Watak-watak dalam Fate/stay night

rencana senarai Wikimedia

Rencana ini merupakan senarai watak-watak daripada sebuah novel visual eroge Jepun berjudul Fate/stay night, ciptaan Type-Moon dan diadaptasi sebagai sebuah siri anime oleh Studio Deen. Pelakon suara latar bagi setiap watak adalah untuk judul versi PlayStation 2 dan siri anime Fate/stay night.

Watak-watak utama

sunting
 
Shirō Emiya dan Saber
Shirō Emiya (衛宮 士郎, Emiya Shirō)
  • Disuarakan oleh: Noriaki Sugiyama (Bahasa Jepun), Sam Riegel (Bahasa Inggeris)
Shirō merupakan protagonis dan watak utama kisah Fate/stay night. Sebagai seorang remaja, Shirō suka mambantu, bersifat amanah dan rajin berkerja. Apabila dia mempunyai masa untuk diluangkan, dia gemar membaiki benda-benda rosak, memasak dan membersihkan persekitaran. Walaupun kurang menerima galakkan ayah angkatnya untuk meningkatkan prestasi diri, Shirō masih mempunyai bakat dalam hal-ehwal sihir dan mampu melakukan satu atau dua sihir asas. Dari permulaan perang Holy Grail, Shirō telah cuba untuk melindungi orang lain dan membahayakan dirinya sendiri, termasuklah daripada Servant yang diserunya, Saber.
Saber (セイバー, Seibā)
  • Disuarakan oleh: Ayako Kawasumi (Bahasa Jepun), Kate Higgins (Bahasa Inggeris)
Saber merupakan Servant yang diseru Shirō dalam episod 2. Tanpa disedari Masternya, Saber sebenarnya merupakan pahlawan yang tangkas, kuat, setia dan berdikari. Saber sering memendamkan emosi dan perasaannya daripada orang lain (termasuk Masternya) untuk menumpukan perhatian kepada objektifnya. Kelas Saber dianggap yang "Paling Cemerlang" dan mempunyai penarafan yang tidak boleh ditandingi Servant lain dalam setiap kategori. Shirō yang tidak mampu menggantikan Mana Saber telah memaksa Servantnya untuk berhati-hati menggunakannya. Saber berasa kesal atas perlakuan Shirō yang selalu sahaja ingin melindungi dirinya dan melarangnya untuk bertarung, dan dia percaya bahawa kelakuannya itu akan menggagalkan peluang mereka untuk memenangi perang Holy Grail itu.


 
Rin Tōsaka dan Archer
Rin Tōsaka (遠坂 凛, Tōsaka Rin)
  • Disuarakan oleh: Kana Ueda (Bahasa Jepun), Mela Lee (Bahasa Inggeris)
Rin Tōsaka merupakan pelajar di sekolah Shirō yang model dan idola murid-murid di situ. Secara rahsianya dia telah mengamalkan seni sihir dan telah menyeru seorang Servant untuk mengambil bahagian dalam peperangan Holy Grail. Seorang profesional dalam bidang sihir, Rin tidak mempelajari seni sihir secara formal meskipun berketurunan ahli sihir. Ayahnya terbunuh dalam peperangan Holy Grail yang keempat. Sejak kejadian itu Rin telah berkerja keras untuk menggantikan ayahnya. Rin bersifat cekap, pintar dan penuh hasrat kompetitif. Rin telah bertekad ingin menyeru Saber, namun akibat kecuaiannya dia telah menyeru Archer. Dari awal siri ini, Rin kurang suka akan Archer, namun mereka lebih berkerjasama selang beberapa episod.
Archer (アーチャー, Āchā)
  • Disuarakan oleh: Junichi Suwabe (Bahasa Jepun), Liam O'Brien (Bahasa Inggeris)
Seorang Servant kepada Rin Tōsaka, Archer gemar bersikap sinis di hadapan Masternya, namun dia sebenarnya mempunyai sejarah yang gelap yang penuh komplikasi. Akibat seruan yang kurang lengkap, Archer kehilangan memori tentang diri dan kehidupannya sebelum diseru. Kelasnya iaitu Archer tidak melarang dirinya daripada menggunakan pedang kembar yang sering digunakannya dalam pertarungan. Archer kurang menyukai idealisme Shirō untuk "menyelamatkan semua orang" dan menganggapnya sebagai suatu kepercayaan yang lemah dan penuh fantasi, dan sukar dan hampir mustahil untuk dilakukannya.
 
