Mutiara FM
Mutiara FM (radio ini dikenali sebagai ZHj Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Stesen Pulau Pinang, Radio Malaysia Pulau Pinang, Radio 3 Pulau Pinang dan Radio Malaysia Pulau Pinang) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio tempatan tertua di Pulau Pinang dan Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran dari Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang. Ia disiarkan setiap hari dalam Bahasa Melayu dari 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam menyiarkan berita tempatan. Moto utamanya ialah Segalanya Untukmu.
Bandar | George Town |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | Segalanya Untukmu |
Tarikh siaran pertama | 24 Ogos 1934 | sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang
Format | Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Melayu |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Siaran web | rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/mutiarafm |
Tapak web | mutiarafm.rtm.gov.my |
Mutiara FM utamanya ialah di Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang, Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang boleh didengari melalui frekuensi menerusi 95.7 FM di Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Batu Ferringhi, Butterworth dan Bukit Mertajam.
Liputan Mutiara FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Indonesia di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.
Mutiara FM disambung siar dari Nasional FM
suntingMutiara FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi setiap hari.
Sejarah
suntingNegeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang) telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang. Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah ZHJ. Siaran ZHJ dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7:00 malam hingga 10:00 malam pada tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil. Pada hari yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British.
Apabila Jepun memasuki Malaya pada tahun 1941, Kelab C.R.C di Jalan Burma telah dijadikan stesyen radio sementara.
Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris). Siaran dari Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang) pada masa itu dibuat dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil adalah terhad dan bercorak tempatan manakala siaran berita disambung dari ibu pejabat berita di Singapura. Pada masa itu, stesen ini dikenali sebagai Stesen Pulau Pinang. Ketua Perkhidmatan Cina pada keseluruhannya bernama Shi Zu Xian manakala Ketua Bahagian Cina yang pertama ialah Leong Teng Sun dan Lim Eng Mao sebagai penolongnya di Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang).
Pada 1 Jun 1948, Stesen Pulau Pinang berpindah ke Bangunan United Engineers di Lebuh Bishop, Georgetown.
Pada 1 Mac 1955, Stesen Pulau Pinang berpindah ke Jalan Sepoy Lines, Georgetown.
Pada 16hb September 1963, Radio Malaya yang dikenali sebagai Radio Malaysia dengan penghantaran bermula dengan perkataan tanda dagangannya Inilah Radio Malaysia pada hari Malaysia hari ini, sebuah persekutuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) telah dilahirkan. Pada hari yang sama, Radio Sabah, Radio Sarawak dan Radio Singapura menjadi sebahagian daripada rangkaian Radio Malaysia sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Sabah, Sarawak dan Singapura mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada masa yang sama. Stesen Pulau Puinang yang dikenali sebagai Radio Malaysia Pulau Pinang.
Radio Malaysia Pulau Pinang mula beroperasi di bangunan di Jalan Burma sehingga sekarang. Bangunan ini dibuka dengan rasmi oleh Gabenor Pulau Pinang, TYT Yang Mulia Raja Tun Uda Raja Muhammad pada 30hb Oktober 1965.
Pada 19 Januari 1971, Radio Malaysia Pulau Pinang disiarkan melalui Rangkaian Nasional ditambah satu jam dari 3:00 petang hingga 7:15 malam. Siaran tempatan Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Batu Ferringhi, Butterworth, Bukit Mertajam dari pukul 5:10 petang hingga 7:15 malam.
Pada 1 September 1980, Radio Malaysia Pulau Pinang disiarkan melalui Rangkaian Nasional ditambah lagi 50 minit iaitu dari pukul 8:10 pagi hingga 9:00 pagi.
Pada 1 Januari 1982, Apabila waktu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diseragamkan Waktu Radio Malaysia Pulau Pinang diselaraskan seperti berikut dari pukul 8:00 pagi hingga 9:00 pagi (siaran tempatan Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Butterworth, Batu Ferringhi, Bukit Mertajam dari pukul 3:35 pagi hingga 9:00 pagi).
Pada 30 Ogos 1988, Radio Malaysia Pulau Pinang disiarkan melalui Rangkaian Nasional iaitu jam 7:00 pagi hingga 9:00 pagi dan 3:30 petang hingga 7:45 malam (siaran tempatan Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Butterworth, Batu Ferringhi, Bukit Mertajam).
