Rider (Fate/stay night)

Rider merupakan watak cereka daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Rider

Dia merupakan Servant kepada Shinji, pertama kali dilihat merayau-rayau disekitar Homurabara Gakuen. Rider bersikap pendiam, lengai, dan berwaspada, dan tidak sesekali mempunyai keraguan untuk melindungi Masternya daripada bahaya. Disebabkan Masternya sendiri yang tidak mampu membekalkannya Mana, dia dipaksa mencari laternatif lain untuk meningkatkan kebolehannya. Sebagai pegganti terhadap keadaanya yang lemah ini, Rider menggunakan taktik pertarungan dan mengambil kesempatan penuh terhadap mana-mana wilayah disekitarnya. Senjata pilihannya ialah sebuah rantai dengan beberapa pasang paku-paku besi yang dilekatkan di dua-dua hujungnya, dilempar Rider dari jarak yang sesuai.

Seiyu watak Rider ialah Yu Asakawa dan alihan suara bahasa Inggeris dilakukan oleh Karen Strassman.[1]

Status Servant

sunting


Master: Shinji Matō Sakura Matō Jantina: Wanita Warna: Ungu
Penjajaran: Baik berkelam-kabut Baik berkelam-kabut Ketinggian: 172 cm Kebolehan: Menunggang kuda, akrobatik, menghendap
Noble Phantasm: A+ A+ Berat: 57 kg Kegemaran: Alkohol, membaca, ular
Kekuatan: C B Rintangan Sihir: B Tidak suka: Cermin, ukuran ketinggian
Ketahanan: E D Tunggangan:: A+ Musuh: Saber, Sōichirō Kuzuki, Assassin
Ketangkasan: B A Mata Mistik: A+ Buah dada: 88 cm
Mana: B B Tindakan bebas: C Pinggang: 56 cm
Tuah: D E Sifat ketuhanan: E- Pinggul: 84 cm
Kekuatan gergasi: B

Kebolehan

sunting
  • Rintangan Sihir
Tahap: B
Kebolehan untuk membatalkan atau mengecilkan kesan sihir yang digunakan. Pada tahap ini, sihir-sihir yang perlu diaktifkan dengan tiga atau kurang baris akan terbatal, dan sihir-sihir yang lebih tinggi akan dikenakan denda. Para Servant dalam kelas Rider selalunya tidak memiliki kebolehan ini.
  • Tunggangan
Tahap: A+
Kebolehan untuk menunggang makhluk-makhluk dan kenderaan. Pada tahap ini, dia mampi mengendalikan sebarang binatang ataupun objek, mahupun makhluk pada pangkat tinggi (Makhluk Suci), hanya golongan naga sahaja yang terkecuali.
 
Rider, menggunakan Mata Mistik
  • Mata Mistik
Tahap: A+
Suatu kebolehan semula jadi, mata istimewa dengan kuasa khas untuk memberi kesan kepada dunia luar. Mata milik Rider, iaitu Cybele, mempunyai kuasa pembatuan. Dia diberi kedudukan sebagai Permata dalam kalangan Noble Colors, mata-mata miliknya ini mampu mengubah sesiapa sahaja dalam lingkaran penglihatannya menjadi batu tidak mengambil kira niatnya. Kesan ini akan diaktifkan meskipun mangsa tidak melihatnya, dan Rider tidak mampu "menutup" kuasa ini. Statistik Mana tinggi diperlukan untuk melindungi diri daripada kesannya. Pada tahap ini, sesiapa di bawah tahap B akan menjadi batu serta merta, dan sekiranya mangsa mempunyai rintangan maka statistik dirinya akan diturunkan satu mata.
  • Tindakan berdikari
Tahap: C
Kapasiti Servant untuk terus wujud tanpa seorang Master. Pada tahap ini, Rider mampu wujud untuk satu hari tanpa kontrak yang sah.
  • Sifat ketuhanan
Tahap: E-
Sifat ketuhanan yang wujud dalam darah daging makhluk. Dikategorikan sebagai seekor raksasa, Rider telah kehilangan segala sifat ketuhanannya.
  • Kekuatan gergasi
Rank: B
Kebolehan yang dimiliki oleh golongan syaitan dan makhluk mistik, meningkatkan statistik Kekuatan dengan satu tahap dalam suatu jangka masa yang bergantung kepada tahap seseorang dalam kebolehan ini. Rider mempunyai suatu keadaan khas di mana, lebih lama dirinya menggunakan kebolehan ini rupanya akan lebih menyerupai raksasa lagenda iaitu Gorgon.

