Keluarga Iskandar
Keluarga Iskandar ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures.[1][2] Barisan pelakon terdiri daripada Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Susan Lankester, Azhar Sulaiman, Anita Baharom, Tengku Sariwani dan Hiera Hassan. Siri ini berkisar tentang keluarga sederhana dalam masyarakat Malaysia moden di Johor Bahru, Johor.[2]
Keluarga Iskandar | |
---|---|
Genre | Drama keluarga (Musim 1) Komedi keluarga (Musim 2) |
Ditulis oleh | Wan Hasliza Wan Zainuddin |
Pengarah | Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 32 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Jamaludin Karim |
Penyunting | Ain Ab Rahman |
Lokasi | Johor Bahru dan Kulaijaya, Johor |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | KL Motion Pictures Nilam Rajawali Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima (musim 1) Astro Warna (musim 2) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 3 Julai 2012 – 12 Januari 2015 |
Buat kali pertama dalam sejarah televisyen Malaysia, siri ini dipersembahkan dengan elemen mokumentari dan memaparkan setiap watak bercerita dan menjelaskan apa yang berlaku kepada keluarga Iskandar. Siri ini disiarkan di Astro Prima dari 3 Julai 2012 hingga 9 Oktober 2012, dan di Astro Warna dari 22 September 2014 hingga 12 Januari 2015.[2] Sebuah filem adaptasi sitkom ini, Keluarga Iskandar The Movie ditayangkan pada 16 Julai 2020.[2]
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang seorang ibu yang tegas dan penyayang bernama Khalijah Ali (Mak Jah) yang berusaha sedapa upaya untuk menyatukan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya yang dilanda perpecahan.
Pelakon dan watak
suntingWatak ahli keluarga utama
sunting- Kismah Johar sebagai Khalijah Ali (Mak Jah)
- Hilal Azman sebagai Aziz Iskandar (Abang Long)
- Sobri Anuar sebagai Azman Iskandar (Abang Ngah)
- Zain Hamid sebagai Azlan Iskandar (Ayah Chik)
- Susan Lankester sebagai Kamariah Abdullah (Kak Ngah)
- Azhar Sulaiman sebagai Mohd Kamarul Ishak (Abang Teh)
- Anita Baharom sebagai Azura Iskandar (Kak Teh)
- Hiera Hassan sebagai Adibah Iskandar (Acu)
Watak ahli keluarga yang lain
sunting- Nawir sebagai Marzuki (anak sulung Aziz Iskandar)
- Sittee Khayrishah Kemal sebagai Amalina Aziz/Malin (anak bongsu Aziz Iskandar)
- Danish Adam sebagai Salahudin Azman/Sal (anak sulung Azman Iskandar)
- Izz Ilham sebagai Omar Sharifudin Azman/Om (anak kedua Azman Iskandar)
- Syifa Dhia Nurina sebagai Rania Mohd Kamarul (anak sulung Azura Iskandar)
- Dhia Iskandar Ismadi sebagai Iskandar Mohd Kamarul (anak bongsu Azura Iskandar)
- Rafael Elarash sebagai Jojo (anak Nurin, anak tiri Azlan Iskandar)
Pelakon pembantu
sunting- Musim 1
- Lia Natalia sebagai Norlina
- Mustaqim Mohamed sebagai Faris
- Feaa Atidah Amran sebagai Beeda
- Amy Haruza Hamsa sebagai Radiah
- Suhanaliza Abdul Aziz sebagai Bibik
- Marup Mustapah sebagai Rakan Kongsi
- Tengku Zariman sebagai Jurujual
- Badarulzzaman Deraman sebagai Rahman Basit
- Musim 2
- Mak Wan sebagai Cek Yah
- Effa Nareesha sebagai Yunny
- Joanna Bessey sebagai Aunty Ruby
- Raja Ema sebagai Huzairah
- Susila Dewi sebagai Aunty Lechumy
- Aida Ruyati sebagai Kakak Huzairah
- Samsuri Shahrom sebagai Abang Huzairah
- Kairunissa Ismail sebagai Moly
- Syazliana Shuhaimi sebagai Cek Sue
- Mustaqim Mohamed sebagai Faris
- Rykarl Iskandar sebagai budak
Penerbitan
suntingSebanyak 70 peratus penggambaran Keluarga Iskandar dijalankan di luar studio dan dibuat di lokasi-lokasi dalam Wilayah Iskandar seperti Johor Bahru, Kota Iskandar, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Nusajaya, Teluk Danga, Puteri Harbour, Horizon Hills dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.[3]
Adaptasi filem
suntingSebuah filem adaptasi sitkom ini telah diumumkan pada Februari 2019.[4] Adaptasi filem Keluarga Iskandar turut disokong penuh oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang bertanggungjawab merancang, mempromosi dan memudahkan pembangunan Iskandar Malaysia yang terletak di selatan tanah air.[2] Dalam adaptasi filem, sebahagian besar barisan pelakon asal sitkom Keluarga Iskandar telah menjayakan kembali watak mereka.[2]
Penggambaran dijalankan di Johor Bahru dan di sekitar Lembah Klang. Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada September 2019,[5] namun ditunda.
Ia telah diumumkan pada Jun 2020 bahawa Keluarga Iskandar The Movie akan ditayangkan pada 16 Julai 2020 di Astro First.[6]
Anugerah
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2013 | Anugerah Skrin 2013 | Drama Komedi Terbaik | Keluarga Iskandar | Tercalon | |
Anugerah Lawak Warna 2013 | Siri TV Komedi Terbaik | Menang | [7] | ||
2015 | Anugerah Lawak Warna 2015 | Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri) | Menang | [8] |
Rujukan
sunting- ^ Keluarga Iskandar Admya (30 Julai 2012). Dicapai pada 21 Disember 2012.
- ^ a b c d e f Budiey (15 Februari 2019). Akhirnya Filem Keluarga Iskandar The Movie Bakal Ubati Rindu Peminat Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Disember 2019.
- ^ Budiey (18 Jun 2012). Drama Bersiri Keluarga Iskandar Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Jun 2014.
- ^ Dennis Chua (22 Februari 2019). #Showbiz: Meet the family from Iskandar Puteri New Straits Times. Dicapai pada 21 Februari 2019.
- ^ Keluarga Iskandar The Movie Ditayang September Ini! Diarkibkan 2019-12-21 di Wayback Machine Kool FM (7 Mei 2019). Dicapai pada 21 Disember 2019.
- ^ Serimah Mohamad Salehuddin (21 Jun 2020). Tayang selepas 5 tahun perap Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2020.
- ^ Budiey (17 Ogos 2013). Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Disember 2013.
- ^ Budiey (22 Ogos 2015). Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Disember 2015.