Satu konsortium antarabangsa menandatangani perjanjian untuk melancarkan secara rasmi ITER, satu projek untuk membangunkan satu reaktor nuklear pelakuran secara eksperimen.
Korea Utara berjaya menjalankan ujian senjata nuklear pertamanya dengan mengadakan satu letupan bawah tanah yang disifatkannya sebagai “lonjakan besar ke hadapan dalam bidang pertahanan.”
Enam orang Palestin dari sayap bersenjata kumpulan Hamas telah terbunub dalam serangan mendadak Israel yang masuk ke Genting Gaza, kata pegawai Palestin. (BBC)
Beribu-ribu orang telah menghadiri majlis-majlis massa di India yang mana beratus-ratus kasta terendah Hindu (Dalits) telah bertukar agama ke Buddhisme dan Kristian. (BBC)
Pemimpin Cuba yang uzur, Fidel Castro dipercayai menghidap penyakit kanser yang boleh membawa maut dan dijangka tidak akan kembali berkuasa.
Lesotho memperkenalkan bendera yang baru untuk negaranya yang di dalam bendera itu memuatkan topi tradisional Basotho.
Paus Benedict XVI meminta maaf berhubung kenyataannya mengenai Islam yang telah mencetuskan bantahan di beberapa bahagian dalam India dan di seluruh dunia Islam.
Kejadian Pengeboman Haadyai 2006 mengakibatkan 4 orang terbunuh dan lebih 70 orang lagi cedera yang melibatkan warganegara asing di samping warga tempatan.
Puteri Kiko dari Jepun melahirkan seorang anak lelaki yang pertama yang diberi nama Putera Hisahito setelah keluarga diraja Jepun tidak mempunyai anak lelaki hampir 40 tahun dan anak lelaki yang terakhir dilahirkan ialah bapanya Putera Akishino pada 1965.
Satu letupan berlaku di bandar Mumbai, India pada 11 Julai2006, dan mengorbankan 200 nyawa dengan lebih 700 orang tercedera. Orang Islam mendakwa bahawa mereka mengalami diskriminasi dalam penyiasatan mencari dalang sebalik letupan.
Selepas peristiwa tsunami di Aceh pada 2004, Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi dan tsunami yang berlaku berhampiran pulau Jawa. Pihak berkuasa Indonesia dikritik oleh sebab kegagalan mereka menyelamat penduduk dan sekaligus mencegah satu lagi tragedi.
Piala Dunia FIFA 2006 berlangsung dengan jayanya dan negara Itali telah muncul sebagai juara menewaskan Perancis. Kejohanan bola sepak ini menandakan satu detik jarang di mana seluruh umat manusia melupakan perselisihan mereka dan bersatu sebagai satu komuniti dunia.
April 2006
Gunung Merapi yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia merekodkan aktiviti seismologi yang berlebihan, dan dijangkakan akan meletup, namun tiada letupan besar berlaku.