Hos Piala Dunia FIFA

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan daripada Tuan rumah Piala Dunia FIFA)

Enam belas buah negara pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA sepanjang penganjuran kejohanan ini, bermula dengan Piala Dunia FIFA 1930.Pemilihan bagi tuan rumah bagi kejohanan ini tidak pernah lekang dari kontroversi sejak pemilihan Uruguay sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 1930.Proses pemilihan bagi tuan rumah juga telah mengalami perubahan sebanyak beberapa kali.

Peta yang menunjukkan semua lokasi tuan rumah Piala Dunia FIFA,dari tahun 1930 ke 2014. Hijau gelap: dua kali; Hijau: sekali; Hijau muda: dalam perancangan sehingga 2022

Hanya Mexico, Itali, Perancis ,Jerman dan Brazil yang pernah menganjurkan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali.Piala Dunia FIFA 2002 pula merupakan satu-satunya kejohanan yang mempunyai lebih dari satu tuan rumah, - iaitu Korea Selatan dan Jepun.

Cara pemilihan

sunting

Cara pertama yang diguna pakai oleh FIFA ialah melalui mesyuarat kongres FIFA.Cara kedua yang diguna ialah melalui sistem giliran antara benua Amerika Selatan dan Eropah sehinggalah Piala Dunia FIFA 2002, dimana ianya dilangsungkan di benua Asia.Cara pemilihan sekali lagi diubah untuk kali ketiga, dimana tuan rumah dipilih melalui undian oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA. Tuan rumah dipilih tujuh tahun sebelum sesuatu kejohanan itu berlangsung, kecuali tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 dipilih serentak dengan tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018.

Senarai Hos

sunting
Tahun Hos Benua Pemenang
1930   Uruguay Amerika Selatan   Uruguay
1934   Itali Eropah   Itali
1938   Perancis Eropah   Itali
1942 Dibatalkan berikutan Perang Dunia Ke-2 Tidak dikenal pasti kerana Perang Dunia Ke-2 Tiada pemenang
1946 Dibatalkan berikutan Perang Dunia Ke-2 Tidak dikenal pasti kerana Perang Dunia Ke-2 Tiada pemenang
1950   Brazil Amerika Selatan   Uruguay
1954    Switzerland Eropah   Jerman Barat
1958   Sweden Eropah   Brazil
1962   Chile Amerika Selatan   Brazil
1966   England Eropah   England
1970   Mexico Amerika Utara   Brazil
1974   Jerman Barat Eropah   Jerman Barat
1978   Argentina Amerika Selatan   Argentina
1982   Sepanyol Eropah   Itali
1986   Colombia (dibatalkan) Amerika Selatan Tiada pemenang
  Mexico (digantikan) Amerika Utara   Argentina
1990   Itali Eropah   Jerman Barat
1994   Amerika Syarikat Amerika Utara   Brazil
1998   Perancis Eropah   Perancis
2002   Korea Selatan /   Jepun Asia   Brazil
2006   Jerman Eropah   Itali
2010   Afrika Selatan Afrika   Sepanyol
2014   Brazil Amerika Selatan   Jerman
2018   Rusia Eropah   Perancis
2022   Qatar Asia   Argentina

Bidaan:

Sebelum Kongres FIFA boleh mengundi hos Piala Dunia buat kali pertama, satu siri penarika diri oleh negara-negara yang bertanding telah membawa kepada pemilihan Uruguay; Belanda dan Hungary telah menarik diri dan diikuti oleh Sweden, Itali dan Sepanyol. Kongres FIFA telah mengadakan pertemuan di Barcelona, Sepanyol pada 18 Mei 1929 untuk mengesahkan bahawa Uruguay ialah hos Piala Dunia edisi pertama tanpa undi. [perlu rujukan]

Keputusan:

  1.   Uruguay
  2.   Itali menarik diri
  3.   Sepanyol menarik diri
  4.   Sweden menarik diri
  5.   Belanda menarik diri
  6.   Hungary menarik diri

Bidaan:

Sweden menarik diri sebelum undian dilakukan, membenarkan baki calon, Itali untuk mengambil tugas sebagai hos Piala Dunia FIFA 1934. Keputusan itu disahkan oleh Kongres FIFA di Stockholm, Sweden dan Zurich, Switzerland pada 14 Mei 1932. Persekutuan Bola Sepak Itali menerima tugas hos pada 9 Oktober 1932.

