Negeri FM ialah sebuah stesen radio milik kerajaan Malaysia, di bawah pengurusan Radio Televisyen Malaysia. Negeri FM Frekunesi 92.6 MHz Gunung Telapak Buruk daerah Seremban, dipancarkan ke seluruh Negeri Sembilan. Beroperasi sejak tahun 1990, kini ia beroperasi Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.[1]

Negeri FM
NegaraMY
Kawasan penyiaranNegeri Sembilan
FrekuensiFrekuensi Negeri FM
Tarikh siaran pertama1990
FormatRadio tempatan
BahasaMelayu Malaysia dan Melayu Negeri Sembilan
PemilikKerajaan Malaysia
Tapak webnegerifm.rtm.gov.my

Sejarah

sunting

Mula beroperasi pada tahun 1990 di Jalan Raja Ali, Seremban, hasil idea mantan Menteri Penerangan, Mohamed Rahmat, dengan nama Radio 3 Seremban. Pada 1998, ia ditukar nama kepada Radio Malaysia Negeri Sembilan. Pada 2005, ia dijenamakan sebagai Negeri FM.

Bersiaran langsung setiap hari selama 18 jam sehari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Waris NEGERIfm iaitu merupakan satu saluran interaktif berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan untuk mendekatkan hubungan NEGERIfm dengan para pendengar.

Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad

sunting

Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang terletak di Jalan Sungai Gadut, Seremban telah digunakan sebagai lokasi penyiaran sejak 2007. Pada 2008, ia dengan rasminya dinamakan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Ja’afar. Nama Tuanku Muhammad diambil bersempena dengan nama nenda Tuanku Ja’afar.

Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dilengkapi dengan kemudahan siaran digital dan Auditorium Tengku Puan Cik (sempena nama nenda Tuanku Ja’afar) yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang penonton.

Penyampai

sunting

Rancangan-utama

sunting

Isnin - Jumaat

sunting
Segmen Penyampai Mula Tamat
Getaran Pagi Hazel, Liyana & Shafiq 06:00 10:00
Simfoni NEGERIfm Alin 10:00 14:00
Oghok Petang Ameer, Asyraf, Ebby Yus dan Nen Tebabo 14:00 17:00
Alunan Nurani Sabrina 17:00 20:00
Ritma Malam Bessy, Fadzril, Jaja dan Papa 20:00 00:00

Sabtu & Ahad

sunting
Segmen Penyampai Masa
Hujung Minggu@NEGERIfm Suhaily Binti Sumrah 06:00 - 12:00
Hujung Minggu@NEGERIfm Nur Amira Izzaty Binti Hamzah 12:00 - 18:00
Hujung Minggu@NEGERIfm Siti Rozana Binti Ahmad 18:00 - 00:00

Frekuensi

sunting
Frekuensi Kawasan Pemancar
92.6 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Burok
95.7 MHz Tampin, Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka Bukit Tampin
107.7MHz Port Dickson, Gemencheh & Gemas, Negeri Sembilan, Sebahagian Melaka Gunung Ledang

Pautan luar

sunting
  1. ^ Daud, Mohd Daly & Sailin, Rahmahtunnisah & Johori, Md Rozalafri & Harun, Nursyamimi. (2014). RADIO NEGERI.FM SEBAGAI WADAH PENDIDIKAN ISLAM : SATU ANALISIS.