Noble Phantasm

sunting
 
Rider, mengaktifkan Blood Fort Andromeda
  • Blood Fort Andromeda (ブラッドフォート・アンドロメダ, Buraddo Fotto Andoromeda): Kunci-luaran. Kuil Berdarah (他者封印・鮮血神殿, Tosha fūin, senketsu shinden)
Tahap: B
Jenis: Anti-Kubu .
Dengan menggunakan darahnya sebagai bahan komponen, Rider mampu mencipta sebuah lapisan halangan merah yang berbentuk kubah disekeliling musuh-musuhnya. Mangsa yang terperangkap di dalam kubah ini akan dilarutkan menjadi darah dan bahan organik, yang kemudiannya diserap oleh Rider sebagai sumber Mana. Meskipun Noble Phantasm ini berkesan dalam menutup jalan keluar bagi mangsa yang melarikan diri, fungsi utamanya adalah untuk pengumpulan Mana. Penggunaan Noble Phantasm ini merosakkan peredaran Mana di kawasan ia digunakan, mengehadkan penggunaan Mana dalam kawasan tersebut. Andromeda merupakan nama kepada puteri yang berkahwin dengan Perseus, anak lelaki Zeus dan pembunuh Medusa.


  • Breaker Gorgon (ブレーカー・ゴルゴーン, Burēkā Gorugōn): Kunci-Diri. Kuil Kegelapan (自己封印・暗黒神殿, Jigo fūin, ankoku shinden)
Tahap: C-
Jenis: Sokongan.
Visor yang digunakan Rider untuk menutup Mata Mistik miliknya dikategorikan sebagai Noble Phantasm, direka untuk membenarkan pengurusan kuasa yang dipancarkan daripada tenungannya. Visor tersebut berfungsi dengan menutup mata pengguna di dalam sebuah dunia tersendiri. Potensi kebolehan ini adalah sangat tinggi sehinggakan kesan pembatuan berlaku meskipun mangsa tidak merenung matanya. Noble Phantasm ini memberi penghargaan kepada adik-beradik Gorgon, tiga ekor raksasa sadis daripada mitologi Greek.


 
Rider, menunggang Pegasus sambil menggunakan Bellerophon
  • Bellerophon (ベルレフォーン, Berurefōn): Mengekang Keberanian (騎英の手綱, Kiei no tazuna)
Tahap: A+
Jenis: Anti-Kubu.
Abah-abah dan pelana emas, berkesan hanya jika diletakkan pada makhluk tunggangan Rider, iaitu kuda mitologi yang bersayap iaitu Pegasus. Apabila digunakan bersama-sama Bellerophon, setiap tahap Pegasus dinaikkan satu mata. Bufet yang terdapat pada sayap-sayap Pegasus mampu mencipta gelombang-gelombang kejutan, memusnahkan infrastruktur dan mengoyakkan tubuh badan makhluk-makhluk hidup. Silap mata makhluk lagenda ini dianggap mampu menentang Nobel Phantasm yang terunggul, dan dilakukan secara berasingan daripada Bellerophon. Nama Noble Phantasm ini merupakan rujukan kepada Bellerophon, seorang putera muda yang menjinakkan seekor Pegasus dan membunuh Chimera.


Identiti Sebenar

sunting

Nama sebenar Rider ialah Medusa, makhluk Gorgon daripada mitologi Greek. Medusa, disamping kakak-kakaknya iaitu Stheno dan Euryale, dilahirkan daripada hajat manusia yang inginkan dewi-dewi ideal, bertentangan dengan dewa-dewa Olympus yang tidak sempurna. Ketiga-tiga Gorgon ini dianugerah kecantikan, namun berbeza dengan adik-beradiknya yang lain, Medusa ditakdirkan membesar dan meninggi dalam kehidupannya. Medusa juga disumpah dengan Mata Mistik, yang mengubah setiap manusia yang bernyawa menjadi batu di bawah tenungannya, justeru memaksanya memakai penutup mata. Di atas perbezaan-perbezaan ini, Medusa dibuli oleh kakak-kakaknya yang lain. Pada suatu masa, Medusa diberikan Pegasus sebagai hadiah daripada Poseidon.

