Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL atau CSF; kependekan bagi Confederación Sudamericana de Fútbol),[1] merupakan gabungan persatuan bolasepak negara-negara di Amerika Selatan. Organisasi ini ditubuhkan pada 9 Julai 1916, di atas usaha Héctor Rivadavia Gómez (dari Uruguay) untuk menyatukan persatuan bolasepak di benua ini. CONMEBOL merupakan ahli gabungan FIFA dan bermarkas di Luque, Paraguay (dekat Asunción). Presiden CONMEBOL sekarang (2006) adalah Dr. Nicolás Leoz.

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan
کونفيدراسي بولا سيڤق اميريکا سلاتن
Confederación Sudamericana de Futbol (es)
Confederação Sulamerica de Futebol (pt) Sunting nilai ini di Wikidata
Kerangka
KependekanCONMEBOL Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahBadan induk sukan antarabangsa, pertubuhan bukan untung Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 10 (2019) Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiFIFA Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol, bahasa Portugis Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.conmebol.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: CONMEBOL Twitter: CONMEBOL Instagram: conmebol Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan9 Julai 1916 Sunting ini di Wikidata di Buenos Aires Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiAlejandro Domínguez Sunting ini di Wikidata
Pertubuhan indukFIFA Sunting ini di Wikidata
Subsidiari
Lokasi
CONMEBOL yang terletak di Paraguay
CONMEBOL
Lokasi di Paraguay
Map
Ibu pejabatLuque Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Koordinat25°15′38″S 57°30′58″W / 25.26056°S 57.51611°W / -25.26056; -57.51611
Kawasan perkhidmatanAmerika Selatan Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Argentina, Uruguay, Brazil, dan Chile merupakan negara-negara awal yang menyertai CONMEBOL melalui satu kejohanan bolasepak Amerika Selatan pada tahun 1915 di Buenos Aires, Argentina. Tahun penyertaan negara-negara ke dalam CONMEBOL ialah Paraguay (1921), Peru (1925), Bolivia (1926), Ecuador (1927), Colombia(1936) dan yang terakhir ialah Venezuela (1952). Walau bagaimanapun 3 negara yang berada di Amerika Selatan, Guyana, Suriname, dan Guyana Perancis tidak bergabung dengan CONMEBOL, tetapi sebaliknya menyertai CONCACAF.[2][3]

Kejohanan yang dianjurkan oleh CONMEBOL antara lain adalah Copa Libertadores, Copa Sudamericana, dan Copa América.

Negara Persatuan Ditubuhkan Menyertai Pasukan Negara Divisyen Teratas
  Argentina AFA 1893 1916 ARG (L, W) Primera División
  Bolivia FBF 1925 1926 BOL (L, W) Liga Profesional
  Brazil CBF 1914 1916 BRA (L, W) Campeonato Brasileiro Série A
  Chile FFC 1895 1916 CHI (L, W) Primera División
  Colombia FCF 1924 1936 COL (L, W) Primera A
  Ecuador FEF 1925 1927 ECU (L, W) Serie A
  Paraguay APF 1906 1921 PRY (L, W) División Profesional
  Peru FPF 1922 1925 PER (L, W) Primera División
  Uruguay AUF 1899 1916 URU (L, W) Primera División
  Venezuela FVF 1926 1952 VEN (L, W) Primera División

Presiden CONMEBOL

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting