Tuan Guru Haji Ahmad

Tuan Guru Haji Ahmad (lahir Ahmad Syafi'i; 7 Mei 1885 – s. 1949) ialah seorang ulama, pendidik, dan pedagang Indonesia. Beliau dikenal sebagai orang pertama yang mendirikan institusi pendidikan agama Islam di Bengkalis.

Tuan Guru Haji Ahmad
Ahmad sebelum tahun 1949
Kelahiran
Ahmad Syafi'i

(1885-05-07)7 Mei 1885
Kabupaten Kampar, Sumatera Tengah, Hindia Timur Belanda
Meninggal dunias. 1949 (umur 63–64)
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
  • Ulama
  • pendidik
  • pedagang
PasanganRohimah binti Sani
Khadijah binti Sulaiman
Anak-anak15
SaudaraZakaria bin Muhammad Amin (menantu)
Zaharah Zakaria (cucu)
Azra'ie Zakaria (cucu)

Kehidupan awal dan pendidikan

sunting
 
Ahmad sebelum tahun 1949

Ahmad dilahirkan sebagai Ahmad Syafi'i pada 7 Mei 1885 di Kuok, sebuah kampung di Bangkinang Barat, Kabupaten Kampar, kepada seorang ayah pedagang.[1] Pada awal abad ke-20, beliau berpindah ke Bengkalis bersama rakan-rakannya untuk berniaga barang komoditas, seperti buah-buahan, palawija, dan hasil perkebunan lainnya, ke Semenanjung Malaysia untuk dijual.[2][3] Ahmad kemudian menetap di Bengkalis dan meneruskan aktiviti perdagangan tersebut selama dua tahun.[2][3] Pada tahun 1914, beliau berpindah ke Kedah, Tanah Melayu British, untuk menempuh pendidikan agama Islam dengan seorang ulama terkenal di sekolah berasrama di sana selama tujuh tahun.[2][3] Selepas menamatkan pendidikannya, Ahmad mengembara ke Makkah untuk menunaikan haji.[2][3] Beliau mengembara dari Tanah Melayu British dengan berjalan kaki dan melawat ke beberapa negara untuk mencari pendapatan dan logistik tambahan demi perjalanannya.[2][3]. Selepas menunaikan haji, Ahmad menetap di Makkah selama tiga tahun untuk mempelajari pengetahuan agama Islam kepada para ulama terkenal di sana.[2][3] Beliau kemudian berpindah ke Perak selepas menamatkan pendidikan dan menetap di sana selama 10 tahun.[2][3]

Kehidupan peribadi

sunting

Ahmad pertama kali berkahwin dengan Rohimah binti Sani, seorang wanita Melayu dari Perak, selepas pulang dari Makkah dan mempunyai 15 orang anak.[1][2][3] Semasa menjadi pendidik di Bengkalis, beliau berkahwin kali kedua dengan Khadijah binti Sulaiman, dan mempunyai lima orang anak.[1][4][3] Kedua-dua perkahwinan itu kekal sehingga kematian Ahmad pada tahun 1949.

Kematian

sunting

Ahmad meninggal dunia pada s. 1949 dan dikebumikan di Kampung Pangkalan Batang.[5] Umurnya dilaporkan 60 dan 63 tahun.[5][3]

Kerjaya

sunting

Ahmad memulakan kerjayanya sebagai pendakwah di Perak dan menghabiskan masanya dengan berdakwah kepada penduduk tempatan tentang ilmu keagamaan Islam.[6][3] Pada tahun 1924, beliau kembali ke Bengkalis dan mendirikan sekolah Islam dengan sistem pembelajaran halaqa di Masjid Raya Parit Bangkong, dan tinggal di sana selama 10 tahun.[2][7][3] Sekolah tersebut mengajarkan beberapa keilmuan, antaranya tafsir, fiqah, tauhid, nahwu shorof, dan tarikh Islam, dan sebagainya.[2] Pelajar Ahmad, antaranya Abdullah Nur, Zakaria bin Muhammad Amin, Muhammad Sidik, Muhammad Toha, Ismail, dan Umar, yang juga turut mengajar di sekolah berkenaan.[8][7][3] Beliau juga menjadi guru agama di sebuah sekolah berhampiran rumah anak yatim dan mengajar ilmu agama Islam kepada penduduk di masjid dan surau di Bengkalis dan kawasan sekitarnya tanpa mendapat bayaran.[3] Setiap awal bulan Ramadan, beliau pulang ke Perak untuk berkumpul bersama keluarga dan pulang ke Bengkalis selepas hari raya Aidilfitri untuk meneruskan aktiviti mengajar.[4][3]

