Pahang FM
Pahang FM merupakan salah satu stesen radio negeri di Malaysia. Slogannya ialah Satu Pilihan. Ia diselenggarakan oleh RTM Negeri Pahang. Pahang FM boleh didengari di seluruh negeri Pahang, Lembah Klang, Perak Selatan, Terengganu Selatan, dan sebahagian kecil Negeri Sembilan.
Bandar | Kuantan |
---|---|
Kawasan penyiaran | Pahang |
Slogan | Satu Pilihan |
Tarikh siaran pertama | 15 Oktober 1992 |
Bahasa | Melayu (dialek Pahang) |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Siaran web | rtmklik |
Tapak web | pahangfm |
Pahang FM disambung siar dari Nasional FM
suntingPahang FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.
Sejarah
suntingStesen RTM Kuantan mula beroperasi pada bulan Julai 1966 setelah stesen pemancarnya siap pada bulan Jun. Dengan siapnya stesen ini, seorang pegawai tetap telah ditugaskan untuk mencari bahan siaran untuk dihantar ke RTM Kuala Lumpur. Sebelum ini peranan radio hanya bermula apabila seorang pegawai rancangan ditempatkan secara sementara di Jabatan Penerangan Negeri Pahang pada tahun 1960 dengan tujuan untuk mencari bahan siaran untuk RTM Kuala Lumpur.
Bermula dari tahun 1966 hingga 1973 stesen RTM Kuantan berfungsi menyalurkan siaran-siaran Rangkaian Nasional dan Rangkaian Biru ke Negeri Pahang menerusi gelombang sederhana :-
- 370 meter / 810 KHz - Rangkaian Nasional (Bahasa Malaysia)
- 263 meter / 1143 KHz - Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris)
Stesen RTM Kuantan pada masa itu hanya diketuai oleh seorang Pembantu Teknik yang memastikan siaran radio berjalan lancar di samping tugas-tugas hal-ehwal pentadbiran jabatan. Kawasan stesen ini mempunyai keluasan lebih kurang 6.7 hektar yang terdiri dari bangunan pejabat, stesen pemancar, rumah talaan dan rumah kakitangan.
KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah telah merasmikan stesen RTM Kuantan pada 10 Februari 1968. Maka di sinilah bermula era baru dunia penyiaran di Negeri Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1974, RTM Kuantan telah dinaikkan taraf sebagai sebuah stesen penyiaran dengan wujudnya siaran tempatan. Mulai Mac 1974 siaran tempatan dari Kuantan memuatkan program pembangunan, hiburan dan agama berjumlah 45 minit siarannya setiap hari. Masa berlalu begitu juga pembangunan siaran tempatan yang meningkat kepada 75 minit sehari dengan pelbagai tambahan program bermula pada tahun 1977. Pada tahun 1980 diwujudkan siaran pada waktu pagi dari jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi. Program ala RMIK juga menyusul siarannya pada awal Januari 1986 dan ini menambahkan lagi kebolehpercayaan stesen tempatan dalam memberi hiburan, maklumat dan pendidikan kepada pendengar di Negeri Pahang.RTM Kuantan tidak menyumbang langsung rancangan peringkat nasional kecuali bahan kapsul untuk rancangan Hiburan Sambil Kerja Hari Sabtu tetapi menyumbang rancangan peringkat siaran daerah kawasan timur, seperti rancangan Selera, DJ Anda, Permintaan Dariku Untukmu (sekarang Tiara Mesra) yang dselenggarakan bersama Stesen Kota Bharu dan Kuala Terengganu dan beberapa lagi rancangan.
Bermula dengan penambahan masa siaran dari masa ke semasa sehinggalah pada Januari 1993, jumlah masa siaran meningkat kepada 15 jam sehari dan waktu siaran dipanjangkan mengikut perkembangan dunia penyiaran, iaitu dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari. Sumbangan dan peranan Stesen RTM Kuantan bukan hanya terhad kepada siaran tempatan sahaja tetapi juga berperanan menyumbang kepada siaran daerah dan siaran nasional. Ini bertujuan untuk mewujudkan semangat integrasi nasional.