Keputusan:

  1.   Itali
  2.   Sweden withdrew

Bidaan:

Tiada negara yang menarik diri sebelum undian; Kongres FIFA diadakan di Berlin, Jerman pada 13 Ogos 1936 untuk menentukan hos Piala Dunia yang seterusnya. Perancis hanya memerlukan satu undian sahaja kerana Perancis mempunyai separuh dari undian pada pusingan pertama.

Keputusan:

  1.   Perancis, 19 undian
  2.   Argentina, 4 undian
  3.   Jerman, 0 undian

Pembatalan Piala Dunia FIFA 1942 dan 1946

sunting

Bidaan untuk 1942:

Pemilihan hos Piala Dunia dibatalkan kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua pada September 1939.

Bidaan untuk 1946:

  • Tiada

Bidaan 1949

sunting

Bidaan:

Brazil dan Jerman mempunyai bidaan rasmi untuk Piala Dunia FIFA 1942, tetapi ia dibatalkan berikutan meletusnya Perang Dunia Kedua. Piala Dunia FIFA 1950 pada awalnya dijadualkan pada tahun 1949, tetapi beberapa hari selepas Brazil dipilih sebagai hos oleh Kongres FIFA pada 26 Julai 1946 di Luxembourg City, Luxembourg, Piala Dunia telah dijadualkan semula pada tahun 1950.

Keputusan:

  1.   Brazil

Bidaan 1954

sunting

Bidaan:

Tugas menganjurkan Piala Dunia FIFA 1954 telah diputuskan pada 26 Julai 1946, hari yang sama Brazil dipilih sebagai hos Piala Dunia FIFA 1950, di Luxembourg City.

Keputusan:

  1.    Switzerland

Bidaan:

Argentina, Chile, Mexico dan Sweden menyatakan minat mereka untuk menganjurkan kejohanan ini. [1] Perwakilan Sweden melobi negara-negara lain pada Kongres FIFA yang diadakan di Rio de Janeiro. [1] Sweden was awarded the 1958 tournament unopposed in on 23 June 1950.[2]

Keputusan:

  1.   Sweden

Bidaan:

Jerman Barat menarik diri sebelum undian yang berlangsung di Lisbon, Portugal pada 10 Jun 1956, meninggalkan dua lagi bidaan. Dalam satu pusingan pengundian, Chile mengatasi undian Argentina.

Keputusan:

  1.   Chile, 32 undian
  2.   Argentina, 11 undian
  3.   Jerman Barat menarik diri

Bidaan:

Sepanyol menarik diri dari bidaan sebelum pengundian oleh Kongres FIFA yang diadakan di Rom, Itali pada 22 Ogos 1960. Sekali lagi, hanya terdapat satu pusingan pengundian dengan England menewaskan Jerman Barat untuk kedudukan hos.

Keputusan:

  1.   England, 34 undian
  2.   Jerman Barat, 27 undian
  3.   Sepanyol menarik diri

Bidaan:

Kongres FIFA diadakan di Tokyo, Jepun pada 8 Oktober 1964. Satu pusingan pengundian menyaksikan Mexico mengatasai Argentina.

Keputusan:

  1.   Mexico, 56 undian
  2.   Argentina, 32 undian
  3.   Australia menarik diri
  4.   Colombia menarik diri
  5.   Jepun menarik diri
  6.   Peru menarik diri

Tiga hos untuk Piala Dunia FIFA 1974, 1978 dan 1982 telah dipilih oleh Kongres FIFA di London, England pada 6 Julai 1966.

Bidaan 1974

sunting

Bidaan 1978

sunting

Bidaan 1982

sunting

Keputusan 1974

sunting
  1.   Jerman Barat
  2.   Sepanyol menarik diri sebagai pertukaran untuk tugas penganjuran 1982
  3.   Itali menarik diri
  4.   Belanda menarik diri


Keputusan 1978

sunting
  1.   Argentina
  2.   Colombia menarik diri
  3.   Mexico menarik diri, kerana mereka telah memenangi penganjuran untuk Piala Dunia 1970

Keputusan 1982

sunting
  1.   Sepanyol
  2.   Jerman Barat menarik diri sebagai pertukaran untuk tugas penganjuran 1974
  3.   Itali menarik diri

Bidaan:

Pengundian hos kini dikendalikan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA (atau 'Exco'), bertemu di Stockholm, Sweden pada 9 Jun 1974 dan mengesahkan bidaan Colombia menang tanpa bertanding.

