Milo Đukanović
Milo Đukanović (Bahasa Montenegro: Мило Ђукановић, disebut [ˈmilɔ ˈdʑukanɔʋitɕ] ( listen); lahir 15 Februari 1962) ialah bekas Presiden dan Perdana Menteri Montenegro.
Milo Đukanović Мило Ђукановић | |
---|---|
Perdana Menteri Montenegro | |
Dalam jawatan 29 Februari 2008 – 21 Disember 2010 | |
Presiden | Filip Vujanović |
Didahului oleh | Željko Šturanović |
Digantikan oleh | Igor Lukšić |
Dalam jawatan 8 Januari 2003 – 10 November 2006 | |
Presiden | Filip Vujanović Rifat Rastoder Dragan Kujović Filip Vujanović |
Didahului oleh | Dragan Đurović (pemangku) |
Digantikan oleh | Željko Šturanović |
Dalam jawatan 15 Februari 1991 – 5 Februari 1998 | |
Presiden | Momir Bulatović |
Didahului oleh | Radoje Kontić |
Digantikan oleh | Filip Vujanović |
Presiden Montenegro | |
Dalam jawatan 15 Januari 1998 – 25 November 2002 | |
Perdana Menteri | Filip Vujanović |
Didahului oleh | Momir Bulatović |
Digantikan oleh | Filip Vujanović |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 5 Jun 2006 – 10 November 2006 | |
Didahului oleh | Jawatan dicipta |
Digantikan oleh | Boro Vučinić |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nikšić, SR Montenegro, Yugoslavia | 15 Februari 1962
Kewarganegaraan | Montenegro |
Parti politik | Parti Demokratik Sosialis |
Pasangan | Lidija Kuč |
Anak | Blažo Đukanović |
Tempat belajar | Universiti Montenegro |
Laman web | Government Website |
Đukanović memegang jawatan Perdana Menteri selama tiga penggal berturut-turut (1991–1993, 1993–1996, dan 1996–1998); kemudian menjadi Presiden Montenegro mulai tahun 1998 hingga 2002 sebelum kembali ke jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003 hingga 2006. Biarpun memilih untuk mengundur diri pada akhir tahun 2006, namun beliau kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada Februari 2008. Parti campurannya memenangi pilihan raya awal pada tahun 2009 dengan majoriti mutlak, sekaligus memberikan penggal keenam kepadanya. Beliau meletak jawatan selaku Perdana Menteri pada Disember 2010.[1] Đukanović juga Presiden jangka panjang Parti Demokratik Sosialis Montenegro, dahulunya cawangan Montenegro untuk Parti Komunis Yugoslavia, yang mentadbir Montenegro semenjak bermulanya sistem berbilang parti.
Apabila Đukanović menceburi bidang politik sewaktu muda, beliau bersekutu rapat dengan Slobodan Milošević.[2] Bagaimanapun, pada tahun 1996, beliau membelot Milošević dan melepaskan wawasan kesatuan Serbia dan Montenegro demi ideologi kedaulatan. Beliau menyaksikan Republik Persekutuan Yugoslavia berubah menjadi Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro, kemudian Montenegro semakin berpecah dari Serbia ekoran kemenangan dalam pungutan suara kemerdekaan pada tahun 2006.
Rujukan
sunting- ^ "Montenegro Prime Minister Milo Djukanovic resigns". BBC. Dicapai pada 2010-12-22.
- ^ The Smartest Man In The Balkans, Radio Free Europe, 17 Oktober 2008