Dalam usaha untuk memperluaskan liputan siaran di daerah-daerah khususnya di negeri Pahang, stesen pemancar Kuala Lipis diwujudkan pada tahun 1974 dan di Jerantut pada tahun 1977.Walau bagaimanapun stesen pemancar RTM di Jerantut AM 846 khz tidak disambungkan ke RTM Kuantan dan siaran daerah kawasan timur yang beribu pejabat di RTM Kuala Terengganu sebaliknya hanya di sambung terus dari RTM Rangkaian Nasional Kuala Lumpur. Stesen di Jerantut telah ditutup pada 1 April 1991.apabila stesen pemancar FM mula dilancarkan di Jerantut barulah siarannya disambung ke RTM Kuantan. Menyedari keupayaan kuasa pemancar di Stesen Kuantan hanya 10 Kilowatt, maka diwujudkan pemancar FM Mono di Bukit Pelindung Kuantan pada penghujung tahun 1990 serta di Gunung Ulu Kali Bentong pula pada tahun 1991. Dengan kemudahan sistem OLTE (Optical Line Terminal) yang dipasang pada 15 Oktober 1992. Semua siaran yang diterima secara mono telah dapat diikuti dalam bentuk FM Stereo dan hampir keseluruhan Negeri Pahang dapat mengikuti siaran RTM Kuantan.
Dari segi pentadbiran Jabatan, ia bermula pada tahun 1981. Seorang pegawai dihantar untuk mengetuai stesen yang sesuai dengan taraf sebagai sebuah stesen penyiaran. Jawatan pada ketika itu dikenali sebagai Ketua Stesen dan kini dinaikkan taraf sebagai Pengarah Penyiaran Negeri. Penambahan kakitangan juga ditingkatkan dari semasa ke semasa dan seorang "jurutera yang menjaga" juga ditempatkan untuk mengetuai bahagian Kejuruteraan stesen ini pada tahun 1982 sehinggalah sekarang.
Dengan perkembangan pesat dalam bidang penyiaran dan juga cabaran-cabaran serta saingan dari pelbagai stesen Radio lain, kini RTM Kuantan mengorak langkah lagi dan kini mempunyai seramai 57 orang kakitangan dari semua bahagian termasuk bahagian Rancangan dan Unit Berita Ehwal Semasa TV. Sementara itu di Stesen Pemancar Kuala Lipis terdapat 13 orang kakitangan yang terdiri dari Bahagian Kejuruteraan dan Pentadbiran. Bahagian Berita Ehwal Semasa TV mula beroperasi di Negeri Pahang pada Mac 1987 dengan berperanan yang lebih mencabar dalam memberi liputan berita dan perkembangan Negeri Pahang secara keseluruhannya.
Mulai 1 Januari 2012, Pelancaran perdana Nasional FM dan Radio Klasik telah dilancarkan sebagai stesen radio kebangsaan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu melalui frekuensi radio di Pahang iaitu 107.1 MHz dan 107.9 MHz yang dipancarkan dari Bukit Pelindung. Frekuensi radio di Pahang sebelumnya digunakan oleh Muzik FM dan Klasik Nasional.
Penyampai
suntingRancangan utama
suntingSetiap Hari (Isnin - Ahad)
suntingSegmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Zon Aktif | Anum, Fyqa, Hezree & Nash | 06:00 - 10:00 |
Zon Persona | Azah & Fatin | 10:00 - 14:00 |
Zon Apa Khabar Weh! | Ain, Amiey, Anna, Harun & Izwan | 14:00 - 17:00 |
Zon Nurani | Athyrah, Riff & Wawa | 17:00 - 20:00 |
Zon Inspirasi | Hezree, Nash, Nik Kanisah & Riff | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi
suntingFrekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
88.0 MHz | Muadzam Shah, Keratong, | Bukit Sembilan |
91.9 MHz | Kuala Rompin, Mersing, (Timur Johor) | TM Kuala Rompin |
92.0 MHz | Maran, | Bukit Senggora |
92.7 MHz | Jerantut, | Bukit Istana |
95.5 MHz | Gambang, Sri Jaya, & Chini, | Bukit Sulai |
96.8 MHz | Pulau Tioman, Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Johor | RTM Pulau Tioman |
100.3 MHz | Cameron Highlands, Batang Padang, Perak dan Lojing, Kelantan | Gunung Brinchang |
102.2 MHz | Raub, dan Kuala Lipis, | Bukit Fraser |
104.1 MHz | Pahang Timur (Kuantan) dan Kemaman, Cukai, Kijal, Terengganu | Bukit Pelindung |
107.2 MHz | Damak | Bukit Botak |
107.5 MHz | Pahang Barat Temerloh, Bera, Bentong, Lanchang, Genting Highlands, dan Bukit Fraser, Gombak, Ampang Jaya, Hulu Langat, Selayang, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Selangor Jelebu, Jempol, Negeri Sembilan | Gunung Ulu Kali |