Illyasviel von Einzbern dan Berserker
Illyasviel von Einzbern (イリヤスフィール・フォン・アインツベルン, Iriyasufīru fon Aintsuberun)
  • Disuarakan oleh: Mai Kadowaki (Bahasa Jepun), Stephanie Sheh (Bahasa Inggeris)
Seorang bangsawan Teutonik, dia telah mengembara ke Jepun untuk mengambil bahagian dalam peperangan Holy Grail sebagai seorang Master. Illyasviel mempunyai rupa yang sungguh suci dan comel, namun masih mempunyai tahap kuasa magik yang tinggi. Dia tinggal bersama-sama Servantnya dan dua orang gajinya di sebuah istana di luar kawasan Fuyuki City. Illyasviel menyuruh mereka yang mengenalinya untuk memanggilnya hanya sebagai "Ilya".
Berserker (バーサーカー, Bāsākā)
  • Disuarakan oleh: Tadahisa Saizen (Bahasa Jepun), Michael McConnohie (Bahasa Inggeris)
Seorang gergasi yang juga merupakan Servant Illyasviel. Dengan kulitnya sekuat besi dan ototnya yang cukup kasar, Berserker menggunakan sejenis kapak besar sebagai senjatanya, membolehkanny melakukan kemusnahan maksimum dengan satu hayunan pedangnya sahaja. Sebagai seorang Servant, Berserker telah hilang siuman dan bersikap ganas dan berupa binatang. Kelas "Berserker" dipercayai mempunyai pahlawan yang paling hebat dari segi kekuatan, meskipun mereka selalu belot terhadap Master mereka dan sukar untuk dikawal. Namun begitu, Ilya tidak mempunyai sebarang masalah mengawal Berserkernya.
Sakura Matō (間桐 桜, Matō Sakura)
  • Disuarakan oleh: Noriko Shitaya (Bahasa Jepun), Sherry Lynn (Bahasa Inggeris)
Seorang pelajar sekolah menengah tahun satu, Sakura merupakan adik kepada Shinji Matō. Selepas kematian ayah Shirō, Sakura sering menziarahi Shirō di rumahnya untuk membantu mengemas rumah, memasak dan kerja-kerja harian Shirō yang lain. Meskipun Shinji berasal daripada keturunan ahli sihir, dia menyatakan bahawa adiknya tidak mempunyais sebarang pengetahuan tentang magik atau keturunan asal mereka. Sakura bersifat pemalu dan segan, namun cekal di hati. Selain kejujurannya menolong Shirō, Sakura sebenarnya menyukainya dari awal kisah ini.
 
Shinji Matō dan Rider
Shinji Matō (間桐 慎二, Matō Shinji)
  • Disuarakan oleh: Hiroshi Kamiya (Bahasa Jepun), Doug Erholtz (Bahasa Inggeris)
Abang kepada Sakura Matō dan rakan lama Shirō, Shinji memegang jawatan sebagai naib presiden dalam dojo kelab memanah dan merupakan pelajar yang popular di sekolahnya. Sepert Rin Tōsaka, Shinji berasal daripada keturunan ahli sihir, namun keluarga Matō kekurangan ajaran sihir dari generasi yang sebelumnya. Shinji kurang menyukai sikap adiknya yang selalu menziarahi rumah Shirō dan secara terbukanya mengaku menyukai Rin, walaupun tidak dilayan perempuan yang diminatinya itu.
Rider (ライダー, Raidā)
  • Disuarakan oleh: Yu Asakawa (Bahasa Jepun), Karen Strassman (Bahasa Inggeris)
Rider merupakan Servant Shinji. Dia bersifat senyap, lengai tetapi cukup berwaspada akan persekitarannya daripada musuh. Disebabkan Masternya yang tidak mempu menyumbangkan Mana untuk kegunaannya dalam pertarungan, Rider dipaksa mencari jalan alternatif untuk menggantikan Mana yang digunakan, termasuklah menyerap roh-roh tenaga manusia. Senjata kegemarannya ialah sejenis rantai yang terdiri daripada beberapa paku-paku besi panjang yang dilekatkan di kedua-dua bahagian akhir rantai tersebut yang digunakannya untuk serangan jarak jauh.

