Kepulauan Galápagos

(Dilencongkan daripada Kepulauan Galapagos)

Kepulauan Galápagos (nama rasmi: Archipiélago de Colón; nama lain dalam bahasa Sepanyol: Islas de Colón or Islas Galápagos) ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi yang tertabur di sekitar khatulistiwa di Lautan Pasifik, 972 km (525 nmi) di barat dari tanah besar negara Ecuador yang menguasai kepulauan ini.

Galápagos Islands
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Map of the Galápagos archipelago
Maklumat am
Nama asliIslas Galápagos
TermasuklahBaltra Island
Bartolomé Island
Daphne Major
Darwin Island
Darwin and Wolf
Española Island
Fernandina Island
Floreana Island
Galápagos National Park
Genovesa Island
Isabela Island
Marchena Island
Nameless Island
North Seymour Island
Pinta Island
Pinzón Island
Redonda Rock
Rábida Island
San Cristóbal Island
Santa Cruz Island
Santa Fe Island
Santiago Island
Seymour Islands
South Plaza Island
Wolf Island Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1978 (sesi ke-2)
Lanjutan2001 dan 2003
Dalam bahaya2007–2010
Keluasan7,880 km2 (8.48×1010 ka2)
Laman sesawang
http://www.galapagospark.org/, https://islasgalapagos.org/, https://galapagos.today Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiPentadbiran Galápagos, Ecuador Sunting ini di Wikidata
Koordinat0°40′00″S 90°33′00″W / 0.6667°S 90.55°W / -0.6667; -90.55
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kepulauan Galápagos dan perairan di sekitarnya membentuk sebuah wilayah Ecuador, sebuah taman negara, dan sebuah laut simpan biologi. Bahasa Sepanyol ialah bahasa utama kepulauan ini. Pulau-pulau ini diduduki oleh kira-kira 25,000 orang.[1]

Pulau-pulau ini agak muda dari segi geologi dan terkenal dengan sejumlah besar spesies hidupan endemik yang pernah dikaji oleh Charles Darwin sewaktu dalam penjelajahan di atas kapal Beagle. Pemerhatian dan koleksinya menyumbang kepada mulanya teori evolusi secara pemilihan semula jadi.

Carta pengemudian kasar pertama tentang kepulauan ini dibuat oleh seorang lanun yang bernama Ambrose Cowley pada tahun 1684. Beliau menamakan satu demi satu pulau sempena beberapa rakan seerjuangannya ataupun para bangsawan British yang menyokong perjuangan beliau. Lama-kelamaan, kerajaan Ecuador memberikan nama Sepanyol kepada pulau-pulau tersebut. Biarpun nama Sepanyol adalah rasmi, namun ramai pihak (terutamanya penyelidik ekologi) masih menggunakan naam Inggeris, terutamanya kerana nama-nama itulah yang digunakan sewaktu kunjungan Darwin.



Geografi fizikal

sunting

Pulau-pulau ini terletak di Lautan Pasifik timur, 973 km (525 nmi; 605 bt) di luar pesisir barat Amerika Selatan. Daratan yang terdekat ialah tanah besar Ecuador di timur (negara yang menaklukinya), di utara ialah Pulau Cocos pada 720 km (389 nmi; 447 bt) dan di selatan pula letaknya Pulau Easter dan Pulau San Felix pada 3,200 km (1,730 nmi; 1,990 bt).

 
Unjuran ortografik yang terpusat di Galápagos.
 
Foto satelit kepulauan Galápagos yang dilapisi dengan nama-nama pulau utama yang tampak.
 
Pemandangan Isabela dari Satelit Spot.
 
Burung albatros Galapagos di Española.
 
Iguana laut Galápagos.
 
Jalan Utama di Pulau San Cristóbal.
Jelajah animasi Galápagos.
Ahli oseanografi NASA, Dr. Gene Carl Feldman merenungkan sudut pandangan yang unik terhadap rantau ini.

Kepulauan ini berada di koordinat 1°40'U–1°36'S, 89°16'–92°01'B, oleh itu merentangi khatulistiwa dan terletak di hemisfera utara dan selatan sekali, dengan Gunung Berapi Wolf dan Gunung Berapi Ecuador di Pulau Isabela yang terletak betul-betul di atas khatulistiwa. Española, iaitu pulau paling selatan, dan Darwin, pulau yang paling utara, terpisah sejauh 220 km (137 batu). Walau apapun, Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) menganggap seluruh kepulauan ini dalam Lautan Pasifik Selatan.[2] Kepulauan Galápagos terdiri daripada daratan seluas 7,880 km2 (3,040 bt2) yang terbentang di atas lautan seluas 45,000 km2 (17,000 bt2). Pulau yang terbesar, iaitu Isabela, luasnya 4,640 km2 (1,790 bt2) dan merangkumi separuh jumlah keluasan Galápagos. Gunung Berapi Wolf di Isabela adalah puncak tertinggi pada aras 1,707 m (5,600 kaki) di atas paras laut.

Kepulauan ini terdiri daripada 15 pulau besar, 3 pulau kecil, dan 107 batu dan anak pulau. Pulau-pulau ini terletak di atas Plat Nazca (sebuah plat tektonik) yang bergerak ke arah timur/tenggara, menyelinap ke bawah Plat Amerika Selatan pada kadar kira-kira 2.5 inci (64 mm) setahun.[3] Ia juga berada di atas Tompok panas Galapagos, iaitu tempat di mana kerak Bumi sedang dileburkan dari bawah oleh plum mantel, maka terbentuknya gunung berapi. Pulau-pulau yang terawal terbentuk di sini sekurang-kurangnya 8 juta hingga 90 juta tahun dahulu.[4]

Sementara pulau-pulau yang lebih lama sudah tenggelam di bawah laut kerana menjauhi plum mantel, pulau-pulau yang terbaru, iaitu Isabela dan Fernandina, masih sedang terbentuk.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Censo 2010". Instituto Nacional de Estadística y Censos. 2010. Dicapai pada 13 Disember 2011.
  2. ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-10-08. Dicapai pada 7 Februari 2010.
  3. ^ Pearson, David L., David W. Middleton (1999). The New Key to Ecuador and the Galapagos (ed. 3rd ed.). Berkley: Ulysses Press. |edition= has extra text (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ W. M. White (2 October 1997). "A Brief Introduction to the Geology of the Galapagos". Cornell University Earth and Atmospheric Sciences. Dicapai pada 14 December 2011.
  •   Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar

sunting


Templat:Galápagos Islands Koordinat: 0°40′S 90°33′W / 0.667°S 90.550°W / -0.667; -90.550