Pada 20 Oktober 1988, Radio Malaysia Pulau Pinang disiarkan melalui Rangkaian Nasional ke udara sebagai satu rangkaian berasingan bermula iaitu jam 7:00 pagi hingga 9:00 pagi dan 3:30 petang hingga 7:00 malam. Radio Malaysia Pulau Pinang ke udara semula melalui gelombang sederhana 521 meter (576Khz) sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Butterworth, Batu Ferringhi, Bukit Mertajam. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Butterworth, Batu Ferringhi, Bukit Mertajam sahaja dan bersiaran di Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Butterworth, Batu Ferringhi, Bukit Mertajam.
Pada 6 September 1989, Radio Malaysia Pulau Pinang yang dikenali sebagai Radio 3 Pulau Pinang.
Pada 1 Januari 1990, Siaran Radio 3 Pulau Pinang Petang: 15:10 hingga 19:45.
Pada 1 Januari 1992, Siaran Radio 3 Pulau Pinang yang keudara melalui Gelombang Sederhana mula juga disiarkan melalui Gelombang FM.
Pada 1 September 1993, Siaran Radio 3 Pulau Pinang Petang: 15:50 hingga 19:45.
Pada 1 September 1998, Radio 3 Pulau Pinang yang dibalik kembali ulang kenali sebagai Radio Malaysia Pulau Pinang.
Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Pulau Pinang yang dikenali sebagai Mutiara FM.
Pada 1 April 2021, Penyiar negara Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan ulang tahun ke-75 dan Mutiara FM telah secara rasmi melancarkan logo baharu dan saluran sukannya serta menjenamakan semula kesemua stesen radio tempatannya.
Pada 24 Ogos 2024, Mutiara FM meraikan ulang tahun ke-90.
Mutiara FM kini bersiaran di Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Batu Ferringhi, Butterworth dan Bukit Mertajam pada frekuensi 95.7 MHz. Bersiaran menerusi penstriman RTMKlik juga untuk pendengar di luar kawasan liputan 95.7 MHz.
Sejarah siaran berita radio Mutiara FM
sunting- Berita Radio ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (24 Ogos 1934-31 Mac 1946) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Stesen Pulau Pinang (1 April 1946-15 September 1963)
- Berita Radio Malaysia Pulau Pinang (16 September 1963-5 September 1989)
- Berita Radio 3 Pulau Pinang (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Berita Radio Malaysia Pulau Pinang (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Berita Radio Mutiara FM (1 April 2005-kini)
Sejarah nama Mutiara FM
sunting- ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (24 Ogos 1934-31 Mac 1946) (rasmi tanda panggil)
- Stesen Pulau Pinang (1 April 1946-15 September 1963)
- Radio Malaysia Pulau Pinang (16 September 1963-5 September 1989)
- Radio 3 Pulau Pinang (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Pulau Pinang (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Mutiara FM (1 April 2005-kini)
Penyampai
sunting- Sanjay
- Abi
- Laily
- Lin
- Mimie
- Azie
- Elly
- Bambam
- Amin
- Izham
- Que
- Fiza
- Faruk
Rancangan utama
suntingIsnin - Jumaat
suntingSegmen | Masa Siaran |
---|---|
Nasional 12-6 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM dan serantau RTM) | 00:00 - 05:59 |
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) | 06:00 |
Lagu Negeri Pulau Pinang: "Untuk Negeri Kita" (Vokal) | 06:00 |
Geng Pagi Mutiara | 06:01 - 10:00 |
Fokus Mutiara | 10:00 - 15:00 |
Duo Mutiara | 15:00 - 20:00 |
Kona Mai | 20:00 - 00:00 |
Sabtu - Ahad
suntingSegmen | Masa Siaran |
---|---|
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vokal) | 06:00 |
Lagu Negeri Pulau Pinang: "Untuk Negeri Kita" (Vokal) | 06:00 |
Santai Hujung Minggu | 06:01 - 00:00 |
Frekuensi
suntingMutiara FM adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
95.7 MHz | Georgetown, Gelugor, Jelutong, hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Kedah Selatan, Perak Utara, Butterworth, dan Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Simpang Ampat, | Bukit Penara | 1 kW |
93.9 MHz | Tanjung Bungah, Teluk Bahang, Batu Ferringhi | Gunung Jerai | 0.1 kW |
95.7 MHz | Balik Pulau dan Teluk Kumbar | Bukit Genting | 0.1 kW |
Lagu Negeri
suntingPada pukul 6:00 pagi (selepas lagu kebangsaan) setiap hari lagu negeri dimainkan sebagai pembukaan.
Lagu kebangsaan
suntingPada pukul 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Perkhidmatan Islam
suntingStesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.
Pengaturcaraan siaran Azan
suntingUntuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Semua semenanjung radio RTM memutarkan Azan Subuh, Azan Zuhur, Azan Asar, Azan Maghrib dan Azan Isyak azan semua waktu solat.