Taiga Fujimura
Taiga Fujimura (藤村 大河 , Fujimura Taiga) merupakan seorang watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun berjudul Fate/stay night ciptaan TYPE-MOON.
Taiga merupakan guru matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah Shirō, guru kelasnya serta guru penasihat kelab Dojo Kyudo sekolah. Dia tidak menyenangi nama gelarannya iaitu Tiger (タイガー , Taigā, secara literal "Harimau") ("Taiga" dan Tiger berbunyi sama dalam bahasa Jepun), meskipun Shirō memanggilnya sekadar "Fuji-nee" (Kak Fuji) sahaja. Selepas kematian Kiritsugu, Taiga menjadi penjaga Shirō dan telah tinggal bersama-samanya buat beberapa tahun. Taiga dan Shirō sangat rapat dengan diri masing-masing, dan Shirō dianggapnya sebagai adik lelakinya sendiri.
Seiyu watak Taiga Fujimura ialah Miki Itou, dan alihan suara bahasa Inggerisnya dilakukan oleh Julie Anne Taylor.[1]
Sejarah
suntingNeneh Taiga, iaitu Raiga Fujimura, merupakan Oyabun (親分 ketua keluarga) sekumpulan yakuza yang beroperasi di Bandar Fuyuki. Seperti Shirō, Taiga telah bersekolah di Homurabara Gakuen, dan pernah menduduki kelas yang sama dengan Reikan Ryūdō, iaitu abang kepada rakan Shirō, iaitu Issei, dan seorang lagi iaitu Otoko Hotaruzuka, iaitu majikan Shirō. Taiga merupakan idola dalam kelab kendo, dan kemudian dikenali sebagai "Harimau Fuyuki" di atas kejaguhannya; jika tidak disebabkan tali berbelang harimau pada shinainya, yang telah dianggap kurang ajar (justeru dirinya dikira tidak layak untuk mengambil bahagian), telah dikatakan namanya mungkin tersebar di seluruh negara Jepun dan menjadi popular. Di sekolah, Taiga telah jantuh cinta dengan Kiritsugu Emiya, dan seringkali singgah di rumahnya untuk berjumpa dengannya; mereka berdua akhirnya menjadi kawan baik, dan Taiga seringkali menjga Shirō semasa dia masih kecil lagi apabila Kiritsugu tiada di pangkuannya.
Peranan
suntingTaiga kebanyakan masanya memainkan peranan besar sebagai watak yang lucu; dia tidak bertanggungjawab dan cuai. Dia tinggal bersama-sama Shirō dalam menjalankan tugasnya sebagai penjaganya, meskipun dia tidak boleh memasak ataupun melakukan perkara-perkara demostik yang lain, selalu sahaja bergantung kepada Shirō untuk mengekalkan kehidupannya. Meskipun begitu, Shirō menghargai kehadiran Taiga, dan berasa lebih gembira jika Taiga bersamanya. Apabila Shirō memerlukan sebarang nasihat, Taiga mampu membantunya sebagai individu yang mampu mendengar rahsia dan kerisauannya.
Taiga sangat memandang tinggi kepada Sakura Matō dan tidak merasakan keperluan untuk menyembunyikan keinginannya melihat Shirō dan Sakura menjadi pasangan kekasih. Pada awalnya, Taiga melayan Saber sebagai seorang asing, disebabkan Saber yang tiba-tiba sahaja menduduki rumah Shirō di bawah keadaan yang mencurigakan. Tetapi, setelah siri ini berlalu, dia lebih mengenali dan membuka hatinya kepada Saber, dan melayannya serupa dengan Sakura dan Shirō. Dari pandangan Saber pula, Taiga merupakan seseorang yang dihormatinya di atas sifatnya yang baik hati dan ikhlas.
Dalam senario Fate, Taiga telah mencabar Saber dalam suatu pertarungan kendō, di mana dia dikalahkan; kebolehan yang ditonjolkan Saber telah menjadi sumber penghormatan Taiga kepadanya, dan pada waktu yang sama, Saber juga telah mengenali peranan Taiga sebagai penjaga Shirō yang sesuai. Pada penghujung peperangan mereka, Shirō dan Taiga telah mengambil Illyasviel von Einzbern sebagai anak angkat, meskipun Illya dan Taiga seringkali bertekak dengan diri masing-masing.
Dalam senario Unlimited Blade Works pula, Taiga diculik oleh Caster sebagai tahanan untuk menarik Shirō dan Saber ke Kuil Ryūdō. Dia kemudiannya dilepaskan bersama-sama Saber setelah kubunya musnah. Taiga tidak memainkan peranan yang besar dalam senario Heaven's Feel.
Rujukan
sunting- ^ "Fate/stay night (TV)". Anime News Network. December 2006. Dicapai pada 2006-12-01.