Berasa cemburu di atas daya tarikan dewi-dewi itu, Athena memaksa mereka yang menyembah golongan Gorgon itu supaya menyerang mereka, lalu ketiga-tiga dewi itu melarikan diri ke sebuah pulau. Perasaan malu yang menakluki jiwa Medusa menyebabkannya membenci manusia, sehingga sanggup membunuh lelaki-lelaki yang cuba menceroboh masuk yang dibawa oleh nafsu mereka terhadap kakak-kakaknya. Medusa semakin gemar membunuh manusia; kewujudannya menjadi simbol yang mengerikan untuk manusia. Perasaan-perasaan gerun ini, seperti keinginan melahirkan anak-anak Gorgon, mengubah imej dan rupa Medusa yang menjadi Gorgon lagenda. Meskipun seringkali diusik oleh adik-beradiknya, Stheni dan Euryale mencintai Medusa, dan setelah menyedari bahawa mereka bertanggungjawab di atas keganasannya, mereka mengorbankan diri mereka dengan membenarkan Medusa memakan darah dan daging mereka. Akhirnya, makhluk Separa dewa Perseus, dengan lima buah Noble Phantasmnya, memancung kepala Medusa, mengakhiri jasadnya yang terseksa dan hiba. Dalam ambang kematiannya, Medusa menyedari bahawa Stheno dan Euryale, meskipun telah melayannya dengan buruk, telah memberinya memori-memori yang paling manis dalam hidupnya. Dunia Fate/stay night telah mengeluarkan sebarang rujukan kepada rambut-rambut dewi-dewi Gorgon itu yang dicipta daripada ular, sebaliknya menggambarkan rambut mereka sebagai sangat panjang, dan bukannya rambut berular.

Peranan

sunting

Master asal Rider ialah Sakura Matō; akan tetapi, Rider menjadi Servant Shinji apabila Sakura yang tertekan oleh paksaan Shinji, memberikan hak miliknya sebagai Master kepada lelaki itu. Rider tidak menyayangi Shinji, menganggapnya sebagai seorang yang kejam dan keji, namun tetap patuh terhadap arahan-arahannya sebagai Servant yang setia. Disebabkan latar belakang Rider dan Sakura yang seakan-akan serupa, dia berasa kasihan terhadap gadis itu, dan cuba melindunginya jika mampu. Seperti kebanyakan Servant yang mengambil bahagian dalam Peperangan Holy Grail yang ke-5 ini, Rider tidak mempunyai sebarang motivasi untuk memburu Holy Grail tersebut.

Meskipun dianggap sebagai salah satu Servant yang paling handal dalam Peperangan Holy Grail ke-5, Rider dibunuh dalam hampir setiap senario. Dalam senario Fate, Rider dibunuh oleh Saber; dalam Unlimited Blade Works pula Rider dibunuh awal-awal lagi oleh Master Caster, iaitu Sōichirō Kuzuki. Namun, dalam senario Heaven's Feel, Rider dibebaskan daripada kontraknya dengan Shinji, lalu membantu Shirō Emiya dalam pertarungannya dengan Dark Saber dan Angra Mainyu.

Dalam judul Fate/hollow ataraxia pula, Rider seringkali dilihat berada di dalam kediaman Shirō, taksub dengan minatnya iaitu membaca. Dia juga membantu Servant lain dengan menghalang penaklukan Makhluk Shadow Wolf dalam kejadian gerhana Fuyuki.

Dalam Eclipse, iaitu episod bonus dalam Ataraxia, Rider dan Sakura bekerjasama dalam menggoda Shirō lalu melakukan persetubuhan bertiga-tiga. Sebenarnya, ini merupakan tindakan yang dilakukan Rider sendiri demi memaksa Shirō bertindak lebih agresif terhadap Sakura. Namun, Shirō menyedari disebalik motifnya bahawa Rider menaruh perasaan kepadanya. Kemunculan Sakura dalam episod ini adalah sekadar sihir yang dimanipulasikan oleh Rider sahaja, mewakili niat sebenar Rider dalam tindakannya.

Rujukan

sunting