 1999 hingga 2006. Antara iklan komersil yang dilakonkannya adalah Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas, Astro Movie Package dan banyak lagi.
Sejak 2005, Rita dilantik menjadi wajah komersil produk Secret Garden. Rita berganding bersama pelakon Maya Karin, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz sebagai wajah kempen prabayar Celcom sejak 2008. Pada 2009, Rita menjadi salah seorang penggerak kepada promosi produk jualan langsung One Drop Perfume. Selain membantu promosi, Rita juga bergelar usahawan produk tersebut. Pada tahun 2010, Rita dan anak lelakinya Airit Rayyan telah dilantik menjadi duta produk ibu dan bayi serta wajah Rita digunakan untuk kempen Safi Rania Gold.
Televisyen dan filem
suntingPermulaan Rita sebagai pelakon bermula sebagai pelakon tambahan dalam filem Bara arahan Yusof Haslam. Rita memegang watak sebagai pelacur dibawah kendalian Carlos lakonan Rosyam Nor. Rita mula membina nama melalui telefilem pertama lakonannya iaitu Dulang Wan Chu arahan Ismail Yaacob. Sejak itu Rita membintangi puluhan drama TV dan drama bersiri. Seringkali menjadi pilihan untuk memegang watak utama.
Di layar perak, Rita diperkenalkan menerusi filem Mendam Berahi, namun kutipan filem tersebut tidak memberangsangkan. Pada 2003, Rita muncul menerusi watak perempuan anak dara tua yang kepoh dalam filem Mami Jarum Junior yang melayakkan beliau tercalon untuk kategori Aktres Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 17 bersaing bersama-sama Amy Mastura (Bintang Hati), Maya Karin (Pontianak Harum Sundal Malam), Janet Khoo (Paloh) dan tewas kepada Nasha Aziz (Trauma).
Namun pada 2003, Rita berselisih faham dengan David Teo serta syarikat pengurusan serta penerbitan filemnya Metroweath Movies Production setelah Rita menarik diri daripada memegang watak pembantu dalam filem Cinta Kolestrol (watak itu diganti oleh aktres Aleeza Kasim). Akibatnya, kerjaya lakonan Rita di layar perak mula suram akibat campurtangan beberapa pihak yang mempersoalkan isu kontrak Rita bersama produksi tersebut. Isu itu selesai secara baik, dan kerjaya lakonan Rita mula menyinar pada 2005 setelah membintangi drama Rafflesia. David Teo mula berhasrat untuk menyunting semula Rita untuk filem-filemnya pada 2007 setelah aktres itu kembali ke puncak populariti.
Pada 2008, Rita mencetuskan kontroversi apabila tidak menghadiri penggambaran filem Kantoi arahan Ahmad London. Perselisihan faham tersebut berakhir apabila Rita menarik diri dan digantikan oleh aktres Rozita Che Wan. Filem tersebut kini masih belum ditayangkan ekoran beberapa masalah.
Sepanjang menceburi bidang lakonan, Rita berpeluang bekerja dengan pengarah-pengarah seperti Rashid Sibir, Kabir Bhatia, Aziz Chunk Adnan, Amie Maziah, A Razak Mohaideen, Silver Chung, dan Feroz Khan. Banyak drama-drama dan filem lakonan Rita meraih anugerah seperti drama Rafflesia, Bicara Aur dan Tebing yang dinobatkan sebagai Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin. Sementara filem Cinta pula memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia.
Hero yang paling kerap digandingkan bersama Rita ialah aktor Rosyam Nor sejak drama kedua lakonan Rita iaitu Kabus & Sinar (2000) kemudian drama TV Daun Ketupat Kering (2006) serta drama bersiri kegemaran ramai seperti Biarku Sentuh Cintamu, Rozana dan Iris. Rita merupakan salah seorang heroin paling cocok buat Rosyam selain Umie Aida, Nasha Aziz & Eja.
Sejak 2009, Rita sering digandingan dengan aktor Singapura, Aaron Aziz.