Keputusan:

  1.   Colombia

Walau bagaimanapun, Colombia menarik diri selepas dipilih menjadi hos Piala Dunia kerana masalah kewangan pada 5 November 1982, kurang dari empat tahun sebelum kejohanan ini dimulakan. Panggilan untuk bidaan telah dipanggil semula, dan FIFA menerima hasrat daripada tiga negara:

Di Zurich pada 20 Mei 1983, Mexico menang bidaan secara sebulat suara kerana dipilih oleh Exco, buat kali pertama dalam sejarah bidaan Piala Dunia FIFA.

Keputusan:

  1.   Mexico undi sebulat suara
  2.   Kanada,   Amerika Syarikat 0 undian

Bidaan:

Semua negara yang membida untuk menjadi hos Piala Dunia edisi ini telah menarik diri kecuali Itali dan Soviet Union sebelum pengundian, yang akan dikendalikan oleh Exco di Zurich pada 19 Mei 1984. Sekali lagi, hanya satu pusingan undian diperlukan; Itali mengatasi undian Soviet Union.

Keputusan:

  1.   Itali, 11 undian
  2.   Kesatuan Soviet, 5 undian
  3.   Austria menarik diri
  4.   England menarik diri
  5.   Perancis menarik diri
  6.   Greece menarik diri
  7.   Iran menarik diri
  8.   Jerman Barat menarik diri
  9.   Yugoslavia menarik diri

Bidaan:

Walaupun mempunyai tiga negara yang membida untuk menjadi hos Piala Dunia edisi ini, pengundian hanya memerlukan satu pusingan sahaja. Undian telah diadakan di Zurich (untuk kali ketiga berturut-turut) pada 4 Julai 1988. Amerika Syarikat memenangi bidaan dengan menerima lebih separuh daripada undian oleh ahli-ahli Exco.

Keputusan:

  1.   Amerika Syarikat, 10 undian
  2.   Maghribi, 7 undian
  3.   Brazil, 2 undian
  4.   Chile menarik diri

Bidaan:

Undian diadakan di Zurich buat kali keempat berturut-turut pada 1 Julai 1992. Hanya satu pusingan pengundian diperlukan untuk menentukan Perancis sebagai hos mengatasi Maghribi.

Keputusan:

  1.   Perancis, 12 undian
  2.   Maghribi, 7 undian
  3.    Switzerland menarik diri
  4.   England menarik diri
  5.   Jerman menarik diri

Bidaan:

Pada 31 Mei 1996, mesyuarat pemilihan hos telah diadakan di Zurich untuk kali kelima berturut-turut. Bidaan bersama telah ditubuhkan antara Jepun dan Korea Selatan, dan tawaran itu diundi dengan sebulat suara, undi lisan tanpa kertas undian. Bidaan bersama Piala Dunia yang pertama telah diluluskan.

Keputusan:

  1.   Korea Selatan/  Jepun (bidaan bersama, diundi dengan sebulat suara)
  2.   Mexico

Kontroversi

sunting

Piala Dunia FIFA 2002 telah dihoskan buat kali pertama di Asia oleh Jepun dan Korea Selatan. Pada mulanya, kedua-dua negara ini ialah pesaing dalam pembidaan ini. Mereka telah bersetuju untuk menjadi hos bersama. Walau bagaimanapun, persaingan dan jarak antara mereka membawa kepada masalah organisasi dan logistik. FIFA berkata, hos bersama tidak mungkin berlaku lagi, dan pada tahun 2004, FIFA menyatakan bahawa ketetapan itu tidak membenarkan bidaan hos bersama. [3]

Bidaan:

Pada 6 Julai 2000, mesyuarat pemilihan hos telah diadakan buat kali keenam berturut-turut di Zurich. Brazil telah menarik diri dari proses pembidaan ini, tiga hari sebelum undian. Ini adalah kali pertama di mana lebih dari satu pusingan pengundian diperlukan. Tiga undian akhirnya diperlukan. Jerman terikat untuk undian pusingan pertama dan akhirnya mengalahkan Afrika Selatan dengan hanya satu undian (lihat bawah).