Pada tahun 1930, Ahmad mengajak keluarganya yang berada di Perak berpindah ke Bengkalis dan meneruskan aktiviti pendidikan dan dakwah di pulau itu.[4][3] Selama menjalankan aktiviti tersebut, beliau menghadapi cabaran berupa Ilmu hitam yang berkembang di kawasan tersebut yang telah meragut ramai mangsa dan menerima ancaman keracunan daripada penduduk setempat.[4][3] Ahmad berjaya mengharungi ancaman itu dan kemudian membangunkan masyarakat sehingga ilmu hitam tersebut perlahan-lahan hilang dari Bengkalis.[4][3] Beliau kemudiannya mendirikan sebuah masjid di Pangkalan Batang yang diberi nama Masjid Al-Muttaqin.[4]

Pada tahun 1937, bersama dengan Zakaria bin Muhammad Amin, Ahmad mendirikan sekolah Al-Khairiyah, iaitu sekolah formal pertama di Bengkalis dan menjadi guru di sana selama lebih kurang 10 tahun.[9][10] Sekolah ini dibina di atas tanah wakaf milik Abdul Rahman di Masjid Raya Parit Bangkong yang terletak di Jalan Sultan Syarif Kasim, yang kini merupakan bekas Rumah Anak Yatim Dayang Dermah.[11][12] Pelajar di Al-Khairiyah datang dari pelbagai daerah, seperti Selat Panjang, Bagansiapiapi, Rupat, Tanah Putih, Merbau, Sungai Apit, Bukit Batu, dan lain-lain.[13] Selepas penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun tiba di Bengkalis, pada tahun 1943, Al-Khairiyah ditutup dan para pelajar dikembalikan ke tanah air masing-masing.[11][7]

Selama masa pendudukan Jepang, aktiviti pendidikan di sekolah dihentikan karena tentara Jepun melarang adanya aktiviti atau persatuan yang mengajar ilmu agama.[5][3] Keadaan yang tidak selamat dan kondusif ini mengakibatkan sekolah ditutup sehingga Ahmad pulang ke Perak.[5][3] Selepas Jepun meninggalkan Indonesia, beliau kembali ke Bengkalis dan meneruskan kegiatannya sehingga kematiannya.[5][3]

Legasi

sunting

Pada 23 Oktober 2017, nama Ahmad telah dirasmikan sebagai nama perpustakaan daerah Bengkalis.[14][15]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Sugiarto 2020, m/s. 7.
  2. ^ a b c d e f g h i j Sugiarto 2020, m/s. 8.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u Isa, Amrizal (2015-09-01). "Profil Ulama Bengkalis Tuan Guru Haji Ahmad". LPTQ Bengkalis. Dicapai pada 2024-06-11.
  4. ^ a b c d e f Sugiarto 2020, m/s. 10.
  5. ^ a b c d e Sugiarto 2020, m/s. 11.
  6. ^ Saputra 2020, m/s. 8.
  7. ^ a b c Pahlefi 2022, m/s. 134.
  8. ^ Sugiarto 2020, m/s. 8-9.
  9. ^ Sugiarto 2020, m/s. 9-10.
  10. ^ Pahlefi 2020, m/s. 134.
  11. ^ a b Sugiarto 2020, m/s. 9.
  12. ^ Pahlefi 2022, m/s. 135.
  13. ^ Pahlefi 2020, m/s. 135.
  14. ^ Natsir, Muhammad (2017-10-23). "Dinas Perpustakaan Dan Arsip Bengkalis Resmikan nama Perpustakaan Tuan Guru Haji Ahmad". Tribun Bengkalis (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-06-11.
  15. ^ Suryaman, Babam (2017-10-25). "Bupati Bengkalis Resmikan Perpustakaan Tuan Guru Haji Ahmad". PPID Kabupaten Bengkalis (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-06-11.

Bibliografi

sunting