Muzik
suntingPada 2001, Rita turut serta dalam rakaman runut bunyi filem Mendam Berahi. Dua buah lagu beliau yang sempat diputarkan di corong-corong radio pada 2002 adalah Kekal & Terbanglah. Bakat nyanyian Rita mendapat kritikan positif daripada wartawan hiburan. Rita pernah merakamkan album solo pada 2002 diterbitkan oleh LY dan Sham Kamikaze, namun hanya sempat menyiapkan rakaman 6 buah lagu sebelum menghadapi masalah dengan syarikat rakaman, MIG Production. Ketika masih dalam proses rakaman, Rita pernah menyuarakan hasrat untuk merakamkan lagu-lagu yang berentak 'Amy Mastura'.
Kehidupan peribadi
suntingRita yang aktif dalam bidang sukan ketika sekolah rendah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama dan pernah berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia.
Pada 1999, ketika berusia 23 tahun Rita melangsungkan perkahwinan dengan pengulas sukan TV3, Akbar Shaari. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.
Rita kemudian berkahwin dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008. Aidil hanya berusia 21 tahun ketika itu, sementara Rita mencecah usia 32 tahun. Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Namun, mereka bercerai pada tahun 2013.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Bara | Pelacur Carlos I | Filem pertama, pelakon tambahan |
2002 | Mendam Berahi | Agen Sara | |
Mami Jarum | Kak Rita | ||
2003 | Mistik | Athirah | bersama Cico Harahap, Farid Kamil & Uji Rashid |
Mami Jarum Junior | Kak Rita | (Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik - FFM17 | |
2004 | Makar | Nadhirah | |
2006 | Cinta | Airin | |
2014 | Balistik | Salina | |
2015 | Love, Supermoon | Nina | |
2021 | Kerana Korona[1] | Nur Izati | Ditayangkan melalui Astro First kerana Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 |
Rumah Madu Ku Berhantu | Sofea | ||
2023 | Sumpahan Malam Raya | Cik Ayu | Penampilan khas |
Muzik Video
suntingTahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
1997 | "Selingkar Kasih" | Rem |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2001 | Cik Tom Sdn Bhd | Drama pertama | ||
Wajah | ||||
Skuad Elit | Elina Mansor | |||
2003 | Kutub Utara Kutub Selatan 2 | Rohana | TV2 | menggantikan Nasha Aziz |
2005 | Mentari Jingga | Astro Ria | ||
Rafflesia | Akma | TV2 | Juga ditayangkan di KBS (Saluran TV Korea Selatan) | |
Simbiosis | TV3 | |||
Biar Ku Sentuh Cintamu | ||||
2006 | Mengapa Harus Ada Cinta | |||
Syair Untuk Najihah | Najihah | |||
Butakah Cinta | Erra | |||
Rafflesia 2 | Akma | TV2 | Juga ditayangkan di KBS (Saluran TV Korea Selatan) | |
Nuraisha | Nuraisha | TV3 | ||
Janji Kekasih | Julia | TV1 | ||
2007 | Datin Diaries | Datin Molly | TV3 | |
Kau Yang Ku Sayang | Alia | |||
Bicara Aur Dengan Tebing | Mia |
| ||
Rozana | Rozana | TV3 | ||
2008 | Tangisan Bulan Madu (Musim 1) | Amira | TV2 | |
Iris | Iris | TV3 | ||
2009 | Cinta Gila | Arianna | Astro Prima | |
Rahsia Hati | Kamelia | |||
2010 | Noktah Erna | Erna | TV3 | |
Jangan Bunuh Matahariku (Musim 1) | Suri | TV2 | ||
Pengantin Untuk Dijual | Indah | Astro Box Office | ||
2011 | Dan Bila Esok | Syafiera | TV3 | |
Tangisan Bulan Madu (Musim 2) | Amira | TV2 | ||
Jangan Bunuh Matahariku (Musim 2) | Suri | TV2 | ||
2012 | Ameera | Ameera | TV3 | |
2013 | Sehangat Asmara | Kamilia Najwa | Astro Mustika HD | |
2013-2014 | Istidraj Cinta | Siti Fatimah | TV3 | |
2014 | Azam Ramadan Su | Su | ||
2014-2015 | Satu Hari | Lia | TV9 | |