Keputusan
Negara Undian
1 2 3
  Jerman 10 11 12
  Afrika Selatan 6 11 11
  England 5 2 0
  Maghribi 2 0 0
Jumlah Undian 23 24 23

Kontroversi

sunting

Keputusan mengenai keputusan Jerman menjadi hos Piala Dunia FIFA 2006 telah membawa kepada perubahan seterusnya. Pungutan akhir adalah 12 kepada 11 undian memihak Jerman mengatasi pesaing, Afrika Selatan, yang telah menjadi pilihan untuk menang. Ahli FIFA dari New Zealand, Charlie Dempsey, yang telah diarahkan untuk mengundi Afrika Selatan oleh Konfederasi Bola Sepak Oceania, dikecualikan daripada mengundi pada saat-saat akhir. Jika dia mengundi pembidaan Afrika Selatan, pungutan undian akan menjadi 12-12 dan memberi keputusan untuk Presiden FIFA, Sepp Blatter untuk mengundi Afrika Selatan. [4] Dempsey adalah antara lapan ahli Jawatankuasa Eksekutif untuk menerima faks dari editor majalah satira Jerman Titanic pada Rabu, malam sebelum undian, yang dijanjikan dengan hadiah sebagai pertukaran kerana mengundi Jerman. Beliau berpendapat bahawa tekanan dari semua pihak termasuk satu percubaan untuk merasuah telah memberi tekanan kepadanya. [5]

Oleh yang demikian, FIFA memutuskan untuk memutarkan penganjuran pertandingan akhir antara Konfederasi konstituennya sehingga pemilihan tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2014 pada tahun 2007, apabila mereka mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan meneruskan dasar putaran benua mereka (lihat di bawah). [6]

Bidaan:

Proses pembidaan Piala Dunia yang pertama di bawah putaran benua adalah Piala Dunia FIFA 2010, [3] Piala Dunia pertama diadakan di Afrika. Selepas ia telah disahkan oleh FIFA bahawa bidaan bersama tidak akan dibenarkan pada masa akan datang, Libya dan Tunisia telah menarik diri daripada pembidaan mereka pada 8 Mei 2004. Pada 15 Mei 2004 di Zurich (kali ketujuh berturut-turut pemilihan tuan rumah diadakan di sana), Afrika Selatan, selepas kerugian yang sempit dalam bidaan 2006, mengalahkan Maghribi untuk menjadi tuan rumah, 14 undian kepada 10. Mesir tidak mendapat sebarang undian.

Keputusan
Negara Undian
1
  Afrika Selatan 14
  Maghribi 10
  Mesir 0
Jumlah Undian 24

Bidaan:

FIFA meneruskan lagi prosedur putaran benua sekali gus Piala Dunia FIFA 2014 adalah untuk Amerika Selatan. FIFA menyatakan mereka akan keluar dari konsep putaran benua, [7] tetapi kemudian mengambil keputusan untuk terus melalui keputusan hos 2014, selepas itu ia telah digugurkan.

Colombia telah menyatakan minat mereka untuk menjadi hos Piala Dunia FIFA 2014, [8] tetapi menarik diri dan menjadi hos Piala Dunia B-20 FIFA 2011. [9] Brazil juga menyatakan minat untuk menjadi hos Piala Dunia. CONMEBOL, menyatakan pilihan mereka iaitu Brazil untuk menjadi hos. [10] Brazil adalah satu-satunya negara yang mengemukakan bidaan rasmi apabila prosedur bidaan rasmi untuk persatuan ahli CONMEBOL telah dibuka pada bulan Disember 2006, kerana pada masa itu, Colombia, Chile dan Argentina telah menarik diri, dan Venezuela tidak dibenarkan untuk membida.

