Piala Dunia FIFA 2026

Piala Dunia FIFA 2026 akan menjadi Piala Dunia ke-23 yang akan dilangsungkan persatuan-persatuan bola sepak dalam FIFA. Kejohanan antarabangsa ini dijadualkan akan bermula pada tahun 2026 dan dilangsungkan bersama oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat[1] setelah memenangi pembidaan tuan rumah kejohanan tersebut mengalahkan Maghribi sewaktu Kongres FIFA ke-68 di Moscow, Russia pada 13 Jun 2018.

Piala Dunia FIFA 2026
Copa Mundial de Fútbol 2026
Coupe du monde de football de 2026
2026 FIFA World Cup
Perincian kejohanan
Negara-negara tuan rumah Kanada
 Mexico
 Amerika Syarikat
TarikhJun 11 – Julai 19
Pasukan48 (dari 6 konfederasi)
Tempat16 (di 16 bandar)
2022
2030

Format dan pengembangan

sunting

Pemilihan Tuan Rumah

sunting

FIFA mengumumkan pada 29 Oktober 2007, bahawa mereka tidak akan lagi meneruskan dasar putaran benua yang dilaksanakan selepas pemilihan tuan rumah Piala Dunia 2006. Dasar terbaru pemilihan tuan rumah adalah mana-mana negara boleh membida Piala Dunia, dengan syarat bahawa konfederasi benua mereka tidak menjadi tuan rumah salah satu daripada dua edisi Piala Dunia sebelumnya. Untuk Piala Dunia 2026, bidaan dari Asia dan Eropah tidak dibenarkan. [2][3]

FIFA secara rasmi membenarkan bidaan bersama sekali lagi; yang sebelum ini diharamkan pada tahun 2002 selepas Piala Dunia FIFA 2002. [4]

Pengundian

sunting

Pasukan

sunting

Kelayakan

sunting
 
  Pasukan layak
  Pasukan yang proses kelayakannya masih belum diputuskan
  Pasukan gagal melayakkan diri
  Pasukan menarik diri atau digantung
  Bukan ahli FIFA

Kakitangan Bidaan United menjangkakan bahawa ketiga-tiga negara tuan rumah akan diberikan tempat secara automatik.[5] Pada 31 Ogos 2022, Presiden FIFA Gianni Infantino mengesahkan bahawa enam pasukan CONCACAF akan layak ke Piala Dunia, dengan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat layak secara automatik sebagai tuan rumah.[6][7] Ini telah disahkan oleh Majlis FIFA pada 14 Februari 2023.[8][9][10]

Sejurus sebelum Kongres FIFA ke-67, Majlis FIFA meluluskan peruntukan slot dalam mesyuarat di Manama, Bahrain.[11][12] Ini termasuk kejohanan play-off antara konfederasi yang melibatkan enam pasukan untuk menentukan dua tempat terakhir Piala Dunia FIFA.[13]

Enam pasukan dalam play-off akan terdiri daripada satu pasukan daripada setiap konfederasi tidak termasuk UEFA, dan satu pasukan tambahan daripada konfederasi negara tuan rumah (CONCACAF). Dua daripada pasukan itu akan dipilih berdasarkan Kedudukan Dunia, dan mereka akan bermain play-off menentang pemenang dua perlawanan kalah mati antara empat pasukan bukan agihan untuk dua tempat Piala Dunia FIFA. Kejohanan empat perlawanan itu akan dimainkan di satu atau lebih negara tuan rumah, dan juga akan digunakan sebagai acara ujian untuk Piala Dunia FIFA.[11] Pengesahan peruntukan slot juga memberikan OFC tempat terjamin dalam kejohanan akhir buat kali pertama: Piala Dunia FIFA 2026 yang akan menjadi kejohanan pertama di mana kesemua enam konfederasi mempunyai sekurang-kurangnya satu tempat terjamin. Ini juga merupakan kali pertama sejak edisi 2010 di mana semua benua mempunyai pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia.[11]

CONCACAF (3)

Pemasaran

sunting

Penjenamaan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "World Cup 2026: US, Canada and Mexico to host tournament". USAHint.com. New York. 13 Jun 2018. Dicapai pada 13 Jun 2018.
  2. ^ "Rotation ends in 2018". FIFA.com – News Centre. 2007-10-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-28. Dicapai pada 2015-02-11.
  3. ^ "Fifa abandons World Cup rotation". BBC SPORT. 2007-10-29.
  4. ^ "Blatter: There's indescribable anticipation". FIFA. 2010-06-07.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bid_cities
  6. ^ "Presidente de la FIFA confirma cantidad de plazas de Concacaf para el Mundial de 2026". ESPN Deportes (dalam bahasa Sepanyol). August 31, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada September 22, 2022. Dicapai pada October 18, 2022.
  7. ^ "Infantino anuncia cuántos cupos tendrá la Concacaf para el Mundial de 2026". CRHoy.com (dalam bahasa Sepanyol). August 31, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada August 31, 2022. Dicapai pada October 18, 2022.
  8. ^ "FIFA Council highlights record breaking revenue in football". FIFA. February 14, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2023. Dicapai pada February 14, 2023.
  9. ^ "FIFA confirms U.S., Mexico, Canada automatically in '26 World Cup". Reuters. February 14, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada February 15, 2023. Dicapai pada February 14, 2023.
  10. ^ "USA, Canada and Mexico to qualify automatically for 2026 FIFA World Cup". The Athletic. February 14, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada February 23, 2023. Dicapai pada February 14, 2023.
  11. ^ a b c "Bureau of the Council recommends slot allocation for the 2026 FIFA World Cup". FIFA. March 30, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada June 19, 2022. Dicapai pada August 5, 2022.
  12. ^ "World Cup 2026: Fifa reveals allocation for 48-team tournament". BBC. March 30, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada March 30, 2017.
  13. ^ "FIFA Council prepares Congress, takes key decisions for the future of the FIFA World Cup". FIFA. May 9, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2017.

Pautan luar

sunting