2016 | Ahli Mesyuarat Tingkap [2] | Zai | TV3 | |
Tak Beli Tak Cinta | Bibi | |||
2017 | Ketupat Rendang Brownies Coklat | Elynna | drama Panasonic Malaysia kerjasama dengan Media Prima Berhad. | |
Misi Laksa Dan Laksam | Fiza | |||
2019 | Voice Note | Mariam | ||
Geng Mak Mak | Kak D | Astro Ria | ||
Satu Hati Dua Jiwa | TV2 | |||
Seputih Cinta Rangbulan | ||||
2021 | Shah Alam 40000 | Datin Rose | TV3 | |
2022 | Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 | Cikgu Azlinda | Astro Ria | |
2023 | Kerasnya Takdir | Sharifah Mastura | TV3 | |
2024 | Racun Rihanna | Marya | ||
Jabatan Call Centre | Rozy | Sitkom |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1998 | Dulang Wan Chu | ||
2000 | Kabus & Sinar | ||
Hikayat | |||
2001 | Teksi | ||
Dalina | |||
Rimba Berdarah | |||
Tol Gate Girl | |||
2002 | Salam Sally | ||
Keranamu Durian | TV3 | ||
2003 | Paling Comel | VCD | |
Wad 04 | |||
Neon | Laila | ||
2004 | Cik Tom Wanita Besi | ||
Tak Sangka No! | |||
2005 | Buah Hati Mama | ||
Topeng | |||
Daun Ketupat Kering | Kak Long | TV2 | |
2006 | Kau Dihatiku | ||
Mama Rock | |||
2007 | Wali | Wani | Astro Ria |
Satu Hati Dua Jiwa | |||
Selimut Putih | TV3 | ||
2009 | Jalan Pintas Ke Neraka | ||
2010 | Tiupan Sangkakala | ||
Lillahitaala | |||
Selamat Datang Anak-anak Suamiku | |||
2011 | Mesej Terakhir | ||
Oh! Haram | TV3 | ||
2012 | Telapak Syurga | ||
Teratak Shamsiah | |||
Di Bawah Langit Lazuardi | |||
Syurga Di Mana? | |||
Tersalah Cinta | |||
Taubat Seorang Samseng | Farah | Astro Oasis | |
Anak Lorong | TV3 | ||
2013 | Antara Safa Dan Marwah | Astro Prima | |
2014 | Pontianak Teng - Teng | Indah/Pontianak | TV3 |
2017 | Akak Mekanik | ||
Bukan Cinta Biasa | TV9 | ||
2018 | Datin Glam | TV3 | |
Penjaga Gol Itu Suami Aku | |||
2019 | Alamak Boss!! | TV Okey | |
2020 | Mak...Nak Peluk Boleh[3] | Syafikah | TV3 |
Pemuja Rahsia | Mak Su | ||
Tiada Lagi [4] | Datin Nureen Azalea | ||
Milik Kita [5] | Raisya Farhana | ntv7 | |
2021 | Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri | Nisa | TV3 |
Bukan Cinta Biasa | Rania | TV2 | |
Keringat | |||
2022 | Kerana Dia Isteri | Suhana |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | All Stars Buka Panggung | Peserta | Astro Warna | |
2024 | Melodi | Pengacara Jemputan | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
suntingAnugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2003 | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | |
2005 | Pelakon TV/VCD Wanita Popular | Tercalon | |
2006 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | ||
2007 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
2008 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
2024 | Aktres Pembantu TV Popular | Menang |
Festival Filem Malaysia | |||
---|---|---|---|
Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
2003 (FFM 16) | Mami Jarum | Pelakon Harapan Wanita | Tercalon |
2004 (FFM 17) | Mami Jarum Junior | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
Pencapaian lain
- Finalis - Pencarian Dewi Remaja 1998/99
Rujukan
sunting- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/01/666103/tiga-kisah-kala-pandemik
- ^ Drama Ahli Mesyuarat Tingkap (TV3) InfoTaip.Com
- ^ https://www.kelimerah.com/2020/01/mak-nak-peluh-boleh-telemovie-lakonan.html
- ^ https://www.xtra.com.my/filem/bukan-spoiler-alert-tapi-plot-twist-drama-tiada-lagi-memang-padu/
- ^ https://www.kelimerah.com/2020/08/telemovie-milik-kita-lakonan-rita.html