Zaharah Zakaria (lahir di Bengkalis, 1 Februari 1942 – meninggal di Bengkalis, 29 Oktober 2007 pada umur 65 tahun) ialah seorang ahli politik dan guru berketurunan Melayu Indonesia. Beliau berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia di Bengkalis dari tahun 1983 hingga 1993 dan merupakan wanita pertama di daerah itu yang memegang jawatan tersebut.

Zaharah Zakaria
Kelahiran(1942-02-01)1 Februari 1942
Bengkalis, Riau, Indonesia
Meninggal dunia29 Oktober 2007(2007-10-29) (umur 65)
Bengkalis, Riau, Indonesia
Tempat ditanamPerkuburan Gang Kasim Ebok
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • guru
Parti politikPartai Golongan Karya
PasanganMuhammad Yacub (k. 1996)
Anak-anak4
BapaZakaria bin Muhammad Amin
SaudaraTuan Guru Haji Ahmad (datuk)
Siti Zainab (ibu tiri)
Azra'ie Zakaria (adik)
Gamal Abdul Nasir Zakaria (adik tiri sebelah bapa)
Rita Puspa Zakaria (adik tiri sebelah bapa)

Kehidupan awal

sunting

Zaharah Zakaria dilahirkan pada 1 Februari 1942 di Bengkalis, Riau, sebagai anak ketiga dan puteri kedua daripada tujuh anak kepada Zakaria bin Muhammad Amin (1913–2006), seorang ulama, dan Mariah binti Ahmad (1900–1955), seorang suri rumah.[1][2][3] Beliau mempunyai tiga saudara lelaki, Nashruddin (1934–1999), seorang penjawat awam, Azra'ie (1947–2019), seorang pensyarah, dan Syakrani Zakaria (lahir 1952), seorang ketua pelabuhan, dan tiga saudara perempuan, Aminah (1938–2011), seorang guru, Ulfah (lahir 1943), seorang pakar sakit puan, dan Hanim Zakaria (lahir 1950), seorang guru.[1][2][3] Zaharah juga memiliki tiga saudara lelaki sebelah bapa, Zulkarnain (lahir 1957) dan Nukman (lahir 1960), kedua-duanya adalah penjawat awam, dan Gamal Abdul Nasir Zakaria (lahir 1965), seorang pensyarah, dan empat saudara perempuan sebelah bapa, Rinie Yuslina Fairuz (1964–2021) dan Rita Puspa (lahir 1967), kedua-duanya adalah penjawat awam, dan Nida Suryani (lahir 1971) dan Sri Purnama Zakaria (lahir 1973), kedua-duanya adalah guru, daripada pernikahan kedua bapanya dengan Siti Zainab binti Kimpal.[4][5][3] Datuk sebelah ibunya, Tuan Guru Haji Ahmad, merupakan seorang ulama yang pertama kali menubuhkan institusi pendidikan Islam di Bengkalis, pada tahun 1900-an.[6] Ahmad berkahwin dengan Rohimah binti Sani, seorang wanita dari Perak, dan dikurniakan 15 orang anak termasuk Mariah.[6] Mariah kemudian berkahwin dengan Zakaria bin Muhammad Amin pada tahun 1933.[7][8]

Kehidupan peribadi

sunting

Perkahwinan dan anak

sunting

Zaharah menikah dengan Muhammad Yacub, seorang peniaga, dan mempunyai seorang anak laki-laki bernama Wisra Okarianto (lahir 1971), seorang penjawat awam, dan tiga orang putri bernama Sri Mei Linda Andika (lahir 1967), seorang suri rumah, Sri Afrianti (lahir 1969) dan Wiwik Siti Aisyah (lahir 1973), kedua-duanya adalah penjawat awam.[3] Perkahwinan mereka kekal sehingga kematian Yacub pada bulan April 1996.[3]

Kematian

sunting

Zaharah meninggal dunia di kediamannya yang berada di Damon, Bengkalis, pada 29 Oktober 2007 akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya pada usia 65 tahun.[3] Dia dikebumikan di Tanah Perkuburan Gang Kasim Ebok berhampiran adik-beradiknya, Nashruddin dan Aminah, suaminya, serta abang iparnya, Rustam.[3]

Kerjaya

sunting

Zaharah memulakan kerjayanya sebagai guru Bahasa Indonesia di Madrasah Aliyah YPPI Bengkalis dan kemudiannya menyertai Partai Golongan Karya.[1] Dia kemudian menjadi aktif sebagai ahli hak pilih wanita dan ahli politik, dan menemani wanita yang mengalami kes di mahkamah.[perlu rujukan] Semasa Orde Baru, Zaharah berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia di Bengkalis dari 1983 hingga 1993 dan menjadi wanita pertama memegang jawatan itu.[1][2] Ini kemudiannya dikatakan sebagai hasil rapat ayahnya dengan pemerintah dan diktator president Suharto.[9][10] Semasa memegang jawatan, Zaharah giat menyertai perbicaraan yang diadakan oleh Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.[perlu rujukan] Selepas bersara, dia kembali bekerja sebagai guru di Madrasah Aliyah YPPI Bengkalis sehingga kematiannya pada bulan Oktober 2007.[perlu rujukan]

Rujukan

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ a b c d Anuwar 1991, m/s. 65.
  2. ^ a b c Saputra 2020, m/s. 146.
  3. ^ a b c d e f g Zaharah Zakaria, Ancestry
  4. ^ Anuwar 1991, m/s. 65–66.
  5. ^ Saputra 2020, m/s. 147.
  6. ^ a b Saputra 2020, m/s. 7.
  7. ^ Anuwar 1991, m/s. 60.
  8. ^ Saputra 2020, m/s. 149.
  9. ^ Anuwar 1991, m/s. 85.
  10. ^ Saputra 2020, m/s. 157.

Sumber

sunting
  • Anuwar, Azuwar (1991). Profil Haji Zakaria Sebagai Pemuka Masyarakat Kecamatan Bengkalis (dalam bahasa Indonesia). Pekanbaru: Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim.
  • Saputra, Amrizal, Wira Sugiarto, Suyendri, Zulfan Ikhram, Khairil Anwar, M. Karya Mukhsin, Risman Hambali, Khoiri, Marzuli Ridwan Al-bantany, Zuriat Abdillah, Dede Satriani, Wan M. Fariq, Suwarto, Adi Sutrisno, Ahmad Fadhli (2020-10-15). PROFIL ULAMA KARISMATIK DI KABUPATEN BENGKALIS: MENELADANI SOSOK DAN PERJUANGAN (dalam bahasa Indonesia). CV. DOTPLUS Publisher. ISBN 978-623-94659-3-3.

Pautan luar

sunting

Zaharah Zakaria di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)