Brazil membuat tawaran tanpa bertanding pertama sejak pemilihan awal Piala Dunia FIFA 1986 (apabila Colombia telah dipilih sebagai tuan rumah, tetapi kemudian menarik diri kerana masalah kewangan). Jawatankuasa Eksekutif FIFA mengesahkan Brazil sebagai negara tuan rumah pada 30 Oktober 2007 melalui keputusan sebulat suara. [11]

Keputusan:

  1.   Brazil
  2.   Colombia menarik diri

Bidaan 2018:

Bidaan 2022:

FIFA mengumumkan pada 29 Oktober, 2007 bahawa ia tidak lagi akan meneruskan dasar putaran benua itu, yang dilaksanakan selepas pemilihan hos Piala Dunia FIFA 2006. Dasar pemilihan hos yang terbaru adalah mana-mana negara boleh membida untuk menjadi hos Piala Dunia, dengan syarat konfederasi benua mereka menjadi salah satu daripada hos dua edisi Piala Dunia yang lalu. Bagi proses pembidaan Piala Dunia 2018, bidaan dari Afrika dan Amerika Selatan tidak dibenarkan. Bagi proses pembidaan Piala Dunia 2022, bidaan dari Amerika Selatan dan Eropah tidak dibenarkan. [12][13] Juga, FIFA secara rasmi membenarkan bidaan bersama sekali lagi (selepas mereka mengharamkannya pada tahun 2002), akibat daripada wujudnya hanya satu jawatankuasa penganjur bagi setiap bidaan bersama, tidak seperti Korea / Jepun, yang mempunyai dua jawatankuasa penganjur yang berbeza. [14] Antara negara yang berminat untuk menjadi hos ialah Australia, England, Indonesia, Jepun, Qatar, Rusia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Bidaan bersama Sepanyol & Portugal dan Bidaan bersama Belgium & Belanda. [12][15][16]

Hos untuk kedua-dua Piala Dunia telah diumumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 2 Disember, 2010. Rusia telah dipilih untuk menjadi hos Piala Dunia FIFA 2018, menjadikannya Piala Dunia pertama yang akan dihoskan di Timur Eropah dan menjadikannya negara terbesar dari segi geografi untuk menjadi hos Piala Dunia. Qatar telah dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022, menjadikannya Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Timur Tengah dan kali kedua di Asia. Juga, keputusan yang dibuat menjadikan Qatar ialah negara yang paling kecil dari segi geografi untuk menjadi hos Piala Dunia. ref name=fifa20182022>"Russia and Qatar to host 2018 and 2022 FIFA World Cups, respectively". FIFA. 2010-12-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-06. Dicapai pada 2015-02-09.</ref>

Undian 2018
Negara Undian
1 2
  Rusia 9 13
  Sepanyol/  Portugal 7 7
  Belanda/  Belgium 4 2
  England 2 0
Jumlah Undian 22 22


Keputusan 2022
Negara Undian
1 2 3 4
  Qatar 11 10 11 14
  Amerika Syarikat 3 5 6 8
  Korea Selatan 4 5 5 0
  Jepun 3 2 0 0
  Australia 1 0 0 0
Jumlah Undian 22 22 22 22

Tuduhan Rasuah

sunting

Sebelum undian, tuduhan rasuah menyebabkan penggantungan dua orang ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, mengurangkan bilangan pengundi kepada 22. [17]

Pada bulan Mei 2011, dakwaan rasuah antara pegawai kanan FIFA telah menimbulkan persoalan ke atas kesahihan Piala Dunia yang akan diadakan di Qatar. Menurut Naib Presiden Jack Warner, e-mel telah disiarkan mengenai kemungkinan bahawa Qatar 'membeli' Piala Dunia FIFA 2022 melalui rasuah menerusi Mohammed bin Hammam yang merupakan presiden Konfederasi Bola Sepak Asia pada masa itu. Pegawai Qatar dalam pasukan bidaan untuk 2022 telah menafikan sebarang salah laku. [18] Seorang pemberi maklumat, didedahkan sebagai Phaedra Almajid, mendakwa beberapa pegawai Afrika telah dibayar $ 1.5 juta oleh Qatar.[19] Beliau kemudiannya menarik balik dakwaan rasuah ke atasnya, beliau menafikan bahawa beliau akan membalas dendam ke atas pasukan bidaan Qatar untuk melegakan beliau dari tugas itu dengan mereka. Beliau juga menafikan yang meletakkan di bawah sebarang tekanan untuk membuat penarikan balik itu. FIFA mengesahkan menerima e-mel daripada beliau yang menyatakan beliau menarik balik. [20][21] Pada 1 Jun 2014, Sunday Times mendakwa telah memperolehi dokumen termasuk e-mel, surat dan pemindahan bank yang kononnya membuktikan bahawa Bin Hammam telah membayar lebih daripada AS $ 5 juta kepada pegawai bola sepak untuk menyokong Bidaan Qatar itu. Bin Hamman dan semua mereka yang dituduh menerima rasuah menafikan semua tuduhan. [22]