Watak-watak sampingan

sunting
Kirei Kotomine (言峰 綺礼, Kotomine Kirei)
  • Disuarakan oleh: Jouji Nakata (Bahasa Jepun), Jamieson Price (Bahasa Inggeris)
Kirei merupakan perantara di antara tujuh orang Master dan Servant dalam perang Holy Grail yang kelima ini. Berdasarkan kontrak di antara Persatuan Ahli Sihir dan Gereja Roman Katolik, perang-perang Holy Grail perlu "dinilai" dan "dijaga" oleh seorang paderi. Ayah Kirei pernah menjadi perantara untuk perang Holy Grail yang keempat, dan diganti oleh Kirei sendiri selepas kematiannya. Kirei berpihak kepada kedua-dua organisasi, iaitu Persatuan Ahli Sihir dan Gereja tersebut, yang saling berbalah antara satu sama lain. Sejak kematian ayah Run, Kirei telah bertanggungjawab secara tidak langsung akannya. Kirei muncul dalam siri Tsukihime, juga merupakan ahli Gereja jauh di bawah Ciel, namun mempunyai teknik dan senjata yang hampir sama dengannya.
Lancer (ランサー, Ransā)
  • Disuarakan oleh: Nobutoshi Canna (Bahasa Jepun), Tony Oliver (Bahasa Inggeris)
Lancer mula-mula muncul apabila dia cuba membunuh Archer. Lancer merupakan seorang Servant yang seimbang meskipun ganas dan gemar bertarung dengan lawan-lawan yang mampu bertarung sehebatnya. Sikap Lancer yang kurang serius terhadap hidup dan mati sering menjadi faktor yang menggerunkan pihak lawan dan Master mereka. Lancer dianggap mempunyai kelas yang "Paling Tangkas" di antara Servant yang lain.
Kiritsugu Emiya (衛宮切嗣, Emiya Kiritsugu)
  • Disuarakan oleh: Rikiya Koyama (Bahasa Jepun), Kirk Thornton (Bahasa Inggeris)
Ayah angkat Shirō dan lelaki yang menyelamatkan nyawanya daripada api besar yang membara Fuyuki City, Kiritsugu bertekad menjadi Wira Keadilan, yakni seorang pembela kehidupan manusia yang mampu melindungi mereka yang lemah. Dia merasakan bahawa dia gagal berbuat demikian, namun usahanya merupakan sumber inspirasi Shirō. Kiritsugu pernah menjadi seorang ahli sihir, namun dia tidak pernah mengajar Shirō tentang sihir atau magik dengan serius, juga Shirō sendiri yang kurang berbakat dalam bidang tersebut. Dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian di awal permulaan Fate/stay night di atas sebab yang tidak diketahui.
Taiga Fujimura (藤村 大河, Fujimura Taiga)
  • Disuarakan oleh: Miki Ito (Bahasa Jepun), Julie Ann Taylor (Bahasa Inggeris)
Dia merupakan guru bahasa Inggeris di sekolah Shirō, guru penasihat kelab dojo memanah dan guru kelas Shirō sendiri. Dia cukup popular dikalangan murid-murid sekolah dengan gelaran "Tiger" [Harimau] (タイガー, Taigā), meskipun gelaran tersebut dibencinya ("Taiga" dan "Tiger" disebut hampir sama dalam bahasa Jepun), tetapi Shirō sendiri memanggilnya sebagai "Fuji-nee" (kakak Fuji). Selepas kematian Kiritgusu, Taiga menjadi penjaga Shirō dan hidup bersama-samanya untuk beberapa tahun. Taiga dan Shirō mempunyai hubungan yang sanagat rapat, dan Shirō dianggapnya sebagai adiknya sendiri.
Gilgamesh (ギルガメッシュ, Girugamesshu)
  • Disuarakan oleh: Tomokazu Seki (Bahasa Jepun), Grant George (Bahasa Inggeris)
Seorang Servant berkelas Archer yang bersifat bongkak, angkuh, dan rumit. Dia tampak biasa sahaja dengan kawasan di Fuyuki City dan mendakwa mempunyai hubungan dengan Saber. Bersama-sama pakaian dan perisai emasnya, Gilgamesh mempunyai bilangan Noble Phantasm yang berimbum banyaknya, meskipun mereka tidak mewakili identiti sebenar dirinya di masa lampau.
Sōichirō Kuzuki (葛木 宗一郎, Kuzuki Sōichirō)
  • Disuarakan oleh: Kazuhiro Nakata (Bahasa Jepun), Patrick Seitz (Bahasa Inggeris)
Seorang lelaki yang bertubuh tegap, berkaca mata segiempat dengan rambut yang konservatif, Sōichirō merupakan guru kelas Rin dan secara umumnya mengajar mata pelajaran Sejarah namun dia mengajar subjek Etika juga. Sōichirō dihormati tinggi para pelajar dan kakitangan, namun segolongan besar menganggapnya terlalu serius dan keras hati.
Caster (キャスター, Kyasutā)
  • Disuarakan oleh: Atsuko Tanaka (Bahasa Jepun), Tara Platt (Bahasa Inggeris)
Dia merupakan tetamu kehormat keluarga Ryūdō, dibenarkan tinggal di dalam kuil mereka sehingga persediaan perkahwinannya selesai. Caster merupakan seorang wanita yang cantik dan berbakat daripada kerabat yang tinggi namun diselubungi misteri
Assassin (アサシン, Asashin)
  • Disuarakan oleh: Shinichiro Miki (Bahasa Jepun), David Vincent (Bahasa Inggeris)
Seorang Servant bersendirian, berpakaian tradisional Jepun iaitu hakama dan kimono dengan haori berwarna indigo. Lelaki kacak ini adalah penunggu di pintu masuk Kuil Ryūdōji. Bersikap senyap dan tenang, dia tidak sabar ingin bertarung dengan Servant yang lain, terutamanya Saber. Meskipun berkelas sama dengan True Assasin, dia tidak harus disamakan atau dikelirukan dengannya.

