Bengkalis

kabupaten di provinsi Riau, Indonesia

Kabupaten Bengkalis adalah salah satu kabupaten di Provinsi Riau, Indonesia. Ibukota kabupaten ini terletak di Pulau Bengkalis. Kota terbesar di kabupaten ini adalah Duri sebagai pusat penghasil petroleum dan Selat Panjang sebagai kota perdagangan penghasil sagu.

Kabupaten Bengkalis
Kawasan tahap II
Lambang Kabupaten Bengkalis
Cogan kata: Negeri Junjungan
Peta lokasi Kabupaten Bengkalis
Peta
Kabupaten Bengkalis yang terletak di Sumatra
Kabupaten Bengkalis
Kabupaten Bengkalis
Kabupaten Bengkalis yang terletak di Indonesia
Kabupaten Bengkalis
Kabupaten Bengkalis
Koordinat: 1°29′23″N 102°04′47″E / 1.4897°N 102.0797°E / 1.4897; 102.0797
Negara Indonesia
ProvinsiRiau
Tanggal berdiri-
Dasar hukum-
Ibu kotaBengkalis
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 13
  • Kelurahan: -
Pentadbiran
 • [[Bupati String Module Error: String subset index out of range|Bupati]]Drs. H. Syamsurizal
Keluasan
 • Jumlah10,683.25 km² (versi UU No 12/2,009) km2 (Bad rounding hereFormatting error: invalid input when rounding batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah658,034 (2,007)
Demografi
 • AgamaIslam, Kristian, Animisme
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Kode telepon0763
APBD-
DAU-
Laman sesawangwww.bengkalis.go.id

Kabupaten Bengkalis terletak di sebelah timur Pulau Sumatera yang mencakup kawasan seluas 11,481.77 km² bersempadan dengan Melaka, Malaysia di sebelah utara, Kabupaten Siak di sebelah selatan, Kabupaten Karimun, dan Kabupaten Pelalawan di sebelah timur, Kota Dumai, dan Kabupaten Rokan Hilir di sebelah barat

Penghasilan terbesar Kabupaten Bengkalis adalah petroleum, yang menjadi sumber pendapatan terbesar daerah tersebut bersama dengan gas.

Kabupaten Bengkalis mempunyai letak yang sangat strategik kerana adanya perhubungan perkapalan langsung ke Melaka. Ramai penduduk kabupaten Bengkalis memilih Melaka untuk rawatan kesihatan di tiga buah hospital swasta. Feri berulang-alik ke Melaka 3 kali seminggu hanya menempuh masa selama 2.5 jam.

Bengkalis juga termasuk dalam salah satu program Indonesia Malaysia Singapore Growth Triangle (IMS-GT) dan Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT-GT).

Pentadbiran

sunting

Kabupaten Bengkalis dipimpin oleh seorang Bupati, Drs. Haji Syamsurizal, MM, dan Wakil Bupati, Haji Normansyah A.Wahab. Kabupaten ini terdiri dari 8 kecamatan, dan Bengkalis sebagai ibu kota Kabupaten dikenali juga dengan nama Kota Terubuk kerana daerah ini pada masa dahulu adalah penghasil ikan terubuk yang utama. Namun, kini ikan terubuk semakin berkurangan akibat pencemaran alam sekitar.

Keadaan Geografi

sunting

Bengkalis terbahagi kepada dua bahagian, iaitu daratan dan kepulauan. Bengkalis merupakan daerah yang terdiri dari dataran-dataran rendah, dengan purata ketinggian sekitar 1 sehingga 6.1 m di atas permukaan laut. Di daerah ini juga terdapat beberapa sungai, tasik, serta 26 pulau besar dan kecil.

Pulau-Pulau besar itu adalah Pulau Rupat (1.524,84 km2), Pulau Tebing Tinggi (1.436,83 km2), Pulau Bengkalis (938,40 km2), Pulau Rangsang (922,10 km2), Pulau Padang dan Pulau Merbau (1.348,91 km2).

Bengkalis mempunyai iklim tropika yang sangat dipengaruhi oleh iklim laut, dengan suhu 260C – 320C. Musim hujan terjadi sekitar bulan September – Januari dan musim kemarau terjadi sekitar bulan Februari hingga Ogos.

Pengangkutan

sunting

Pengangkutan feri digunakan untuk menghubungkan daerah kepulauan, termasuk feri ke Tanjung Pinang, Batam dan Melaka. Pengangkutan darat menghubungkan Kota Duri dan Sungai Pakning dengan Dumai dan Pekanbaru, ibu kota Provinsi Riau. Pengangkutan darat juga menghubungkan kota-kota lainnya di Sumatera.

Selain itu, disediakan feri penyeberangan (RO-RO) untuk menghubungkan Pulau Bengkalis dengan Sungai Pakning, sekaligus untuk membuka akses ke seluruh kota-kota kecil dan besar di Pulau Sumatera.

Lapangan terbang berada di pinggiran Sungai Pakning untuk kegunaan khas Pertamina Untuk masa yang akan datang, lapangan terbang ini dirancang dapat digunakan untuk pesawat komersial.

Lihat juga

sunting