Lebih banyak syak wasangka muncul pada Mac 2014 apabila ia telah menemukan bahawa Jack Warner, yang ingin meletakkan jawatannya sebagai Presiden CONCACAF dalam kehinaan, dan keluarganya telah dibayar hampir $ 2 juta daripada firma yang dikaitkan dengan kempen berjaya Qatar. FBI sedang menyiasat Warner dan disyaki terlibat untuk bidaan Qatar. [23]

Bidaan CONCACAF untuk Piala Dunia 2026, dengan Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada yang berkemungkinan besar untuk membida. [24] Di bawah peraturan FIFA pada tahun 2013, Eropah dan Asia tidak boleh menjadi hos untuk Piala Dunia FIFA 2026, [25] yang membuka peluang kepada Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania untuk membida. [26]

Bidaan 2026:

Piala Dunia FIFA 2030

sunting

Empat bidaan awal untuk Piala Dunia FIFA 2030 telah dicadangkan, dengan usaha secara kolektif dari negara-negara Asia Tenggara, [27] bidaan yang dicadangkan oleh Persekutuan Bola Sepak Chile, [28] dan usaha yang dicadangkan dari Uruguay dan Argentina. Bidaan Uruguay-Argentina bersempena dengan ulang tahun keseratus sejak edisi pertama Piala Dunia di Uruguay dan Perlembagaan pertama Uruguay.

Amerika Selatan

sunting

Nota: Langkah negara ASEAN untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 mungkin terpaksa dipindahkan ke tahun 2034 disebabkan peraturan FIFA 2014 (dikenali sebagai Dasar Putaran), Piala Dunia 2030 tidak boleh diadakan dalam Asia atau benua yang menjadi hos Piala Dunia 2026.

Jumlah pencalonan tuan rumah

sunting

Pencalonan yang berjaya ditebalkan.

Negara Pencalonan Tahun
  Jerman 6 1938, 1962,[n 1] 1966,[n 1] 1974,[n 1] 1982,[n 1] 2006
  Sepanyol 5 1930, 1966, 1974, 1982, 2018[n 2]
  Argentina 4 1938, 1962, 1970, 1978
  Brazil 1950, 1994, 2006, 2014
  England 1966, 1990, 2006, 2018
  Mexico 1970, 1978, 1986,[n 3] 2002
  Maghribi 1994, 1998, 2006, 2010
  Itali 3 1930, 1934, 1990
  Amerika Syarikat 1986, 1994, 2022
  Chile 2 1962, 2014
  Colombia 1986,[n 3] 2014
  Perancis 1938, 1998
  Jepun 2002,[n 4] 2022
  Rusia 1990,[n 5] 2018
  Afrika Selatan 2006, 2010
  Korea Selatan 2002,[n 4] 2022
  Belanda 1930, 2018[n 6]
  Switzerland 1954, 1998
  Australia 1 2022
  Belgium 2018[n 6]
  Kanada 1986
  Mesir 2010
  Greece 1990
  Hungary 1930
  Indonesia 2022
  Libya 2010
  Qatar 2022
  Portugal 2018[n 2]
  Sweden 1958
  Tunisia 2010
  Uruguay 1930

Prestasi tuan rumah

sunting

Pasukan tuan rumah lazimnya menunjukkan prestasi memberangsangkan ketika beraksi di Piala Dunia FIFA.[31] Dari lapan buah negara yang pernah memnangi Piala Dunia FIFA, hanya Brazil dan Sepanyol yang berjaya muncul juara di luar tanah air mereka,serta England dan Perancis pula hanya muncul juara ketika menjadi tuan rumah. Sweden pula hanya mampu melayakkan diri ke final ketika menjadi tuan rumah iaitu pada tahun 1958, dan hanya Sweden dan Brazil yang berjaya menjadi naib juara ketika menjadi tuan rumah.[32] Pasukan tuan rumah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sebanyak tiga belas kali dari dua-puluh kejohanan, serta Chile dan Korea Selatan hanya berjaya meraih tempat ke-empat ketika menjadi tuan rumah. Cuma Afrika Selatan yang gagal melepasi peringkat kumpulan sebagai tuan rumah pada 2010.[33]