Watak-watak kecil

sunting

Leysritt (リーゼリット, Rīzeritto) dan Sella (セラ, Sera)

Mereka berdua merupakan orang gaji Ilya, namun mereka berperanan lebih sebagai penjaganya dan menunjuk-ajarnya ke dunia sihir. Seperti Ilya, mereka berdua mempunyai rambut perang halus dan mata semerah cili. Sifat Sella saling berubah-ubah dan dia sering berasa kurang selesa dengan dirinya (lebih-lebih lagi tentang badannya), dan amat curiga akan Shirō Emiya. Leysritt pula, lebih bersifat "bersahaja", dan menyukai Shirō kerana kehadirannya menggembirakan Ilya. Leysritt mahir dalam pertarungan dan mampu mengorbankan dirinya untuk menyeru The Dress of Heaven, sejenis artifak keluarga Einzbern yang mampu melakukan beberapa "magik benar" (魔法, Mahō); keajaiban yang mampu mengatasi batasan sains moden mahupun sihir sendiri.
Ayako Mitsuzuri (美綴 綾子, Mitsuzuri Ayako)
Seorang atlet dan kapten dalam kelab dojo memanah, Ayako dan Rin sering bersaing untuk melihat siapa yang mampu mendapat teman lelaki terlebih dahulu. Ayako merupakan kenalan kepada Shirō, dan dia kadang-kala bersikap garang terhadapnya, namun dia bersifat baik hati dan belas kasihan.
Yukika Saegusa (三枝 由紀香, Saegusa Yukika)
Yukika merupakan pengurus Pasukan Lumba-lari sekolahnya, disukai kebanyakan rakan kelasnya.
Kaede Makidera (蒔寺 楓, Makidera Kaede)
Kaede merupakan seorang perempuan yang cantik namun cukup bising dan seorang pelari yang teruk. Rin tidak suka akannya.
Kane Himuro (氷室 鐘, Himuro Kane)
Kane merupakan salah satu rakan kepada Yukika dan Kaede. Dia bertimbang rasa dan bijaksana.
Issei Ryūdō (柳洞 一成, Ryūdō Issei)
Issei merupakan Presiden Badan Pelajar sekolah Shirō, juga merupakan rakan karibnya. Ayahnya merupakan ketua paderi di Kuil Ryūdōji, dan abangnya adalah rakan sekelas Taiga dan Neko-san. Dia tidak menyukai Rin dan agak gerun terhadap kaum perempuan, walaupun dia agak tenang di samping Saber.
Otoko Hotaruzuka (蛍塚音子, Hotaruzuka Otoko)
Majikan Shirō dan pemilik asal sebuah kedai minuman keras, iaitu The Copenhagen Bar. Dia tidak suka akan namanya, iaitu Otoko (secara fonetiknya sama dengan perkataan Jepun untuk "lelaki"), lebih gemar dipanggil "Neko". Hubungannya dengan Shirō cukup rapat dan selalu memanggilnya dengan nama timangannya, iaitu "Emi-yan". "Neko" menganngap Taiga sebagai suatu pengaruh buruk terhadap pekerja sanjungannya itu.
Raiga Fujimura (藤村雷画, Fujimura Raiga)
Lebih dikenali sebagai datuk kepada Taiga, Raiga ialah merupakan Oyabun (組長 ketua keluarga) sebuah kumpulan yakuza yang beroperasi di Fuyuki City. Dia merupakan rakan lama Kiritsugu Emiya, dan sebagai balasan, menjaga estet Kiritsugu selepas kematiannya menggantikan tempat Shirō.
Zōken Matō (間桐 臓硯, Matō Zōken)
