Terengganu FM
Terengganu FM merupakan salah satu stesen radio negeri di Malaysia. Slogannya ialah Mesra Ceria. Ia diselenggarakan oleh Radio Televisyen Malaysia Negeri Terengganu.
Bandar | Kuala Terengganu |
---|---|
Kawasan penyiaran | Terengganu |
Slogan | Mesra Ceria |
Tarikh siaran pertama | 1 Mac 1973 | sebagai Siaran Daerah
Bahasa | Melayu (dialek Terengganu) |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Siaran web | rtmklik |
Tapak web | terengganufm |
Terengganu FM disambung siar dari Nasional FM
suntingTerengganu FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.
Sejarah
suntingSiarannya bermula pada 1 Mac 1973 melalui Siaran Daerah dari jam 15:00 hingga 19:45 menerusi gelombang sederhana. Bermula tahun 2005, siaran Terengganu FM beroperasi selama 24jam sehari. Siaran Terengganu FM boleh didengari keseluruhan negeri Terengganu, Kelantan Timur dan Pahang Timur. RTM Kuala Terengganu merupakan Ibu Pejabat Penyiaran Kawasan Timur. Pada awal siarannya Radio Malaysia Kuala Terengganu memancarkan siarannya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur. Sebelum tahun 1991 siarannya dipancarkan melalui Gelombang Sedehana Kuala Terengganu 392 meter/765Khz, Kota Bharu 427 meter/702 Khz, Kuantan 370 meter/810 Khz, Kuala Lipis 456 meter /648khz dan Dungun 238 meter/1260Khz. Namun stesen pemancar ini telah ditutup mulai 1992 secara berperingkat. Kini, Terengganu FM boleh didengari di kawasan Utara dan Timur Kelantan serta Pahang Timur selain Negeri Terengganu sendiri.
Penyampai
suntingRancangan Utama
suntingSetiap Hari (Ahad - Sabtu)
suntingSegmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Ceria Pagi | Ain, Azra, Farah & Sidi | 06:00 - 10:00 |
Anggun | Deeja, Jaja, Jue & Marina | 10:00 - 14:00 |
GGOK | Che Him, Ejo, Kak Chik & Kak Teh | 14:00 - 18:00 |
Nurani | - | 18:00 - 21:00 |
Selekta | Ery & Hal | 21:00 - 00:00 |
Frekuensi
suntingFrekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
88.7 MHz | Kuala Terengganu dan Kuala Nerus | Bukit Besar |
88.9 MHz | Felda Tenang, Hulu Besut, Setiu dan Utara Kelantan | Felda Tenang |
90.7 MHz | Kemaman serta Kuantan, Gambang Pahang | Bukit Kemuning |
96.2 MHz | Jerteh | Bukit Bintang |
97.7 MHz | Kuala Dungun | Bukit Bauk |