# Prestasi Pasukan Perlawana M S K Kemenangan % GF GA GD GD/M GF/M
1 Juara   Uruguay (1930) 4 4 0 0 100 % 15 3 12 3 3.8
2 Juara   Perancis (1998) 7 6 1 0 93 % 15 2 13 1.9 2.1
3 Juara   England (1966) 6 5 1 0 92 % 11 3 8 1.3 1.8
4 Juara   Itali (1934) 5 4 1 0 90 % 12 3 9 1.8 2.4
5 Juara   Jerman Barat (1974) 7 6 0 1 86 % 13 4 9 1.3 1.9
6 Juara   Argentina (1978) 7 5 1 1 79 % 15 4 9 1.3 2.1
7 Naib Juara   Brazil (1950) 6 4 1 1 75 % 22 6 16 2.7 3.7
8 Naib Juara   Sweden (1958) 6 4 1 1 75 % 12 7 5 0.8 2
9 Tempat Ke-tiga   Itali (1990) 7 6 1 0 93 % 10 2 8 1.1 1.4
10 Tempat ke-tiga   Jerman (2006) 7 5 1 1 79 % 14 6 8 1.1 2
11 Tempat ke-tiga   Chile (1962) 6 4 0 2 67 % 10 8 2 0.33 1.3
12 Tempat ke-empat   Brazil (2014) 7 3 2 2 57 % 11 14 −3 −0.4 1.57
13 Tempat ke-empat   Korea Selatan (2002) 7 3 2 2 57 % 8 6 2 0.3 1.1
14 Suku Akhir   Mexico (1986) 5 3 2 0 80 % 6 2 4 0.8 1.2
15 Suku Akhir   Mexico (1970) 4 2 1 1 63 % 6 4 2 0.5 1.5
16 Suku Akhir   Switzerland (1954) 4 2 0 2 50 % 11 11 0 0 2.8
17 Suku Akhir   Perancis (1938) 2 1 0 1 50 % 4 4 0 0 2
18 Pusingan kedua   Sepanyol (1982) 5 1 2 2 40 % 4 5 −1 −0.2 0.8
19 Pusingan kedua   Jepun (2002) 4 2 1 1 63 % 5 3 2 0.5 1.25
20 Pusingan kedua   Amerika Syarikat (1994) 4 1 1 2 38 % 3 4 −1 −0.3 0.8
21 Peringkat kumpulan   Afrika Selatan (2010) 3 1 1 1 50 % 3 5 −2 −0.7 1
  • Kemenangan % → Seri bermaksud menang separuh. Kemenangan melalui sepakan penalti bermaksud seri.

Nota kaki

sunting
  1. ^ a b c d Pencalonan oleh Jerman Barat, yang bergabung dengan Jerman Timur pada tahun 1990 untuk membentuk negara Jerman.
  2. ^ a b Pencalonan bersama Portugal dan Sepanyol.
  3. ^ a b Colombia asalnya dipilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada Jun 1974. Walaubagaimanapun, pada November 1982, kerajaan Colombia mengumumkan tidak berkemampuan untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA kerana ketidakmampuan dari segi ekonomi. Mexico telah dipilih sebagai pengganti pada 20 Mei 1983.
  4. ^ a b Pencalonan bersama oleh Jepun dan Korea Selatan.
  5. ^ Pencalonan oleh Soviet Union, yang dibubarkan pada tahun 1991 dan rekod ini diwarisi oleh Russia.
  6. ^ a b Pencalonan bersama oleh Belgium dan Belanda.

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Norlin, pp.24–25
  2. ^ "FIFA World Cup: host announcement decision" (PDF). FIFA. 12 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-05. Dicapai pada 2 October 2011.
  3. ^ a b Host nation of 2010 FIFA World Cup – South Africa Diarkibkan 2009-11-12 di Wayback Machine{{ World Cup 2018 Russia date=June 2014}}, FIFA Media Release, May 15, 2004. Retrieved on January 8, 2006.
  4. ^ "FIFA president Blatter a big loser with Germany getting 2006 World Cup" Diarkibkan 2009-01-08 di Wayback Machine by Robert Wagman, SoccerTimes, July 7, 2000. Retrieved on January 8, 2006.
  5. ^ "German magazine takes credit for bribery hoax", IOL, July 7, 2000. Retrieved on January 8, 2006.
  6. ^ Australia can host World Cup, by Matthew Hall, published 18 September 2005
  7. ^ "Games win inspires bid to host 2018 World Cup" by John Goodbody, The Times, November 16, 2005. Retrieved on January 8, 2006.
  8. ^ BBC News, Colombia bids for 2014 World Cup, 17 July 2006
  9. ^ FIFA, Brazil confirms bid – Colombia withdraws Diarkibkan 2013-01-29 di Wayback Machine{{world cup 2018 Russia|date=June 2014}}, 13 April 2007
  10. ^ Brazil set to host World Cup
  11. ^ "Clear declaration to defend the autonomy of sport" (Siaran akhbar). FIFA. 6 December 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-15. Dicapai pada 6 December 2006.
  12. ^ a b "The end of the rotation policy: the press conference explaining the decision". Fifa.com – News Centre. 2007-10-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-20. Dicapai pada 2015-02-09.
  13. ^ "Fifa abandons World Cup rotation". BBC SPORT. 2007-10-29.
  14. ^ "Blatter announces what's to come". FIFA. 2010-06-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-25. Dicapai pada 2015-02-09.
  15. ^ "Iberian threat to England's 2018 World Cup bid". ESPNsoccernet. 2007-11-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-01. Dicapai pada 2015-02-09.
  16. ^ "Australia Drops Out of Race to Host 2018 World Cup". BBC. 2010-06-10.
  17. ^ "Temarii to appeal against suspension". ESPN. 2010-11-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-23. Dicapai pada 2015-02-09.
  18. ^ "Valcke denies 2022 'bought' claim". BBC News. 30 May 2011.
  19. ^ Sports Illustrated, "Sorry Soccer", 23 May 2011, p. 16.
  20. ^ "FIFA tight-lipped over whistleblower". Al Jazeera. 11 July 2011. Dicapai pada 12 October 2012. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  21. ^ Qatar World Cup whistleblower retracts her claims of Fifa bribes. The Guardian. 10 July 2011. Retrieved 12 October 2012.
  22. ^ Bond, David (2014-05-31). "Qatar World Cup: '£3m payments to officials' corruption claim". BBC News. Dicapai pada 2014-07-10.
  23. ^ Watt, Holly (18 March 2014). "World Cup 2022 investigation: demands to strip Qatar of World Cup". The Telegrph. London. Dicapai pada 20 March 2014.
  24. ^ "CONCACAF president: North America must host 2026 World Cup". Goal.com. Dicapai pada 17 November 2013.
  25. ^ Gastelum, Andrew. "CONCACAF president is pushing hard to land 2026 World Cup". LA Times. Dicapai pada 17 November 2013.
  26. ^ "No Rest For The Curious: Looking Ahead To World Cup 2026". World Cup Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-19. Dicapai pada 17 November 2013.
  27. ^ Hunt, Luke. "Singapore Plans ASEAN Bid for 2030 World Cup". Dicapai pada 17 November 2013.
  28. ^ "Sergio Jadue cree que Chile debe postular a organizar el Mundial de Fútbol 2030". |first= missing |last= (bantuan)
  29. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 2015-02-11.
  30. ^ url=http://www.eltiempo.com/deportes/futbol/colombia-quiere-postularse-para-el-mundial-de-futbol-del-2030/14888717
  31. ^ (Inggeris)Chris Anderson & David Sally (June 12, 2014). "How Big Is Brazil's Home-Field Advantage At The World Cup?". Deadspin. Dicapai pada August 2, 2014.
  32. ^ (Inggeris)"What can econometrics tell us about World Cup performance?" (PDF). PricewaterhouseCoopers. May 2010. m/s. 6–7. Dicapai pada August 2, 2014.
  33. ^ (Inggeris)Smallwood, John (June 11, 2014). "Ultimate home field advantage: Host nation luck". Philadelphia Daily News. Dicapai pada August 2, 2014.