Zōken merupakan seorang ahli sihir lama yang penuh kepintaran dan kekuatan, juga merupakan ketua keluarga Matō dan dikenali juga sebagai datuk kepada Shinji dan Sakura. Zōken telah mengumpul pengetahuan tentang sihir yang besat, meskipun ajarannya cukup tegas dan kasar. Zōken menganggap Shinji sebagai satu keaiban sebagai seorang ahli sihir, dan percaya bahawa Sakura mempunyai potensi yang lebih tinggi daripadanya.
True Assassin (真アサシン, Shin Asashin)
Seorang Servant yang berbahaya dengan peranan dan kemunculan yang terhad dalam Fate/stay night dan Fate/hollow ataraxia, namun peranannya dikembangkan dalam Fate/Zero. Gelaran "True" (Benar) dalam namanya adalah untuk membezakan dirinya daripada Servant kelas Assassin lain yang telah merampas kedudukannya dalam perang masa kini. Setiap True Assassin berkongsi satu identit kolektif dan muncul dalam setiap perang Holy Grail sebelum ini. Mereka adalah popular dengan pakaian hitam dan berkoyak-rabak, juga dengan topeng bertengkorak yang mereka gunakan untuk menyembunyikan identiti mereka.
Zelretch (ゼルレッチ, Zeruretchi)
Zelretch merupakan salah satu daripada lima ahli sihir yang masih hidup yang berkebolehan dalam "magik sebenar". Keajaiban Zelretch yang menonjol dikenali sebagai "Kaleidoscope", yang dapat memberinya kuasa mengawal kemungkinan-kemungkinan alternatif. Diperkenalkan secara asalnya dalam Tsukihime, dia muncul sebagai watak kameo dalam senario Heaven's Feel dalam Fate/stay night.
Luvia Zeritta Edelfelt (ルヴィア・ゼリッタ・エーデルフェルト, Ruvaia Zeritsuta Ederufuruto)
Berketurunan keluarga Edelfelt yang telah beraksi dalam perang Holy Grail yang ketiga bersama-sama Master kembar, di mana salah satu daripada mereka adalah nenek moyang keluarga Tōsaka, mempercayai bahawa ia adalah menguntungkan dengan mempunyai dua orang Servant. Luvia, iaitu seorang pelajar di Persatuan Ahli Sihir, bersikap bongkak dan sering bertekak dengan pelajar-pelajar lain, termasuklah Rin Tōsaka.Kuasanya adalah sama dengan kuasa Rin, dan dia hanya muncul dalam Fate/hollow ataraxia.
Lizleihi Justica von Einzbern
Dikenali sebagai Santo Musim Sejuk, Justica merupakan manusia kerdil (homunculus) di mana keluarganya telah mengidamkan Holy Grail sebelum Peperangan Holy Grail bermula. Apabila percubaan demi percubaan mereka gagal, keluarga Einzbern dengan perasaan penuh ragu-ragu telah menerima bantuan daripada keluarga Tōsaka dan Makiri (Matō). Di bawah panduan Zelretch, mereka telah membentuk Peperangan Holy Grail. Justica bersetuju untuk mencipta saluran bagi Holy Grail tersebut; justeru, waris-warisnya (Illyasviel von Einzbern serta ibunya, Irisviel) memiliki serpihan-serpihan memori dan personaliti Justica di dalam tubuh mereka, termasuklah mirip wajah yang seakan-akannya secara genetik.

Rujukan

sunting